Kisah Menyeramkan Kampung Sungai Lakit




 Sebut sahaja Kampung Sungai Lakit, pasti pelbagai kisah dan kejadian misteri sering dikaitkan dengan lokasi ini, malah turut dikatakan 'keras' serta menyimpan cerita seram.
Kes kemalangan yang sering berlaku di kawasan perkampungan yang berada di laluan utama, Jalan Gua Musang-Kuala Krai ini juga, seakan-akan mengalami kisah yang dialami pengguna jalan raya di sini.
Ada yang mendakwa, mereka pernah melihat susuk badan wanita bersama anak di pangkuan melintasi jalan di waktu malam, malah ada juga pernah menyaksikan susuk berwarna putih berterbangan di ruangan udara serta mengeluarkan bunyi yang menyeramkan.
Penghujung tahun 2016 lalu, seorang guru mendakwa pernah mengalami kejadian aneh sekitar jam 10.30 malam, antara Kampung Sungai Lakit, sebelum tiba di kawasan Kesedar Paloh, Gua Musang.
Menerusi akaun Facebooknya, Amin Hussin memberitahu, ketika tiba di lokasi, kereta dipandunya tiba-tiba gelap di bahagian tingkap belakang.
Lebih bingung lagi, katanya, walaupun berulang kali menekan brek untuk melihat bias cahaya tetapi gagal.
“Bila nampak ada kenderaan di depan, saya terus kejar kereta itu, tapi kereta terasa amat berat walaupun saya tekan minyak sekuat hati, ia tetap perlahan.
"Allahuakbar, saya dan isteri panik, bunyi cengkaman pada bumbung dan belakang tetapi kereta sangat jelas. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan kami ketika itu.
"Pintu di bahagian penumpang macam ada sesuatu yang ingin merobek dan seperti ingin dibuka oleh seseorang. Semakin kuat ayat suci Al-Quran dipasang, semakin banyak bunyi di sekeliling kereta saya," jelasnya.
Tambahnya, tiba di Paloh, keadaan kembali seperti biasa namun ‘kesan’ yang ditinggalkan itu cukup jelas iaitu calar pada bumbung dan tetapi belakang kereta.
"Nasib baik saya tak lari dan boleh teruskan pemandu hingga selamat tiba ke destinasi. Kejadian ini kali kedua kami alami dan kejadian pertama lagi dahsyat.
"Untuk pengguna jalan ini, hati-hati memandu. Zikir ALLAH dan azan jika rasa mengantuk dan rasa luar biasa," katanya.
Objek putih terbang melintas jalan
Sementara itu, kakitangan kerajaan, Muhamad Faizal Ab Rahim berkata, awal bulan April 2017 lalu, dia turut diduga dengan kejadian aneh selepas melepasi pintu gerbang Gua Musang apabila ternampak objek berwarna putih terbang dari kiri ke kanan jalan.
"Ketika itu tepat 12 malam. Sebelum ini, rakan-rakan pernah pesan, jika memandu seorang diri, elakkan berada di kawasan itu selepas jam 12 tengah malam.
"Tapi atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan, saya terpaksa ke Gua Musang waktu itu atas urusan kerja. Saya lihat dengan jelas objek itu terbang melintasi jalan.
"Ketika itu, memang saya tak tahu nak buat apa selain berzikir dan cuba lajukan kenderaan. Ini kejadian kedua dan dijangka yang terakhir," katanya.
Bagaimanapun, kata Muhamad Faizal, rakannya dari Kuala Lumpur dan menuju ke Besut, Terengganu, pernah berdepan dengan situasi yang lebih mencemaskan di kawasan sama.
“Sampai di kawasan itu, sesuatu melintas dengan laju dan dia berhentikan kereta untuk melihat objek yang dilanggar.
"Bahagian hadapan kereta remuk tapi tak ada sebarang objek di situ. Yang ada hanya helaian rambut panjang yang melekat di bahagian hadapan kereta," katanya.
Tidak pernah diganggu
Bagi penduduk Kampung Sungai Lakit, Che Norizma Azmira Che Nasir, 18, dia tidak menafikan ada beberapa orang turut bertanyakan kejadian aneh itu di kawasan tempat tinggalnya.
"Saya membesar di sini. Memang ramai yang bertanya, namun saya dan keluarga tidak pernah mengalami sebarang gangguan," katanya.
Peniaga, Sapinah Che Tih, 59, berkata, sudah hampir tujuh tahun dia mendiami kedai di tepi jalan berkenaan, namun tiada sebarang kejadian pelik yang dialaminya seperti didakwa pengguna jalan ini.
"Saya buka kedai dah lama dan saya juga tinggal di kedai ini. Sepanjang tujuh tahun, sekali pun tak pernah ada gangguan walaupun kedai kami bertapak di tepi jalan utama.
“Malah, suami saya pemandu teksi dan sering pulang lewat malam, antara jam 1 atau 2 pagi.
"Tapi, dia tak pernah nampak atau diganggu makhluk halus atau kejadian aneh," katanya yang tinggal di kedai bersama suami dan anaknya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dairishare.blogspot.com/2025/02/kisah-menyeramkan-kampung-sungai-lakit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Singgang Budu Di Warung Che Bunga Kampung Melayu Sungai Buloh

Singgang Budu Di Warung Che Bunga Kampung Melayu Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 212 hits
nbsp Berkejaran nak habiskan entri makan makan sebolehnya sebelum masuk Ramadan Kareem 1445H yang berbaki beberapa hari lagi kehadirannya In Syaa Allah Semoga kak ana dan kita semua akan di izinkanNya menyempurnakan ibadah rukun Islam ke 3 ...
Nak Makan Nasi Lemak Jom Makan Di Nasi Lemak Ketua Kampung Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

Nak Makan Nasi Lemak Jom Makan Di Nasi Lemak Ketua Kampung Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 291 hits
Restoran Nasi Lemak Ketua Kampung bertamRestoran Nasi Lemak Ketua Kampung bertamKepada peminat nasi lemak area utara ni terutama di Bertam Kepala Batas Pulau Pinang ada satu lagi port nasi lemak padu muncul Nama restoran ni adalah Nasi Lema...
5 Kampung Di Sabah Dilanda Banjir

5 Kampung Di Sabah Dilanda Banjir

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 180 hits
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah berkata jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS setakat 8 malam tadi seramai 721 orang PETALING JAYA Lima kampung di daerah Membakut Sabah dilanda banjir petang tadi maka jumlah mangsa y...
Zalzul Kamar Didakwa Kerana Membunuh Seorang Peniaga Makanan Wanita Di Tepi Sungai Pahang Pada 13 Februari Lalu

Zalzul Kamar Didakwa Kerana Membunuh Seorang Peniaga Makanan Wanita Di Tepi Sungai Pahang Pada 13 Februari Lalu

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 211 hits
KUANTAN Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis atas pertuduhan membunuh peniaga makanan wanita di tepi Sungai Kuantan berhampiran jambatan Tanjung Lumpur disini pada 13 Februari lalu Tiada pengakuan direkodkan dari...
Mayat Hud Aryan Ditemui Selepas Azan Dilaung Beberapa Kali Di Sungai

Mayat Hud Aryan Ditemui Selepas Azan Dilaung Beberapa Kali Di Sungai

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 195 hits
Nor Fazlina Abdul Rahimnfazlina nstp com myLaporan BH Online mengenai kehilangan Hud AryanTANAH MERAH Allah SWT meminjamkan Hud Aryan kepada kami selama 19 bulan sebelum Allah menariknya semula kata Azean Suhaili Sisiliawati Ramley 42 Azean...
Masjid Kampung Melayu Majidee

Masjid Kampung Melayu Majidee

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 162 hits
Lokasi Masjid Kampung Melayu Majidee Alamat Jalan Masjid Kampung Melayu Majidee 81100 Johor Bahru Johor Waktu Operasi Tidak Diketahui Tarikh Lawatan 27 Januari 2025 Masjid Kampung Melayu Majidee menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepa...
Suloszowa Kampung Unik Di Poland

Suloszowa Kampung Unik Di Poland

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 173 hits
Su oszowa sebuah kampung unik dan menaik Ia terletak di daerah Krakow di selatan Poland Pemandangan Suloszowa amat menarik Dilihat dari atas kampung ini menawarkan pemandangan yang luar biasa Jalan tengah utama diapit oleh rumah rumah yang ...
Pm Anwar Calls For Schools In Malaysia To Foster Safety Comfort And Success During Surprise Visit To Sk Kampung Baru

Pm Anwar Calls For Schools In Malaysia To Foster Safety Comfort And Success During Surprise Visit To Sk Kampung Baru

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 209 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim speaks to school pupils during a visit to Sekolah Kebangsaan Kampung Baru February 17 2025 Picture via Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR Feb 17 As the 2025 2026 school session begins today Prime Mini...
Pmx Lakukan Lawatan Mengejut Si Sk Kampung Baru

Pmx Lakukan Lawatan Mengejut Si Sk Kampung Baru

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 131 hits
Pagi tadi saya kembali ke bilik darjah tetapi bukan sebagai guru tetapi sebagai seorang pemimpin yang mahukan persekitaran dan keadaan sekolah yang baik dan selesa buat anak anak bangsa selain mendengar suara dan keluhan guru ibu bapa terma...
Top 10 Pink Mercedes Benz Cars

Why Can Israel Have Nukes But Not Iran

Kenapa Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia Menguntungkan

Capital One To Curb Lounge Access For Some Cardholders

Warisan Terakhir Kisah Badak Sumbu Sumatera Malaysia

Makan Di Ebraheem Coffee

Resepi Daging Masak Hitam Raya Haji 2025

Hiburan Lelaki Mengganas Kelar Isteri Hingga Maut Sebelum Ke Rumah Keluarga Mentua Bakar Kereta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bukan Tak Pandai Tapi Penat Burnout Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

Cara Naikkan Page Rpm Blog Strategi Maksimumkan Pendapatan Laman Web Anda

Buy Diamond Chains Malaysia A Guide To Timeless Luxury

Bangi Wonderland Tempat Healing Best Sambil Main Air

Ejen Ali The Movie 2 Kini Filem Animasi No 1 Di Malaysia

Msi Ketua Majelis Syuro Al Muzammil Yusuf Presiden Pks