Kisah Lima Perkara Aneh


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.


Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat.

"Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam.

Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti.

Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanam mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya.

Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamnya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya.

Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.

Pada malam itu, Nabi pun berdoa, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah SWT bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.

Pengajaran

Kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.

Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya.

Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah SWT, "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."

Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2023/01/kisah-5-perkara-aneh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Kisah Ramai Semuanya Membawa Rezeki Seronok Banyak Anak Perempuan

Tak Kisah Ramai Semuanya Membawa Rezeki Seronok Banyak Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 145 hits
Biasanya jika kita sudah dikurniakan dengan dua orang anak perempuan pada awalnya sudah tentu akan memasang impian untuk mempunyai anak lelaki pula untuk kali ketiga Siapalah kita untuk melawan takdir Allah SWT Apabila disahkan hamil anak k...
Melihat Pameran The Truth Inside You Alunan Kisah Tentang Perempuan

Melihat Pameran The Truth Inside You Alunan Kisah Tentang Perempuan

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 132 hits
Melihat Pameran The Truth Inside You Alunan Kisah Tentang Perempuan Dalam pameran ini ditampilkan sejumlah produk budaya masa lampau seperti artefak artefak yang menjadi jejak nyata kontribusi perempuan untuk turut membangun peradaban masya...
The Glory Popular Kini Ini 7 Lagi K Drama Papar Kisah Buli Di Sekolah

The Glory Popular Kini Ini 7 Lagi K Drama Papar Kisah Buli Di Sekolah

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 178 hits
Korang tahu tak selain The Glory ada banyak lagi drama buatan Korea yang menyentuh tentang isu buli di sekolah ARTIKEL BERKAITAN Dalam artikel kali ini KimchiDaily ingin berkongsi beberapa K Drama yang membawa kisah tentang keganasan buli d...
Lima Cara Tangani Anxiety Attack Di Hadapan Orang

Lima Cara Tangani Anxiety Attack Di Hadapan Orang

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 140 hits
Perasaan ini tidak sihat jika ia dibiarkan lama tanpa nasihat pakar berikut ialah 5 cara tangani anxiety attack yang boleh anda gunakan Cara tangani anxiety attack haruslah berdasarkan pandangan orang yang lebih berilmu dan mengikuti konsep...
Ya Isteri Hamil Lima Bulan Umum Isteri Hamil 5 Bulan Syafiq Farhain Bakal Jadi Bapa

Ya Isteri Hamil Lima Bulan Umum Isteri Hamil 5 Bulan Syafiq Farhain Bakal Jadi Bapa

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 157 hits
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon Syafiq Farhain yang mengesahkan isteri yang juga pengurusnya Alia Nadia 29 yang kini hamil lima bulan Kongsi Syafiq lagi dia amat bersyukur atas kurniaan rezeki untuk menimang cahaya mata sulungny...
Ukiran Batu 2 700 Tahun Ungkap Kisah Kota Kuno Terbesar Yang Pernah Ada

Ukiran Batu 2 700 Tahun Ungkap Kisah Kota Kuno Terbesar Yang Pernah Ada

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 144 hits
Ukiran batu berusia 2 700 tahun itu menggambarkan bagaimana taktik militer bangsa Assyria hutan raja dan pengadilan pegunungan peristiwa perang
Hiburan Trivianara Kisah Omayra Sanchez Anak Gadis Yang Dibiarkan Mati Dalam Runtuhan Bangunan

Hiburan Trivianara Kisah Omayra Sanchez Anak Gadis Yang Dibiarkan Mati Dalam Runtuhan Bangunan

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 144 hits
Omayra Sanchez gadis Colombia berusia 13 tahun telah menggemparkan dunia gara gara kisah tragis yang menimpanya pada tahun 1985 Sekitar jam 9 09 malam tanggal 13 November 1985 Gunung Berapi Nevado Del Ruid telah dilaporkan meletup dan menye...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir