Kisah Kemunculan Semula Legenda Mat Kilau


Kisah Mat Kilau sangat unik. Beliau diisytiharkan mati pada 1895 di Kelantan untuk mengelak daripada diburu penjajah British, kemudian muncul semula pada 1969 sebelum meninggal dunia kurang setahun selepas itu.


Selama lebih tujuh dekad, Mat Kilau berpindah-randah sehingga ke Pattani, Thailand sebelum menetap semula di Pahang dengan identiti baharu. Kemunculan semula beliau pada hari Jumaat, 26 Disember 1969 di Masjid Kampung Pulau Tawar, Jerantut menggemparkan negara.

Mat Siam

Mengikut kisah yang diceritakan Mat Kilau kepada wartawan Utusan Malaysia, Nordin Mohammad dan Haji Alang Ahmad, selepas tamat Perang Bahaman di Semantan, Pahang, beliau dan Dato' Bahaman telah mengundurkan diri. Dato' Bahaman akhirnya dikatakan meninggal dunia di Kelantan.

Beliau kemudiannya pulang semula ke Pahang pada tahun 1900, ketika Pahang di bawah pemerintahan Almarhum Sultan Abdullah.

Pada 1927, Mat Kilau dititahkan oleh Sultan Abdullah supaya menukar namanya kepada Mat Siam dan berpindah dari Kampung Tanjung Medang, Pekan ke Kampung Batu Lima, Jalan Maran-Kuantan. Ini untuk mengelakkan beliau daripada dikesan oleh pihak British yang ketika itu masih berkuasa di Pahang.

Pada 26 Disember 1969, Mat Kilau menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Pulau Tawar. Selepas solat dan membaca al-Quran buat seketika, beliau membuat pengumuman dan mendedahkan identitinya sebagai Mat Kilau di hadapan lebih 100 jemaah masjid tersebut.

Beliau turut mendedahkan beberapa tanda pada badannya bagi membuktikan dirinya Mat Kilau, termasuk tahi lalat di pipi kanan, tahi lalat panjang di bahu kiri dan sebiji buntat embun yang tertanam di celah jari kelingking kaki kirinya.

Malah, beliau turut menunjukkan beberapa parut peluru di tubuhnya. Parut tersebut jumlahnya mencecah puluhan.

Wawancara Utusan Malaysia

Utusan Malaysia merupakan akhbar pertama yang mewawancara Mat Kilau secara eksklusif selepas pahlawan itu muncul semula. Wawancara tersebut disiarkan pada 29 Disember 1969 dengan tajuk "Sah: Pahlawan Mat Kilau maseh hidup".

Wawancara tersebut dijalankan oleh wartawan, Nordin Mohammad dan Haji Alang Ahmad dan dalam wawancara tersebut, Mat Kilau membahasakan dirinya sebagai Aki.

Menurut Nordin dan Haji Alang, pada usia 122 tahun, Mat Kilau masih boleh berjalan dengan gagah, cuma pandangan sedikit kabur. Malah, pendengarannya juga masih jelas.

Kepada Nordin dan Haji Alang, Mat Kilau menceritakan semula kisahnya yang bersama berperang dengan Dato Bahaman sebelum berundur dan menyembunyikan diri.

Ketika bercerita tentang kembalinya beliau ke Pahang pada 1900, Mat Kilau tiba-tiba berhenti dan menangis. Beliau kemudiannya mengucapkan tahlil dan membaca beberapa potong ayat al-Quran.

Lahir di Pulau Tawar, mahu mati di Pulau Tawar

Hampir 15 minit Mat Kilau mendiamkan diri selepas menangis. Wartawan yang mewawancara juga tidak cuba mengajukan soalan lagi, sebaliknya menunggu pahlawan gagah itu bersedia meneruskan cerita.

"Aki gembira dapat berada dengan sanak saudara setelah 78 tahun berpisah. Aki lahir di Pulau Tawar dan mahu mati di sini juga," kata Mat Kilau sambil memandang ke wajah wartawan yang mewawancara.

Pandangannya dilempar kepada tetamu lain pula seraya berkata, "Aki tidak mempunyai sebarang ilmu untuk diberikan kepada anak-anak semua".

Mat Kilau kemudiannya melanjutkan cerita tentang peperangan lain, iaitu Perang Kuala Lipis-Budu yang menyaksikan beliau membunuh sepasukan tentera upahan British yang terdiri daripada tentera Sikh di Kuala Tembeling.

Dalam perang tersebut, Mat Kilau berhadapan dengan 'hujan peluru', sedangkan beliau hanya bersenjatakan sundang dan senjata lain.

Sundang yang digunakan dalam perang itu dikatakan disembunyikan di makam Tuan Senik, Beserah, Kuantan.

Digelar 'Babi Lemak'

Mat Kilau sekali lagi terdiam apabila dikemukakan soalan tentang pemergiannya dari negeri Pahang. Kata beliau, dia dihalau dari Pahang oleh penasihat British di negeri itu ketika itu, Hugh Clifford. Orang putih itu, kata beliau, turut menggelarnya sebagai 'babi lemak'.

"Sejak itulah Aki merantau dari kampung. Akhirnya Aki sampai di Kampung Penar dan Kampung Jambu di Pattani. Di sini Aki menjadi guru silat," katanya.

Kisah kemunculan semula Mat Kilau selepas puluhan tahun dianggap sudah meninggal dunia merupakan antara peristiwa paling menggemparkan yang pernah berlaku di negara ini.

Bukan sahaja kisah kepahlawanannya boleh menjadi inspirasi, malah kemampuannya untuk kekal sihat pada usia lebih seratus tahun terus menjadi tanda tanya.

Bagi mengesahkan identiti Mat Kilau, kerajaan Pahang telah menubuhkan jawatankuasa khas pada 8 Januari 1970 untuk menyiasat perkara tersebut.

Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Datuk Abdul Aziz Ahmad dan dianggotai Ibrahim Arshad, Abdul Razak Hitam, Kapten Mohd. Ali Muhammad, Zakaria Hitam dan Asaari Yaacob.

Jawatankuasa tersebut mengesahkan bahawa Mat Siam ialah Mat Kilau, melalui keterangan yang diberikan beberapa pihak seperti Tok Pawang Nong, Mustafa Awang Mat, Mek Munah, Pak Him serta dua bekas petugas di istana Sultan Abdullah, Idris Lambak dan Haji Abdul Hamid Lela.

Mat Kilau meninggal dunia pada 16 Ogos 1970, 10 hari selepas kerajaan Pahang mengesahkan identitinya.

Beliau meninggal dunia di Kampung Batu Lima, Kuantan di rumah yang didudukinya sejak berpindah ke kampung itu pada 1927.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Senjata Berbahaya Yang Sangat Popular Pada Zaman DahuluLegenda Cik Siti Wan Kembang, Srikandi Yang Memancung Kepala Raja Thai
sumber: (1)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/09/blog-post.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buasir Otak Tv Kisah Di Sebalik Filem Mat Kilau Part 5

Buasir Otak Tv Kisah Di Sebalik Filem Mat Kilau Part 5

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 157 hits
Setiap kali bila budak cuba bandingkan kalau Mat Kilau lawan orang lain siapa menang Jom tonton animasi ini
Kutipan Terkini Mat Kilau Cecah Rm97 Juta

Kutipan Terkini Mat Kilau Cecah Rm97 Juta

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 154 hits
Agak lama peminat tidak mendengar khabar mengenai kutipan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan dan terkini filem itu telahpun mengumpul RM97 juta kurang RM3 juta untuk menjadi filem tempatan pertama yang berjaya mengaut kutipan sehingga RM1...
Mat Kilau Kini Duduki Carta Top 10 Netflix

Mat Kilau Kini Duduki Carta Top 10 Netflix

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 237 hits
Filem blockbuster tempatan Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan kini berjaya menduduki senarai trending top 10 Netflix selepas ia tersedia di perkhdimatan streaming itu sejak 16 September yang lalu Sejak ia memasuki Netflix filem arahan Syamsul Y...
Mat Kilau Pernah Dirisik Laman Penstriman Disney Hotstar Dan Beberapa Lagi

Mat Kilau Pernah Dirisik Laman Penstriman Disney Hotstar Dan Beberapa Lagi

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 264 hits
Mat Kilau filem paling tinggi kutipannya di Malaysia nampaknya menjadi antara filem yang direbut pelbagai laman penstriman Walaupun di awal tayangan filem ni Syamsul Yusof pernah mendedahkan bahawa Netflix pernah menawarkan sejumlah amaun u...
Bila Mat Kilau Dimainkan Di Netflix

Bila Mat Kilau Dimainkan Di Netflix

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 328 hits
wrlr zaman aku kecik dulu filem Indonesia menguasai Malaysia dengan filem penentangan belanda Indonesia merdeka kerana berperang Jadi filem seperti Benteng Betawi surabaya pahlawan fajar dllAkhirnya ramai yg bersependapat tentang Mat Kilau ...
Mat Kilau Masih Gagal Capai Rm100 Juta Ini Respon Syamsul Yusof

Mat Kilau Masih Gagal Capai Rm100 Juta Ini Respon Syamsul Yusof

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 164 hits
Sebulan lalu Namun selepas sebulan filem itu masih gagal mencapai RM100 juta Terbaru dalam satu post di Instagram Syamsul Yusof mengumumkan yang filem hanya berjaya mencapai kutipan RM97 juta sahaja Filem ini masih ditayangkan dan respon pe...
Mat Kilau Trending Di Netflix Tapi Belum Top Ten

Mat Kilau Trending Di Netflix Tapi Belum Top Ten

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 181 hits
Filem blockbuster tempatan Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan telahpun memasuki perkhidmatan streaming popular Netflix hari ini sempena sambutan Hari Malaysia Walaupun belum sampai 24 jam di Netflix filem arahan Syamsul Yusof itu telahpun memas...
Mat Kilau Di Netflix Pasukan Peguam Siap Sedia Banteras Cetak Rompak

Mat Kilau Di Netflix Pasukan Peguam Siap Sedia Banteras Cetak Rompak

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 209 hits
Walaupun masih ada pawagam yang memainkan filem ini filem Mat Kilau akhirnya mendarat di laman penstriman Netflix tepat pada 12 tengah malam 16 September 2022 Filem yang berjaya mencatat kutipan RM97 juta itu kini menjadi filem yang kembali...
Rupanya Versi Mat Kilau Di Netflix Ialah Versi Tanpa Sensor Dengan Kesalahan Fakta

Rupanya Versi Mat Kilau Di Netflix Ialah Versi Tanpa Sensor Dengan Kesalahan Fakta

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 216 hits
Filem Mat Kilau berjaya mencetuskan gelombangnya buat kali kedua apabila ditayangkan di laman Netflix bermula 16 September Namun selepas itu tercetus pula isu kesalahan fakta yang besar sehingga menjadikan filem ini lari dari fakta sebenar ...
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam

Ibu Meraung Luluh Hati Lihat Kaki Anak Putus Akibat Kemalangan Motorsikal Depan Sekolah

Fiersa Besari April Chord



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Fuel Your Competitive Spirit Wallet Bet On Esports Games

Saksi Dengar Dentuman Kemudian Pokok Hempap Kenderaan

Mayat Wanita Dalam Tangki Air Kuarters Universiti

Berita Prk Kkb Terkini Pengundi India Menjadi Penentu

Lelaki Diganggu Oleh Pemandu Selepas Mengekori Kenderaannya

Indonesia Kaji Semula Tadbir Urus Pekerja Asing