Kisah Kematian Mustafa Kemal Ataturk Dan Kontroversi Jasad Tidak Di Terima Bumi


Bila kita berbicara tentang Mustafa Kemal Ataturk, cerita paling masyhur mengenai beliau ialah jenazahnya yang tidak diterima bumi kerana dosa-dosa yang dilakukan pada umat Islam, apabila menghapuskan sistem kekhalifahan dan tindakan kejam beliau kepada institusi agama.


Kisah jasad tidak diterima bumi ini adalah topik kontroversi yang sering diceritakan para agamawan di medan-medan ceramah tak kira masa atau tempat. Wallahu a'lam.

Tahun-tahun Terakhir Ataturk

Pada tahun 1937, sudah timbul tanda-tanda kemerosotan kesihatan Ataturk dan pada awal tahun 1938, semasa melakukan lawatan ke Yalova, Turki, beliau ditimpa penyakit serius dan memerlukan rawatan doktor.

Selepas mendapat rawatan jangka pendek di Yalova di mana keadaan kesihatan beliau dilihat bertambah baik, Ataturk meneruskan lawatan seperti dirancang.

Namun, keadaan kesihatan beliau kembali merosot semasa melakukan perjalanan ke Ankara, Mersin dan Adana.

Apabila beliau pulang semula ke Ankara pada Mei 1938, Ataturk dinasihatkan untuk berangkat ke Istanbul bagi mendapatkan rawatan untuk penyakit beliau.

Hasil diagnosis yang dilakukan pakar perubatan mendapati beliau menghidap sirosis, sejenis penyakit hati yang mengakibatkan peningkatan dalam tisu berserat dan pemusnahan sel-sel hati.

Dan ini sesuatu yang tidak mengejutkan kerana menurut rekod, Ataturk dikenali sebagai kaki botol, suka menari, bermain permainan kad dan perempuan.

Berikutan itu, beliau mengambil keputusan menjadikan Istana Dolmabahce, Istanbul, di sebelah utara bahagian Eropah Selat Bosphorus sebagai kediaman beliau.

Semasa bulan-bulan terakhir ini, walaupun dalam keadaan sakit yang teramat, Ataturk cuba meneruskan rutin harian seperti biasa.

Antara rutin beliau pada bulan-bulan tersebut ialah mempengerusikan mesyuarat Majlis Menteri-Menteri, menyelesaikan urusan berkenaan wilayah Hatay dan menjadi tuan rumah kepada Raja Carol II dari Romania semasa lawatan baginda ke Turki pada Jun 1938.

Namun, Ataturk dilihat jarang berdiri dan pada ketika itu, berehat di atas kapal layar Savarona sehingga akhir Julai 1938, di mana keadaan kesihatan beliau kembali merosot lalu dipindahkan ke satu bilik khas di Istana Dolmabahce.

Semasa di Dolmabahce, Ataturk koma pada bulan September sebelum kembali tidak sedarkan diri pada 9 November.

Pada tanggal 10 November 1938, beliau meninggal dunia pada usia 57 tahun dengan jam bilik tidurnya menunjukkan waktu kematian 9.05 pagi.

Pengebumian

Persiapan telah diatur oleh pihak berkuasa untuk menguruskan urusan pemakaman negara untuk Ataturk. Pada ketika itu, belum ada keputusan berkenaan tempat pemakaman.

Sehari selepas kematian beliau, Parlimen Turki yang bersidang di Ankara melantik Ismet Inonu sebagai Presiden Republik Turki yang baharu.

Pada mulanya, tidak ada keperluan untuk melakukan solat jenazah bagi Ataturk namun, Makbule Atadan, kakak kepada Ataturk, yang menetap di Dolmabahce selama beberapa hari sehingga hari kematian Ataturk, mendesak agar urusan tersebut dilakukan di sebuah masjid sebelum jenazah dibawa ke Ankara.

Akhirnya, Atadan diyakinkan oleh Presiden Jabatan Pengurusan Agama, Rifat Borekci bahawa solat jenazah juga seharusnya dilakukan di luar masjid.

Pada 19 November, jam 8.10 pagi waktu tempatan, solat jenazah Ataturk diimamkan oleh Profesor Serafettin Yaltkaya, Pengarah Institut Kajian Islam di mana ia dilakukan dalam Bahasa Turki dan bukan mengikut Bahasa Arab.

Semasa upacara berlangsung, sebarang usaha untuk mengambil gambar adalah tidak dibenarkan, selain solat jenazah dihadiri oleh orang-orang yang rapat dengan beliau, beberapa orang jeneral, pegawai-pegawai agama, kakitangan istana dan Mejar Yasar Okur, seorang hafiz Al-Quran merangkap pegawai tentera yang berkhidmat bersama Ataturk selama 15 tahun.

Memandangkan urusan pengebumian ditangguhkan bagi memberi peluang kepada def-def kehormat dan orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada Ataturk, jenazah beliau telah diawet di Ankara oleh pakar patologi dari Akademi Perubatan Tentera Gulhane (GMMA), Prof. Lutfi Aksu.

Sementara proses pengkafanan dilakukan oleh salah seorang dari sembilan pakar perubatan yang menandatangani sijil kematian beliau, Prof. Mehmet Kamil Berk.

Kemudian, jenazah Ataturk dibaringkan dalam posisi rehat sementara Atadan, pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan tentera serta individu berpengaruh lain memberi penghormatan terakhir pada waktu-waktu tertentu.

Jenazah Ataturk diletakkan dalam satu keranda kayu walnut berkualiti tinggi dengan bahagian dalam diperbuat daripada kayu mahogani.

Keranda yang dilitupi dengan bendera kebangsaan Turki diletakkan pada 16 November di dewan sambutan istana pada sebuah catalfaque.

Ianya diapit dengan tiga obor tinggi pada setiap sisi mewakili enam rukun utama Kemalisme dan diletakkan lingkaran bunga di atas keranda untuk tatapan orang ramai.

Selama tiga hari, beribu-ribu orang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada beliau pada catalfaque di mana pegawai-pegawai kehormat bertugas menjaga jenazah.

Selepas selesai solat, jenazah Ataturk dibawa keluar dari Dolmabache, diletakkan atas kaison yang ditarik kuda dan dibawa di hadapan perarakan jenazah ke Taman Gulhane.

Dari Seraglio Point, sebuah bot torpedo membawa jenazah beliau ke kapal perang TCG Yavuz, yang diiringi oleh kapal tentera laut Turki dan kapal-kapal asing membawa jenazah sehingga melepasi Pulau Buyukada. Setelah itu, Yavuz meneruskan perjalanan ke bandar pelabuhan Izmit.

Keranda yang membawa jenazah dipindahkan ke atas keretapi pengebumian dan dibawa ke Ankara di mana ia tiba pada 20 November 1938.

Menanti jenazah tiba ialah def-def kehormat terdiri daripada Presiden Turki, Ismet Inonu, Speaker Parlimen Turki, Abdulhalik Renda, Perdana Menteri, Celal Bayar, menteri-menteri Kabinet, Panglima Angkatan Tentera Turki, Field Marshall Fevzi Cakmak, pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan tentera serta semua ahli parlimen.

Keranda Ataturk kemudian sekali lagi dibawa di atas kaison ke Bangunan Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki di Ulus, di mana ia diletakkan atas sebuah catalfaque di hadapan bangunan Parlimen untuk tatapan umum.

Ini memberi peluang kepada ribuan penduduk Ankara memberi penghormatan terakhir kepada Bapa Turki Moden.

Pada hari berikutnya, satu lagi upacara pengebumian lebih besar diadakan bagi memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin asing memberi penghormatan terakhir.

17 pemimpin asing hadir memberi penghormatan

Perarakan dengan keranda jenazah Ataturk yang dilitupi dengan bendera Turki diletakkan atas kaison yang ditarik kuda dibawa ke Muzium Etnografi Ankara turut diiringi sembilan detasmen pegawal kehormatan.

Antara negara yang menghantar detasmen tersebut ialah Britain, Iran dan Yugoslavia.

Setibanya di muzium, keranda Ataturk diletakkan dalam sebuah keranda batu marmar berwarna putih yang dibina khas dengan bendera Turki menutup penutup keranda.

Dan dari rekod rasmi ini, cerita jenazah Ataturk tidak diterima bumi muncul dan tersebar secara meluas di serata dunia termasuk di medan-medan ceramah.

Dan bila memandang polisi pemerintahan Ataturk, maka tidak hairanlah bagaimana ia dapat dikaitkan sebagai satu kisah teladan yang menarik tetapi sumbernya goyah.

Cerita sebenar kenapa kerajaan Turki menyemadikan sementara jenazah beliau di situ ialah mereka mahu membina satu kompleks pemakaman besar untuk Ataturk di atas bukit paling tinggi di Ankara pada ketika itu, Rasateppe.

Memandangkan projek kompleks pemakaman yang dipanggil Anitkabir akan mengambil masa 15 tahun, maka pihak kerajaan memilih Muzium Etnografi Ankara sebagai tempat persemadian sementara beliau.

Anitkabir


Dan impian tersebut menjadi kenyataan pada 1953, apabila penutup keranda batu dibuka kali pertama dan keranda tersebut dibawa keluar dengan bantuan kren jenis trispastos untuk diletakkan di atas catalfaque dengan disaksikan oleh kakak Ataturk, Makbule Atadan, Presiden Celal Bayar, Speaker Parlimen Refik Koraltan, Perdana Menteri Adnan Menderes, Panglima Angkatan Tentera Turki Nuri Yamut, Abdulhalik Renda dan beberapa pegawai tinggi kerajaan.

Gabenor Ankara, Kemal Aygun menugaskan ahli patologi dari fakulti perubatan Universiti Ankara, Profesor Kamile Sevki Mutlu untuk mengeluarkan keranda, memeriksa jenazah dan menyelia proses pengebumian semula di mana ia perlu mengikut tradisi pengebumian tempatan.

Proses yang berlaku pada 9 November 1953 ini menyaksikan Prof. Mutlu dibantu oleh dua rakan sekerjanya, Dr. Cahit Ozen dan Dr. Seref Yezgan serta 10 guru sekolah tinggi teknikal vokasional yang dihadiri pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

Selepas membuka bahagian dalam zink, mereka menemui sebuah plastik coklat mengandungi jenazah Ataturk yang disokong penyokong kayu.

Selepas mengeluarkan plastik dan kain kafan jenazah, pasukan Prof. Mutlu mendapati jenazah beliau masih dalam keadaan baik dan tidak busuk, terima kasih kepada proses pengawetan yang dijalankan 15 tahun lepas oleh Prof. Aksu yang meninggal dunia pada tahun 1951.

Turut ditemui dalam keranda tersebut ialah sampel bahan kimia pengawet yang digunakan dalam satu botol tertutup bersama label kimia tersebut.

Def-def kehormat naik ke catalfaque seorang demi seorang dan memandang wajah Ataturk dan atas nasihat Prof. Mutlu, keranda ditutup semula selepas jenazah dikafankan dengan kain yang baru dan diberi kimia khas untuk kekal utuh.

Sehari selepas itu, pada tanggal 10 November 1953, keranda dilitupi bendera Turki dibawa keluar dari Muzium Etnografi Ankara dan diusung oleh 12 askar untuk diletakkan atas kaison untuk dibawa ke lokasi kekal persemadian beliau, Anitkabir.

Pengusungan keranda diketuai oleh pelbagai pemimpin komuniti agama Turki seperti Armenian Patriach, Greek Orthodox, Roman Katolik dan ketua Rabbi Yahudi selain Presiden Bahagian Hal Ehwal Agama Turki.

138 pegawai simpanan muda termasuk daripada barisan sehingga tiga kilometer terdiri daripada Presiden, Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, ahli-ahli perhimpunan kebangsaan, gabenor-gabenor wilayah dan diplomat-diplomat asing.

Sementara 21 juta rakyat Turki berdiri tegak dan senyap seketika selama lima minit di setiap pelosok negara.

Seorang laksamana tentera laut menjaga kusyen baldu mengandungi Pingat Kemerdekaan, satu-satunya pingat dalam banyak pingat yang dimiliki, yang dipilih Ataturk untuk dipakai.

Dan Bapa Turki Moden disemadikan di tempat persemadian kekalnya, kompleks pemakaman Anitkabir.

Seorang pegawai menceritakan pengalaman semasa proses tersebut berlangsung, “Saya masih bertugas pada hari pengebumiannya, bila saya menitiskan air mata tentang hakikat kematian. Hari ini saya tidak bersedih kerana 15 tahun telah mengajar saya bahawa Ataturk tidak pernah mati.”

Legasi

Hari ini, pada 9 November setiap tahun, pada 9.05 pagi, semua aktiviti dihentikan seketika selama dua minit.

Siren dibunyikan di segenap pelosok negara dan rakyat Turki diam seketika pada waktu tersebut untuk menghormati Ataturk tanpa mengira sama ada di jalan raya, kafe atau pasar raya dan bagi pelajar sekolah, mereka juga diam seketika selama seminit pada 9.05 pagi.

Pada hari itu, bendera Turki dikibarkan separuh tiang bagi mengingati presiden pertama Republik Turki.

Bagi yang mengikuti sejarah Turki, pasti sedar akan jasa Ataturk membebaskan negara daripada dijajah Britain, Perancis, Itali dan Greece dan menghalau mereka keluar dari bumi Anatolia.

Dan Ataturk turut berjasa membawa Turki maju ke depan dengan melancarkan pelbagai polisi bagi mengukuhkan kembali Turki sebagai sebuah negara yang hebat.

Kehebatan beliau dalam mengendalikan soal pemerintahan mengagumkan ramai sehingga menjadikan beliau atau ideologi Kemalisme sebagai cara melawan imperialisme Barat.

Daripada Shah Reza di Iran sehinggalah presiden pertama Tunisia, Habib Bourgiba menjadikan beliau sebagai inspirasi.

Sementara parti Nazi Jerman diketuai Adolf Hitler menganggap beliau seperti sebahagian daripada mereka dan meniru bulat-bulat sebahagian polisi Ataturk seperti bersikap keras terhadap gereja, institusi Islam dan menghalau keluar kelompok minoriti seperti yang dilakukan beliau pada 20-an dan 30-an.

Pada hari kematian Ataturk, Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Jerman menyifatkan kematian beliau satu kehilangan yang sukar digantikan.

Namun pada masa yang sama, polisi keras Ataturk terhadap Islam sama sekali mencalarkan imej beliau sebagai patriot dan nasionalis.

Ya, beliau membenarkan kebebasan wanita tetapi menafikan kebebasan mereka menutup aurat. Beliau masih membenarkan azan dan Al-Quran tetapi semuanya diubah dalam Bahasa Turki berikutan sikap anti-Arab beliau.

Pendek kata, pendekatan sekular Ataturk menolak Islam sehingga ke tebing curam namun, tindakan ini mendorong ramai ulama bangkit termasuk Said Nursi hafizahullah untuk memelihara cahaya agama daripada terus pudar di bumi Anatolia.

Kemalisme

Jasad Mustafa Kemal Ataturk

Tetapi, legasi terbesar Ataturk ialah Kemalisme, satu doktrin politik yang menganggap dirinya moden dan pro-Barat, sosialis, pro-tentera dan ultra-sekular dalam pendekatannya sehingga mencekik warga Turki untuk bernafas dalam mendapatkan hak mereka terutama soal kebebasan agama.

Dan ini sudah dibuktikan dengan siri kudeta pada 1960, 1971, 1980 dan 1997 di mana tentera dan sistem kehakiman memperlihatkan diri mereka sebagai penjaga Kemalism.

Dan mereka tidak teragak-agak menyingkirkan mana-mana tokoh sama ada Adnan Menderes atau Necmettin Erbakan sekiranya agenda kerajaan berlawanan dengan enam prinsip utama Kemalism.

Namun, keghairahan Kemalism ini akhirnya memakan diri kerana perlahan-lahan ditolak rakyat yang mula condong kepada pan-Islamisme dan mahukan kembali hak mereka yang dinafikan.

Ini dibantu pula dengan beberapa keputusan Kesatuan Eropah (EU) yang tidak memihak kepada mereka termasuk mengharamkan mahkamah keselamatan negara dan kebijaksanaan parti-parti politik bercorak Islam termasuk Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) bermain catur politik yang membantu mereka naik ke puncak.

Dan siapa sangka dengan cubaan rampasan kuasa terbaru pada 2016, ia bukan langkah akhir kejatuhan sebuah lagi kerajaan pilihan rakyat tetapi satu lagi pukulan besar kepada Kemalisme.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
10 Empayar Islam Paling Kuat Dalam SejarahKenapa Masih Ramai Rakyat Turki Menyanjung Mustafa Kamal Ataturk
sumber: thepatriots



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/05/kisah-kematian-mustafa-kemal-ataturk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mustafa Kemal Ataturk Yahudi Yang Menumbangkan Kerajaan Khalifah Uthmaniyyah

Mustafa Kemal Ataturk Yahudi Yang Menumbangkan Kerajaan Khalifah Uthmaniyyah

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 299 hits
Mustafa Kemal Ataturk nama yang pernah suatu ketika dahulu menjadi bualan hangat dan berlegar di minda terutamanya umat Islam merupakan presiden Turki pertama yang dianggap sebagai bapa pemodenan Turki moden Namanya sangat dibanggakan dan d...
Muga Tidak Ada Pemimpin Yang Mengulangi Sejarah Mustafa Kemal At Rtuk Di Bumi Malaysia

Muga Tidak Ada Pemimpin Yang Mengulangi Sejarah Mustafa Kemal At Rtuk Di Bumi Malaysia

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 688 hits
Menurut H S Armstrong salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul Al Zi bu Al Aghbar atau Al Hayah Al Khasah Li Taghiyyah telah menulis Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dar...
Terima Uang Dari Caleg Ketua Dan Anggota Panwas Di Jayapura Jadi Tersangka Korupsi

Terima Uang Dari Caleg Ketua Dan Anggota Panwas Di Jayapura Jadi Tersangka Korupsi

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 148 hits
Dua anggota Panitia Pengawas Pemilu di Distrik Jayapura Selatan yakni IW dan VR ditetapkan sebagai tersangka kasus korupsi oleh polisi Penetapan keduanya dilakukan setelah Gakkumdu melimpahkan kasus tersebut ke Polres Jayapura Kota
Pkpmp Minta Orang Awam Berhati Hati Terima Panggilan Dakwa Pegawai Mahkamah

Pkpmp Minta Orang Awam Berhati Hati Terima Panggilan Dakwa Pegawai Mahkamah

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 220 hits
Gambar HiasanPUTRAJAYA Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menafikan bahawa panggilan telefon yang dikatakan diterima oleh seorang individu adalah daripada pegawai atau kakitangan di Mahkamah Pulau Pinang Pejabat berkenaan mengulas...
Saya Reda Dan Terima Kerana Ini Semua Dari Allah Ammar Alfian Kecewa Isteri Tetap Nak Malukan Lepas Minta Maaf

Saya Reda Dan Terima Kerana Ini Semua Dari Allah Ammar Alfian Kecewa Isteri Tetap Nak Malukan Lepas Minta Maaf

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 992 hits
Saya Reda Dan Terima Kerana Ini Semua Dari Allah Ammar Alfian kecewa isteri tetap nak malukan lepas minta maaf Susulan pendedahan terbaharu isteri Ammar Alfian iaitu Nelissa Nezam di media sosial pelakon itu akhirnya mengakui pernah melakuk...
Najib Terima Tajuk Debat Lim Tapi

Najib Terima Tajuk Debat Lim Tapi

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 225 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak setuju dengan tajuk debat berkenaan kleptokrasi yang dicadangkan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang Namun beliau berharap topik lain juga dapat dibincangkan dalam perdebatan antara mereka nanti Lim telah se...
Najib Saya Terima Maklumat Ph Takut Kit Siang Tersungkur Kalah

Najib Saya Terima Maklumat Ph Takut Kit Siang Tersungkur Kalah

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 282 hits
Beberapa minit selepas Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan media mengumumkan pengundurannya daripada perbahasan dengan Najib Razak bekas perdana menteri itu berkata beliau menerima maklumat bahawa Pakatan Harapan merancang untuk membatlaka...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Lunch Di Restoran Saffani Ipoh Perak

Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms