Kisah Kematian Akibat Vape Yang Gempar Dikaca Tv Baru Baru Ini
budak budak tak cukup umur jangan cuba ok
Kematian akibat menghisap Vape di US mengemparkan semua. Sedikit sebanyak scene Vape di Malaysia pun terpalit juga. Ramai yang share benda ini siap komen komen yang membenci penghisap Vape diMalaysia.
Oklah aku cuma nak terang sikit apa yang berlaku. Mungkin ada isteri yang tunjuk kat laki dia kata sangat bahaya la apa la.Yang laki pun mesti senyap..nak terang macammana ni? Haa tunjuk je artikel aku ni. Ok apa yang berlaku ye?
1. Yang banyak mati tu dekat US bukan kat Malaysia sebab apa yang diorang hisap tu berbeza dekat Malaysia.
2. Apa yang diaorang hisap (vape) tu? Dekat US tu diaorang hisap cecair berasaskan ganja (THC). Sebab tu ramai mati.
3.Dekat Malaysia ni Vaper tak isap menatang THC ni..PAHAM?
"THC is the main psychoactive chemical that is responsible for most of the intoxicating effects people experience when using marijuana." Ok cukupla penerangan aku bagi non-vapers yang ingin tahu..lepas baca penerangan diatas kalau rasa nak left ke blog lain silakan.Tugas aku membantu menerangkan dah selesai..penulisan seterusnya lebih kepada vapers yang masuk mencari sesuatu dalam blog aku.
Apa itu THC?Diterjemah daripada bahasa Inggeris-Tetrahydrocannabinol adalah salah satu daripada sekurang-kurangnya 113 cannabinoids(CBD) yang dikenal pasti dalam ganja. THC adalah penyusun psikoaktif utama ganja. Dengan nama kimia-trans-Δ9-tetrahydrocannabinol, istilah THC juga merujuk kepada isomer cannabinoid. Tak paham jugak ianya adalah salah satu kandungan menghayalkan dalam daun ganja tu..kiranya extract bawak keluar pastu hisap,,..ngerti?
Bahaya tak THC ni ? Ye bahaya ada efek macam-macam Aku rasa malasla pulak nak tulis benda apa benda apa ..korang agak-agak sendiri la k.
Vape berasaskan cannabis ni ada dua (setakat yang aku tau la)..satu THC satu lagi CBD oil (untuk pengetahuan sahaja). Yang lain aku tak tau.
OK terima kasih ...semoga berjumpa lagi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://vapeopinion.blogspot.com/2019/12/viral-kisah-kematian-akibat-vape-yang.html