Kisah Kejayaan Najib Assadok Memberi Inspirasi Dalam Titanium Summit 2021


Kisah Kejayaan Najib Assadok Memberi Inspirasi Dalam Titanium Summit 2021 | Bila bercakap pasal bisnes, pasti kedengaran keluhan para usahawan dan peniaga yang ditemuramah  di kaca televisyen mahupun di media sosial, betapa mereka mengalami kemerosotan jualan akibat dari pandemik yang melanda sejak tahun 2020. Malah ramai yang gulung tikar dan tidak sanggup meneruskan perniagaan berikutan tidak mampu membayar sewa, menggajikan pekerja dan terpaksa bergolok gadai kerana hutang yang meningkat. 
Kadang kala kita merasakan ilmu yang kita ada sudah cukup untuk kita berjaya dalam perniagaan tapi sebenarnya kita silap. Kita perlu belajar dan terus belajar kerana apabila zaman berubah, teknologi semakin canggih dan banyak perubahan berlaku, maka  ilmu-ilmu yang kita ada dan guna pakai perlu ada penambahbaikan dan perlu dipertingkatkan.



Kita tahu dan sedia maklum, untuk berjaya kita perlu ada guru, perlu ada bisnes circle dan perlu tahu tentang digital marketing untuk masa sekarang selain usahawan perlu pandai cara dan bagaimana untuk menarik pelanggan.
Sebut pasal belajar ni, pasti ramai boleh dapat ilmu dari Richworks Academy tapi bimbang akan harga kelas titanium dr azizan ni. Tapi kalau dapat sertai Titanium Cirle ni akan tahu senarai titan richworks yang berjaya mencapai jualan jutaan ringgit. Nak berjaya kena jadi anak murid Dr Azizan yang kebanyakan adalah usahawan zero ke million richworks. Anda boleh lihat harga seminar Dr Azizan 2021 di laman web Richworks.com


“Tiada siapa boleh buat diri kita berani melainkan diri kita sendiri”
Datuk Wira Dr Azizan Osman


Dalam dunia perniagaan bagi mereka yang berjaya tidak ada sesiapa pun yang tidak pernah mengalami kemerosotan jualan, merasa down namun sebagai usahawan, mereka perlu berani membuat perubahan dan berubah untuk berjaya.
Saya suka berkongsi kisah kejayaan dan jatuh bangun usahwan internet terkenal, Najib Assadok yang merupakan anak murid Dr Azizan, yang mungkin boleh dijadikan inspirasi buat anda yang bercadang untuk membuat bisnes, masih dalam bisnes dan ingin mengembangkan bisnes hingga menjadi jutawan seperti beliau.
Jangan ingat Najib Assodok ini buat bisnes dan terus berjaya tau. Beliau juga mengalam beberapa fasa kemerosotan dalam bisnes tapi beliau cukup berkeyakinan dan tidak menoleh kebelakang dan berjaya hingga ke tahap yang tinggi seperti hari ini.
Jom kenali beliau yang merupakan anak didik Dr Azizan dari Richworks Academy.


Najib Assadok Pengasas Momentum Internet Sdn Bhd Latarbelakang Najib AssadokMohd Najib Bin Assadok, anak kelahiran Benut, Pontian ini merupakan pengasas, Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Momentum Internet Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 07 Februari 2014. Beliau merupakan seorang usahawan internet bermula pada tahun 2009.
Momentum Internet Sdn Bhd ialah syarikat yang memberi latihan dan perunding pemasaran digital yang bertujuan membantu usahawan dan perniagaan menggunakan sepenuh potensi pasaran secara dalam talian (online).


Kisah Jatuh Bangun Dan Kejayaan Najib Assadok Yang Memberi Inspirasi
Tahun 1994 - 2008Beliau merupakan anak sulung kepada 6 orang adik-beradik dan ayahnya meninggal dunia ketika beliau berusia 11 tahun. Seorang pelajar cemerlang dalam PMR, memasuki MRSM dan kemudian menyambung pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Sebagai abang yang sulung, beliau sudah terfikir jika sekadar makan gaji, rasa tidak akan ke mana dan keluarga akan terabai hingga beliau ambil keputusan untuk 'drop off'. Dalam pada masa yang sama beliau sudah mula berjinak-jinak dengan bisnes seperti MLM.
Tahun 2008
Beliau mengakhiri zaman bujangnya dengan pilihan hatinya yang cukup memahami dan memberi sokongan kepada beliau hingga kini.
Tahun 2009
Beliau membuat bisnes bundle barang terpakai yang diambil dari Singapura. Rutin sehariannya menyusun dan kemas barang-barang bundle bermula dari subuh dan pulang tengah malam memang cukup memenatkan apatah lagi bila tiada pelanggan. Bisnes beliau mampu bertahan selama 6 bulan dan terpaksa ditutup dengan jumlah hutang yang meningkat. 
Beliau akur tanpa ilmu untuk berniaga dan segala kerja dibuat sendiri merupakan sebab kegagalan beliau.
Tahun 2010
Najib Assadok mula serius menjual produk melalui online peringkat antarabangsa, dan mampu memperolehi jualan RM 20,000 sebulan. Namun beliau masih tidak nampak arah tuju ke mana bisnesnya akan pergi jauh apatah lagi hasrat menjadi jutawan itu masih tak terjawab.
Cabaran yang dihadapi

Sales terlalu rendah dan terhad untuk dikembangkan.  Kebergantungan kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh platform antarabangsa.Tiada team dan semua dibuat sendiri. Sangat perlukan ilmu dan motivasi untuk terus berbisnes. 


Tahun 2012
Bisnes beliau masih bertahan tapi masih di tahap yang sama dan beliau masih tidak nampak potensi dan hala tuju dalam bisnes. Beliau sedar tahap kepercayaan pada keupayaan diri adalah antara penyebabnya dan paling utama beliau tiada sebarang panduan yang khusus dalam bisnes.
Akhirnya Tuan Najib mencuba nasib dengan berjumpa Richworks dan hadir ke Advance Marketing Power (AMP) di Wisma MCA. Penerangan Datuk Wira Dr Azizan Osman yang cukup menyeluruh tentang pemasaran dan melihatkan ramai usahawan telah berjaya dibawah seliaan dan didikan Dr Azizan membuatkan beliau merasa kagum.
Langkah Tuan Najib tidak berhenti hanya disitu, apabila beliau terus hadir pula program IMKK untuk bina kekuatan dalaman.
Cabaran yang masih dihadapi beliau adalah kerana beliau masih tidak pandai macam mana nak guna pakai ilmu ke dalam bisnes, masih tiada arah yang jelas dalam bisnes dan beliau masih membuat “try and error”


Tahun 2013
Bisnes mula ada peningkatan, capai belikan emak rumah, memiliki rumah saya sendiri dan capai kereta impian. 
Tapi bisnes tetap stuck pada satu level dan Tuan Najib masih rasa kekurangan sesuatu iaitu tiada MenThor dan ilmu yang perlu sentiasa di upgrade.
Cabaran yang dihadapi

Masih lagi tercari-cari identiti dan hala tuju yang tepat. Masih lagi tidak nampak jalan untuk capai RM1 juta setahun. Tidak tahu untuk ambil pekerja dan tidak cukup team leader untuk membantu. Masih lagi banyak kerja-kerja dibuat sendiri. 


Tahun 2015
Tuan Najib ambil keputusan sertai semula IMKK untuk recharge, masa itu tekad nak masuk IMKK saja dan tak nak masuk pun program lanjutan.
Tapi dari ilmu yang Datuk Wira Dr Azizan Osman berikan, beliau rasa sangat penting untuk Business Owner sentiasa belajar.  Ini membuatkan Tuan Najib buat keputusan dan menjadi usahawan pertama menyertai program terbaru iaitu Titanium Partners.
Cabaran yang dihadapi

Cabaran untuk bina bisnes semakin besar dan jalan penyelesaian agak sukar. Hadapi cabaran untuk naikkan jualan dan strategi yang betul. Belum jelas hala tuju yang sebenar sehingga menyertai Titanium. 


Tahun 2016
Bisnes Momentum Internet terus berkembang dengan laju sebab sudah ada MenThor yang membimbing sehingga mencapai beberapa juta ringgit setahun. Beliau berjaya mencapai angka jualan 7 angka.


Tuan Najib juga diterima sebagai Ahli Titanium Premier dan dapat merantau ke beberapa buah negara untuk ICM.


Tahun 2017
Walau ada cabaran, Tuan Najib bersyukur sebab ada MenThor yang akan menasihati dan beri tunjuk ajar setiap hari. 

Alhamdulillah banyak sangat pencapaian yang diterima ketika berada dalam circle Titanium dan  paling rasa dihargai bila menerima Award Titanium 3 tahun berturut-turut dan mencapai jualan 7 angka.
Pada tahun ini juga telah berjaya membuka cawangan pertama di Shah Alam. 


Tahun 2018
Berlaku peningkatan bisnes dan jualan cuma peningkatan agak perlahan memandangkan banyak perkara penting masih lagi dibuat sendiri oleh Tuan Najib, namun jualannya masih lagi dengan 7 angka.
Walau begitu beliau mampu membeli sebuah rumah banglo yang menjadi lambang kejayaan besar pada tahun ini. 



Perubahan demi perubahan berlaku apabila Tuan Najib telah mula melatih untuk melahirkan beberapa pekerja yang dapat membantu dalam membina bisnes. Tahun ini juga mereka sangat agresif Roadtour di Semanjung and Sabah dalam 14 lokasi bagi Seminar Roket Business. 
Malahan Tuan Najib juga berjaya menghantar 5 orang pekerja pergi Umrah. 




Tahun 2019
Perkembangan bisnes semakin meningkat dengan lahir beberapa program yang begitu ketara membantu menambah nilai kepada ramai usahawan di luar sana ini termasuk pelancaran Roket Pemasaran Momentum (RPM). 
Beliau mendapat saranan Menthor untuk buang perkataan Seminar dari semua program dan ini sangat memberikan impak yang besar. 
Organisasi chart yang jelas juga telah diwujudkan dan melahirkan leader dan jawatan tetap lebih dari 20 orang. Jualan tahun 2019 telah mencapai 7 angka
Cabaran yang dihadapi

Perlu perkemaskan lagi funnel product yang ada bagi memudahkan pelanggan. Perlu kaji dan kuatkan lagi SIAPA bagi atur strategi yang lebih tepat. 


Tahun 2020 
Tahun yang memberi impak pada orang ramai apabila pandemik Covid-19 melanda malah bisnesn Momentum Internet turut terkesan di awal PKP. Namun itu tidak membataskan  Momentum Internet yang tidak pernah berhenti memberi value kepada lebih ramai orang dengan menyediakan lebih banyak kelas-kelas percuma. 
Di samping itu mereka juga menambah team lebih ramai pada masa banyak syarikat lain lebih berhati-hati dalam berbelanja iaitu lebih dari 70 orang. 
Pada tahun ini juga mereka membuka Cawangan kedua di JB. Tuan Najib juga telah membeli kereta Lamborghini Urus Merah pada tahun ini adalah bukti kejayaan bisnes. Tahun ini juga telah berjaya membeli kereta untuk mak dan bapa mertua. 
Berkat usaha dan sesi seliaan dari RichWorks Academy, jualan Momentum Internaet melonjak 8 angka. 
Cabaran yang dihadapi

Antara cabaran yang beliau harus tangani dan hadapi adalah memastikan data yang sedia ada digunakan dengan sepenuhnyaMenambah team yang lebih ramai dan berkualiti Mengembangkan bisnes.


Tahun 2021 
Tahun 2021 terus menyaksikan kecemerlangan yang makin bertambah sehingga berjaya menambah team sehingga 96 orang.  Lebih membanggakan beliau dapat menghadiahkan 3 buah kereta kepada 3 orang manager di bawah Momentum Internet.
Beliau juga telah melancarkan program lebih advance iaitu Ultimate Partners di mana closing rate yang bagus malahan pertambahan bilangan billboard juga amat membanggakan disamping telah berkolaborasi dengan Exco Kerajaan untuk membantu lebih ramai usahawan untuk berjaya.
Cabaran yang dihadapi :

Hasrat untuk membangunkan lebih ramai key leader yang berjaya.





Cukup menarik dan cukup memberi inspirasi sungguh kisah Najib Assadok ni bukan. Saya pasti anda yang ingin memulakan perniagaan dan mempunyai perniagaan yang semakin goyah ni semestinya ingin berjaya seperti Najib Assadok. 
Jadi saya syorkan anda jangan lepaskan peluang untuk ambil ilmu dan belajar dari kesilapan 100 Jutawan ini dalam masa 3 hari. Ketahui apa yang mereka dah betulkan hingga berjaya bergelar JUTAWAN.
Mereka adalah bukti nyata dari Bina Bisnes dari Zero dan untuk menjadi seperti mereka, anda perlu komited.
Untuk sertai webinar Percuma klik Daftar PERCUMA 100 Usahawan Jutawan Satu Misi Bantu The Nation 24 September hingga 26 September



Tentang Program Titan SummitProgram Titan Summit menampilkan usahawan tempatan yang berkongsi pengalaman dan hasil sebenar untuk mendorong PKS menggunakan digitalisasi dengan cepat.
Program akan menyaksikan satu siri inisiatif dilancarkan dalam beberapa bulan ke depan, termasuk pelbagai kandungan, pengalaman dan platform untuk PKS untuk mendapatkan pandangan dari mereka yang sudah berjaya.
RichWorks kekal membimbing usahawan setiap langkah dan membantu mereka memanfaatkan teknologi terbaik untuk sentiasa berada di hadapan dalam dunia yang terus berubah dengan pantas.
Usahawan menunjukkan bahawa situasi yang paling sukar dapat menghasilkan yang terbaik dalam diri kita, dan satu segmen yang menunjukkan ini adalah PKS. Diilhamkan oleh semangat keusahawanan dan peranan penting mereka dalam ekonomi digital, RichWorks telah melancarkan program Titan Summit untuk membantu mereka mempercepat pengaktifan semula perniagaan dan membina ketahanan untuk masa depan melalui digitalisasi sepanjang krisis ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2021/09/kisah-kejayaan-najib-assadok-memberi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Jenama Sabella Antara 100 Usahawan Jutawan Titan Richworks

Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Jenama Sabella Antara 100 Usahawan Jutawan Titan Richworks

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 521 hits
Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Jenama Sabella antara 100 Usahawan Jutawan Titan RichWorks Assalamualaikum zaza teringat dulu sekitar 5 6 tahun lalu pernah ikut kakak sertai program keusahawanan yang penyampai ceramahnya dari usa...
Titan Summit 2021 Kisah Kejayaan Usahawan Durian Crepe Puan Robiatul Adawiah Ibrahim Founder Rabi Sugarflour

Titan Summit 2021 Kisah Kejayaan Usahawan Durian Crepe Puan Robiatul Adawiah Ibrahim Founder Rabi Sugarflour

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 529 hits
Titan Summit 2021 Kisah Kejayaan Usahawan Durian Crepe Puan Robiatul Adawiah Ibrahim Founder RABI SUGARFLOUR Berniaga ni jika tiada menthor sebenarnya susah juga nak grow Alih alih kita masih berada ditakuk yang lama Tapi sampai bila kita n...
Titan Summit Kisah Inspirasi Kejayaan Hayda Scarf Dikongsi

Titan Summit Kisah Inspirasi Kejayaan Hayda Scarf Dikongsi

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 553 hits
Assalamualaikum siapa nak bangkit bisnes berjayaApa khabar semua hari ini Ada ke yang sama macam Mamy Syu kena berkerja di hari Sabtu begini hehe bukan nak mengeluh cuma rasa sedikit cemburu dengan mereka yang bergelar usahawan jutawan yang...
Titan Summit 2021 Kisah Anak Murid Dr Azizan Join Titanium Circle Dari Zero To Million Richworks

Titan Summit 2021 Kisah Anak Murid Dr Azizan Join Titanium Circle Dari Zero To Million Richworks

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 469 hits
Ketika Covid 19 menyerang satu demi satu bisnes lingkup Deretan kedai perniagaan yang satu ketika dulu meriah dengan urusan jual beli terpaksa ditutup dan sesetengah bandar menjadi pekan hantu seolah olah tidak berpenghuni Siapa saja tak te...
Titan Summit 2021 10x Bina Bisnes Berjaya 100 Usahawan Buka Rahsia Kejayaan

Titan Summit 2021 10x Bina Bisnes Berjaya 100 Usahawan Buka Rahsia Kejayaan

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 372 hits
Program Titan Summit 2021 10x Bina Bisnes Berjaya anjuran Richworks yang akan menaja usahawan bakal usahawan bakal berlangsung pada 24 26 September 2021 secara virtual Dalam program Titan Summit 2021 ni akan mengumpulkan 100 usahawan terdir...
Program Titan Summit 2021 Dedah Rahsia Kejayaan Pengasas Nurraysa

Program Titan Summit 2021 Dedah Rahsia Kejayaan Pengasas Nurraysa

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 521 hits
Titan Summit 10X Bina Bisnes Berjaya Bongkar Kisah Kejayaan Pengasas NurraysaProgram Titan Summit 2021 Dedah Rahsia Kejayaan Pengasas Nurraysa Sesiapa sahaja yang mahu berjaya mendapat apa yang dihajati seseorang itu mesti tabah dalam mengh...
Titan Summit 100 Usahawan Jutawan Kongsi Rahsia Kejayaan Di Musim Pandemik

Titan Summit 100 Usahawan Jutawan Kongsi Rahsia Kejayaan Di Musim Pandemik

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 469 hits
Assalamualaikum dan salam sayang Pengalaman ciktom sendiri ceburi bidang bisnes bukanlah sesuatu yang mudah Banyak cabarannya terutama buat bisnes tapi
Titan Summit Richworks 2021 Dedahkan Anak Murid Dr Azizan Osman Jual Kacang Boleh Jadi Jutawan

Titan Summit Richworks 2021 Dedahkan Anak Murid Dr Azizan Osman Jual Kacang Boleh Jadi Jutawan

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 418 hits
Titan Summit Richworks 2021 Dedahkan Anak Murid Dr Azizan Osman Jual Kacang Boleh Jadi Jutawan Siapa yang cakap bisnes jual kacang tidak boleh pergi jauh itu semua mengarut Kenapa aku cakap mengarut kerana sudah ada bukti si penjual kacang ...
Titan Summit 2021 Richworks Himpun 100 Usahawan Jutawan

Titan Summit 2021 Richworks Himpun 100 Usahawan Jutawan

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 411 hits
Titan Summit 2021 Richworks Himpun 100 Usahawan Jutawan Berjaya Bekerja dalam sektor keusahawanan memang satu pengalaman yang sangat berharga untuk saya Melihat jatuh bangunnya usahawan dalam perniagaan sememangnya beri saya satu ilmu yang ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall