Kisah Habiskan Master
Assalamualaikum, Hye
Cerita ni dah basi. Lama sangat dah pun. Tapi penat masih berbaur. Hengko rasa? over gila. Cerita semester akhir dan nak habiskan master. Hari hantar thesis / dissertation merupakan perkara akhir samada hengko dah habiskan master ke belum. Result belum lagi. Tu lain cerita doa je. Masa ni lah. Entry ni banyak gambar tau
Aku antara pelajar yang paling lambat tahu sape supervisor, paling lambat jumpa supervisor, paling lambat supervisor tukarkan tajuk, paling lambat update writing. Tapi, Alhamdulillah dengan izin Allah, aku diantara pelajar yang paling awal hantar thesis / dissertation ni. SubahanAllah hanya Allah je tahu macam mana. Aku bersyukur sangat sebab dijumpakan dengan orang yang amat-amat membantu aku untuk thesis / dissertation ni, selain supervisor aku. Walapun lecturer tu ajar aku masa degree je pun, then aku boleh lupa pasal dia. Dia boleh cakap "dulu U research degree dengan I kan." Kejam gila aku ni. Hahaa, tapi terima kasih dr. Allah je mampu membalas jasa baik dr. semoga dr diketemukan jodoh. hehe
Hujung minggu aku diselubungi writing. Tak larat buat dekat bilik, buat dekat ruang tamu, sambung pulak dekat bilik akis. Akhirnya aku keluar pergi alamanda. Pukul 10 pagi dah keluar. Cari stabak. Nak pergi stabak solaris, tapi macam takut nak parking kereta dekat parking sana. Bising mama aku. So, ke alamanda lah kita
Sampai-sampai terus cari port plug suis paling best. Nasib datang awal. Senang nak cari port best. terus pergi order air dengan mineral.
Eh Elyanalah. Dah berjam aku dekat sini aku baru perasan tau tu pun lepas aku dengar suara dia borak2. Kesian elyana dengan isu nitizen baru-baru ni. jahat tau mulut nitizen ni. mencik
Round dua. Sebab dah pukul 2 rasanya kelaparan aku weyh. lama gila kot aku memikir ayat nak karang. Sikit-sikit bukak chapter ni, pastu bukak chapter ni pulak. Lepas tu mesej lecturer, lepas tu mesej kak fira, mesej nadia classmate aku pulak. Masa ni teringat segala jenis kawan ye dak? hahahahha
Air round 1 dah habis. tu order baru. mineral aku pun sejuk dah. Terus aku buat kerja sambil makan. Sedar-sedar je staff stabak datang bawak air panas. Siap tanya tak rehat ke kak? Sejuk ke?
Aku tak perasan weyh. Nasib jugak aku cuti. Boleh lah fokus buat kerja. Tapi kalau nak terkucil pergi toilet tu, aku mintak tolong staff stabak ni tolong tengok-tengokkan barang aku. Baik-baik diorang ni. Sampai 8.30 malam rasanya aku dekat sini buat kerja. Dulu masa buat report practical pun dekat sini jugak aku lepak buat kerja.
Kesemuanya demi ini. Orang lain dah hantar lama dah weyh first draft ni. Lepas tu pergi kerja macam biasa.
Hari hantar first draft. Omaigad 3rd July finally. Pagi-pagi dah gerak pergi puncak. janji dengan supervisor pukul 11.30 pagi, 11 pagi aku dah terpacak dekat sini lepak-lepak dulu dalam kereta. Selamba je parking dekat staff sebab parking baruuu. Hahaha
11.25 aku pergi bilik supervisor aku non-hado pulak. Students practical tak habis presentation lagi. Menatapaklah aku nak setengah jam dekat sini
Finally!. Aku rasa macam lega gila walaupun aku kena tambah banyak jugak. Bukan senang buat perbincangan first draft dalam kurang dari sejam ni. Kelam kabut aku menulis, kejap menaip sebab line internet dekat office supervisor aku tu lambat sangat
Pergi cari port dekat bukit jelutong pulak sebelum pergi check in hotel. Oh ya, aku amek hotel je sebab hari hantar thesis aku jumaat so alang-alang terus buat dekat sini, terus siapkan dekat sini, terus hantar dah tak payah pikir!
Terus nampak pappa rich dekat bukit jelutong ni macam sedap je. Singgah lunch sini jelah senang. Masa tengah discuss, supervisor aku kata nak suruh aku ikut guideline. Sudah aku tak pernah tahu pun pasal guideline. Aku rasa miracle sangat kawan-kawan aku ni terus aslam dm aku kata amek dekat website postgraduate.
Banyak jugak aku kena betulkan supaya ikut guideline. So, aku print guideline tu senang nak rujuk. Aku mesej alia intern library aku kerja tanya ade tempat printing tak dekat bukit jelutong ni. Nasib dia orang sini. Senang aku nak mentanye apa-apa. Nak tanya kedai memana. Dia pulak last minute buat report practical tu. Asyik-asyik tanya itu ini. Hahaha
Settle print terus aku p check in hotel. Aku booking guna agoda je sebab tu je aku nampak masa aku nak order tu. Aku pun tak perasan aku amek hotel appartment. Tapi ade hikmah tau sebab aku boleh membuat kerja dekat meja makan depan tu. Fokus habis
Dah petang sikit aku ke giant beli air mineral bagai sebab yang aku bawak tu dah habis. Buat kerja ni dahaga je jadinya. Minum-minum habis terus
Dinner mekdi jer. Senang dan mudah
Tidak lupa si coffee juga. Reward diri sendiri lah sebelum hantar thesis
Balik je bilik hotel terus sambung buat kerja dan bila tak ada idea je, aku layan movie kejap dekat youtube. Relax kejap
Tak ade idea lagi, sambung buat sambil baring pulak. Buat atas katil. Tidur pun dua jam je. Terjaga sendiri terus sambung buat kerja.
Esok tu, lepas sarapan, aku terus pergi tepi pool saja buat kerja sambil view lawa. bukan ada orang pun. rendam kaki sambil buat kerja. mampu? nasib tak jatuh ja laptop aku
Buat kerja sambil poyo
Aku fokus buat dekat sini nak 2 jam lepas tu terus naik atas sebab panas pulak. Sambung buat. Kalau ingat balik, gigih betul
Esoknya, lepas breakfast, aku terus checkout. and gerak seksyen 2. Nak print hard cover semua. Finally siap dah. print dekat seksyen 2 shah alam then terus pergi binding dekat print xpert
Ramai gila students. Mostly buat hard cover practical report.
Aku buat yang sejam punya. Sebab tu mahal sikit. kalau amek yang biasa, amek masa 2 hari rasanya. Murah sikit lah kalau ambil yang 2 hari tu. Staff tu kata datang before 12 boleh ambil dah
Disebabkan sejam je, aku lepak dalam kereta jelah. Nasib dapat parking. Siap baca-baca doa bagi ade parking hengko. Hahaha. InsyaAllah Allah akan permudahkan
Sambil tu selfie jelah. Aku mesej supervisor tapi dia tak balas-balas pulak
After sejam. Finally!.
Then tetibe supervisor aku balas kata nak softcopy pulak. Aku masa tu tak tahu kenapa terjurai air mata sebab mula-mula supervisor aku kata tak nak apa-apa. Huwaaa... Nego dengan supervisor nak beri dalam pendrive ja
Tapi aku tak ada pendrive!! Terus tergerak dalam kepala pergi giant. Alang-alang jalan ke puncak perdana kan. Sana ada kedai computer, ade port nak buat kerja. Yes tu dalam kepala aku. Tapi jalan jammed teruks. sebab orang solat jumaat
Terus lepak coffee bean. Ade lah satu tempat duduk. Sebab ramai orang pulak giant ni. Kuih bangkit tu bukan aku nak beli pun tapi ade mak cik datang jual. Aku nak cepat aku amek je, bayar.
Beli pendrive dekat kedai computer dalam giant ni. Allah permudahkan jugak sebab kedai tu bukak
Alhamdulillah. Terus transfer semua data, kesemua softcopy report, reference, article semua
Dah siap tu terus aku menikmati cake yang lazat sebab dah tenang. Hahaha baru rasa lapar. Terus teringat tak ada beg pulak nak letak bende alah ni dekat depan pintu bilik supervisor. Supervisor aku tak mai kerja pulak ada hal. Dia nak pergi haji so busy sikit. Tak dapat aku nak bergambar sakan dengan supervisor masa hantar thesis. Hahahaha
Masuk giant cari paper bag. Tak kan nak pakai plastic beli pendrive ni je pulak. eh hello harga thesis ni beribu hokey! haha mula-mula nak amek yang ini tapi rm8.90 rasanya. aku macam sambil pegang sambil bebel sebab mahal. hahaha
Lepas tu nampak beg ni murah 90 sen
Sebelah beg tu ade beg recyle ni. Murah lagi best sebab supervisor aku boleh gunakan semula kalau nak ke pasaraya. Ye dak? hahahaha Padahal sebab murah.
Keychain tu aku beli dekat kedai mainan deret foodcourt dalam giant ni jugak. Lego pun legolah. Tu je ade
Terus bergegas aku ke puncak perdana, masuk library jumpa lili dekat sana. Borak-borak then pergi jumpa encik nadzri lecturer masa degree. Borak-borak dengan encik nadzri then hantar dekat depan pintu supervisor aku.
Ingatkan nak ambil hotel lagi semalam, tapi aku dah rindu katil aku. gigih aku drive balik rumah jammed2 petang jumaat.
Alhamdulillah. I have completed my master. Bende yang paling aku tak aspect langsung. Sebabnya lecturer aku pernah tanya masa degree, aku relax cakap tak nak amek master. sekalinya aku dah habis pun. Tahun depan konvonya sebab uitm kan lambat konvo sekarang. hhehehe Alhamdulillah. Kurniaan Allah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://haiyayashari.blogspot.com/2018/11/kisah-habiskan-master.html