Kisah Guan Eng Tulis Surat Kepada Tommy Thomas



Lim Guan Eng menulis kepada Tommy Thomas pada tahun lepas meminta pembekuan akaun bank milik seorang hartawan hartanah ditarik balik, menurut dokumen

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng pernah meminta Jabatan Peguam Negara (AGC) membatalkan arahan pembekuan melibatkan beberapa akaun bank milik seorang taikun hartanah yang sedang disiasat berhubung transaksi kira-kira RM4 juta dana berkait 1MDB, FMT difahamkan dalam satu pendedahan terkini

Ia kurang sebulan selepas pihak berkuasa dikritik kerana bersetuju melepaskan Riza Aziz dengan syarat dia mengembalikan wang yang didakwa diselewengkan daripada syarikat milik negara itu

Siasatan FMT melibatkan beberapa dokumen turut mendapati permintaan Lim yang dibuat pada akhir Mei tahun lepas itu dipenuhi peguam negara ketika itu, Tommy Thomas, dalam tempoh 2 minggu

Thomas membuat keputusan tersebut walaupun diberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang wang sebanyak RM4 juta gagal dipulangkan oleh taikun itu kepada kerajaan

Thomas seterusnya mengarahkan SPRM menarik balik pembekuan ke atas 4 akaun bank berkenaan, menurut surat jawapannya kepada Lim

Dalam surat itu, Thomas mengakui diberitahu SPRM yang sebahagian besar wang berkenaan – kira-kira RM3.9 juta – tidak lagi ditemui dalam salah satu akaun bank yang dikatakan menerima dana itu

Tindakan Lim membuat permintaan itu kepada Thomas tidak disenangi pihak yang rapat dengan penyiasatan kes melibatkan taikun itu

“Pertamanya, tindakan itu tidak melalui prosedur yang betul,” kata sumber itu kepada FMT

“Sebarang permintaan untuk melepaskan akaun yang dibekukan mesti dibuat menerusi peguam pihak yang disiasat itu. Apabila ia dibuat oleh seorang menteri, bukan sahaja menyebabkan konflik kepentingan tetapi juga mendedahkan butiran sulit penyiasatan kepada ahli politik.”
FMT sedang berusaha menghubungi pihak-pihak terlibat mendapatkan respon mereka

Arahan membekukan akaun bank taikun itu dibuat bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram, sebelum siasatan dilancarkan SPRM pada Jun 2018

Bayaran berjumlah RM4 juta dalam 21 keping cek daripada bekas perdana menteri Najib Razak dikatakan dimasukkan ke dalam akaun bank CIMB milik ahli perniagaan itu

Bagaimanapun, SPRM mendapati akaun tersebut hanya mempunyai baki RM76,000 ketika ia dibekukan

Dalam jawapannya kepada Lim, Thomas berkata pihak berkuasa tidak dibenarkan merampas wang daripada 3 akaun lain dibekukan milik taikun itu untuk mencukupkan kurangan sebanyak RM3.9 juta, disebabkan ketiga-tiga akaun itu didapati tidak menerima transaksi meragukan

Beliau turut beritahu Lim, taikun hartanah itu setuju mengembalikan kira-kira RM330,000 “iaitu hasil yang sama nilainya dengan hasil kutipan haram yang diterima daripada bekas perdana menteri, Najib Razak berhubung skandal SRC”

“Ini bermakna taikun itu hanya membayar kira-kira 12% daripada apa yang beliau terima,” kata sumber di AGC kepada FMT

Tambahnya, maklumat mengenai siasatan SPRM seperti yang diberikan kepada Thomas merupakan maklumat sulit

“Surat bekas peguam negara itu kepada Lim, bagaimanapun, mengandungi beberapa perincian siasatan, yang mendedahkan maklumat sulit terutama kepada seorang ahli politik,” katanya

Thomas baru-baru ini membidas penggantinya, Idrus Harun dan SPRM selepas Mahkamah Sesyen pada 14 Mei membenarkan permohonan lepas tanpa bebas kepada Riza

Anak tiri Najib itu didakwa atas pengubahan wang berjumlah AS$248 juta yang diterima syarikat filem Hollywood miliknya Red Granite Pictures, wang yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB

Di bawah persetujuan dengan pihak pendakwaan itu, Riza perlu mengembalikan kira-kira AS$100 juta, iaitu 40% daripada dana 1MDB yang diterimanya

Langkah itu mengundang kemarahan bekas pemimpin kerajaan Pakatan Harapan, serta Thomas, yang berkata beliau tidak pernah bersetuju dengan perkara itu kerana yakin Riza akan disabit kesalahan

Penafian Thomas bagaimanapun dipersoalkan SPRM

FMT sebelum ini melihat nota tulisan tangan olehnya di mana beliau menyerahkan keputusan kepada timbalan pendakwa raya kanan, Gopal Sri Ram, sambil menyatakan beliau sedia mempertimbangkan representasi daripada peguam Riza

“Semuanya secara hitam putih, jadi membingungkan bila beliau kata terkejut dengan keputusan mahkamah minggu lepas,” kata seorang sumber di SPRM kepada FMT dalam laporan 20 Mei

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/06/kisah-guan-eng-ex-menteri-kewangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Pulau Pinang Terima Laporan Terhadap Lim Guan Eng Tommy Thomas

Sprm Pulau Pinang Terima Laporan Terhadap Lim Guan Eng Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 447 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang hari ini menerima satu laporan yang dibuat terhadap seorang bekas menteri dan bekas peguam negara kerana didakwa melakukan salah guna kuasa ketika dalam kerajaan Laporan itu dibuat aktivis...
Dua Kesilapan Besar Tun M Lantik Guan Eng Tommy Thomas Najib Razak

Dua Kesilapan Besar Tun M Lantik Guan Eng Tommy Thomas Najib Razak

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 404 hits
DUA kesilapan besar Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menerajui kerajaan Pakatan Harapan tempoh hari sehingga menjadi percakapan rakyat adalah melantik Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan Thomas Thomas peguam negara serta memenuhi syarat DAP...
Laporan Sprm Terhadap Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng Amp Bekas Peguam Negara Tommy Thomas

Laporan Sprm Terhadap Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng Amp Bekas Peguam Negara Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 376 hits
Beberapa bahagian Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah terhadap bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berhubun
Sprm Wajib Panggil Guan Eng Tommy Thomas

Sprm Wajib Panggil Guan Eng Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 349 hits
PUTRAJAYA Pertubuhan Pemuda Negara hari ini membuat laporan ke i unpejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas Laporan tersebut bagi menggesa siasa...
Kisah Lapor Polis L Guan Eng Gari

Kisah Lapor Polis L Guan Eng Gari

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 388 hits
BERIKUTAN pendedahan surat Tommy Thomas kepada Lim Guan Eng bertarikh 14 Jun 2019 yang tular di media sosial Pemuda PAS percaya bahawa wujudnya penyalahgunaan kuasa oleh Lim Guan Eng selaku bekas Menteri Kewangan atas kapasiti jawatannya pa...
Terbukti Surat Peguam Negara Menurut Perintah Lim Guan Eng Bocor

Terbukti Surat Peguam Negara Menurut Perintah Lim Guan Eng Bocor

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 436 hits
Sebuah akaun Facebook telah memuatnaik bukti menunjukkan ada campur tangan Lim Guan Eng dalam keputusan Peguam Negara Tommy Thomas melepaskan akaun seorang ahli perniagaan yang dibekukan Surat yang dimuatnaik tersebut ialah dari Peguam Nega...
Panggilan Video Lim Guan Eng Kepada Rakan Dalam Pakatan Harapan

Panggilan Video Lim Guan Eng Kepada Rakan Dalam Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 327 hits
Berikut adalah teks yang dimuatnaik di Facebook Yang Berhormat Lim Guan Eng berkenaan dengan panggilan video yang dibuatnya kepada rakan rakan dalam Pakatan Harapan semasa Hari Raya Aidilfitri yang pertama Pagi tadi saya call member member ...
Guan Eng Selar Gangguan Seksual Terhadap 2 Adun Dap

Guan Eng Selar Gangguan Seksual Terhadap 2 Adun Dap

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 353 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin dan ADUN Kampung Tunku Lim Yi Wei KUALA LUMPUR Setiausaha DAP Lim Guan Eng mengecam gangguan seksual ke atas dua wakil rakyat wanita parti itu oleh netizen di media sosial Saya men...
Terbongkar Bekas Ag Arahkan Sprm Batal Pembekuan Akaun Milik Bos Hartanah Selepas Diminta Guan Eng

Terbongkar Bekas Ag Arahkan Sprm Batal Pembekuan Akaun Milik Bos Hartanah Selepas Diminta Guan Eng

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 452 hits
Lim Guan Eng menulis kepada Tommy Thomas pada tahun lepas meminta pembekuan akaun bank milik seorang hartawan hartanah ditarik balik menurut dokumen KUALA LUMPUR Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng pernah meminta Jabatan Peguam Negara memba...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte