Kisah Gadis Promoter Arak Di Pasaraya Ampang



Walau dimaki, gadis promoter bir minta tidak panjangkan isu


PETALING JAYA: Gadis promoter bir yang dimaki oleh seorang lelaki di sebuah pasar raya menerusi video yang tular sehingga membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia, meminta supaya isu tersebut tidak dipanjangkan.Perkara itu dimaklumkan oleh syarikat pengeluar minuman keras, Carlsberg Malaysia, tempat gadis tersebut bertugas, dalam satu kenyataan pada pagi Rabu.Pengarah urusannya, Lars Lehmann berkata, pihaknya kecewa mengenai bagaimana promoter berkenaan diperlecehkan semasa bertugas walaupun memenuhi piawaian dan peraturan.Menyifatkan tindakan lelaki tersebut merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima, beliau berkata syarikat bagaimanapun berbangga dengan gadis tersebut dalam menangani situasi yang sukar ketika itu.ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki maki promoter bir mohon maaf, “Amat menyesal tindakan saya”Malah katanya, syarikat menawarkan sokongan sebaik sahaja petugas tersebut membuat laporan kejadian. “Kami ingin menegaskan bahawa aktiviti pensampelan kami hanya untuk orang bukan Islam pada had usia yang dibenarkan mengikut undang-undang.“Walaupun kami mempunyai hak di atas perkara (insiden) ini, keutamaan kami adalah keselamatan promoter. Kami menghormati keputusan promoter tersebut untuk tidak memanjangkan perkara ini lagi,” katanya. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Carlsberg Malaysia berhubung insiden promoter syarikat itu dimaki.Lars berkata, promoter berkenaan menghargai kata-kata sokongan yang diterima daripada semua pihak. Tambah Lars, gadis tersebut meminta semua pihak untuk menghormati privasinya dengan tidak menyebarkan imej, video dan maklumat peribadinya.“Carlsberg Malaysia menghormati keputusan promoter tersebut dan terus menawarkan bantuan kepadanya serta memantau keadaan pada masa sama,” katanya.Dalam kejadian pada Ahad lalu, seorang lelaki melemparkan kata-kata kesat berbaur perkauman terhadap seorang promoter wanita di rak jualan bir di bahagian barangan tidak halal di sebuah pasar raya di Ampang. Menerusi video yang tular, dia juga berterusan mengkritik wanita itu dan mendesaknya untuk bercakap dalam bahasa Melayu kerana katanya ini adalah 'Bumi Melayu'.Walaupun lelaki berkenaan memarahinya dan mendesak mahu mengetahui sama ada dia mempromosikan bir itu kepada semua orang termasuk orang Islam, promoter itu tetap kelihatan tenang. Lelaki yang memaki promoter bir  dalam satu video tular membuat permohonan maaf secara terbuka.Selain memaki dan melayan promoter wanita itu secara kasar, lelaki tersebut turut menunjukkan isyarat lucah sebelum beredar.Lelaki berkenaan yang lebih dikenali sebagai Edi Rejang kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka di halaman Facebokok, pada malam Selasa.“Saya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada promoter perempuan tersebut.“Saya akui kesalahan saya dan amat menyesal di atas tindakan saya terhadap promoter tersebut,” katanya, sambil menambah berharap agar isu berkenaan tidak seharusnya dipanjangkan oleh mana-mana pihak selepas ini. (mStar)Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya lelaki yang menegur gadis itu dipersalahkan. Kalau gadis itu Muslim, ia wajar ditegur kerana memang salah dari segi hukum agama orang Islam berkerjasama dalam menjual arak. Dan pemimpin pula (PH) perlu memikirkan bagaimana rakyatnya yang Islam bebas mengamalkan agamanya di dalam negaranya sendiri.

Yang mengaku Islam tapi tak mahu ikut peraturan agamanya, itu soal lain. Dari segi undang-undang negara di Malaysia bolehkah arak kencing syaitan atau bir dijual di pasaraya secara terbuka? Kalau boleh itulah realiti suasana Islam di Malaysia. Samada Islam tulin atau Islam tuli? Terserah..



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/11/kisah-gadis-promoter-arak-di-pasaraya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Hina Gadis Cina Promoter Arak Mohon Maaf

Lelaki Hina Gadis Cina Promoter Arak Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 610 hits
Seorang lelaki dikenali sebagai Edi Rejang yang merakam video memarahi menghina dan menunjuk isyarat lucah terhadap seorang gadis Cina promoter arak di Giant hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia Vid...
Edi Rejang Kena Buang Kerja Selepas Maki Gadis Promoter Arak

Edi Rejang Kena Buang Kerja Selepas Maki Gadis Promoter Arak

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 1080 hits
EDI Rejang lelaki dalam rakaman video yang memaki gadis promoter arak didakwa kena buang kerja serta merta selepas perbuatannya itu tersebar di media sosial Edi Rejang yang telah bekerja selama 10 tahun di syarikat berkenaan juga dikatakan ...
Edi Rejang Lelaki Yang Maki Gadis Promoter Arak Rakam Video Mohon Maaf Secara Terbuka

Edi Rejang Lelaki Yang Maki Gadis Promoter Arak Rakam Video Mohon Maaf Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 754 hits
LELAKI yang menjadi viral di laman sosial kerana merakam video menyerang dan memaki seorang gadis promoter arak di Giant dengan kata kata kesat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia Video rakaman permohonan m...
Gadis Promoter Kena Maki Rupanya Ini Result Spm Mari Lihat Keputusan Spm Beliau

Gadis Promoter Kena Maki Rupanya Ini Result Spm Mari Lihat Keputusan Spm Beliau

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 532 hits
Loading Semalam panas isu di media sosial berkaitan seorang gadis promoter yang sedang melakukan kerja promosi di bahagian Non Halal di Giant Ampang Point dimaki dan dimalukan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Edi Rejang Ekoran tind...
Gadis Spill The Tea Tentang Kisah Hubungan Sulit Dengan Bekas Kekasih Orang Umno Di Linkedin

Gadis Spill The Tea Tentang Kisah Hubungan Sulit Dengan Bekas Kekasih Orang Umno Di Linkedin

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 449 hits
Bagi mereka yang bekerja di bahagian profesional anda mesti familiar dengan platform media sosial LinkedIn Selalunya mereka yang guna LinkedIn ni lebih tertumpu kepada nak mencari jaringan hubungan berkaitan pekerjaan dan bisnes Senang ceri...
Kebaikan Dari Media Sosial Membuat Gadis Ini Berhasil Reuni Dengan Teman Masa Kecilnya

Kebaikan Dari Media Sosial Membuat Gadis Ini Berhasil Reuni Dengan Teman Masa Kecilnya

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 286 hits
Siapa tahu cara ini bisa bantu kamu merekatkan hubungan dengan dia yang lama menghilang
Amelina Tak Malu Mengakui Pernah Jadi Gadis Kilang

Amelina Tak Malu Mengakui Pernah Jadi Gadis Kilang

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 409 hits
Walaupun bergelar Ratu Dangdut Malaysia penyanyi Amelina tidak pernah malu untuk mengakui bahawa dia pernah bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang The post appeared first on
Kisah Di Balik Dipilihnya Nama Muhammad Untuk Rasulullah Saw

Kisah Di Balik Dipilihnya Nama Muhammad Untuk Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 354 hits
Ketika lahir di dunia bayi yang kelak menjadi utusan Allah SWT dinamai Muhammad bin Abdullah Uniknya nama itu tidak berasal dari sang ayah Abdullah melainkan dari sang kakek Abdul Muthalib Nama Muhammad baru muncul 14 abad lalu Tepatnya pad...
Kisah Pergi Nursery Beli Crystal Guava Kena Buli Dengan Dida

Kisah Pergi Nursery Beli Crystal Guava Kena Buli Dengan Dida

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 607 hits
Hi korang Amboi makin lambat SA bersiaran erk maaf la ye keadaan tak mengizinkan nak kena rehat betul2 baru boleh nak tengok blog ke apa hari ni SA rasa sedikit ok kat office aircond tak sekuat semalam cuma tadi tengahari ada sedikit rasa p...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pakej Percutian Turki

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Laman Sendayan 2 Peluang Keemasan Untuk Anda Yang Mencari Kediaman Impian

Mengandungi Dna Babi 9 Produk Halal Indonesia Ditarik Balik

Hidupringkas Com Akan Ditutup Pada Bulan June 2025 Yang Akan Datang

Sabtu Cerdas Finansial Literasi Keuangan Jadi Kunci Hadapi Tantangan Ekonomi 2025

Bitcoin Overtakes Google Apa Artinya Untuk Dunia Digital

Chamber Hyperbarik Terobosan Pengobatan Modern Kini Hadir Di Rsud Dr Soedarso