Kisah Gadis Food Panda


Kumara Sabapatty Nurpitriati Mias
AMPANG – Biarpun sibuk menghantar makanan yang dipesan pelanggan menerusi khidmat Food Panda, namun gadis berusia 23 tahun ini sentiasa memandang serius Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan mulai semalam.

Malah Nursyapitri Mias mengakui para pelanggan yang membuat pesanan juga mula sedar tentang bahaya wabak Covid-19 apabila mereka mahu setiap pesanan yang dihantar hanya diletakkan di hadapan rumah tanpa perlu bersemuka.

Beliau yang melakukan penghantaran secara sambilan meneruskan kerja tersebut demi survival biar pun ada kebimbangan tentang penularan wabak yang kini diisytiharkan pandemik itu.

Tidak mengetepikan aspek keselamatan kesihatan, pekerja di sebuah hotel itu memberitahu, pesanan yang diterima juga meningkat berikutan kebimbangan orang ramai untuk keluar rumah kerana tidak mahu melanggar arahan kerajaan.

“Sejak semalam, saya tidak dapat masa untuk berehat, tidak putus-putus menghantar pesanan pelanggan.

“Setiap tempahan makanan yang diterima, saya diminta pelanggan meletakkan di pintu masuk rumah sahaja dan mereka tidak bersemuka kerana bimbangkan keselamatan mereka.

“Itu petanda baik mereka (rakyat) ambil serius saranan kerajaan mematuhi perintah Covid-19,” katanya ketika ditemui semasa Operasi Sekatan Jalan Raya Covid-19 oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di Ampang.

Berkongsi pengalaman hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, Nursyapitri berkata, semalam beliau menerima lebih 20 tempahan makanan untuk dihantar kepada pelanggan.

Katanya, hotel tempat beliau bekerja ditutup sementara berikutan perintah tersebut membolehkannya menggunakan ruang masa yang ada untuk melakukan kerja-kerja penghantaran makanan.
“Dua minggu hotel tutup bolehlah saya cari wang,” katanya.

Operasi Sekatan Jalan Raya Covid-19 oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju bertujuan menasihati orang awam supaya mengurangkan aktiviti luar dan sentiasa melindungi diri supaya tidak dijangkiti virus yang kini sudah mengorbankan dua nyawa di Malaysia.

Kempen ini bertujuan meningkatkan lagi kesedaran dan pemahaman rakyat supaya mengambil serius penguatkuasaan Kawalan Pergerakan apabila setakat ini hanya 60 peratus rakyat sahaja mematuhi larangan tersebut di seluruh negara.

Polis kini memulakan sekatan lebih kerap di jalan raya seluruh dunia untuk menasihati awam dan mendesak mereka mengurangkan kekerapan keluar rumah.-  MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/kisah-gadis-food-panda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Febby Gadis Yang Piawai Gambar Sketsa Wajah Tak Bisa Lanjut Ke Sma Karena Biaya

Kisah Febby Gadis Yang Piawai Gambar Sketsa Wajah Tak Bisa Lanjut Ke Sma Karena Biaya

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 667 hits
Febby Lissa Ayu Aryanti seorang remaja terpaksa menjadi penjaga warung kopi dan makanan ringan di Jalan Raya Cikembar Surade Kampung Cireundeu Desa Bojongjengkol Kecamatan Jampangtengah Sukabumi Jawa Barat Putri kelahiran 16 Februari 2003 i...
Kisah Sedih Gadis Kecil Suriah Berkaki Kaleng Sarden Bikin Nangis

Kisah Sedih Gadis Kecil Suriah Berkaki Kaleng Sarden Bikin Nangis

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 198 hits
Maya Mohammad Ali Merhi gadis kecil asal Suriah berusia 8 tahun hidup tanpa memiliki kaki di kamp pengungsian di provinsi Idlib Suriah Ia harus berjalan dengan menggunakan kaki prostetik yang terbuat dari kaleng sarden Ayahnya juga lahir ta...
Rider Food Panda Beri Makanan Kepada Gelandangan

Rider Food Panda Beri Makanan Kepada Gelandangan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 256 hits
Di Malaysia masih ramai lagi gelandangan yang tinggal di jalanan serta lorong lorong dan kebanyakkan berada di sekitar Kuala Lumpur Baru baru ini telah tersebar satu gambar dari laman Facebook We Are Malaysian dimana seorang rider Food Pand...
Kisah Inspirasi Kek Coklat Corona Virus 2020

Kisah Inspirasi Kek Coklat Corona Virus 2020

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 226 hits
Kisah Inspirasi kali ini mengenai nbsp seorang lelaki yang dikenali sebagai nbsp Jean Francois Pre Beliau membuat sejenis kek coklat berdasarkan isu semasa iaitu nbsp nbsp Kek nbsp Coklat nbsp Corona nbsp Virus 2020 nbsp nbsp Coklat nbsp Co...
Kisah Cipto Mangunkusumo Basmi Wabah Pes Di Jawa Turun Tangan Tanpa Masker

Kisah Cipto Mangunkusumo Basmi Wabah Pes Di Jawa Turun Tangan Tanpa Masker

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 119 hits
Dr Tjipto Mangunkusumo adalah salah satu pahlawan nasional Indonesia Pada tahun 1910 dia berjasa saat membasmi wabah Pes yang menyerang pulau Jawa Berikut kisahnya
Kisah Suami Semasa Isteri Bersalin Secara Pembedahan

Kisah Suami Semasa Isteri Bersalin Secara Pembedahan

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 274 hits
Semalam ternampak Si Isteri kongsi cerita di Facebook berkenaan Kisah Sedih Si Suami Yang Tabah Ketika Isteri Bersalin Secara Pembedahan Bacaan ini aku jadikan rujukan dan persediaan memandangkan dalam beberapa minggu lagi kami akan menghad...
Kisah Wanita Tertinggi Dan Wanita Terpendek Di Dunia

Kisah Wanita Tertinggi Dan Wanita Terpendek Di Dunia

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 457 hits
Kisah Wanita Tertinggi di Dunia Perempuan berusia 36 tahun tersebut sebenarnya bukan wanita tertinggi di dunia Rekor masih dipegang oleh Sandy Allen yang tinggal di Indiana Amerika Serikat Namun ia sudah meninggal Tingginya mencapai 2 4 m S...
Jumpa Baju Bayi Tepi Bahu Arwah Yana Samsuddin Kongsi Kisah Arwah Adik

Jumpa Baju Bayi Tepi Bahu Arwah Yana Samsuddin Kongsi Kisah Arwah Adik

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 440 hits
Suasana sedih menyelubungi keluarga pelakon Yana Samsudin apabila adik lelakinya Muhammad Fahmi Harith Samsudin telah meninggal dunia dua hari yang lalu dipercayai secara mengejut ketika tidur Ustaz Faizal Kongsi Kisah Adik Yana Lebih memil...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin

Antara Pilihan



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Belajar Menerima Keluarga Pasangan Anda

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Siapa Nak Tahu Asal Usul Selfie

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Kes Denggi Meningkat