Kisah Emak Yang Menyayat Hati Sepanjang Hidupnya Dari Muda Hingga Hujung Usia






“APA yang ingin saya ceritakan di sini bukan bertujuan mengumpat, tetapi sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, juga kalau ada wanita yang ingin tahu. Ceritanya mudah sahaja, iaitu nasib seorang wanita sudahlah semasa mudanya dia jadi pengasuh adik adiknya, setelah kahwin mengasuh anak-anaknya sendiri dan setelah tua disuruh mengasuh orang asing dengan alasan untuk menambah pahala kerana berbakti kepada orang yang amat memerlukan.
“Saya rasa mungkin pembaca tidak faham apa yang saya maksudkan, tetapi terus terang saya katakan cerita saya ini ada kena mengena dengan diri dan nasib emak saya saya sendiri.’’ Itu cerita Zuraina dalam emel pendeknya dan ketika kami menyambung perbualan baru-baru ini. “Emak saya ibu tinggal, bukan ibu tunggal, sebab ayah lari tinggalkan emak bersama 4 orang anak yang masih kecil hingga kini kami tak pernah jumpa. Bukan tak mahu jumpa, tapi rasanya malas nak cari. Untuk apa? Saya memang tak kenal pun, mungkin kakak dan abang boleh kenal wajahnya. Sebab saya ditinggalkan kata emak berumur lebih kurang 7 bulan.
“Kerana tak ada mata pencarian untuk teruskan hidup, emak terpaksa bawa kami balik kampung. Memanglah awalnya ada adik beradik emak `berketak’ mempersoalkan kehadiran kami, sebab sapa nak tanggung makan minum kami. Kata emak mereka salahkan emak tak tau jaga suami sebab itu ditinggal suami. Pendek sungguh akal mereka! “Emak banyak pekakkan telinga selagi nenek dan datuk sanggup terima emak dan kami semua, emak duduk di rumah tersebut. Mulanya emak tak bekerja. Tetapi atas pertolongan jiran emak dapat kerja cuci pejabat. Pagi-pagi emak keluar sama kakak dan abang yang hendak ke sekolah. Saya dijaga nenek sementara emak bekerja.  
“Emak tunggu di rumah majikan untuk diambil dengan kereta bersama pekerja lain. Sebab rumah nenek jauh tak ada bas masuk, kecuali motor dan kereta. Oleh kerana tak ada motor, emak jalan kaki ke rumah majikan hampir 2 batu dari rumah nenek. Hasil pendapatan itulah emak boleh sekolahkan abang dan kakak, beli buku, pakaian, dan untuk tampung makan minum kami di rumah nenek dengan jumlah gaji tak seberapa. “Hidup di kampung ketika itu memang susah. Ketika kakak dan abang nak sambung belajar ke sekolah menengah datuk terpaksa jual beberapa ekor kambing untuk perbelanjaan permulaan nak uruskan sekolah kakak dan abang . Oleh kerana sekolah menengah agak jauh dari rumah, datuk terpaksa jual kambing lagi untuk beli motor terpakai, dan emak terpaksa hantar dan ambil kakak dan abang balik sekolah. Jadi emak terpaksa berhenti kerja. Tapi emak dapat kerja lain jadi tukang masak di kantik sekolah. Masih ada rezeki.
“Di pendekkan cerita kini kami semua sudah bekerja, walaupun bukan berpangkat besar, tetapi boleh menyara hidup sendiri. Bila kami duduk di bandar, emak tak mahu ikut kami.  Emak masih duduk rumah datuk dan jaga nenek yang uzur. Setiap bulan semua kami bantu hulur duit untuk emak, sebab emak terpaksa duduk di rumah sepenuh masa jaga nenek. Adik beradik emak yang lain tak mahu bantu, sebab kata mereka dulu datuk bantu emak dan besarkan kami, maka kini giliran kami pulak kena bantu dan jaga nenek. “Setelah nenek meninggal dunia, emak tinggal sendirian, ketika inilah bermula cerita baru dalam hidup emak. Ada pulak orang kampung cadangkan supaya emak kahwin lagi, tak elok duduk sendirian, emak tolak, kata emak dia masih isteri orang.
“Tapi ada pulak AJK kampung yang berusah payah menguruskan hal emak, kata mereka kalau dah tak jumpa suami bertahun-tahun, tak bagi nafkah dan sebagainya, bermakna emak sudah bercerailah. Kata orang itu memang ada kebenarannya kerana emak sudah lama ditinggalkan, suami tak pernah datang jenguk isteri dan anak-anak, tak pernah beri nafkah. Takkan nak tunggu lagi suami jenis ini tak bertanggungjawab. “AJK kampong itu menambah dia boleh urusankan masalah emak. Jika emak mahu bercerai. Lagi pun apa gunanya digantung tak bertali bertahun-tahun. Ini semua boleh diselesaikan, asal emak mahu tahu jelas statusnya sudah bercerai atau tidak. Kerja ini amat mudah katanya lagi. Betul, akhirnya emak dapat surat cerai. Selesai.
“Ingatkan cerita itu tamat di situ sahaja, tetapi  AJK kampung ini ada niat tersembunyi dia nak kahwinkan emak dengan besan dia sebab disuruh oleh anak menantunya mencarikan seorang isteri untuk ayahnya. Kami hairan juga mengapa nak kahwinkan emak setelah emak berusia lebih 50 tahun . Dan sebagai anak kami tak galakkan emak kahwin lagi. Cukuplah! Lagi pun emak dah tua, emak patut rehat setelah susah semasa mudanya. “Emak juga tolak, tetapi di AJK tadi tetap merayu supaya emak kahwin dengan besannya. Isteri dia pun sama merayu. Ini yang membuatkan emak lembut hati. 5 bulan lamanya mereka merayu emak, siap bawa anak menantunya sekali, sebab nak buktikan bahawa anak-anak semua setuju ayah mereka kahwin lagi, malah merekalah yang carikan jodoh untuk ayah mereka.
“Akhirnya emak nikah juga dengan besan AJK kampung tu. Kami semua tak berapa suka.  Sebab bila dah nikah emak kena tinggalkan rumah kampung  duduk rumah  suaminya. “Sebenarnya ada sebab mengapa emak terpaksa terima rayuan AJK tersebut untuk nikah, sebab sebelum itu emak sudah terdengar `risik-risik’ abang emak nak balik duduk kampung setelah dia berhenti kerja. Itu cerita emak pada saya.
 “Tapi saya katakan kalau paklong nak duduk rumah atok emak boleh duduk di rumah kami, kami semua bersedia terima emak. Tetapi kata emak kami yang perempuan belum berkahwin duduk berkongsi rumah di bandar, jadi emak tak mahu menyusahkan kami. Cuma abang dah kahwin, tetapi emak tak selesa duduk di rumah menantu perempuan. Maka inilah jadi punca emak buat keputusan nikah lagi dengan harapan ada tempat tumpang berteduh. “Selepas nikah barulah emak tahu, suaminya banyak perlukan bantuan emak uruskan makan minum, bersihkan rumah. sediakan pakaian dan ubat kerana dia berpenyakit. Orangnya bukan tua sangat, tetapi penyakitnya banyak. Anak-anak semua bekerja dan tak ada masa nak jaga, apa lagi uruskan makan minum ayah mereka, kerana itu mereka carikkan isteri untuk ayahnya supaya ada orang boleh jaga ayahnya dan boleh hidup sempurna.
“Bila emak berkahwin memang banyak masalah timbul kepada kami. Sebab kami tak dapat bermesra dengan emak seperti dulu. Maklum emak sudah ada suami ada tanggung jawab. Kalau kami datang jengok emak pun cuma sebulan atau dua bulan sekali. “Kehadiran kami melihat emak tak ubah macam tetamu. Kami berbual di ruang tamu, minum dan balik. Sebab emak sibuk menguruskan makan minum suaminya. Masalah lebih terasa pada Hari Raya. Bila kami datang anak anak tiri emak pun ada sama, jadi semuanya terasa amat janggal.  Kami memang tak boleh berbual lama dengan emak yang sentiasa sibuk di dapur menyediakan makan minum tetamu.
 “ Kami memang terasa amak sedih dengan tugas baru emak ini. Tetapi apa boleh kami katakan ini pilihan emak yang terpaksa. Doa kami supaya masalah emak ini segera berakhir supaya kami dapat berkumpul semula dengan emak seperti dulu. “Akhirnya kami yang perempuan ini beraya di rumah abang beberapa jam pada raya kelima atau keenam. Itu pun jika abang tak duduk lebih lama di rumah mertuanya. Memang sedih.
“Masa bergerak begitu pantas, 6 tahun berlalu, akhirnya kerana penyakit yang memanjang,  suami emak, akhirnya meninggal dunia di hospital. 2 bulan lamanya sebelum itu dia terlantar di hospital. Emaklah yang jaga siang dan malam. “Walaupun emak mungkin rasa sedih dengan kematian suaminya, tetapi kepada kami ia terasa begitu lega dan menyenangkan. Harapan kami supaya kami dapat berkumpul semula. Kami bercadang untuk berkongsi beli rumah supaya kami dapat duduk bersama emak. “Sebulan selepas suami emak meninggal anak-anak tirinya datang buat perundingan dengan emak. Di pendekkan cerita salah seorang dari anak tiri emak beritahu, dia hendak duduk rumah pusaka itu.
Ada pulak menyuarakan pandangan rumah tersebut akan dijual sebab sudah ada pembelinya dan harga yang ditawarkan memang tinggi. “Oleh kerana ada yang nak duduk, maka emak terpaksa keluar dari rumah tersebut dengan ucapan terima kasih daripada anak-anak tirinya. Itulah sahaja yang emak dapat. “Bukan nak mengumpat, tetapi rasanya kehadiran emak semasa berkahwin, tak ubah sebagai pembantu rumah dan pembantu peribadi percuma yang bertugas uruskan rumah, sediakan makan minum dan menjaga majikan yang tua dan berpenyakit. Kalau upah pembantu pasti emak dibayar lebih RM1,000 sebulan, tetapi atas nama isteri, emak jadi pembantu percuma tak bergaji, tak ada elaun. Mereka dapat pembantu rumah percuma menguruskan ayah mereka.
 “Semua makanan disediakan termasuk sayur dan ikan. Kalau lampin dan ubat kehabisan, telefon lampin dan ubat akan dihantar. Harta milik ayah dan ibunya semua sudah dibahagikan dari awal lagi, termasuk rumah tempat emak tinggal. Duit pencen suami diambil oleh anak-anaknya. Ayahnya tidak dibenarkan keluar rumah kecuali bersama mereka. “Saya suka pengalaman hidup emak saya ini jadi inspirasi kepada wanita yang berumur yang mahu dikahwinkan oleh anak-anaknya untuk menjaga ayah mereka. Fikir-fikirkanlah. Rasanya biarlah anak-anak ambil tanggungjawab jaga ibu dan ayah mereka yang sudah tua dan berpenyakit, jangan serahkan kepada orang lain supaya mereka boleh lepas tangan.
“Saya dapat rasakan kesedihan emak sepanjang hayatnya hidup terseksa. Saya berdoa saya diberikan peluang jaga emak hingga ke akhir hayatnya. Saya tak kesah, kalaupun ini bermakna saya tidak akan kahwin kerana bukan semua suami suka jika isterinya menjaga emaknya dan tinggal bersama mereka.’’ Itu cerita Zuraina tentang pengalaman pahit hidup emaknya. 


Kredit : DCCKMONA
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/03/kisah-emak-yang-menyayat-hati-sepanjang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Potret Yana Julio Di Usia 61 Tahun Tetap Ganteng Awet Muda Dan Seolah Tak Menua

Potret Yana Julio Di Usia 61 Tahun Tetap Ganteng Awet Muda Dan Seolah Tak Menua

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 152 hits
Ir Rusyana atau lebih dikenal dengan nama Yana Julio kini sudah berusia 61 tahun Di usianya yang tak muda lagi penampilan Yana nampak tak berubah Ia terlihat awet muda dan tampan Intip beberapa fotonya berikut ini
Lirik Lagu Naqiu Kisah Hati Lara

Lirik Lagu Naqiu Kisah Hati Lara

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 238 hits
Lirik Lagu Naqiu Kisah Hati Lara Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda sebuah lagu dari Naqiu yang berjudul Kisah Hati Lara Lagu ini adalah hasil ciptaan oleh Johan John Khaleel Wit Mohsen dan dikel...
Dapat Anak Di Usia 76 Tahun Kim Yonggun Ulas Skandal Arah Kekasih Muda 39 Tahun Gugur Kandungan

Dapat Anak Di Usia 76 Tahun Kim Yonggun Ulas Skandal Arah Kekasih Muda 39 Tahun Gugur Kandungan

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 229 hits
Ingat tak mengenai kisah pelakon veteran Kim Yong gun yang meminta kekasih lebih muda 39 tahun untuk menggugurkan anak mereka pada tahun lalu ARTIKEL BERKAITAN Menerima kecaman ramai dek keputusan itu lelaki berusia 76 tahun itu akhirnya me...
Mulut Tak Kisah Tapi Hati Kisah

Mulut Tak Kisah Tapi Hati Kisah

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 175 hits
MULUT TAK KISAH TAPI HATI KISAH Assalammualaikum wbt Alaaaa tak kisahlah Tak pelah Lantaklah situ ada aku kisah Ini yang sering kita dengar Sering sangat disebut sebut Baik untuk menutup rasa dihati atau sememngnya apa di mulut selaras deng...
Dari Muda Hingga Tua Kerja Di Singapura Kenapa Kurang Pekerjaan Di Johor

Dari Muda Hingga Tua Kerja Di Singapura Kenapa Kurang Pekerjaan Di Johor

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 262 hits
Generasi selepas merdeka sehingga ke hari ini di Johor masih banyak yang terpaksa berkerja di Singapura Mengapakah selama lebih 60 tahun mentadbir BN tidak mampu membawa masuk pelaburan asing secukupnya untuk mewujudkan pekerjaan di Johor L...
Kisah 7 Pintu Neraka Dan Penghuninya Hingga Nabi Menangis Sampai Pengsan Ustaz Syamsul Debat

Kisah 7 Pintu Neraka Dan Penghuninya Hingga Nabi Menangis Sampai Pengsan Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 208 hits
Kisah 7 Pintu Neraka Dan Penghuninya Hingga Nabi Menangis Sampai Pengsan Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Anak Muda Yang Sedang Cari Kerja Mahu Bina Kerjaya Sebagai Juruteknik Pest Control Profesional

Anak Muda Yang Sedang Cari Kerja Mahu Bina Kerjaya Sebagai Juruteknik Pest Control Profesional

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 243 hits
Untuk anak muda Ini artikel untuk anda Anak muda di sini ertinya mereka yang bawah 30 tahun umurnya Saya tahu anda jenis tak suka baca artikel panjang panjang berjela Lemas semak dada Ya saya tahu Jadi saya tulis santai ringkas dan padat sa...
Hannah Yeoh I Was Wrong About Muda

Hannah Yeoh I Was Wrong About Muda

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 225 hits
JOHOR POLLS Segambut MP Hannah Yeoh during the Johor campaign trail related how she was initially opposed to the formation of the youth led Muda Yeoh said she had a big disagreement with Bakri MP Yeo Bee Yin upon learning that Muar MP Syed ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco