Kisah Docnan Jutawan T Shirt


Bergelar doktor di pangkal nama tetapi terlibat dalam perniagaan sulaman dan cetakan memang jauh sekali kaitannya.

Awalnya ia banyak mengundang pertanyaan para pelanggan yang mungkin menganggap beliau bekas pelajar perubatan yang tidak sempat menyelesaikan pengajian atau sekadar gimik bagi mencuri tumpuan ramai.

Lali dengan pertanyaan serupa, Dr. Wan Hasnan Wan Idris, 37, hanya tersenyum dan menjawab: Saya belajar enam tahun di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sehingga mendapat gelaran itu.

Tetapi rezeki saya di bidang ini (sulaman), saya pupuk, pelihara dan belajar sedikit demi sedikit, hari demi hari.

Hasnan, anak kelahiran Pengkalan Kubor, Tumpat ini hanya bermodalkan minat dan syarikatnya, Docnan Industries Sdn. Bhd. kini merupakan salah sebuah pusat sulaman berkomputer terbesar di Pantai Timur.



                                      Docnan (kanan) bersama usahawan Cap Ayam(kiri)


Pada masa kini, urus niaganya di Pengkalan Chepa mencatatkan perolehan sebanyak RM300,000 sebulan sekali gus memberikan keyakinan kepadanya untuk berada pada kedudukan tersendiri dalam bidang sulaman ini pada masa depan.

Menggunakan teknologi moden dan canggih, mesin sulaman yang diimport dari China, Amerika Syarikat dan Australia yang berjumlah 47 buah (kepala mesin) bernilai RM1.2 juta berupaya menyulam logo sebanyak 1,500 sehari.

Docnan menawarkan perkhidmatan sulaman, cetakan skrin pada baju T, kemeja, beg, topi dan tuala menggunakan mesin silkscreen automatik, cetakan inkjet untuk skala lebih besar seperti kain rentang, ukiran kaedah laser, pad print dan jahitan.

Menceritakan penglibatan awalnya, anak kedua daripada tiga beradik ini enggan bergelar penganggur sebaik menggenggam ijazah lantas melakukan kerja-kerja sampingan yang mendatangkan hasil termasuk hampir tiga bulan bekerja di sebuah ladang di Selangor.

Apabila berhenti dan balik kampung macam-macam saya terima, antara keluhan simpati ahli keluarga dan tidak kurang juga sindiran kerana kelulusan ijazah bukan jaminan mendapat pekerjaan setimpal.

Tanpa mempedulikan andaian sesiapa, tahun 1999, bermodalkan RM500 saya mencetak baju T dengan mengambil upah daripada pelajar kolej, satu pekerjaan yang biasa saya lakukan ketika di kampus bersama rakan-rakan.

Secara beransur-ansur sambutan menggalakkan, saya membulatkan tekad lebih serius sungguhpun ia bukan bidang kemahiran. Kawan-kawan dalam bidang yang sama banyak membantu di samping buku dan bahan-bahan berkaitan dalam Internet sebagai rujukan, katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Hasnan berjaya mempraktikkan panduan dan tunjuk ajar rakan-rakan walaupun di peringkat awal dulu banyak masa, tenaga yang dilaburkan malah berhelai-helai pula pakaian yang rosak.

Pengalaman amat mahal nilainya kerana selepas tiga tahun, baru saya memperoleh teknik yang betul dan memahami selok belok mencetak menggunakan kaedah manual.

Impiannya untuk muncul sebagai usahawan walaupun terpaksa melupakan segala ilmu yang dipelajari di universiti makin menampakkan hasil apabila menambah bidang tawaran perkhidmatan sulaman berkomputer.



Hasnan mengasingkan kerja-kerja mencetak dan sulaman dengan menyewa dua premis perniagaan di mana bengkel cetakan terletak di Simpang Tiga Tanjong Mas manakala sulaman di Taman Uda Murni, di sini.

Apabila kerja-kerja percetakan dilakukan di atas baju T, kemeja, beg dan pelbagai cenderamata mengikut tempahan, pelanggan selalunya akan bertanya khidmat sulaman, katanya.

Sehubungan itu, menurut bapa kepada lapan anak ini memberitahu, pada tahun 2003, hasil pinjaman daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) sebanyak RM215,000, dia membeli mesin sulaman pertama dari China bernilai RM115,000.

Tempahan yang diterima semakin banyak dan beberapa pekerja di kalangan anak tempatan diambil bagi menguruskan tempahan dan Hasnan mempromosikan perniagaannya melalui ekspo dan karnival di seluruh Kelantan.

Katanya, para pelanggan dari jabatan dan agensi kerajaan, sektor swasta dan persendirian mencurah datang dari serata pelosok negara kerana kualiti kerja serta mengambil tempoh masa singkat untuk disiapkan.

Berikutnya selama dua tahun berturut-turut, syarikat membawa masuk dua mesin sulaman yang baru dan seperti mesin yang awal mempunyai lapan kepala, dikawal dengan menggunakan kecanggihan komputer.

Kawalan menerusi komputer mengurangkan tenaga pekerja dan lebih efisien kerana kelapan-lapan kepala mesin berfungsi serentak ketika proses sulaman dijalankan malah menjimatkan masa dan bersih.

Sulaman yang ditawarkan bergantung pada kehendak pelanggan, logo sekolah, jabatan atau agensi dan apa sahaja lambang yang akan dihasilkan oleh dua pereka secara manual di atas lukisan sebelum mengalihkan ke komputer mengikut saiz sebenar sebelum proses sulaman, katanya.

Pusat sulaman ini menjadi tumpuan pelbagai pihak di peringkat sekolah, kolej, universiti, persatuan, syarikat korporat dan pelbagai jabatan untuk menandakan logo, nama individu, nama perniagaan pada baju T, kemeja, beg, topi dan tuala dengan bantuan 13 pekerja.

Sementara itu, kerja-kerja mencetak teknik sutera saring (silkscreen) secara automatik turut menggunakan mesin yang diimport dengan mempunyai 10 palet pencetak.

Seramai 24 pekerja melancarkan operasi di sini dengan sebahagian daripada mereka ditempatkan di bahagian reka bentuk, pentadbiran dan akaun.

Di bengkel cetakan digital ini juga para pelanggan boleh namakan apa sahaja produk untuk ditandakan dengan simbol atau logo di atas permukaan kecil seperti klip tali leher, logam pembuka surat, cenderamata, pingat dan piala sehingga permukaan lebih besar seperti rostrum disediakan.

Pelanggan juga boleh memilih cetakan dan sulaman di atas baju T dan beg yang sudah siap yang dibawa sendiri atau memilih di sudut pameran yang menawarkan lebih 100 jenis dari pelbagai fabrik dan fesyen.

Menyedari perniagaan ini yang mempunyai potensi besar untuk dimajukan kerana mempunyai cabang yang saling berkait, Hasnan turut mempunyai bengkel menghasilkan pelbagai jenis beg dan kilang baju T yang mengeluarkan hampir 1,000 helai sehari.

Bagi meluaskan lagi pasaran, saya memperkenalkan perniagaan online dan mendapat sambutan baik di kalangan pelanggan di luar Kelantan melalui laman web www.docnan.com.my dan www.baju2u.com, katanya.

Penerima Anugerah Usahawan Muda Mara 2007 itu menyasarkan tempoh beberapa tahun lagi untuk meletakkan perniagaan pada tahap yang membanggakannya, iaitu sebagai pusat sulaman komputer terbesar di negara ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://adisaufi.blogspot.com/2013/11/kisah-docnan-industries-yg-membakar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Puan Siti Farhana Abu Osman Antara 100 Usahawan Jutawan Titan Richworks

Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Puan Siti Farhana Abu Osman Antara 100 Usahawan Jutawan Titan Richworks

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 219 hits
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Hai pembaca semua Ini adalah kali kedua Bonde kongsikan berkaitan Richworks Bangkit dalam Musim Pandemik ini kata orang nak berjaya tu bukan mudah kena This is a content summary only Visit my website for ful...
Kisah Budak Kecil Yakin Bahawa Rezeki Itu Daripada Allah

Kisah Budak Kecil Yakin Bahawa Rezeki Itu Daripada Allah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 183 hits
Sebagai seorang muslim kita perlu percaya dan yakin bahawa setiap rezeki yang datang itu datang hanya daripada Allah SWT Janganlah sesekali kita berasa rugi dalam bersedekah kerana Allah SWT sentiasa akan memperbanyakkan lagi rezeki kita Se...
Kisah Saidina Umar R A Dan Seorang Anak Derhaka

Kisah Saidina Umar R A Dan Seorang Anak Derhaka

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 223 hits
Seringkali kita mendengar anak anak sekarang makin ramai yang derhaka kepada ibubapa TAPI pernahkah kita sebagai Ibubapa mengkaji dan merenung sejenak KENAPA anak anak pada hari ini semakin nakal jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka ...
Kisah Kematian Saidina Umar Al Khattob R A

Kisah Kematian Saidina Umar Al Khattob R A

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 249 hits
Abu Lu luah seorang Majusi telah bertemu dengan Saidina Umar R A dan mengadu mengenai jumlah kharaj yang dikenakan ke atasnya untuk dijelaskan kepada tuannya iaitu Mughirah bin Syu bah agak tinggi Kadar jumlah yang terpaksa dibayar ialah 4 ...
Kisah Blogger Bernama Yasmin J Hunwick

Kisah Blogger Bernama Yasmin J Hunwick

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 393 hits
DIa sebenarnya adalah seorang blogger remaja Blognya tidaklah segah orang yang sudah mempunyai nama besar dalam dunia blog Namun tiap nukilan dalam blog ikhlas dan jujur Allah lebih sayangkan dia Dia telah kembali bertemu Ilahi pada tahun 2...
Kisah Imam Hambali Menolak Pemberian Hamdan

Kisah Imam Hambali Menolak Pemberian Hamdan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 225 hits
Pada suatu hari Imam Hambali sedang dalam perjalanan jauh bersama sama teman temannya Kerana jauhnya perjalanannya mereka kehabisan makanan dan perbelanjaan Untuk mendapatkan sesuatu Imam Hambali dan teman temannya singgah di rumah seorang ...
Kisah Sahabat Nabi Mu Adz Bin Jabal Pelita Ilmu Dan Amal

Kisah Sahabat Nabi Mu Adz Bin Jabal Pelita Ilmu Dan Amal

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 188 hits
REPUBLIKA CO ID Tatkala Rasulullah mengambil baiat dari orang orang Anshar pada perjanjian Aqabah yang kedua diantara para utusan yang terdiri atas 70 orang itu terdapat seorang anak muda dengan wajah berseri pandangan menarik dan gigi puti...
Kisah 20 Sen Orang Miskin

Kisah 20 Sen Orang Miskin

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 156 hits
peace be upon you Bismillahirrahmanirrahim Masuk2 opis termenung sekejap muhasabah diri sebentar Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi Bersyukur atas nikmatMu Alhamdulillah Kalau kita terasa susah ada lagi yang lagi susah Dan mereka tak ...
Kisah Haiwan Dan Tumbuh Berzikir Pada Allah Swt

Kisah Haiwan Dan Tumbuh Berzikir Pada Allah Swt

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 313 hits
Semua makhluk baik haiwan dan tumbuh tumbuhan sentiasa bertasbih kepada Allah SWT tanpa henti Semua makhluk Allah berzikir dan bertasbih mengingatiNya Al Israa 44 Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya sentiasa m...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur