Kisah Dan Teladan Tengok Viral Pakcik Jual Tepi Jalan Marah Penguatkuasa






 Tengok viral pakcik jual tepi jalan marah penguatkuasa. 


Sebelum korang baca, bersihkan hati.. bersihkan akal. Baca dengan akal dan berfikir dari semua sudut. Bukan EMOSI.


Aku nak tulis pandangan aku, dari beberapa pengalaman aku yang tak seberapa sebagai Ahli Majlis dulu, sebagai PA Adun, sebagai adun.


Kita ni sebagai adun, kerja pun mencabar. Kau lawat banjir kena maki, tak lawat kena maki. Isu berpuluh tahun kau kena maki, isu yang kau berjaya nak selesaikan pun kena maki.


Macam tu juga penguatkuasa. 


Penguatkuasa ni adalah pekerjaan yang mencabar. Buat salah, tak buat salah. Buat kena tuduh rasu@h, tak buat kena tuduh rasu@h.


Aku cerita kesilapan aku supaya korang jadikan pengajaran. Aku tak malu pun nak akui kesilapan aku. 


Kisah 1


Gerai ikan tepi jalan. 


Masa aku jadi Ahli Majlis, dalam masa sama PA kepada Adun. Aku ada bantu seorang wanita ni sakit. Dia kena buat dialisis. Dia meniaga ikan (barangan basah) tepi jalan. 


Aku bantu wanita ni. Sebab apa? Tugasan aku membantu wanita yg sakit, susah. Aku suka orang yang berusaha.


Satu hari wanita ni call menangis. “Marina , penguatkuasa angkat barang-barang niaga saya”.


Kau tak tahu.. aku jadi hulk. Ni masa ni memang kawan aku si Maheera saksi. Dia takut tengok muka aku. Aku call penguatkuasa, aku cakap kenapa angkat barang tu semua. Penguatkuasa tu cakap “biar saya jalankan tanggungjawab saya. nanti saya jelaskan”. Aku marah-marah.aku bawa surat akak tu sakit. 


Aku depan MPKu diri ke hulu ke hilir. Penguatkuasa sampai, dia bawa aku duduk. Dia terangkan kat aku.


“Marina.. kami buat kerja atas aduan orang awam sahaja. Orang awam adu lalat banyak, air dari barangan basah meleleh.. meniaga di simpang mendatangkan masalah. Kalau kami tak jalankan tugas. Apa orang awam akan cakap? Kami dibayar, kami terima rasu@h.” 


Penguatkuasa cuba tenangkan aku.


Aku cakap “tapi akak ni cuba cari rezeki. Sakit. Kita kena bertoleransi. Bantu dia.”


Bahagian lesen ada maklumkan bahawa dia dah ditawarkan tempat di pasar, tapi dia sendiri tak nak pergi. Bila aku tanya , memang akak ni maklumkan niaga tepi simpang sana lebih menguntungkan. Dia cakap leceh di pasar. 


Kisah 2


“Kau ni Ahli Majlis ambil rasu@h ke? Kenapa pakcik yang meniaga depan kedai aku ni tak payah ambil lesen tapi boleh pacak payung niaga? Aku ni niaga sewa kedai, bayar cukai… kau buta ke ? Penguatkuasa tidur ke?? Makan gaji buta?”


Aku pun keluar malam-malam selama beberapa hari ..duduk dalam kereta. Aku perhatikan keadaan dekat situ. 


Orang yang buat aduan tu kedainya penuh orang. Sampai ada yang beratur. Tak cukup ruang. 


Pakcik tu pula , ada juga pelanggan tersendiri. Jualan pun berbeza dengan apa yang dijual di restoran tu. 


Aku turun kereta, aku beli makanan dekat pakcik tu sambil berborak. Pakcik ni cerita dia sakit, meniaga situ lebih mudah.. tempat lain agak sukar. Duit niaga ni dia guna tampung pengajian anak dia di universiti. 


Esoknya lagi, pemilik restoran marah lagi. Call berkali cakap tak buat kerja. Aku terangkan situasi pakcik tu. Kau ingat dia nak dengar? Dia siap cakap “kalau macam tu, baik aku niaga tepi jalan je. Senang hidup tak payah bayar lesen tak payah bayar cukai.”


Kau rasa apa pilihan kau ada masa tu? Antara sifat kemanusiaan, antara undang-undang, antara keengganan orang mengikut cadangan kau?” 


Kisah 3


“Stall dia niaga ada sini. Saya meniaga ni sewa kedai bayar cukai. dia pasang stall je , boleh niaga tepi kedai saya. Saya tak peduli.. dia meniaga lagi sini.. saya bakar stall dia. Korang ni ambil rasuah ke apa? Berkali aduan di buat tapi masih berniaga” 


Bila tanya empunya stall.. dia pun ada alasan tersendiri. Tawarkan tempat lain taknak. Bila minta ubah kawasan meniaga, dia cakap aku cuba tindas orang susah. 


Kisah 4


“Situ dekat Taman XXXX apesal cin@ boleh niaga tepi jalan?? Apesal kawasan melayu semua kena saman?? Penguatkuasa ambil rasu@h ke?” 


Takkan masa tu aku nak cakap “tu haaa.. restoran depan tu semua report awak semua jual tepi jalan.” 


Korang yang suka main isu kaum patut hentikan benda ni. Kadangkala bukan sebab bayar ke apa.. ada orang hidup dia tahu bertolak ansur. Dia sedar dia mula ada restoran sebab dia mula dari tepi jalan. Sebab tu dia tolak ansur orang nak meniaga depan kedai dia. Dia nak orang tu berjaya juga.  


Ada orang merah mata bila nampak orang lain lebih maju, walau pelanggan sendiri ramai. Dia akan fikir “tak adil betull” 


Pengalaman aku.. 


- kalau orang tak report peniaga tepi jalan ni, penguatkuasa bukan kejam atau berhati kaudu sangat nak ambil tindakan. 


- orang awam pun ada asas report. Kadangkala meniaga di simpang, atau tempat yang tak sesuai. Meniaga tak jaga kebersihan ambil suntikan ke? 


- kadangkala orang awam report kedai satu je. Contoh kedai ni mendatangkan kesesakan trafik hingga kereta nak keluar simpang payah. Yang lain orang awam tak report sebab tak da masalah.


Tapi yang kena report ni tak puas hati. Konsep dia “aku tak boleh niaga sini.. yang lain pun tak boleh. Dah terangkan kesalahan.. pun dia tak nak terima. Lalu dia akan petik “kau jangan saman aku atau halau aku je.. tepi jalan sana semua ada orang niaga. Kau saman sekali. Aku nak pastikan yang lain pun tak boleh niaga kalau aku tak niaga. Jangan pilih bulu”.


- “Apa pasal haritu dah kena angkut barang dia Lepastu boleh niaga balik??ni mesti bayar penguatkuasa” Sebab barang kena angkut, dia boleh ke PBT ke stor majlis, bayar saman dan ambil barang balik. “ kang PBT musnahkan, cakap kejam pula. 


Sebagai penggubal dasar, aku boleh cakap.. nak menguatkuasakan undang-undang bukan satu perkara mudah. Antara undang-undang, kemanusiaan, dan keengganan menerima solusi.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/kisah-dan-teladan-tengok-viral-pakcik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Tak Viral Dah Pasti Warga Tempatan Terzalim Oleh Penguatkuasa

Kalau Tak Viral Dah Pasti Warga Tempatan Terzalim Oleh Penguatkuasa

papar berkaitan - pada 23/3/2025 - jumlah : 200 hits
MPPD beri lesen sementara untuk Pakcik Petai terus berniagaMohd Khidir ZakariaPORT DICKSON Isu viral membabitkan Pakcik Petai dengan penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson yang tercetus berhampiran sebuah pasar raya di sini sudah dis...
Apple Kini Jual Kabel Audio Usb C Ke 3 5mm Berharga Rm219

Apple Kini Jual Kabel Audio Usb C Ke 3 5mm Berharga Rm219

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 146 hits
Seiring pengumuman mengenai kemas kini AirPods Max yang menyokong audio lossless dan latensi ultra rendah Apple hari ini turut melancarkan kabel audio USB C ke 3 5mm Kabel dua hala ini boleh digunakan dengan port audio out dan audio in 3 5m...
Hiburan Perkenalkan Makanan Homemade Baru Peniaga Megi Malam Kini Jual Pisang Kunafa Rm18 Pula Megi Dah Tak Laku Ke

Hiburan Perkenalkan Makanan Homemade Baru Peniaga Megi Malam Kini Jual Pisang Kunafa Rm18 Pula Megi Dah Tak Laku Ke

papar berkaitan - pada 23/3/2025 - jumlah : 195 hits
Baru baru ini melalui platform media sosial Best Food MY mereka memaparkan seorang peniaga wanita yang sebelum ini dikenali sebagai Akak Megi Malam memperkenalkan makanan homemade terbaru iaitu Pisang Kunafa Akak Megi Malam kini jual Pisang...
Bermula Dengan Betul 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Jual Di Lazada

Bermula Dengan Betul 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Jual Di Lazada

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 144 hits
Pada masa kini semakin ramai individu dan perniagaan beralih ke platform dalam talian sebagai saluran utama untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka Salah satu sebab utama mengapa bisnes online semakin popular adalah kerana ia menawa...
Polis Pahang Lulus Lebih 200 Permit Untuk Jual Bunga Api Dan Mercun Di Seluruh Negeri Sempena Aidilfitri

Polis Pahang Lulus Lebih 200 Permit Untuk Jual Bunga Api Dan Mercun Di Seluruh Negeri Sempena Aidilfitri

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 194 hits
KUANTAN Polis Pahang telah meluluskan lebih 200 permit untuk menjual bunga api dan mercun di seluruh negeri sempena Aidilfitri tahun ini Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata daripada jumlah itu lebih 60 permit diluluskan di K...
Jangan Jadi Hero Bangsa Ada Kuasa Jual Juga Punya Penipuntak Kira Masa Celaka Pun Iya

Jangan Jadi Hero Bangsa Ada Kuasa Jual Juga Punya Penipuntak Kira Masa Celaka Pun Iya

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 141 hits
Negara akan musnah sekiranya semua pihak cuba menjadi wira atau hero kaum sendiri tanpa mengira peruntukan undang undang kebenaran atau kepalsuan sesuatu isu Klik link https www utusan com my nasional 2025 03 negara musnah jika cuba jadi he...
Fuhhhh Untunglaaa Jual Rm10 Seketol 100 Ketul Dah Dpt Seribu Sehari 30 Hari 30 Ribu Perghhhh

Fuhhhh Untunglaaa Jual Rm10 Seketol 100 Ketul Dah Dpt Seribu Sehari 30 Hari 30 Ribu Perghhhh

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 155 hits
Fuhhhh untunglaaa Jual rm10 seketol 100 ketul dah dpt seribu sehari 30 hari 30 ribu PerghhhhNi niaga gi haji balik hari niCamni la orang berniaga Untung xnak kurangEsok lusa guna vellfire gamaknya jual mahal2Kalau dlm berniaga xde rasa nk b...
Lagi Viral Ibu Lahirkan Bayi Badan Buaya Muka Lembu Ternyata Ibu Pernah

Lagi Viral Ibu Lahirkan Bayi Badan Buaya Muka Lembu Ternyata Ibu Pernah

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 215 hits
Viral Ibu Lahirkan Anak Unik Badan Buaya Muka Lembu Baru baru ini dunia sedang heboh dengan berita tentang seorang ibu yang melahirkan anak dengan tubuh buaya dan wajah lembu Kira kira macam mana tu kan Masyarakat pun tertanya tanya Apa seb...
After Pakcik Petai Video Sparks Outrage N Sembilan Mb Calls It Unfair

After Pakcik Petai Video Sparks Outrage N Sembilan Mb Calls It Unfair

papar berkaitan - pada 24/3/2025 - jumlah : 253 hits
Negeri Sembilan Menteri Besar Aminuddin Harun has called it unfair to pin the blame on local council officers over the Pakcik Petai incident in Port Dickson which has sparked outrage Why is there a need to advise the local authorities Don t...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Tinggal Whatsapp

Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat