Kisah Benar Ustazah Tangani Kes Isteri Didera Mental Fizikal 30 Tahun Oleh Suami Dipijak Hingga Keguguran 3 Kali


Kisah Benar! Ustazah Tangani Kes Isteri Didera Mental Fizikal 30 Tahun Oleh Suami, Dipijak Hingga Keguguran 3 Kali! Pengakuan kisah rumah tangga isteri awal 50-an di hadapan Ustazah Asma Harun yang ketika itu bertugas sebagai Perundingcara Rumahtangga memberi kejutan yang besar. Dia mahu memohon cerai fasakh dalam usia emas itu kerana tak tahan lagi hadapi penderaan mental dan fizikal yang dilakukan oleh suaminya.
Pernah kisah kekejaman suami tersebar selepas dia membuat laporan polis. Malu dan ugutan suami yang ketika itu berpangkat tinggi, buatkan dia menarik balik laporan yang dibuat. Pertemuan ustazah dengan wanita ini berlaku sekitar tahun 2011. Namun, ianya kekal segar diingatan Ustazah Asma. Sebagai pendakwah bebas beliau kongsikan kisah ini, kerana di hujung ujian rumahtangga wanita ini ada pengajaran yang Allah tunjukkan.
RUMAHKU NERAKA KU, BAHAGIA DI HUJUNG DERITA
“Ustazah, saya datang untuk membuat permohonan CERAI FASAKH, saya tak boleh lagi teruskan hidup dengan suami, saya nak cari ketenangan di hujung-hujung usia begini.”
Dari awal klien ini masuk wajahnya dilihat tenang tapi sarat dengan beban yang berat. Sambil meneliti fail, umur awal 50an, seorang guru, ada ijazah, usia perkahwinan cecah 30 tahun, anak 8 Orang.
“Adakah puan dah timbang dengan teliti kesan penceraian di usia begini, bagaimana penerimaan anak-anak, dan apakah alasan kuat puan, bukan mudah permohonan fasakh nak lulus kecuali ada alasan yang kukuh.” Pada perkiraan saya ketika itu, mungkin isu orang ke 3 baru muncul atau sekadar masalah komunikasi.
“Ustazah, sepanjang perkahwinan hidup saya sangat menderita, saya hadapi penderaan fizikal, mental, seksual dan emosi.” Nada sebak dan terketar-ketar seperti melepaskan tempikan suara hati yang sangat lama dipendam.
“Ustazah, 3 kali kandungan saya gugur kerana disepak terajang dan perut dipijak. Ustazah pernah baca kisah yang heboh satu malaysia, kes seorang isteri didera dan dipijak perut sehingga gugur kandungan?” saya hanya mengangguk.
“Itu adalah cerita saya, kali pertama saya buat report dan entah bagaimana cerita itu tersebar, saya malu pada jiran, rakan sekerja, keluarga, semua tahu cerita saya. Kes itu tutup kerana saya diugut dengan suami. Suami pegawai pangkat tinggi, dia seorang yang dikenali. Selepas itu 2 kali lagi kandungan gugur kerana didera dipijak perut ketika usia kandungan dah cecah 3-4 bulan, tapi sebab saya trauma, tidak ada aduan kepada mana-mana pihak.”
“Sepanjang perkahwinan, sepak terajang, maki hamun sumpah seranah, rambut ditarik diheret kepala ke bawah menuruni tangga, tidur di luar rumah tanpa tudung dari malam sampai pagi, pernah dijirus dengan minyak lalu diugut dengan api untuk dibakar, dan sering dipaksa dalam hubungan seksual.”
Ini Bukan Manusia..
Kali ini saya pula yang terketar-ketar untuk bertanya. Darah menyirap dan badan rasa berhaba. Ini bukan manusia.
“Kenapa puan bertahan begitu lama dalam perkahwinan yang sangat dahsyat seperti ini?”
“Saya bertahan kerana ANAK-ANAK dan kerana satu HARAPAN satu hari suami akan BERUBAH.”
“Puan, maaf saya tanya, adakah berbaloi puan bertahan demi anak-anak?”
“Tidak ustazah, sebahagian anak saya mengalami tekanan jiwa sehingga perlukan rawatan psikiatri. Sebahagian lagi mengikut perangai ayahnya, turut maki hamun saya. Saya rasa berdosa pada anak, saya tak pernah salahkan anak, mereka membesar dengan melihat ibunya didera hampir setiap hari, mereka membesar dengan ketakutan.” Air mata diseka tanpa henti. Sayu sekali bila disebut tentang anak.
“Puan, 30 tahun bukan tempoh yang sekejap, bagaimana puan laluinya?”
“Ustazah, orang terdekat juga tidak tahu, jiwa saya merana namun sedaya upaya senyum, sakit lebam pada badan disembunyikan. Dua perkara yang saya pegang teguh bila jatuh terduduk, saya sembamkan wajah ke bumi, SOLAT dan ALQURAN adalah teman rapat saya, hanya itu sumber tenang, bahagia dan kekuatan saya…”
Benarlah, manusia akan benar-benar merasakan Allah itu ada, ketika tiada manusia di sisinya. Tapi iya sangat sakit namun sangat manis, iaitu saat jatuh cinta padaNya, saat Allah benar-benar cukup baginya.
Ustazah.. Kenapa Allah Tak Makbulkan Doa Permintaan Saya?
Dua tangannya dikepal diletakkan dimulut, mata berkaca lidahnya terketar, saya tahu dia ingin menyatakan sesuatu yang bermain dalam fikirannya, namun dia sendiri takut untuk meluahkan.
“Ustazah, kenapa Allah tak makbulkan doa permintaan saya, bukankah doa orang yang dizalimi maqbul?, adakah anak-anak saya jadi begitu salah saya?, saya hanya minta dengan Allah supaya suami berubah, dia sayang saya sedikit pun jadi, akan hilanglah segalanya derita saya. Sia-sia saya menunggu dengan harapan satu hari suami akan berubah, SIA-SIA… akhirnya saya di sini untuk tuntut CERAI.. memang SIA-SIA!”
Allah… inilah soalan yang akan menyimpulkan pertemuan ini, inilah saatnya setiap kali klien bertanya soalan begini, saya akan berbisik dalam hati memohon pertolongan Allah, mengharapkan Ilham daripadaNya, agar lidah saya boleh menuturkan sesuatu yang jernih dan sejuk. Ibarat air dingin dikala kehausan dibawah terik matahari. Ini persoalan berkaitan AQIDAH. Isu keyakinan dan sangkaan kita pada ALLAH.
“Puan.. 30 tahun puan menanti dengan sabar, akhirnya suami tetap tidak berubah, apakah sebenarnya puan dapat?” dia diam.
“30 tahun bukan SIA-SIA, ALLAH tak pernah silap, dan ALLAH maha melihat, mendengar dan memakbulkan. Sebenarnya, dalam tempoh ini puan telah menghimpun PAHALA SABAR selama 30 tahun!, dan jika balasanNya SYURGA ALLAH, apakah puan rasa?”
Dengan terketar-ketar dia bertanya, “SYURGA ALLAH?, Betulkah ustazah?” Sambil tangannya genggam kuat tangan saya.
“Puan, ini bukan janji atau kata-kata saya, tapi janji Allah. Allah berfirman:
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas” (Az-Zumar 39 : 10)
سَلامٌ عَلَيكُم بِما صَبَرتُم ۚ فَنِعمَ عُقبَى الدّارِ
“..sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): “Selamat sejahtera ke atas kamu, disebabkan KESABARAN kamu (di dunia dahulu). Maka amatlah baiknya tempat kesudahan itu”. (Ar-Ra’d : 24)
Ini Janji Allah Untuk Mereka Yang Diuji “Puan, ini janji Allah kepada mereka yang diuji, lalu sabar dan redha dan tetap teguh bersangka baik dengan Allah, akan menerima Salam yang istimewa daripada Allah dan para Malaikatnya, bukan dsini, tapi di SYURGA ALLAH.”
Dia meleraikan tangannya, lalu tanganya disatukan sambil wajah tunduk ke bawah “ya Allah, aku redha ya ALLAH.. jika benar SyurgaMu, Aku redha.. aku maafkan suami dan anak-anakku keranaMu ya ALLAH, terimalah pahala SABAR ku ini, aku ingin SYURGA MU….”
Allahu Allah.. Kami sama-sama menangis dan aminkan doa. Di hadapan saya seorang wanita yang bukan diuji 30 hari atau 30 bulan, tapi 30 tahun. Allah hanya ingin mendengar perkataan REDHA daripada hambaNya, lalu Dia akan memberikan keredhaanNya. SyurgaNya.
Bila SYURGA ALLAH dilihat dengan mata hati. Segala berat perit derita boleh ringan ibarat debu. Sapu dan biar berlalu. Memang bukan mudah, tapi boleh.
Bercerai Demi Jadi Ibu Yang Tenang Buat Anak-anak Kemudian, saya membantunya untuk meneruskan permohonan Cerai Fasakh, daripada report polis dan report Dr. yang dia simpan, saya yakin permohonan fasakh ini akan berjalan lancar. Beliau menyatakan, penceraian ini adalah untuk dia mendapat KETENANGAN, “Saya ingin beribadat dengan tenang dan menjadi Ibu yang tenang buat anak-anak, moga belum terlambat.”
Tiada istilah terlambat untuk kebaikan selagi belum tiba kematian. SABAR itu bukan menyerah diri. Tapi SABAR itu adalah bertindak mengikut SYARIAT.
SABAR itu bukan setakat diam, menahan lalu menangis sampai rasa ok. SABAR itu adalah keberanian membuat KEPUTUSAN dengan petunjuk ILMU.”
Moga ramai yang boleh dibantu. Pada satu keadaan, PENCERAIAN adalah jalan keluar terbaik. Islam tidak benarkan kita membiarkan diri binasa.
Sumber: Ustazah Asma’ binti Harun, Ex Perundingcara Rumahtangga Via Mingguan Wanita
* Gambar sekadar Hiasan
The post Kisah Benar! Ustazah Tangani Kes Isteri Didera Mental Fizikal 30 Tahun Oleh Suami, Dipijak Hingga Keguguran 3 Kali! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/kisah-benar-ustazah-tangani-kes-isteri-didera-mental-fizikal-30-tahun-oleh-suami-dipijak-hingga-keguguran-3-kali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Sangka Sebenarnya Isteri Dua Kali Ganda Stress Layan Suami Berbanding Anak Anak

Siapa Sangka Sebenarnya Isteri Dua Kali Ganda Stress Layan Suami Berbanding Anak Anak

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 596 hits
Mana tak stress anak baru 2 tapi isteri jaga macam anak dah 3 orang Bukan makan minum pakai dan tidur anak je kena fikir suami punya pun isteri kena fikir juga Dia la pembantu rumah jururawat guru pemandu tukang masak tukang main dengan ana...
Tular Gambar Kanak Kanak Didera Suami Isteri Diberkas

Tular Gambar Kanak Kanak Didera Suami Isteri Diberkas

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 566 hits
Seksa seorang kanak kanak lelaki berusia 12 tahun berakhir apabila bapa tiri dan ibu kandungnya diberkas polis dalam kejadian di Kampung Majidee di sini semalam Suspek lelaki dan isterinya warganegara asing itu ditahan susulan satu laporan ...
Suami Dipenjara 25 Tahun Kerana Paksa Isteri Melacur Untuk Beli Lampin Dan Susu Bayi

Suami Dipenjara 25 Tahun Kerana Paksa Isteri Melacur Untuk Beli Lampin Dan Susu Bayi

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 488 hits
The ReporterPenganggur berusia 27 tahun yang didakwa memaksa isterinya untuk melacur bagi memperoleh wang membeli lampin pakai buang serta susu bayi mereka dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan 24 sebatan hari ini lapor Asia One Tertuduh ...
Kisah Suami Semasa Isteri Bersalin Secara Pembedahan

Kisah Suami Semasa Isteri Bersalin Secara Pembedahan

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 451 hits
Semalam ternampak Si Isteri kongsi cerita di Facebook berkenaan Kisah Sedih Si Suami Yang Tabah Ketika Isteri Bersalin Secara Pembedahan Bacaan ini aku jadikan rujukan dan persediaan memandangkan dalam beberapa minggu lagi kami akan menghad...
Isteri Gemuk Membuat Suami Lebih Bahagia 10 Kali Ganda

Isteri Gemuk Membuat Suami Lebih Bahagia 10 Kali Ganda

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 615 hits
Sebuah penelitian di Universitas Meksiko membuktikan pria dengan istri gemuk jauh lebih bahagia 10 kali lipat dibanding lelaki dengan istri kurus Iko Uwais sudah membuktikannya bagaimana dengan suami Anda Masih ingatkah Anda bagaimana Iko U...
Kesan Cucuh Api Rokok Di Tapak Kaki Mata Lebam Bibir Pecah Bagai Budak 5 Tahun Maut Mati Didera Ibu Dan Bapa Tirinya

Kesan Cucuh Api Rokok Di Tapak Kaki Mata Lebam Bibir Pecah Bagai Budak 5 Tahun Maut Mati Didera Ibu Dan Bapa Tirinya

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 887 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia di Klinik Kesihatan Padang Rumbia Pekan petang semalam dipercayai menjadi mangsa dera bapa tiri dan ibunya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nayan berkata mangsa...
Quot Isteri Berhentilah Menjadi Hamba Suami Bukan Itu Caranya

Quot Isteri Berhentilah Menjadi Hamba Suami Bukan Itu Caranya

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 274 hits
Rumah tangga yang bahagia adalah rumah tangga dimana suami dan isteri hidup saling melengkapi Bukan cuma sebelah pihak menjadi tongkat kepada sebelah pihak yang lain kan Suami melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna dan si isteri juga...
Kisah Pilu Tki Asal Malang Di Jordania 12 Tahun Kerja Tak Digaji Dilarang Mandi

Kisah Pilu Tki Asal Malang Di Jordania 12 Tahun Kerja Tak Digaji Dilarang Mandi

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 274 hits
Selama 12 tahun Diah bekerja sebagai asisten rumah tangga dan tidak mendapatkan gaji dari majikannya Korban juga mendapat perlakuan kurang manusiawi Salah satunya hanya bisa mandi sebulan sekali
Perghhhh Gara Gara Satu Panggilan Telefon Isteri Tembak Suami

Perghhhh Gara Gara Satu Panggilan Telefon Isteri Tembak Suami

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 653 hits
Polis menyiasat tempat kejadian Gambar kecil Mayura dan suami Foto Agensi BANGKOK THAILAND Seorang wanita di utara Thailand bertindak menembak suaminya selepas bergaduh dengan lelaki itu yang enggan memberitahu siapa yang menelefonnya pada ...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Fix Harmful Backlinks For Free

New Year Wish A Pm For All Malaysians


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Bila Ko Tak Boleh Reply Komen

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Injection Moulding Malaysia Combining Precision And Efficiency

Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia

Sinopsis Dongeng Sang Kancil

Buat Pancake Paling Mudah Guna Blender