Kisah Benar Pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain



Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi menjerit, melakonkan semula detik Zulfarhan Osman ditekap seterika dengan kaki dan tangannya diikat oleh rakan-rakan seuniversitinya, tahun lalu.

“Tolong!!!!! Panas!!!!!,” jerit Ahmad Senabil Mohamad, 22, penuntut tahun tiga jurusan Pengurusan Sumber Manusia Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), sambil berdiri di kandang saksi selepas diminta Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah untuk melakonkan detik itu pada prosiding perbicaraan hari ke-12, hari ini.

Ahmad Senabil merupakan individu yang melihat Zulfarhan Osman ditekap dengan seterika wap di dalam bilik 4-10, asrama penginapan UPNM antara jam 4 pagi dan 6 pagi, 22 Mei 2017.

Terdengar istighfar ‘Allahuakhbar’, ‘astaghfirullah’ dari galeri awam yang dipenuhi keluarga mangsa, keluarga tertuduh, pihak media dan orang awam yang mengikuti prosiding perbicaraan itu.

Ibu Zulfarhan Osman juga kelihatan tidak mampu menahan sebak dan menangis mendengar jeritan itu.

Mengimbas kejadian itu, saksi pendakwaan ke-24 yang merupakan penghuni bilik 3-06, iaitu rakan sebilik Zulfarhan Osman berkata dia telah pergi ke bilik 4-10 tersebut pada kira-kira 12 tengah malam berkait kes kecurian komputer riba yang dikatakan membabitkan Zulfarhan Osman.

Di bilik itu, Abdoul Hakeem Mohd Ali, yang merupakan tertuduh keenam telah bertanyakan beberapa soalan kepada Zulfarhan Osman namun mangsa dikatakan memutar belit jawapan menyebabkan Abdoul Hakeem terus menumbuk perut mangsa sebanyak dua kali diikuti seorang lagi tertuduh iaitu Muhamad Danial Firdaus Azmir.

Ahmad Senabil berkata Abdoul Hakeem kemudian menyuruh Zulfarhan Osman membuka seluar dan terus menyambung memukul mangsa sebelum tidak lama kemudian lebih dari 10 individu lagi masuk ke bilik itu.

Saksi itu berkata selain memukul menumbuk dan menendang mangsa yang ketika itu hanya memakai seluar pendek ‘boxer’, Abdoul Hakeem turut memukul menggunakan penyangkut baju manakala Danial Firdaus menggunakan batang penyodok sampah.

Katanya ketika dipukul, Zulfarhan Osman memberitahu dia tidak mengambil komputer riba itu namun Abdoul Hakeem dan Danial Firdaus terus memukul mangsa.

Ahmad Senabil berkata sehingga 3.30 pagi, beberapa individu yang berada di dalam bilik itu pulang ke bilik masing-masing dan meninggalkannya bersama Abdoul Hakeem, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri, Muhammad Najib Mohd Razi dan Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Syafiq.

Katanya ketika itu Muhammad Akmal Zuhairi telah memegang satu seterika wap dan sambil Abdoul Hakeem yang duduk di atas kerusi bertanyakan soalan, Muhammad Akmal Zuhairi telah menekap seterika itu di kaki dan badan Zulfarhan Osman.

“Zulfarhan meronta dan sepanjang ditekap seterika dari 4 pagi sehingga Subuh dia menjerit dengan kuat,” katanya menambah tidak lama kemudian Muhammad Azamuddin juga mula memukul mangsa.

Kepada soalan Othman siapa lagi yang menekap seterika kepada Zulfarhan Osman selain Muhammad Akmal Zuhairi, saksi itu berkata mereka ialah Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin, Muhammad Azamuddin dan Muhammad Najib.

Ketika ditanya bagaimana keadaan Zulfarhan Osman ketika itu, Ahmad Senabil berkata mangsa yang menggelupur meniarap sambil kedua tangannya diikat ke belakang dan kakinya juga diikat dengan tali pinggang taekwondo.

“Disebabkan Zulfarhan Osman masih tidak mengaku, Abdoul Hakeem menyuruh Akmal Zuhairi berhenti dan membuka ikatan mangsa,” katanya menambah Muhammad Akmal Zuhairi kemudian mencuci lantai bilik itu yang mempunyai kesan peluh dan darah mangsa.

Terdahulu Ahmad Senabil juga memberitahu dia telah membuat satu laporan polis dua minggu lalu berikutan bapa kepada Muhammad Najib telah mengugutnya supaya mengubah kenyataan dan tidak bercakap benar mengenai kejadian itu.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin dan Abdoul Hakeem mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membu nnuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka, yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman m4 ti mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang­sa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 16 Ogos.


Sumber : https://www.facebook.com/MyKisahBenar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahwarisan.blogspot.com/2019/08/kisah-benar-pembunuhan-pegawai-kadet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kronologi Penuh Kes Pembunuhan Zulfarhan Osman

Kronologi Penuh Kes Pembunuhan Zulfarhan Osman

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 2100 hits
Kronologi Penuh kes pembunuhan Zulfarhan Osman penuntut UPNM yang menggemparkan negara kita sebelum ini Seperti yang semua rakyat Malaysia tahu bahawa 31 Julai 2019 hakim mahkamah telah mengarahkan 18 tertuduh untuk membela diri Mahkamah ju...
Tragis Ini Kronologi Kes Pembunuhan Zulfarhan Pelajar Upnm Sepanjang Perbicaraan Mahkamah

Tragis Ini Kronologi Kes Pembunuhan Zulfarhan Pelajar Upnm Sepanjang Perbicaraan Mahkamah

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 1657 hits
Negara kita digemparkan dengan kisah tragis seorang pelajar universiti tempatan diseksa dengan kejam sebelum menghembuskan nafas terakhir di hospital Ramai yang menggesa pihak polis memburu suspek kerana kejadian menimpa pelajar itu tak bol...
10 Filem Korea Yang Diadaptasikan Dari Kisah Benar

10 Filem Korea Yang Diadaptasikan Dari Kisah Benar

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 819 hits
Selain Hollywood Korea juga sering mengangkat kejadian kejadian sebenar ke layar perak Dan tidak dinafikan hampir kesemuanya banyak memberi kesan kepada penonton yang menyaksikan filem filem bertemakan sebegitu Jadi kepada yang ingin menont...
Diduga Korban Pembunuhan Pegawai Dinas Pariwisata Sultra Ditemukan Tewas

Diduga Korban Pembunuhan Pegawai Dinas Pariwisata Sultra Ditemukan Tewas

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 198 hits
Korban ditemukan dalam kondisi sudah tidak bernyawa di selokan tidak jauh dari badan jalan oleh warga sekitar lokasi yang hendak membuang sampah Namun karena takut ia menceritakan penemuannya itu kepada warga lain lalu melaporkan ke pihak b...
Kes Kematian Penuntut Upnm Zulfarhan Osman

Kes Kematian Penuntut Upnm Zulfarhan Osman

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 465 hits
Setelah sekian lama menunggu keputusan bagi ke dera sehingga menyebabkan kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain penuntut UPNM akhirnya semalam terjawab selepas mahkamah memutuskan 18 penuntut universiti terbabit bersalah dan diperintahkan MEMB...
Kisah Sebenar Kes Pembunuhan Sensasi Mona Fandey

Kisah Sebenar Kes Pembunuhan Sensasi Mona Fandey

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 1378 hits
Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey satu nama yang tidak asing lagi dalam negara kita Negara pernah digemparkan dengan kes pembunuhan kontroversi dan sensasi yang melibatkan pasangan bomoh atau pawang iaitu Mohd Affandi Ab...
Kisah Benar Isteri Menyunting Madu Buat Suami

Kisah Benar Isteri Menyunting Madu Buat Suami

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 452 hits
Perkenalannya bermula melalui laman sosial namun dengan izin Allah SWT membuatkan hati seorang isteri terbuka untuk melamar kenalan terbabit yang juga ibu tunggal menjadi madunya Khuzatul Atiqah Abu Seman 31 memilih untuk melamar Nur Fathon...
Konspirasi Yahudi Disebalik Sambutan Ulang Tahun Ke 50 Pembunuhan Jfk

Konspirasi Yahudi Disebalik Sambutan Ulang Tahun Ke 50 Pembunuhan Jfk

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 340 hits
Beberapa hari yang lalu rakyat Amerika menyambut ulang tahun yang ke 50 pembunuhan bekas presiden negera itu John F Kennedy Lima dekad telah berlalu sejak Kennedy mati ditembak pada 22 November 1963 lalu namun ingga kini kematiannya terus d...
Gempa Magnitude 7 4 Pegawai Pemkot Tangsel Berhamburan Keluar Gedung

Gempa Magnitude 7 4 Pegawai Pemkot Tangsel Berhamburan Keluar Gedung

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 172 hits
Guncangan akibat gempa Magnitude 7 4 terasa di Kota Tangerang Selatan Jumat Bahkan sejumlah pegawai yang masih berada di gedung pusat Pemerintah Kota Tangerang Selatan panik dan berhamburan keluar gedung
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids