Kisah Balan Balan Si Pemakan Mayat Harus Telan Ludah Dan Muntah Jika Mahu Jadi Balan Balan


Kisah ini berlaku di Sabah sekitar tahun 1960-an


APA yang hendak saya ceritakan ini berdasarkan pengalaman seorang kenalan. Kisah ini berlaku di Sabah sekitar tahun 1960-an, dan ia diceritakan semula kepada saya pada pertengahan tahun 1999 oleh Sanusi Udi, orang yang menyaksikan sendiri kejadian itu.

Begini cerita Sanusi…

Suatu petang sewaktu dia dan kawan-kawannya sedang berborak di sebuah kedai kopi di Kinabatangan, seorang kawannya yang bernama Dusmin, tiba-tiba menjadi resah. Matanya merah, air liurnya meleleh dan dia memandang sekeliling dengan pandangan yang liar.

“Aku minta diri dulu!” kata Dusmin tiba-tiba, dan terus bergegas pulang.

Petang itu, Sanusi mendapat berita, ada penduduk kampungnya meninggal dunia. Apa kaitan dengan Dusmin? Nanti saya beritahu.

Selang beberapa hari kemudian, kejadian seperti itu berlaku lagi. Dan seperti sebelum ini, tidak lama selepas Dusmin pulang, Sanusi mendapat berita seorang penduduk kampungnya meninggal dunia.

Sanusi mula tertanya-tanya, kenapa Dusmin tidak semena-mena berubah sikap dan tergesa-gesa pulang apabila ada penduduk kampungnya mati? Setelah didesak, akhirnya Dusmin mengaku…

“Aku pulang untuk jadi balan-balan.”

Apa itu balan-balan?

Di Semenanjung, balan-balan juga disebut penanggal, iaitu seseorang yang boleh menanggalkan kepalanya, lalu terbang ke tempat orang mati atau hendak bersalin, dan menghisap darahnya. Apabila terbang, yang kelihatan adalah kepala dan isi perut si penanggal yang terang menyala bagaikan api. Ia dilakukan menggunakan ilmu hitam bagi tujuan mendapatkan kekuatan diri.

Benarkah Dusmin menjadi balan-balan?

Apabila soalan itu Sanusi ajukan, Dusmin menyelak kolar bajunya. Lalu ternampaklah garisan parut panjang di sekeliling pangkal lehernya.

Bagi membuktikan pengakuannya itu, Dusmin pernah menanggalkan kepalanya dan terbang ke rumah bapa Sanusi beberapa puluh kilometer dari situ. Dia pulang menemui Sanusi tidak lama kemudian, dan memberitahu secara terperinci keadaan bapanya, rumahnya dan keadaan sekitarnya. Apa yang diberitahu Dusmin itu memang tepat, sedangkan dia tidak pernah sekali pun pergi ke sana.

Menurut Dusmin, balan-balan tidak akan dapat dilihat oleh mata kasar. Dalam keadaan halimunan itulah dia akan menukarkan mayat dengan batang pisang.

Balan-balan/PenanggalMayat itu kemudian dibawanya terbang ke tepi sungai, lalu digoyang-goyangkan di dalam perahu bersama dengan balan-balan lain, kebanyakannya lelaki. Apabila digoyang-goyang, tubuh mayat itu akan berkecai dan dagingnya bertukar menjadi ikan, lalu dimakan oleh balan-balan berkenaan.

Ilmu balan-balan diceritakan amat popular di kalangan salah satu suku kaum di Sabah. Ia diamalkan agar mereka menjadi kuat dan digeruni lawan. Ilmu ini biasanya diwarisi daripada bapa atau datuk.

Ia boleh juga dituntut melalui bomoh ilmu hitam. Tempoh menuntut adalah seminggu.

Selain jampi mantera, kata Sanusi kepada saya, orang menuntut ilmu balan-balan dikehendaki menggali sebuah perigi sebesar pemeluk dan berendam di dalamnya selama tujuh hari berturut-turut.

Setelah itu, bomoh akan meludah dan muntah di dalam mulut si penuntut tadi. Muntah dan ludahnya hendaklah ditelan tanpa tinggal walaupun setitik.

Bagaimana kita tahu adanya balan-balan?

Kehadiran makhluk itu boleh diketahui dengan lintasan api dan bunyi `kwak’ yang dikeluarkannya. Dinding di bawah atap rumah manusia balan-balan pula boleh dibuka bagi memudahkannya keluar mencari mangsa.

Sanusi juga menceritakan kepada saya, di kalangan satu lagi suku kaum di Sabah, hanya wanita saja yang menjadi balan-balan. Apabila ada wanita bersalin, balan-balan itu akan menghirup darah yang keluar. Ia merasuk bayi sehingga mati. Apabila dikebumikan, balan-balan akan menyelongkar kuburnya dan memakan mayat bayi berkenaan.

Paling menakutkan ialah balan-balan kaliawan. Untuk memiliki ilmu balan-balan kaliawan, seseorang itu hendaklah membunuh anak sulungnya sendiri. Ada juga balan-balan yang boleh mengubah dirinya menjadi haiwan seperti anjing dan kucing. Bagaimanapun, kata Sanusi, ilmu hitam itu sudah lama ditinggalkan. Dengan berkembangnya Islam di Sabah, suku kaum terlibat mula menyedari bahawa ianya perbuatan syirik dan berdosa besar.

Apa yang saya ceritakan di atas berdasarkan kisah yang diceritakan sendiri oleh Sanusi kepada saya. Mungkin di tempat lain, berbeza pula versinya. Namun, kisah balan-balan atau penanggal ini memang popular zaman dulu dan ramai yang pernah melihatnya.

Adakah anda juga pernah ‘bertemu’ balan-balan? Boleh kongsikan kisah anda bersama kami.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/kisah-balan-balan-si-pemakan-mayat_13.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Cuma Dukung Replika Mayat Bukan Punca Kes Naik Sehingga 19k Ujar Lelaki Bertopeng

Kami Cuma Dukung Replika Mayat Bukan Punca Kes Naik Sehingga 19k Ujar Lelaki Bertopeng

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 234 hits
THE PROFESSOR Bukan salah kami angka COVID 19 hari ini boleh cecah sehingga 19 819 kes baharu Kami cuma berarak untuk jatuhkan kerajaan Perikatan Nasional ujar seorang lelaki bertopeng selepas dia dihentam dalam Facebook Lelaki berkenaan me...
Perghh Hotel Mayat Bertaraf Tujuh Bintang

Perghh Hotel Mayat Bertaraf Tujuh Bintang

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 408 hits
Bangunan Grand Heaven dari luar Heaven coHotel mayat bertaraf tujuh bintangJAKARTA Sebuah pusat penyimpanan mayat di Surabaya Indonesia menjadi tular kerana keunikan reka bentuk bangunannya yang dibina seperti sebuah hotel mewah bertaraf tu...
3 Jam Paut Mayat Rakan Elak Hanyut Dibawa Arus

3 Jam Paut Mayat Rakan Elak Hanyut Dibawa Arus

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 264 hits
BOT dinaiki mangsa yang rosak akibat dilanggar sebuah bot di perairan Pulau Mamutik dan Pulau Sulug FOTO ihsan polis Kota Kinabalu Lebih tiga jam memegang erat mayat rakan sambil berpaut pada serpihan bot Itu cabaran terpaksa ditempuh seora...
Kontena Mayat Cukup Nak Masuk Beri Nama Video

Kontena Mayat Cukup Nak Masuk Beri Nama Video

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 239 hits
Kontena mayat cukup nak masuk beri nama gurau MB Kedah dikecam ahli politik netizen Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi menjadi sasaran kritikan di media sosial berikutan kenyataan kontroversi kontena jenazah mencukupi si...
Mayat Bayi Dalam Plastik Ditinggalkan Di Tangga Premis Perniagaan

Mayat Bayi Dalam Plastik Ditinggalkan Di Tangga Premis Perniagaan

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 295 hits
Bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di tangga sebuah premis perniagaan di Jalan Bundusan Penampang PENAMPANG Mayat seorang bayi lelaki ditemui di dalam beg plastik di kawasan tangga sebuah premis perniagaan di Jalan Bundusan di sin...
Mayat Bayi Lelaki Ditemui Di Tangga Bangunan Bundusan Commercial Centre Penampang

Mayat Bayi Lelaki Ditemui Di Tangga Bangunan Bundusan Commercial Centre Penampang

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 298 hits
Mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di bangunan Bundusan Commercial Centre Jalan Bundusan Penampang hari ini PENAMPANG Mayat bayi lelaki ditemui di tangga premis perniagaan di Jalan Bundusan di sini tengah hari t...
Mesej Mayat Pesakit Covid 19 Didapati Masih Hidup Adalah Palsu Kkmm

Mesej Mayat Pesakit Covid 19 Didapati Masih Hidup Adalah Palsu Kkmm

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 402 hits
KUALA LUMPUR Hospital Kuala Lumpur menafikan mesej tular yang mendakwa kononnya ada pesakit COVID 19 yang disahkan meninggal dunia namun semasa mayat tiba di lokasi pengebumian pesakit itu didapati masih hidup Pasukan Respons Pantas Kemente...
Dakwaan Mayat Pesakit Covid 19 Masih Hidup Ketika Mahu Dikebumikan Adalah Tidak Benar

Dakwaan Mayat Pesakit Covid 19 Masih Hidup Ketika Mahu Dikebumikan Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 306 hits
SEBENARNYA Menurut Hospital Kuala Lumpur HKL ingin memaklumkan bahawa tiada kejadian seperti yang ditularkan berlaku SUMBER Facebook Rasmi HKL Facebook Rasmi KKM Berita Harian Harian Metro MAINKAN PE
Mayat Bayi Dalam Longkang Dikerumuni Ikan

Mayat Bayi Dalam Longkang Dikerumuni Ikan

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 231 hits
Anggota polis mengangkat mayat bayi yang ditemukan dalam longkang berhampiran kebun durian di Mukim 6 Pondek Upeh di Balik Pulau hari ini Balik Pulau Mayat bayi perempuan ditemukan di dalam longkang berhampiran kebun durian Mukim 6 Pondek U...
Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Investor Partnering Benefits Risks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hells Bells The Mysterious Bell Shaped Speleothems In Cenotes

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord

Hisense Leads 2025 In Miniled And Laser Tvs

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Let Law Run Its Course Says Ean Yong After Teoh S Sister Calls Him Out

Trash Trouble In Sabah Waste Pests And Health Risks Plague Tourist Hotspots