Kisah Ahmad Nisfu Yang Betulnya Dia Pelakon Yang Lain Semuanya Bohong Waris



Bagi peminat filem-filem Melayu klasik, pasti mengenali tuan director Ahmad Nisfu dalam filem Seniman Bujang Lapok. Diolog Aziz Satar " ludang hidungmu tetap menjadi pujaanku" menjadi tagline cukup dikenali sehingga ke hari ini.

Pembawaan karakternya yang humor cukup menyenangkan P Ramlee untuk memgambil beliau turut serta membawa pelbagai watak dalam beberapa filem di bawah arahannya sehingga nama seniman Ahmad Nisfu cukup masyhur dalam persada perfileman Melayu walau menjangkau beberapa dekad setelah penutupan Studio Jalan Ampas di Singapura.

Ahmad Nisfu yang membawa watak tuan Director, turut berlakon bersama adalah P Ramlee, Aziz Satar dan Kemat Hasan
Beberapa tahun sebelum ini, tular di media-media sosial yang entah mana dicedok yang mengatakan seniman Ahmad Nisfu hidup sebatang kara dan hanya menghabiskan riwayat hidupnya di dalam kubu peninggalan tentera Jepun.

Melalui temu bual seorang wartawan Berita Harian Singapura yang dirujuk di dalam laman wadah seni waris Allahyarham Ahmad Nisfu menjelaskan segala-galanya.


Buat julung-julung kalinya, anak kandung Allahyarham, Encik Osman Mohamed, 76 tahun, berbicara dengan akhbar Berita Minggu untuk menjelaskan keadaan sebenar.

“Satu saja yang betul dalam rencana itu – Allahyarham adalah seorang pelakon filem. Yang lain semua bohong,” kata Encik Osman yang ditemui di rumahnya di Jellicoe Road baru-baru ini.Menurut Encik Osman, yang tidak mahu gambarnya disiarkan dalam akhbar, Allahyarham yang nama sebenarnya Mohamed bin Nisfu telah meninggal dunia di rumahnya pada 10 pagi, Julai 1973.

Rumahnya terletak di kawasan Kampong Kuchai Lorong 3 di Singapura.“Arwah meninggal secara senang. Saya sempat jumpanya pada 7 pagi sebelum pergi kerja.

“Pada 10 pagi, saya mendapat panggilan yang beritahu saya bahawa Allahyarham sudah menghembuskan nafas terakhirnya,” kata Encik Osman, anak sulung dalam dua beradik.

Keluarga besar Ahmad Nisfu bersama Isteri keduanya, anak dan cucu tiri. Baris belakang dari kiri nombor empat, adalah encik Osman, anak kandungnya
Adiknya, Cik Fatimah Mohamed, sudah meninggal dunia.Katanya lagi, anggota keluarga serta ramai seniman dan seniwati seperti Allahyarhamha Saadiah telah melawat jenazahnya yang disolatkan di surau Kampong Kuchai.

Allahyarham kemudian dikebumikan selepas zuhur di perkuburan Bidadari dan baru-baru ini telah dipindahkan ke perkuburan Choa Chu Kang.“Allahyarham sakit sebulan sebelum beliau meninggal. Ada darah keluar semasa beliau membuang air kecil dan beliau pergi ke hospital. Tetapi, beliau balik rumah setelah berasa pulih. Sebelum beliau meninggal, beliau nampak macam biasa, tak sakit,” kata Encik Osman.Seorang anak tiri Allahyarham, Encik Saydeh Ali, 76 tahun, yang ditemui di rumahnya di Choa Chu Kang Street 52 turut mengesahkan maklumat mengenai pemergian Allahyarham.

“Allahyarham dikelilingi ahli keluarga semasa meninggal dunia,” kata Encik Saydeh.

Malah, Allahyarham tidak pernah kesunyian sepanjang hayatnya.Allahyarham, anak sulung dalam empat beradik, telah dilahirkan di Medan, Indonesia, tetapi membesar di Kampung Makam di Pulau Pinang, Malaysia. Isteri pertamanya yang berasal dari Kedah,Allahyarhamha Saadiah Musa, meninggal dunia pada 1939 selepas melahirkan anak kedua.

“Selepas kematian isteri pertama, Allahyarham datang ke Singapura sebelum Merdeka pada tahun ’50-an,” kata Encik Osman. Di sini, Allahyarham telah menikahi isteri keduanya, Allahyarhamha Cik binti Osman. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata tetapi Allahyarham mempunyai lima anak tiri serta cucu-cucu tiri. Seisi keluarga Allahyarham termasuk Encik Osman tinggal di kawasan Kampong Kuchai. Hari ini, Allahyarham turut mempunyai 10 cucu kandung.SENIMAN AHMAD NISFU
Minat Allahyarham dalam bidang lakonan telah berputik sejak kecil lagi.Beliau yang berpendidikan madrasah telah menyertai satu kumpulan bangsawan di Pulau Pinang dan kemudian menyertai kumpulan bangsawan Seri Noran di Kuala Lumpur pada tahun ’50-an.Pementasan bangsawan itu telah membawanya ke Singapura di mana beliau kemudian menjadikan kota ini sebagai tempat tinggal tetapnya sehingga ke akhir hayat.“Beliau tidak pernah balik ke Pulau Pinang selepas berkahwin lagi di sini,” kata Encik Osman.

Beliau juga sangat rapat dengan Allahyarham P. Ramlee, kelahiran Jelutong, Pulau Pinang, dan mereka sudah saling berkenalan sejak alam persekolahan.Justeru, Allahyarham yang hanya tahu menulis dan membaca dalam tulisan Jawi banyak menyumbang idea dan melakonkan filem-filem hasil Allahyarham P. Ramlee. Misalnya, filem Ibu Mertuaku, yang diterbitkan pada 1961, sebenarnya cerita yang digarap hasil cetusan idea Allahyarham dan diberikan kepada Allahyarham P. Ramlee. Idea itu kemudian diolah mengikut cita rasa Allahyarham P. Ramlee bagi mencerminkan kesan teladan dan pengajaran. Berdasarkan perkongsian Encik Osman dan Encik Saydeh mengenai Allahyarham lagi, mereka menggambarkan Allahyarham sebagai seorang yang tegas tetapi bernada lembut semasa bertutur dan tidak banyak cakap di dalam rumah. Beliau selalu keluar pagi dan akan balik rumah selepas isyak.
Apabila ada penggambaran filem, sebuah kereta akan datang menjemputnya di rumah.
“Allahyarham juga selalu bersembang di kedai kopi di Geylang Lorong 101. Di situlah ‘port’ bintang filem.

“Tetapi, apabila masuk waktu solat, Allahyarham akan bersolat di Masjid Aminah, Masjid Kassim atau Masjid Onan Road,” kata Encik Saydeh.

“Allahyarham adalah seorang yang warak. Allahyarham banyak memberikan nasihat tentang agama dan menjadi bilal tetap di Masjid Onan Road,” kata Encik Osman.

Ahmad Nisfu, 1908 - 1973


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/04/kisah-ahmad-nisfu-yang-betulnya-dia.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mia Ahmad Risau Nak Keluar Check Up Kehamilan Terkenang Nasib Ibu Hamil Lain Nak Buat Persiapan Bersalin Waktu Covid 19

Mia Ahmad Risau Nak Keluar Check Up Kehamilan Terkenang Nasib Ibu Hamil Lain Nak Buat Persiapan Bersalin Waktu Covid 19

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 474 hits
Semakin hari kes positif Covid semakin meningkat bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia Keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan buat rakyat Justeru ramai yang memilih untuk terus kekal di rumah dan tidak keluar ke mana m...
Pelakon The Flash Cekik Seorang Wanita Di Luar Bar

Pelakon The Flash Cekik Seorang Wanita Di Luar Bar

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 488 hits
Baru baru ini sepotong video tular di media sosial mengenai aksi lelaki yang dipercayai pelakon dari filem The Flash yang bernama Ezra Miller telah mencekik seorang wanita di luar sebuah bar yang terletak di Reykjavik Iceland pada dua hari ...
Pelakon Puteri Aishah Positif Covid 19 Pengurus

Pelakon Puteri Aishah Positif Covid 19 Pengurus

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 294 hits
Pelakon drama Cinta Roller Coaster Puteri Aishah Sulaiman dikhabarkan positif COVID 19 setelah menjalani ujian koronavirus itu Berita ini disampaikan oleh pengurus beliau Iman Tang di laman Instagram miliknya Assalamua laikum warahmatullahi...
Tiada Bantuan Pelakon Veteran Bertongkat Kutip Besi Buruk Untuk Sara Hidup

Tiada Bantuan Pelakon Veteran Bertongkat Kutip Besi Buruk Untuk Sara Hidup

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 337 hits
Sejak kebelakangan ini ramai individu tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang tidak mempunyai sumber pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Terbaru bekas pelakon era 1980 an iaitu Ali Ringgo hanya mengais rezeki deng...
Mengenal Keluarga Besar Pelakon Lagenda Ar Tompel

Mengenal Keluarga Besar Pelakon Lagenda Ar Tompel

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 1802 hits
ANAK BAPAK LAGENDA AR TOMPELOleh Repair Gambar LamaSemasa kematiannya tanggal 30 Januari 1973 A R Tompel mempunyai 18 orang anak hasil daripada 6 perkahwinan Sebanyak orang daripada mereka adalah lelaki 6 perkahwinan ini termasuk 1 P Suriat...
Pelakon The Flash Meninggal Dunia Pada Usia 16 Tahun

Pelakon The Flash Meninggal Dunia Pada Usia 16 Tahun

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 808 hits
Pelakon siri televisyen The Flash Logan Williams dilaporkan meninggal dunia pada usia 16 tahun Bintang yang sedang meningkat naik dari Kanada itu muncul dalam lapan episod dalam musim pertama siri adiwira DC itu dengan memainkan watak Barry...
Pelakon Drama Keluarga Iskandar Terperangkap Di Selangor Mansion

Pelakon Drama Keluarga Iskandar Terperangkap Di Selangor Mansion

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 691 hits
Pelakon drama Keluarga Iskandar Mohd Sobri Anuar Tarmizi dilaporkan terperangkap di Selangor Mansion salah satu bangunan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan oleh kerajaan semalam Menurut laporan dari Harian Metro pel...
Pelakon Bollywood Positif Covid 19 Ini Jawapan Ajay Devgan

Pelakon Bollywood Positif Covid 19 Ini Jawapan Ajay Devgan

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 306 hits
Pelakon popular Bollywood Kajol dan anak perempuannya yang bernama Nysa telah menimbulkan khabar angin bahawa mereka berdua disahkan positif Covid 19 selepas kerajaan India mengumumkan tempoh perintah berkurung selama 21 hari bermula pada 2...
Pelakon Amai Kamarudin Tolak Tepi Glamour Demi Frontliners Apm

Pelakon Amai Kamarudin Tolak Tepi Glamour Demi Frontliners Apm

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 1677 hits
Pelakon dan model komersial yang dikenali melalui filem Volkswagen Kuning Kanang Anak Langkau dan Showtime 1958 Amai Kamarudin 32 tahun harus menolak tepi imej glamour dan bersama bertungkus lumus turun padang demi mendedikasikan diri sebag...
A Scrutiny Of Najib S Carefully Scripted Frivolous Apology Making An Apology That Never Was

Senarai Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2024

The Problem With Najib S Apology

Ahli Farmasi Dari Malaysia Maut Ditikam Bertubi Tubi Gelandangan Di Melbourne

Terima Kasih Kpm

Big Red A Cheeky Honda Monkey With Miles Of Retro Rally Style

Daftar Lengkap Kode Bank Dan Swift Code Di Indonesia Plus Kode Verifikasi Bank Untuk Paypal

Sinopsis Bahalol Drama Tv Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2024


echo '';
Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36

Biodata Tengku Natasha Natasya Puteri Tengku Adnan Isteri Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah Perkahwinan Diraja

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta Musim 2 Versi Malaysia Autumn In My Heart Slot Akasia TV3

5 Kelemahan Utama Pakai Kereta EV Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Biodata Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah Bakal Suami Tengku Natasha Natasya Puteri Tengku Adnan Perkahwinan Diraja


Secret Mother Dinner Special

Ais Sihatkan Wajah Ini Dia Rahsianya

Mantou Cicah Sup Ayam Pun Sedap

Sales Of Petroleum Coke Lng Lpg Espo Urea D2 Diesel D6 En590 Jetfuel

Capsicum Kuning

Mike Tyson Saya Spesies Manusia Berbeza