Kira Tak Jadi Sebab Berebut Kerusi La


 




Panas! Pemimpin Umno dedah punca kegagalan rundingan kerjasama politik Umno-Pas-Bersatu di Melaka

November 11, 2021 Beberapa pemimpin UMNO mendedahkan punca kegagalan rundingan kerjasama politik dengan PAS dan BERSATU bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah kerana kedua-dua parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu menuntut agihan kerusi secara sama rata.
Mereka mengakui memang ada rundingan berhubung pengagihan kerusi sebelum ini, namun hanya membabitkan 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi buruan tiga parti terbabit.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim, berkata parti itu secara dasarnya bersetuju berunding dengan PAS dan BERSATU dalam menentukan agihan secara adil dan penuh keikhlasan, dengan pendirian untuk mengelak pertembungan.
“Namun, apa yang kita bincang itu hanya 23 kerusi, bukan 28 kerusi. Sebab kerusi lain, (UMNO) tak mahu pun sebab kita tak bertanding di kerusi itu dari segi sejarahnya di Melaka. Untuk elak tiga penjuru bukan bermakna kerjasama, tetapi tak mahu bagi bertembung sebab akhirnya kita kalah kerana ketiga-ketiga parti ini berebut kerusi yang sama.
“Tidak adil bagi kita, jangan kata kita sombong tidak mahu berunding, kita sudah usaha akhirnya tidak berjaya,” katanya ketika menjadi panel dalam satu program temu bual disiarkan di Facebook BN malam tadi.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, UMNO menguasai 13 DUN di Melaka, manakala dua DUN disandang BERSATU dan tiada kerusi dimenangi PAS.
Seorang lagi Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pula mendedahkan, UMNO melihat PRN Sabah pada tahun lalu sebagai pengajaran dan rujukan dengan pendirian dibuat ketika rundingan, mengambil kira sentimen akar umbi.
Katanya, dalam rundingan itu, BERSATU juga menetapkan syarat UMNO tidak boleh bertanding melebihi 14 kerusi DUN bagi mengelak parti itu menjadi terlalu dominan dalam kerajaan jika menang pada PRN Melaka.
“Mereka mahukan penyatuan ummah, tetapi realitinya dalam kiraan kita sebelum ini, PAS tidak menang kerusi dan BERSATU pun hanya menang dua kerusi. Kalau mahu penyatuan ummah, kita sepatutnya pertaruhkan masa depan ummah kepada parti yang boleh menang iaitu UMNO.
“Bukan bermakna penyatuan ummah kena bagi sama rata, barulah masalah penyatuan ummah ini selesai, tidak begitu. Dalam konteks Melaka, sepatutnya kita cari jalan bagaimana ummah ini untuk menang. Formulanya adalah UMNO. Kalau kita yakin, ikhlas dengan penyatuan ummah apa salahnya kali ini kita bagi kepada UMNO,” katanya, memetik laporan Berita Harian.
Beliau berkata, rundingan kerjasama itu juga membabitkan peranan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengetengahkan sendiri formula itu untuk dibincangkan.
“Kita kata kekuatan kita jauh daripada 14 kerusi itu, iaitu 18 yang kita mahu, tetapi kalau mahu keikhlasan dan satu perjanjian dibuat baiklah, maka kita buat perjanjian. EXCO dapat berapa (selepas menang), ahli majlis (pihak berkuasa tempatan) dapat berapa. Semua itu boleh ditulis dalam perjanjian.
“Waktu itu (ketika rundingan), peguam pun sudah ada di luar bilik, kita sudah sediakan (draf perjanjian) kalau mereka setuju,” katanya.
PRN Melaka menyaksikan pertembungan di semua 28 DUN antara calon BN dan PN, sekali gus bayangan kerjasama yang mahu dilihat antara UMNO, PAS serta BERSATU sebelum ini sudah gagal.
PAS yang sebelum ini mengajak UMNO berunding, malah sedia menarik diri jika berlaku pertembungan di kerusi UMNO, mengambil keputusan meletakkan calonnya di tujuh kerusi yang turut ditandingi calon rakan politiknya dalam Muafakat Nasional (MN) itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/kira-tak-jadi-sebab-berebut-kerusi-la.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Pilih Parti Yang Masih Berkira Kira Nak Guna Lambang Dan Berapa Kerusi Ph Dah Sedia Sejak Awal

Jangan Pilih Parti Yang Masih Berkira Kira Nak Guna Lambang Dan Berapa Kerusi Ph Dah Sedia Sejak Awal

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 202 hits
Bob KhairoolPakatan Harapan sepakat dalam permuafakatan membuat keputusan untuk menggunakan logo Pakatan Harapan pada PRN Melaka dengan pembahagian kerusi seperti berikut KEADILAN 11Amanah 9DAP 8Bukti bahawa PH Melaka bukanlah didominasi ol...
Prnmelaka Dap Berebut Kerusi Dalam Pakatan Harapan

Prnmelaka Dap Berebut Kerusi Dalam Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 163 hits
Oleh Wahida Calon calon DAP untuk PRN Melaka telah diumumkan mendahului rakan rakan parti lain di dalam Pakatan Harapan Berbeza dengan cara mereka mengumumkan calon calon yang bertanding ketika PRU14 di mana mereka bersama sama mengadakan m...
Prnmelaka 3 Kerusi Panas Di Parlimen Tangga Batu

Prnmelaka 3 Kerusi Panas Di Parlimen Tangga Batu

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 262 hits
Oleh Wahida Setakat hari ini 3 parti telah pun mengumumkan calon masing masing yang mewakili Barisan Nasional PH dan PN Pada PRU14 lalu 2 DUN dimenangi BN dan 2 lagi dimenangi PH Nampaknya pada kali ini 3 DUN merupakan kerusi panas iaitu N1...
Pn Letak 28 Calon Pas Bakal Mencabar Umno Di 7 Kerusi

Pn Letak 28 Calon Pas Bakal Mencabar Umno Di 7 Kerusi

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 247 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 6 2021 6 29 PMPRN MELAKA Pertembungan sekurang kurangnya tiga penjuru hampir menjadi pasti dalam pilihan raya yang akan berlangsung pada 20 Nov ini apabila Perikatan Nasional pula meletakkan calon di semua 28...
Prn Melaka Pas Hanya Menyokong Dan Undi Penyandang Kerusi Jika Pertembungan Pn Bn

Prn Melaka Pas Hanya Menyokong Dan Undi Penyandang Kerusi Jika Pertembungan Pn Bn

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 245 hits
MEALAKA PAS hanya akan menyokong penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka jika berlaku pertembungan antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional pada pilihan raya negeri 20 November ini kata Pesuruhjaya PAS Melaka Kamarudin Sidek Je...
Bn Sah Tanding Semua 28 Kerusi Ismail Sabri Gagal Dalam Misinya Mencari Jalan Damai

Bn Sah Tanding Semua 28 Kerusi Ismail Sabri Gagal Dalam Misinya Mencari Jalan Damai

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 259 hits
BN pagi tadi mengumumkan senarai calonnya yang akan bertanding dalam PRN Melaka 20 November ini Tanpa terkecuali walau satu kerusi ditinggalkan kosong atau dalam erti kata lain tiada lagi ruang untuk perundingan atau kompromi dengan parti l...
Mas Ermieyati Ke Tanjung Bidara Pas Lawan Bn Di 8 Kerusi

Mas Ermieyati Ke Tanjung Bidara Pas Lawan Bn Di 8 Kerusi

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 241 hits
PETALING JAYA PAS akan bertembung dengan Umno Barisan Nasional di lapan kerusi pada PRN Melaka nanti mewakili gabungan pimpinan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin Perlawanan itu diumumkan oleh Muhyiddin sendiri pada sidang media selaku penge...
Prn Melaka Perikatan Nasional Tanding Kesemua 28 Kerusi Dewan Undangan Negeri

Prn Melaka Perikatan Nasional Tanding Kesemua 28 Kerusi Dewan Undangan Negeri

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 260 hits
SHAH ALAM Perikatan Nasional akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Melaka dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebanyak 15 kerusi Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia pula sebanyak lima kerusi...
Pas Puas Hati Agihan Kerusi Prn Melaka

Pas Puas Hati Agihan Kerusi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 324 hits
Oleh Zatul Iffah Zolkiply dan Baharom Bakar Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika sidang media pada Muktamar Tahunan PAS ke 67 di Kuala Terengganu Foto Ghazali Kori BH KUALA TERENGGANU PAS berpuas hati dengan pengagi...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik