Kira Kira 30 000 Veteran Atm Tidak Berpencen Digesa Supaya Mendaftar Dengan Jhev


Kementerian Pertahanan masih mencari dan mengenal pasti kira-kira 30,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen dan masih belum berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta anggota veteran berkenaan supaya mendaftar dalam laman sesawang JHEV bagi membolehkan bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dapat disalurkan.
“Kita minta mereka (veteran) daftar segera sebab kalau tidak (berdaftar), kita tidak dapat bagi bantuan walaupun kerajaan menyediakan bantuan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kebajikan sempena Program Cakna Veteran ATM di Kampung Suang Parai, di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata dalam bantuan PRIHATIN yang diumumkan kerajaan pada April lepas, bantuan sebanyak RM500 secara sekali bayar akan diagihkan kepada veteran berpencen dan yang tidak berpencen sehingga September ini.
Beliau berkata setakat ini terdapat kira-kira 80,000 veteran ATM yang tidak berpencen telah berdaftar dengan JHEV ATM.
Di negeri Sabah terdapat kira-kira 16,000 veteran ATM dan masih ada yang belum berdaftar dengan JHEV.
Ismail Sabri berkata antara faktor yang menyebabkan veteran itu tidak berdaftar disebabkan duduk jauh di kawasan pedalaman selain tidak mengetahui maklumat berkenaan.
“Oleh sebab itu kita minta persatuan veteran supaya mengesan veteran ini kerana di setiap daerah dan kawasan ada persatuan veteran,” katanya.
Mengenai lawatan itu, Ismail Sabri berkata ia merupakan sebahagian program cakna yang dilaksanakan sepanjang masa bagi membantu veteran yang memerlukan bantuan.
Beliau berkata dalam lawatan itu bantuan berbentuk wang daripada kutipan Kempen Tabung Pahlawan selain makanan turut diberikan kepada veteran Abd Zahid Said.
Sementara itu, Abd Zahid, 35, merupakan bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) amat berterima kasih dengan keprihatinan kementerian melawat ke kediamannya di sini.
Berasal dari Semporna, beliau telah berkhidmat di TLDM selama 13 tahun sebelum berhenti pada 2017 kerana perlu menjaga isterinya yang menghidap kanser tiroid selain lima anak berusia antara satu hingga 12 tahun.
Katanya, sejak berhenti daripada TLDM beliau tidak mempunyai pendapatan tetap malah pernah tinggal di dalam khemah selama tiga bulan kerana tidak mempunyai tempat tinggal.
“Saya amat berterima kasih dengan kedatangan menteri (Ismail Sabri) yang bersedia membantu memberikan bot dan enjin untuk saya mencari rezeki buat keluarga,” katanya yang baru berpindah tiga bulan lalu ke kediaman didudukinya sekarang.- BERNAMA
The post Kira-kira 30,000 Veteran ATM Tidak Berpencen Digesa Supaya Mendaftar Dengan JHEV appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/12/kira-kira-30000-veteran-atm-tidak-berpencen-digesa-supaya-mendaftar-dengan-jhev/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Bantuan Rm500 Untuk Veteran Atm Tak Berpencen

Covid 19 Bantuan Rm500 Untuk Veteran Atm Tak Berpencen

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 277 hits
Covid 19 Bantuan RM500 Untuk Veteran ATM Tak Berpencen Kerajaan turut mengumumkan bantuan khas kepada veteran
Terlalu Rindukan Keluarga Pelajar Ini Gigih Kayuh Basikal Sejauh 2 000 Batu Untuk Pulang Ke Rumah Ibu Bapa

Terlalu Rindukan Keluarga Pelajar Ini Gigih Kayuh Basikal Sejauh 2 000 Batu Untuk Pulang Ke Rumah Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 476 hits
Seorang pelajar ijazah di Universiti of Aberdeen yang berhasrat untuk mengubati rindunya pada keluarga yang menetap di Mellissia berdekatan dengan ibu kota Yunani Athens Pelajar yang berusia 20 tahun itu telah berjaya mengayuh basikal sejau...
Gagal Pulangkan Wang Rm60 000 Boy Iman Diisytihar Muflis

Gagal Pulangkan Wang Rm60 000 Boy Iman Diisytihar Muflis

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 425 hits
Pelakon yang juga ahli perniagaan Datuk Boy Iman 40 diisytihar muflis oleh Mahk4mah Tinggi Kuala Lumpur berkuat kuasa 1 Julai 2020 Pengisytiharan muflis itu diputuskan mahk4mah berikutan kegagalan Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A R...
Mayweather Suka Pandu Trak Murah Berharga Rm117 000

Mayweather Suka Pandu Trak Murah Berharga Rm117 000

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 350 hits
FLOYD Mayweather mendedahkan dia gemar memandu trak pikap berharga 22 000 setiap hari kerana mahu kekal bersikap merendah diri Petinju yang sudah bersara itu menunjukkan trak pikap Dodge Ram 1500 Classic ketika mendedahkan kediaman mewahny
Lebih 1 000 Tiket Laku Saat Pawagam Mula Dibuka Di Mid Valley

Lebih 1 000 Tiket Laku Saat Pawagam Mula Dibuka Di Mid Valley

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 254 hits
Semalam 1 Julai 2020 lebih banyak sektor perniagaan diberi kebenaran untuk beroperasi dan paling menarik perhatian adalah sektor hiburan seperti pawagam Macam mana agaknya sambutan orang ramai dengan keputusan kerajaan ini Hasil pemerhatian...
Man Jailed 20 Years Fined Rm5 000 For Terrorism Related Offences

Man Jailed 20 Years Fined Rm5 000 For Terrorism Related Offences

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 298 hits
A man was today sentenced to a total of 22 years imprisonment and fined RM5 000 by the High Court for terrorism related offences Judge Mohamed Zaini Mazlan meted out the sentence on Muhammad Amru Labis 49 who changed his plea to guilty when...
Three Of Azmin Ali S Children Could Not Be Served With Writ Of Summons In Rm329 000 Travel Bill Suit

Three Of Azmin Ali S Children Could Not Be Served With Writ Of Summons In Rm329 000 Travel Bill Suit

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 376 hits
Provided by The EdgeKUALA LUMPUR Three of Datuk Seri Mohamed Azmin Ali s children were unable to be served with a statement of claim naming them as defendants in their father s case over alleged non payment of nearly RM329 000 in travel bil...
Bsh Recipients Allowed To Claim Up To Rm1 000 In Funeral Expenses

Bsh Recipients Allowed To Claim Up To Rm1 000 In Funeral Expenses

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 331 hits
Recipients of the government s Cost of Living Aid can claim up to RM1 000 for funeral expenses at LHDN offices KOTA KINABALU Recipients of the Cost of Living Aid can get assistance for funeral expenses of up to RM1 000 says Deputy Finance M...
Hiburan Demi Watak Boyish Elfira Loy Habiskan Rm2 000 Untuk Beli Pakaian Dan Kasut

Hiburan Demi Watak Boyish Elfira Loy Habiskan Rm2 000 Untuk Beli Pakaian Dan Kasut

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 450 hits
Mendedahkan dirinya memerlukan pakaian boyish untuk penggambaran telemovie Rahsia Malam Jumaat pelakon Elfira Loy dikhabarkan telah menghabiskan RM2 000 untuk membeli wardrobe bagi menjayakan karakter terbabit Pendedahan itu dikongsi Elfira...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice