Kira Bagus Anak Minta Mainan Tak Beli Anggaplah Kita Mainan Mahal Untuk Anak


Mainan dan anak-anak memang tak boleh dipisahkan. Tiap kali keluar, tiap kali tu lah nak mainan baru walaupun di rumah dah macam-macam jenis ada. Namun sebagai ibu bapa, biasalah dengar anak merengek kita jadi ‘kalah’.
Jika diikutkan menurut Konsultan Tangisan Bayi Malaysia, Puan Uswatun Hasanah, sebenarnya tak perlu pun mainan yang banyak untuk anak kalau betul-betul nak jadikan anak kreatif dan otaknya sentiasa ligat berfikir.
Menurut survey oleh British Heart Foundation, secara purata:
– Kanak-kanak hilang minat terhadap mainan baru dalam ~36 hari.
– 1 dari 5 kanak-kanak pula hilang minat terhadap mainan ‘mesti ada’ (must have) terkini dalam masa sehari.
– 8% dari masa selepas membeli, mainan baru tidak lagi menarik perhatian kurang lebih selepas 1 jam.
– 4 mainan yang dimiliki/dihadiahi, tidak pernah di sentuh langsung.
British Heart Foundation menganggarkan sekitar 162 million mainan elok di bazirkan lebih suku keluarga UK yang menyertai survey ini!
Hem..Walaupun ini bukan survey Malaysia, saya yakin semua ibu bapa tidak akan begitu terkejut dengan kesemua fakta ini.
Realiti biasa:
– Anak-anak akan sentiasa meminta mainan yang di lihat di mana-mana.
– Anak-anak akan sentiasa mahu apa yang kawan mereka dan orang lain ada.
– Sebahagian ibubapa menurut saja kehendak anak membeli kerana tidak mahu berhadapan dengan amukan anak.
– Sebahagian ibu bapa rasa bersalah dan tak sampai hati untuk tidak memenuhi permintaan anak.
– Sebahagian ibu bapa merasa ‘membelikan sesuatu’ untuk anak adalah tanda sayang.
– Sebahagian ibubapa merasa hadiah adalah ganti masa dan perhatian yang terkurang di beri kepada anak.
– Sebahagian ibu bapa merasa hadiah ibarat ganti rasa bersalah yang ibubapa miliki terhadap anak-anak.
– Sebahagian ibu bapa merasa kasihan melihat anak tidak memiliki banyak mainan seperti anak orang lain dan terjerat dengan isu sosial: the more you have, the more you are loved (lebih banyak yang anda miliki, lebih anda di sayangi)
Saya sendiri ada kisah lucu bila TERsalah sangka bahawa rumah klien yang ingin saya kunjungi adalah sebuah taska kerana adanya ‘kolam bola’ lengkap dengan gelongsor besar di dalam rumah.
Dari luar pintu nampak bagai kids wonderland gayanya. Dan, didalam ‘kolam bola’ tersebut sarat dengan pelbagai mainan!
Dalam bab mainan, percayalah: LESS IS MORE. Dalam sebuah study oleh University Toledo, Ohio, para pengkaji menjemput sekumpulan kanak- kanak- berusia 18 -30 bulan ke dalam makmal bilik mainan untuk 2 situasi.
Situasi 1: Hanya ada 4 mainan dalam makmal
Situasi 2: Terdapat 16 mainan dalam makmal
Hasilnya: Ya benar, kanak-kanak menyentuh lebih banyak mainan semasa dalam situasi 2 kerana ada banyak mainan untuk di sentuh dan di lihat.
Namun, kanak-kanak lebih ‘engage’ (terikat) dengan permainan pada situasi 1 iaitu: secara purata , mereka bermain 2X ganda lebih lama dengan setiap permainan dan bermain lebih banyak cara dengan setiap permainan.

Anak TIDAK PERLU terlalu banyak mainan.
Mainan yang terlalu banyak itu ‘menyesakkan’ fikiran anak. Anak kecil tidak tahu membuat keputusan memilih di antara berpuluh-puluh pilihan.
Malahan, orang dewasa sendiri cukup sesak dan jadi rambang mata bila terpaksa memilih di antara banyak pilihan.
Ia bukan saja membazir duit, malah membazir ruang. Ruang yang saya maksudkan bukan ruang rumah tetapi ALAM.
Benar, kita sentiasa boleh memilih untuk membuang atau sedekahkan mainan yang berlebihan. Namun akhirnya, mainan yang di buang, yang sampai ke ‘waste stream’ tetap sejenis sampah yang menjadi isu alam untuk di uruskan.
 TIDAK PERLU mainan mahal yang canggih semata-mata.
Lebih ringkas dan ‘basic’ ciri sesuatu mainan itu, lebih lagi anak ‘terpaksa’ menjadi kreatif dan menggunakan imaginasi mereka serta membuat penerokaan (explore) cara memanfaatkan mainan tersebut.
INI BERI MANFAAT BESAR KEPADA PERKEMBANGAN KEMAHIRAN KOGNITIF ANAK (Kognitif ialah satu proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu) seperti yang di terbitkan oleh kajian dalam journal Infant Behavior and Development.
Mainan canggih yang membuat segalanya untuk anak adalah salah satu punca anak cepat bosan.
Misalnya: Jika anda belikan anak sebuah kereta mainan, anda akan lihat anak akan bermain dengan kereta tersebut dalam pelbagai cara:
– menjadi kereta yang bergerak dengan bunyi vroom ! vroom ! hasil imaginasi nya
– kereta yang boleh terbang bagai jet pejuang di atas kepalanya
– kereta yang di bawa ke hulu ke hilir ketika makan, mandi dan tidur
– kereta yang menjadi kenderaan patungnya dan banyak lagi cara main mengikut fikirannya.
Namun jika anda belikan set kereta mainan berserta track (landasan) canggih yang berputar-putar sendiri, anak hanya mampu menonton saja kereta tersebut berputar-putar.
Sudahlah membosankan dan mahal, malah tak mencabar minda kreatif anak kecil !
Pilihlah mainan dengan bijak.

– Pilih mainan yang dapat di mainkan dalam pelbagai cara seperti contoh kereta diatas.
– Pilih mainan yang dapat ‘membesar’ bersama-sama dengan anak. Misalnya set patung mainan kecil yang boleh bayi kecil susun mengikut saiz, usung di dalam bakul nya ke sana ke mari dan buat main semasa mandi. Set patung YANG SAMA, TETAP boleh dia gunakan setelah menjadi ‘toddler’ semasa dia berangan-angan main mak-mak atau doktor-doktor.
– Pilih mainan yang meransang penjelajahan dan skil penyelesaian masalah anak. Misalnya puzzle, play doh atau blok shape-sorters (masukkan/susun bongkah ikut bentuk).
– Pilih mainan yang meransang imaginasi anak. Misalnya kostum seperti topi lanun, set masak-masak dan set haiwan ladang mainan.
Dan…. PERLU beri peluang untuk anak bermain dengan barang-barang ‘real’ atau mainan hampir ‘real’ dengan barangan biasa yang wujud di sekeliling misalnya penyapu dan penyodok, senduk, beg tangan, jug siram pokok bunga, baldi dan lain-lain.
Ingat lagi bagaimana pada 20-30 tahun dahulu kita amat gembira bermain dengan barang murah dan ‘apa adanya’ di sekeliling kita.
Kita main masak-masak menggunakan daun kering sebagai lauk, ranting sebagai senduk dan tempurung kelapa sebagai kuali dan pinggan.
Kita sambung getah panjang-panjang dan main lompat getah. Kita cipta pelbagai level game lompat getah tersebut.
Kita lukis ketenteng di jalanan dari sebatang kapur. Hanya sebatang kapur namun boleh di nikmati main beramai-ramai.
Kita bina kubu dari kusyen sofa dan selimut tidur. Kita cipta suasana perang kita sendiri.
Kita lawan baling batu lompat atas air (skipped stone). Kita geram melihat rakan yang handal , lalu kita berusaha memperbaiki skil balingan ibarat ia sebuah pertandingan hari sukan.
Kita kutip biji getah dan jadikan peluru tembak-tembak serta lastik kita.
Kita buat kapal kertas dan lautannya cuma longkang di tepi rumah.
Kita cipta game hanya dari selipar, tutup botol dan batang aiskrim. Barang tak penting dan terbuang bertukar jadi sesuatu yang sangat menyeronokkan.
Kita minta ibu jahitkan batu seremban bermodalkan hanya kacang hijau di dapur rumah.
Paling mahal, kita cuma minta beberapa puluh sen untuk beli set baju patung kertas mainan.
….Kita tiada banyak mainan memenuhi ruang rumah.
…Kita tiada mainan mahal lagi canggih yang jadi rebutan.
Namun kita sangat gembira dan tak merasa kekurangan. Malah kita sentiasa tak sabar menanti esok untuk kembali bermain.
Keseronokan pengalaman bermain dan kualiti mainan itu jauh lebih PENTING dari soal jumlah mainan dan harga mainan.

Malah jika anda tak punya apa-apa sekalipun untuk di belikan sebagai mainan kepada anak, ketahuilah anak hanya perlukan ibubapanya untuk bermain bersama!
Wang yang di belanjakan dan hadiah yang di belikan TIDAK AKAN MAMPU MENGGANTI masa yang ibu bapa luangkan bersama anak.
JANGAN pernah rasa bersalah jika tak mampu dan tak mahu turuti semua kehendak anak membeli setiap permainan yang anak ‘teringin’.
Kerana sebenarnya, ANDAlah mainan paling mahal dan menyeronokkan buat anak.
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
ARTIKEL MENARIK [Anak Lelaki Boleh Harap Buat Kerja Rumah, Jaga Adik. Ini Rahsia Ibu Anak 4!]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Umur Anak 1-2 Tahun Dia Akan Mula Cari Persamaan Untuk Tiru Ibu Ayah! ‘Connection’ Ini Penting]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Kira Bagus Anak Minta Mainan Tak Beli. Anggaplah Kita ‘Mainan’ Mahal Untuk Anak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kira-bagus-anak-minta-mainan-tak-beli-anggaplah-kita-mainan-mahal-untuk-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Slow Sebab Tak Bantu Dengan Mainan Bukan Wajib Kena Sentiasa Beli Berkreatiflah

Anak Slow Sebab Tak Bantu Dengan Mainan Bukan Wajib Kena Sentiasa Beli Berkreatiflah

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 199 hits
Tidak dinafikan mainan memainkan peranan untuk membantu anak berkembangan Otak anak makin berfikir apabila anak meneroka satu satu jenis mainan selain tahap fokusnya yang semakin baik Itulah fungsi satu satu jenis mainan Pun begitu mainan m...
Diy Box Belajar Bagus Tingkatkan Kemahiran Motor Halus Koordinasi Mata Anak

Diy Box Belajar Bagus Tingkatkan Kemahiran Motor Halus Koordinasi Mata Anak

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 463 hits
Jika asyik biarkan anak main dengan gajet sepanjang masa memang anak boleh diam tapi proses pembelajaran tidak berlaku Jadi ibu kena kreatif untuk manfaatkan masa anak dirumah Walaupun anak baru usia dua tahun pendedahan kepada ilmu yang ba...
Bagus Petua Ibu Ini Rawat Batuk Selsema Anak Bawah Setahun Guna Lemon Delima

Bagus Petua Ibu Ini Rawat Batuk Selsema Anak Bawah Setahun Guna Lemon Delima

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 259 hits
Bila anak batuk mesti akan ada pakej dengan selsema sekali Ia dianggap penyakit dua serangkai yang tidak dapat dielakkan Paling tidak dalam setahun mesti beberapa kali diri kita sendiri atau anak anak mengalami batuk dan selsema Biasanya ub...
Diam Diam Anak 5 Tahun Order Kasut Frozen 2 Pasang Siap Beli Sekali Untuk Adik

Diam Diam Anak 5 Tahun Order Kasut Frozen 2 Pasang Siap Beli Sekali Untuk Adik

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 385 hits
Memandangkan keadaan sekarang ni semua duduk rumah dan masing masing menggunakan platform atas talian untuk membeli barang atau membuat tempahan makanan ia seolah menjadi perkara biasa Apabila aplikasi ini di install di telefon bimbit ibu b...
Syarikat Anak Jati Kedah Gabung Beli Dafc

Syarikat Anak Jati Kedah Gabung Beli Dafc

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 274 hits
ALOR SETAR Dua buah syarikat akan bergabung bagi membeli 80 peratus saham Darul Aman FC Sdn Bhd yang juga pemegang hak ke atas pasukan Kedah Darul Aman FC Pegangan saham itu bakal bertukar tangan daripada Perbadanan Menteri Besar Kedah kepa...
Bahaya Kalau Anak Tak Pandai Kemas Lepas Sepahkan Mainan Tanda Ef Anak Lemah

Bahaya Kalau Anak Tak Pandai Kemas Lepas Sepahkan Mainan Tanda Ef Anak Lemah

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 337 hits
Biarlah nanti dah besar pandailah dia kemas sendiri mungkin ada yang berpendapat sebegini Sebenarnya anak kecil harus di didik supaya mengemas kembali permainan mereka setelah bermain supaya mereka ada rasa tanggungjawab terhadap sesuatu pe...
Ada Anak 6 7 Tahun Latihlah Baca Kira Tulis Sekarang Masanya Jadi Cikgu Di Rumah

Ada Anak 6 7 Tahun Latihlah Baca Kira Tulis Sekarang Masanya Jadi Cikgu Di Rumah

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 352 hits
Tahun 2020 dan 2021 tiada siapa pun menjangkakan negara akan dilanda dengan wabak virus berbahaya Namun itulah takdir yang perlu diterima dengan reda Walaupun ujian ini berat namun hidup tetap perlu diteruskan Cuma yang terkesan dengan waba...
Anak Muda Ini 7 Perkara Yang Lambatkan Anda Beli Rumah Pertama Amir

Anak Muda Ini 7 Perkara Yang Lambatkan Anda Beli Rumah Pertama Amir

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 331 hits
Bagi anak anak muda yang baru dapat kerja ini akan jadi bulan yang akan test kebolehan korang mengurus kewangan dengan baik Mana tak Dari kereta hingga ke baju raya serba serbi kena baru Barang barang pulak kena beli yang branded Kulit gata...
Anak Melaka Dipelawa Lanjut Pelajaran Di Kuim

Anak Melaka Dipelawa Lanjut Pelajaran Di Kuim

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 296 hits
LENDU 9 Jan Kerajaan negeri mempelawa semua anak jati negeri ini yang berkelayakan supaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Universiti Islam Melaka Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata pelbagai insentif akan disalurkan a
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Sambutan Tahun Baru 2025 Lokasi Pertunjukan Bunga Api Bacaan Doa

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Safety S Off Kc Kawano S White Knuckle Bobber

Rakyat Tidak Lupa Bendera Putih

Rakyat Tengah Susah Ini Buktinya

Caruman Kwsp Bekas Suami Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah