Kiplepay E Wallet Dari Kaca Mata Pengguna Celik It


E-wallet merupakan trend yang sedang berkembang di Malaysia. Usaha tanpa henti yang mahu membudayakan masyarakat tanpa tunai (cashless society) menjadikan e-wallet sebagai salah satu pilihan bagi pembayaran yang lebih pantas dan mudah. Terdapat banyak e-wallet yang terdapat di Malaysia, salah satunya ialah kiplePay.
Apa itu KiplePay? KiplePay merupakan sebuah aplikasi e-wallet yang dihasilkan oleh KiplePay Sdn Bhd atau dahulunya dikenali sebagai Weboline Dot Com Sdn Bhd. Mereka merupakan penyedia perkhidmatan atas talian yang mengendalikan urusan transaksi e-kewangan seperti payment gateway dan e-wallet yang kemudiannya dikenali sebagai KiplePay.
Bersama tagline #cashlessMadeEasy, mereka membantu pengguna, peniaga, penyedia perkhidmatan mahupun kerajaan untuk melaksanakan transaksi atas talian menerusi laman web, aplikasi mudah alih mahupun VR dan mesin vendor. Urusan akan jadi lebih mudah dengan KiplePay.
Muat turun di Playstore: Klik sini
Muat turun di appstore: Klik sini
Pengalaman menggunakan KiplePay Saya sendiri mempunyai pengalaman menggunakan KiplePay sejak ianya mula diperkenalkan di Universiti Utara Malaysia (UUM). Projek asal mereka dilakukan menerusi projek pelaksanaan pembayaran tanpa tunai secara berperingkat di kafetaria di sekitar UUM sebelum dikuatkuasakan secara sepenuhnya di VMall, iaitu pusat membeli belah yang terletak di tengah-tengah UUM.
Sebagai seorang pelajar di UUM, kami diberi pendedahan awal tentang kempen cashless campus yang ingin dilaksanakan oleh pihak universiti. Bagi memberi suntingan dana untuk menyokong pelaksanaan ekosistem tanpa tunai, UUM telah melakukan penambahbaikan sistem pembayaran zakat dimana wang yang diberikan kepada pelajar akan diberikan secara langsung menerusi akaun KiplePay.
Di Kuala Lumpur pula, terdapat beberapa perniagaan yang menerima pembayaran menerusi KiplePay. Diantaranya ialah Mr.DIY, Tesco dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Senarai e-wallet yang diterima di Tesco
E-wallet Reader yang disediakan di kaunter pembayaran Tesco
Ini merupakan scanner yang terdapat Tesco. Anda boleh membuat pembayaran barangan maksimum RM200 menggunakan e-wallet  dalam satu resit. Antara e-wallet yang diterima Tesco ialah Touch N go e-wallet, Boost, Vcash, Mcash, GoodCredit dan KiplePay.
Pandangan pertama mengenai aplikasi Antaramuka KiplePay yang ringkas
Saya antara jutaan insan yang menyokong membudayakan pembayaran tanpa tunai dalam masyarakat di Malaysia. Lebih-lebih lagi saya aktif menggunakan Bitcoin dan altcoin menjadikan saya lebih celik IT berbanding orang lain. Kebetulan pula kaedah pembayaran lebih kurang sama, gunakan QR code juga.
Daripada pengalaman UI/UX saya menggunakan aplikasi ini, bagi saya ianya sangat ringkas dan mudah. Ianya senang difahami dan urusan pendaftaran juga berlangsung dengan pantas.
Bagi saya KiplePay menepati kehendak yang saya mahukan jika ekosistem cashless society berjaya diwujudkan di Malaysia. Anda boleh mempunyai dompet yang mempunyai duit didalamnya, anda boleh masuk dan keluarkan duit, anda boleh memberi dan menerima, disamping anda boleh membeli dengannya.
Semuanya menerusi teknologi QR code yang boleh diimbas penggunakan peranti yang lain.
Pandangan seorang yang celik IT paparan aplikasi KiplePay
Apabila membicarakan lebih lanjut mengenai aplikasi mudah alih mereka, banyak yang boleh saya komen daripada segi kepenggunaan, fungsi dan teknologi. Saya boleh bahagikan kepada 2 bahagian. Yang pertama ialah kelebihan dan yang kedua adalah kekurangan. Saya mulakan dengan kelebihan dahulu.
Kelebihan KiplePay Pantas Setiap kali saya melakukan pembelian, setiap urusan dijalankan dengan pantas. Waktu QR code dibuka, waktu transaksi. Not bad.
Kemudahan asas yang diiperlukan KiplePay tidaklah dipenuhi dengan fungsi yang pelbagai, akan tetapi ia mempunyai kemudahan asas yang diperlukan. Antaranya fungsi pembayaran bill dan juga tambah nilai telefon bimbit.
Ketersediaan aplikasi Saya perasan sepanjang saya menggunakan aplikasi ini, saya tidak mempunyai masalah major seperti kegagalan transaksi. Jadi tak adalah malu beratur depan kaunter tanpa tunai akan tetapi aplikasi gagal berfungsi sewaktu pembayaran.
Rasa selamat Ada beza sebenarnya rasa selamat dengan confirm selamat. Saya tak ada rasa ragu-ragu mengunakan aplikasi ini diatas faktor ralat(error) yang kurang disamping tanpa rekod gagal melakukan transaksi. Saya rasa selamat menggunakannya. Cuma apabila membabitkan teknikal keselamatan, saya tak boleh komen sampailah ia teruji.
Kekurangan KiplePay Update secara paksa Saya perasan trend ewallet sekarang ini yang suka memaksa pengguna untuk mengemaskini aplikasi sebelum ia dapat digunakan. Bagi saya itu merupakan pengalaman yang menyakitkan. Seharusnya fungsi ini dapat dijadikan pillihan. Bagi peringatan boleh, jangan paksa.
Kurang cashback Selain daripada diskaun, rakyat Malaysia juga sebenarnya sukakan cashback. Cashback ini adalah inisiatif yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan kepada pengguna jika melakukan transaksi dan kebiasaannya diberikan dalam bentuk tunai. Buat masa ini saya tak pernah dapat apa-apa imbuhan dalam bentuk cashback. Sepatutnya saya patut tulis tiada cashback. Ummm, itulah.
Ciri keselamatan yang boleh dipertingkatkan Walaupun saya rasa selamat menggunakan aplikasi, ini tidak bermakna aplikasi ini kekal selamat. Keperluan asas keselamatan sudah dipenuhi seperti password dan pengaktifan pengimbas cap jari. Namun reputasi KiplePay Sdn Bhd masih lagi diragui didalam melindungi data dan wang pengguna. Alangkan CIMB yang punya besar pun digodam, itu pun boleh dapat anugerah bank digital terbaik Malaysia 2018. Selagi data ini berpusat, risiko digodam itu tetap ada.
Jadi kalau boleh dimasa akan datang, minta dimasukkan lagi beberapa fungsi keselamatan seperti 2 factor authentication (2fa), fungsi kecemasan jika telefon bimbit dicuri atau hilang dan banyak lagi.
Perlu pergiatkan promosi dan pengaruh Bagi pendapat  saya menyasarkan campus sebagai lokasi stategik penggunaan ewallet kiplepay merupakan strategi yang bijak. Namun KiplePay terlampau lambat mengembangkan pengaruhnya, Itu belum masuk lagi perbandingan Unique selling point (USP) KiplePay dan pesaing untuk pasaran luar. Saya yang tinggal di Kuala Lumpur pun jarang nampak  simbol KiplePay, di luar bandar lagilah.
Cara mendaftar Kiplepay
Kesimpulan Bagi pendapat saya bukan semua orang mahukan semua e-wallet yang serabut, berat dan tidak terurus walaupun diberikan tawaran yang pelbagai (tapi kalau cashback ok. haha), sebaliknya ada sebahagian daripada pengguna juga mahukan sebuah aplikasi yang ringkas dengan fungsi yang mereka guna.
Kebetulan pula KiplePay ada kriteria itu. Mereka pantas, ringkas dan berguna. Saya sendiri senang untuk menggunakannya. Saya lebih memilih untuk menggunakan e-wallet berbanding online banking dan kad debit kerana bagi saya 1 minit itu terlampau lambat. Saya mahu lebih pantas.
Masalah dengan KiplePay ini pula strategi pemasaran terlampau lambat, Ketika ini Boost menguasai bandar Kuala Lumpur. Tak ada pula dengar ada penyedia perkhidmatan yang menyasarkan penduduk luar bandar. Bukankah itu satu peluang?
Jadi saya harap ada perubahan yang saya harapkan untuk KiplePay. Jika anda pernah menggunakan KiplePay, mungkin anda boleh kongsikan sedikit pengalaman pengenainya.
The post KiplePay: e-Wallet dari kaca mata pengguna celik IT appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/kiplepay-e-wallet-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini E Wallet Touch N Go Mesra Alam Dengan Peniaga Dan Pengguna

Terkini E Wallet Touch N Go Mesra Alam Dengan Peniaga Dan Pengguna

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 231 hits
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution bercakap kepada media selepas mengadakan sesi lawatan pada Program Kampong Kashless Walkabout di Jalan Raja Alang Kampung Bharu Kuala Lumpur MalaysiaGazet...
4928 Pengguna Perlu Jadi Mata Telinga Pihak Berkuasa Sinar Harian 10 5 19

4928 Pengguna Perlu Jadi Mata Telinga Pihak Berkuasa Sinar Harian 10 5 19

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 303 hits
PENGGUNA disaran menjadi mata dan telinga buat pihak berkuasa bagi memantau sebarang kenaikan harga juadah oleh mana mana peniaga di bazar Ramadan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata pengguna tidak bol...
Huawei Nova 4e Menepati Citarasa Pengguna

Huawei Nova 4e Menepati Citarasa Pengguna

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 438 hits
BAGI golongan muda dan gadis yang gemar memuat naik laman sosial sudah pasti memerlukan kamera telefon pintar yang baik terutama untuk kegunaan swafoto Ia adalah trend terkini apabila setiap aktiviti yang dilakukan pastinya ingin dimuat nai...
Apa Sahaja Kamu Lakukan Saya Tetap Menang Dakwaan Perli Tun M Ini Respon Tmj Kpd Pengguna Twitter Ini

Apa Sahaja Kamu Lakukan Saya Tetap Menang Dakwaan Perli Tun M Ini Respon Tmj Kpd Pengguna Twitter Ini

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 278 hits
Apa Sahaja Kamu Lakukan Saya Tetap Menang Dakwaan Perli Tun M Ini respon TMJ kpd pengguna Twitter ini Apa Sahaja Kamu Lakukan Saya Tetap Menang Dakwaan Perli Tun M Ini respon TMJ kpd pengguna Twitter ini
Pengguna Huawei Disekat Guna Android Google Youtube Gmail Playstore

Pengguna Huawei Disekat Guna Android Google Youtube Gmail Playstore

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 523 hits
Pengguna Huawei disekat guna Android Google Youtube Gmail Playstore Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua BERITA HANGAT TERGEMPAR pada hari ini tentang huawei and google issues bila keluar headline utama Breaking News Huawei loses acc...
Pengguna Huawei Bakal Terjejas Dengan Penggantungan Operasi Google

Pengguna Huawei Bakal Terjejas Dengan Penggantungan Operasi Google

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 400 hits
Google telah menggantung operasi perniagaan bersama Huawei dengan serta merta sekaligus memaksa jutaan pengguna peranti telefon pintar itu menerima impak dramatik Menurut sumber Huawei akan kehilangan akses kepada kemas kini sistem pengenda...
Jalan Sesak Disebabkan Lori Rosak Lelaki Ini Tunduk Minta Maaf Pada Semua Pengguna Jalan

Jalan Sesak Disebabkan Lori Rosak Lelaki Ini Tunduk Minta Maaf Pada Semua Pengguna Jalan

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 1143 hits
Gara gara lori rosak di tengah jalan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas apa yang dilakukan oleh pemandu lori ini tidak masuk akal dan tidak pernah dibuat orang Kejadian yang berlaku di Johor 16 Mei lalu ini menyebabkan pengguna jalan ray...
Alfatihah Presiden Pengguna Pulau Pinang S M Idris Meninggal Dunia

Alfatihah Presiden Pengguna Pulau Pinang S M Idris Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 836 hits
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang S M Mohamed Idris meninggal dunia di Hospital Gleneagles Pulau Pinang hari ini Difahamkan Allahyarham yang juga Presiden Sahabat Alam Malaysia meninggal dunia pada pukul 4 45 petang hari ini pada usi...
Skmm Perbuatan Menggalakkan Pengguna Membunuh Diri Boleh Dikenakan Hukuman Penjara Selama 20 Tahun

Skmm Perbuatan Menggalakkan Pengguna Membunuh Diri Boleh Dikenakan Hukuman Penjara Selama 20 Tahun

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 350 hits
Minggu ini negara dikejutkan dengan kejadian seorang remaja membunuh diri di Sarawak selepas melakukan undian di Instagram Sebanyak 69 responden menyuruh gadis berusia 16 tahun tersebut untuk membunuh diri dan beliau terjun dari sebuah bang...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik