Kipas Siling Ecoluxe Tukar Kipas Siling Rosak Ke Kipas Siling Baru Yang Lebih Elegan Jenama Ecoluxe
hai assalammualaikum Tukar Kipas Siling Rosak Ke Kipas Siling Baru Yang Lebih Elegan Jenama Ecoluxe - Kipas siling lama dah hampir setahun juga rosak. Bukan taknak betulkan, tapi setiap kali nak beli kipas siling lain, mesti ada benda lain yang kena bayar dulu. Jadi, selama kipas siling tu rosak, gunalah kipas kaki yang jensi kecik tu. Bayangkanla kipas kecik, letak dekat rumah tamu, tak semua tempat kipas ni dapat ya
Memang kadang berebut dengan anak bila masing-masing nak kipas kaki tu, hahha. Masuk PKP 3, memang cakap denagn suami, nak juga tukar kipas siling, dah tak tahanla dengan cuaca panas sekarang ni. Survey punya survey, nampak kipas Ecoluxe ni. Lawa-lawa juga design kipas siling dekat Ecoluxe ni, ada macam-macam jenis. Ipas jenis premium, classic, luxury, titanium
Ada yang bilah 3, ada yang bilah 5, ada yang berlampu, tak berlampu, ad ayang guna remote, ada yang takda. Design semua nampak elegan sangat. Tunjuk dekat suami, dia pun tertarik
Tukar Kipas Siling Rosak Ke Kipas Siling Baru Yang Lebih Elegan Jenama EcoluxeNi antara 6 design kipas siling yang kitaorang berkenan, tapi kena pilih salah satu mana yang sesuai diletak dekat ruang tamu menggantikan kipas lama tu. Kipas lama sebelum ni bilah 5, angin pun sempoi-sempoi je. Perlu ke ambil kipas siling bilah 5 lagi? Mungkin Ecoluxe punya angin berdesup walaupun kipas 5 kan..hehehe
Nad pun share dekat IG Story, mintak diaorang pilihkan. Ramai juga pilih kipas siling bilah 5 nombor 4 tu. Ok, kita bincang dengan suami semula. Tengok pro dan contra.Lepas bincang punya bincang, kitaorang pilih kipas siling nombor 1, kipas siling berlampu Ecoluxe (ECO-333-52)
Sebab kami memilih nombor tiga, tengok pada budget. Budget kami ok dengan kipas ni. Kedua, bilah 3 ni nad baca kipas lagi laju, dan ringan, tak banyak bekerja. Kemudian sebab dia berlampu. Rumah ni guna lampu hiasan, jadi tersangatla malap, jadi nak tambah lampu, belilah kipas berlampu. Cerah juga rumah ni
Dah habis bincang, terus berurusan di whatsup sahaja. Nad berurusan dengan Keith. Sangat ramah orangnya dan selalu menjawab soalan nad..ehehe. Almaklumla tak dapat pergi tempat dia, so kita berurusan whatsup je. Mereka akan menerangkan produk secara terperinci dan membantu korang dalam pembelian. Semuanya berjalan dengan lancar. Dah decided nak kipas siling yang mana dan tarikh untuk penghantaran.
Dalam masa 2 hari diaorang hantar dan pasang kipas tu siap-siap. Nad pasang sebelum PKP 3. jangan risau, SOP terjaga, masing-masing pakai mask, spray sanitizer
Buka kipas lama yang dah rosak
Kipas lama diaorang cabut siap simpan elok dalam kotak kipas baru. Kipas siling baru, memnag diaorang pasang dengan kemas dan teliti. Selesai pasang, diaorang cek lagi kipas tu berfungsi elok ke tak, cek yang dipasang tidak goyang dan tidak gelong, dan sentiasa seimbang. Bukan dah siap terus balik, tidak ye..hehe. Suka servis diaorang ni, sangat cermat, teliti, sangat professional dalam membuat kerja
Jadi, ni dia sebelum dan selepas kipas siling rumah kita..hehee. Kipas pun jenis senyap, laju dan stabil. Lampu LED18W mempunyai 3 warna kecerahan, walaupun tutup kipas, lampu masih boleh terpasang. Siap dengan remote control. Kelajuan hanya 3 paling laju. Walaupun 3 pun dah rasa laju dan sejuk. Kipas ni guna moto AC, material ABS. Suka warna black/hitam sebab sesuai dekat rumah.
Bagusnya, kipas ni ada warranti, bukan setahun tapi 5 tahun warranti untuk motor, dan setahun untuk sparepart, remote, lampu dan lain-lain
Pakai kipas siling Ecoluxe ni terus namapk macam mewah je..hehee..
Macam nad cakap pelbagai jenis lampu Ecoluxe jual. Harga mestila berbeza dan kelebihan dia pun berbeza. dekat sini kipas berbeza motor, macam nad punya AC Motor. Selain AC Motor, dekat sini pun ada kipas DC Motor.
Apakah kipas DC Motor?
• Motor DC menggunakan mod tiupan berteknologi tinggi
• Motor DC mempunyai pelbagai reka bentuk, gaya dan warna peminat yang berbeza
• Motor DC pasti dapat membantu anda menjimatkan sekurang-kurangnya 50% -70% daripada bil elektrik
• Pengoperasian kipas motor DC lebih lancar dan lebih senyap daripada kipas motor AC!
• DC Motor mempunyai alat kawalan jauh pintar untuk mengawal angin
• DC Motor mempunyai tempoh jaminan lima tahun, jadi tidak perlu kerap mengganti kipas!
• DC Motor mempunyai liabiliti produk sehingga 1 juta, dan jika berlaku kemalangan pada kipas, akan ada pampasan sehingga 1 juta!
• Kipas Motor Dc mempunyai angin lembut seperti angin musim bunga. Ia adalah peminat yang mesti ada pada musim panas dengan fungsi dan nilai
Pemasangan kipas secara percuma, dan bila kipas ada masalah, diaorang akan datang segera. Isi je maklumbalas mengenai borang plat jaminan E-dalam talian mereka. Nad dapat tau, Ecoluxe nak jual kipas Ecoluxe DC Motor ni pada harga borong, dan lagi best beli kipas Ecoluxe DC Motor dapat percuma satu lagi kipas.Woww!! Ye wak, Beli satu percuma satu! Beli satu percuma satu
Fuh, bagus kan, kalau korang ambik kipas siling DC Motor ni.
Kalau korang nak tau, Ecoluxe ni, Millenium Electrical & Lighting Sdn Bhd yang terletak di Puchong, Selangor juga dikenali sebagai salah satu pembekal kipas siling hiasan terkemuka selama bertahun-tahun (Ecoluxe Malaysia). Ecoluxe telah berada di industri ini sejak tahun 2006 kerana menjual jenama kipas siling tempatan & jenama OEM.
Millenium Electrical & Lighting Sdn Bhd telah memperluas gudang dari 1500 kaki persegi hingga 30,000 kaki persegi untuk memudahkan pengembangan perniagaan & kapasiti siap, yang mensasarkan permintaan masa depan
Ecoluxe sentaisa menjaga setiap butiran dari produk merekasupaya pelanggan berasa selesa, gaya premium, penjimatan tenaga dan yang paling penting, harga yang berpatutan
Korang kalau berminat dengan kipas ni, cepat-cepat whatsup 019-3111466. Lepas tu boleh guna code NADIA20 ( dapat 20-30% diskaun ). Serius, jangan lengah lagi. Jangan lupa code ni ye
Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layariWebsite: https://ecoluxe.my/
Facebook:https://www.facebook.com/ecoluxemalaysiaInstagram: https://www.instagram.com/ecoluxemalaysia/
Contact: 019 311 1466
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2021/06/kipas-siling-baru-dari-ecoluxe-.html