Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah membuat bantahan semasa Majlis Bandaraya Subang Jaya akan meroboh gerai milik peniaga dan penjaja di Puchong Permai, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK PUCHONG – Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (IKHLAS) hari ini berjaya menghalang sekumpulan penguat kuasa Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) daripada merobohkan struktur gerai makan milik sekumpulan 43 penjaja di Puchong Permai.
Reaksi seorang peniaga semasa Majlis Bandaraya Subang Jaya akan meroboh gerai milik peniaga dan penjaja di Puchong Permai, Selangor. foto SYAFIQ AMBAKTerdahulu lebih 100 anggota penguat kuasa termasuk MBSJ, PDRM dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terlibat dalam operasi perobohan gerai-gerai makan milik 43 penjaja kecil di Puchong Permai, di sini.
Reaksi seorang peniaga membuat bantahan semasa Majlis Bandaraya Subang Jaya akan meroboh gerai milik peniaga dan penjaja di Puchong Permai, Selangor. foto SYAFIQ AMBAKSelain itu, penjaja turut membawa plakad tertulis pelbagai mesej antaranya MBSJ Sediakan Gerai Bukan Kiosk, Menteri Besar Selangor Mohon Campur Tangan Isu Ini, Datuk Bandar Tolong Prihatin Masalah Peniaga Bukan Meroboh, MBSJ Jangan Bertindak Zalim Semasa Covid-19 dan MBSJ Tangguh Dulu Perobohan Ibu Tunggal Berniaga.
Sebahagian peniaga membuat bantahan semasa Majlis Bandaraya Subang Jaya akan meroboh gerai milik peniag dan penjaja di Puchong Permai, Selangor. foto SYAFIQ AMBAKDalam pada itu, IKHLAS bersama kumpulan penjaja terlibat bercadang untuk membuat laporan polis sekiranya Datuk Bandar MBSJ, Noraini Roslan masih enggan berbincang dengan pihak Persatuan Penjaja Puchong Permai berhubung perpindahan itu.
Seorang peniaga memegang poster bantahan semasa Majlis Bandaraya Subang Jaya akan meroboh gerai milik peniaga dan penjaja di Puchong Permai, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK,“Sebelum ini peniaga sudah menghantar memorandum kepada YDP MBSJ, tapi tiada jawapan sehingga hari ini. Mereka mengelak jumpa peniaga dan sebagainya.
Pengerusi Persatuan Penjaja Puchong Permai, Ismail Awang bercakap semasa Majlis Bandaraya Subang Jaya akan meroboh gerai milik peniaga dan penjaja di Puchong Permai, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK“Kalau cadangan untuk kiosk memang sesuai tapi kawasan ini adalah gerai makan, sekurang-kurangnya saiznya mestilah 15 x 20 kaki untuk dijadikan gerai.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |