Kimanis Isyarat Jelas Penolakan Terhadap Mahathir Dan Menterinya




Walaupun banyak sebab yang menjadi punca kekalahan calon Warisan, sekutu PH dalam PRK Parlimen Kimanis, tetapi tidak dapat dinafikan salah satu puncanya ialah ketidakpuasan hati rakyat terhadap prestasi kerajaan pimpinan Tun Mahathir Mohamad.Jika sebelum ini PH kalah di Cameron Highlands, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai, kekalahan di Kimanis ini membuktikan perasaan tidak puas hati rakyat sudah mula merebak ke Sabah.Meskipun dalam PRU14 lalu, Kimanis dimenangi oleh BN melalui Anifah Aman dan kini dikekalkan lagi oleh BN melalui Mohamad Alamin, tetapi undi majoriti adalah perkiraan utama yang harus difikirkan.Dulu Anifah menang hanya dengan 156 undi dan kini Mohamad Alamin memenanginya dengan 2,029 undi, suatu pertambahan undi yang sangat besar dalam keadaan Warisan sudah menjadi kerajaan di peringkat negeri dan PH menjadi kerajaan di Pusat.Sekaligus ini membuktikan kemasukan beramai-ramai bekas pemimpin-pemimpin UMNO ke dalam Bersatu selepas PRU14 lalu yang melibatkan 16 Adun, 6 Ahli Parlimen, 2 senator dan 22 Ketua UMNO Bahagian tidak menyumbang apa-apa kepada kekuatan PH dan Warisan di Sabah.Bersatu jelas tidak berkesan dan tidak berfungsi di Sabah kerana ketidakpercayaan rakyat terhadap parti itu dan Tun Mahathir yang mengetuai kerajaan di peringkat Persekutuan.Banyak sebab yang mendorong ketidakpuasan hati rakyat kepada kerajaan Pusat, antaranya berkaitan janji manifesto, mengembalikan hak-hak Sabah yang tidak ditunaikan, sikap berdolak-dalik Perdana Menteri dalam banyak perkara, kecenderungan kembali kepada perangai PM4 dan kegagalan bersikap jujur serta ikhlas berkaitan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.Memang diakui semua isu tersebut lebih berkembang di Semenanjung, tetapi dengan dunia terbuka media sosial ketika ini, kesannya dengan mudah merebak hingga ke Sabah.Lantaran itu, PH harus bertindak segera dan drastik untuk mengembalikan semula sokongan rakyat, bukan saja di Sabah, bahkan juga di seluruh Malaysia.Kimanis adalah isyarat penolakan yang nyata kepada PH dan kepimpinan Tun Mahathir.Di Sabah, mungkin banyak perkara dan isu perlu diperbaiki oleh kerajaan negeri yang dipimpin oleh Shafie Apdal seperti Pas Sementara Sabah atau PSS dan lain-lainnya.Namun, perubahan di peringkat Pusat jauh lebih penting demi untuk merangsang sama perubahan di Sabah.Yang paling nyata, dengan kekalahan besar di Kimanis dan 4 PRK sebelum ini, isyarat yang paling mudah untuk difahami ialah kedudukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri tidak lagi popular di hati rakyat.Sementara nama penggantinya sudah ada dan tempoh dua tahun beliau menjadi Perdana Menteri juga hampir tiba, Tun Mahathir tidak perlu berfikir panjang lagi untuk menyelamatkan masa depan PH dalam PRU15 akan datang.Walaupun berundurnya Tun Mahathir dan beradanya Anwar sebagai Perdana Menteri baru belum tentu dapat menjamin PH akan gemilang dan mampu menang PRU15, tetapi jika tidak berlaku penggantian, memang boleh dijamin PH hanya akan jadi kerajaan sepenggal saja.Selagi Tun Mahathir berada di kerusi Perdana Menteri, sokongan rakyat akan terus merosot dan merosot tanpa henti.Kini, terserah kepada Tun Mahathir dan adalah masa terbaik untuknya bertindak dengan sebaik-baiknya tidak perlu menunggu sehingga Mei akan datang untuk berundur atau sampai Majlis Presiden PH menetapkan tarikh pengundurannya.Tun Mahathir sudah tidak ada pilihan lain lagi melainkan perlu menetapkan peralihan kuasa dalam waktu terdekat ini dan jika itu dapat direalisasikannya, selain PH akan lebih selamat, malah kenegarawanannya juga akan terus terpelihara. (ShahbudinHusin 18/01/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/kimanis-isyarat-jelas-penolakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Kimanis Kita Kalah Lebih Teruk Daripada Dulu Tun Mahathir Kecewa

Prk Kimanis Kita Kalah Lebih Teruk Daripada Dulu Tun Mahathir Kecewa

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 612 hits
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap kekalahan Parti Warisan Sabah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis mungkin disebabkan pengundi di kawasan itu belum merasai kebaikan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan Beliau bagaima...
Prkkimanis Pengasas Warisan Parlimen Kimanis Hilang Kepercayaan Nyatakan Sokongan Terbuka Terhadap Bn

Prkkimanis Pengasas Warisan Parlimen Kimanis Hilang Kepercayaan Nyatakan Sokongan Terbuka Terhadap Bn

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 446 hits
Selepas Pusat Daerah Mengundi Kuala Pos menyaksikan penghijrahan bekas Ketua PDM Parti Warisan petang tadi malam ini pengasas parti berkenaan di Bongawan dan Kimanis pula mengambil langkah yang sama bersama pengikutnya Pengiran Yusuf Pengir...
Prkkimanis Apakah Spr Akan Diamkan Diri Terhadap Rasuah Politik Di Prk Kimanis

Prkkimanis Apakah Spr Akan Diamkan Diri Terhadap Rasuah Politik Di Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 302 hits
Sebagaimana di PRK Tanjung Piai Rantau Semenyih dan Cameron Highlands kesalahan pilihan raya yang kalau dahulu diistilahkan PH sebagai rasuah politik masih terus dilakukan oleh pihak Warisan PH di PRK Kimanis Demikian bidas Ketua Pergerakan...
Prkkimanis Undi Bn Di Kimanis Hantar Isyarat Bantah Pss

Prkkimanis Undi Bn Di Kimanis Hantar Isyarat Bantah Pss

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 440 hits
BN menyeru pengundi supaya menolak calon Warisan di Kimanis sebagai bantahan terhadap keputusan kerajaan negeri Sabah untuk memperkenalkan Pas Sementara Sabah Jun nanti Anggota Majlis Tertinggi Umno Rahmad Dahlan berkata PSS adalah satu anc...
Mahathir Isytihar Perang Terhadap Johor

Mahathir Isytihar Perang Terhadap Johor

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 259 hits
ISKANDAR PUTERI Fitnah terbaru mantan perdana menteri Dr Mahathir berkaitan 700 000 warga asing di Johor yang kononnya akan diberi Kad Pengenalan untuk menjadi pengundi pada Pilihan Raya Umum akan datang adalah tidak berasas dan berniat jah...
Prk Kimanis Isyarat Positif Di Peringkat Nasional

Prk Kimanis Isyarat Positif Di Peringkat Nasional

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 217 hits
PAS mengucapkan tahniah atas kemenangan calon BN di PRK Kimanis dan menyifatkan keputusan ini sebagai isyarat positif terhadap agenda Muafakat Nasional yang semakin diterima rakyat 2 Kemenangan dalam PRK di Sabah ini menunjukkan agenda peny...
Yoursay Mahathir Here S Our Post Mortem Of The Kimanis Defeat

Yoursay Mahathir Here S Our Post Mortem Of The Kimanis Defeat

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 327 hits
YOURSAY Harapan did not lose Kimanis because BN won BN won because Harapan lost Hmmmmmmmm Prime Minister Dr Mahathir Mohamad I think Malaysians in general are very reasonable people We have a high tolerance for leaders who make mistakes and...
Ambiga Slams Ramkarpal For Comments On Mahathir After Kimanis

Ambiga Slams Ramkarpal For Comments On Mahathir After Kimanis

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 322 hits
PETALING JAYA Lawyer and activist Datuk Ambiga Sreenevasan has slammed DAP lawmaker Ramkarpal Singh for chiding Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad over Pakatan Harapan s defeat in five by elections In response to the Bukit Gelugor MP s ...
Kalah Di Kimanis Kami Bertanggungjawab Bukan Mahathir Shafie

Kalah Di Kimanis Kami Bertanggungjawab Bukan Mahathir Shafie

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 268 hits
MALAYSIAKINI Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak harus dipersalahkan susulan kekalahan Warisan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis Sabtu lalu Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal yang juga Presiden Warisan berkata partinya menga...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Technology For Startup Growth

Husna Mira Tinggalkan Geng Makan

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Muslimah Physiotherapy Puchong