Kim Swee Panggil Anak Scott Ollerenshaw
- Foto ihsan http://johorsoutherntigers.com.myKim Swee panggil anak Scott Ollerenshaw
KUALA LUMPUR: Jordan Ollerenshaw, anak kepada legenda bola sepak Sabah, Scott Ollerenshaw, merupakan antara 30 pemain dipilih Ong Kim Swee untuk menjalani sesi latihan pusat skuad Bawah 21 (B-21) kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, akhir bulan ini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan sesi latihan pusat yang akan berlangsung 29 Nov hingga 9 Dis ini diadakan Kim Swee yang merupakan pengendali skuad B-21 negara sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Bola Sepak Piala Newspaper.
Kejohanan jemputan B-21 itu bakal berlangsung dari 10 hingga 19 Dis di Nah Trang City, Vietnam.
Kenyataan tersebut memaklumkan 20 pemain yang terpilih selepas berakhir sesi latihan pusat skuad berkenaan, akan berlepas ke Vietnam pada 10 Dis dan dijangka kembali ke tanah air pada 19 Dis.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia beraksi pada Piala Newspaper itu adalah pada 2014 dan skuad negara pernah muncul juara edisi 2012 di bawah kendalian Kim Swee selepas menewaskan tuan rumah, Vietnam 1-0 pada aksi final.
Scott yang kini menetap di Sabah bukanlah nama asing kepada peminat bola sepak negeri berkenaan apabila menjaringkan 110 gol ketika mewakili Sabah dari 1994-1997.
Senarai 30 pelatih:
Nik Akif Syahiran Nik Mat, Nik Azli Nik Alias, Afiq Saluddin, Muhd Juzaerul Jasmi, Muhammad Danial Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Haqim Draman, Mohamad Sharul Nizam Ros Hasni (Kelantan); Shivan Pillay Asokan, Damien Lim Chien Khai, Muhammad Khairu Anwar Khazali, Ahmad Ikhwan Hafiz, Ariff AR Rasyid Ariffin (PKNS FC)
Muhammad Izzan Syahmi Mustapa, Mohamad Ridzuan Mohd Razali, Nik Mohd Amin Ahmad (Terengganu); Muhammad Zahril Azri Zabri, Daniel Amier Norhisham (Felda United); Dominic Tan Jun Jin (Johor Darul Takzim); Mohamad Hariz Kamarudin (Johor Darul Takzim II)
Mohammad Fayadh Zulkifli Amin, Mohd Fazrul Danel Nizam (Kedah); Mohd Faisal Abdul Halim, R. Dinesh (Pahang); Sharul Nazeem Zulpakar, Mohd Asraff Hayqal Zainal (Selangor); Ariusdius Jais, Evan Wensley Wenceslaus (Sabah); Muhammad Hamka Daud (Negeri Sembilan); Muhammad Al Imran Abdul Halim (UiTM), Jordan Ollerenshaw (St George).
- Bernama
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://buletinsabahfa.blogspot.com/2018/11/kim-swee-panggil-anak-scott-ollerenshaw.html