Kim Soi Nyanyi Lagu P Ramlee Sambil Gunting Rambut Pelanggan


Bernama Antara lagu kegemaran Ng ketika mengunting rambut pelanggan adalah 'Jangan Tinggal Daku' dan 'Getaran Jiwa' kerana ia juga merupakan lagu yang sering diminta oleh pelanggan. - BERNAMA  

REMBAU: Kedai Gunting Rambut P.Ramlee di Jalan Dato Undang di sini tidak ada kena mengenai dengan Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee atau keluarga kerana kedai itu milik seorang warga emas berbangsa Cina.

Namun Kedai Gunting Rambut Ah Kim ini diberi jolokan Kedai Gunting Rambut P.Ramlee oleh penduduk setempat dan dimuat naik dalam carian Google di internet kerana pemiliknya merupakan peminat tegar seniman agung itu walaupun telah 46 tahun meninggal dunia.

Apa tidaknya setiap pelanggan akan didendangkan dengan lagu Allahyarham P.Ramlee terutamanya ‘Jangan Tinggal Daku’ dan ‘Getaran Jiwa’ oleh Ng Kim Soi, 75, ketika proses menggunting rambut dengan lontaran suara serta sebutan yang mirip dengan seniman agung itu.

Tidak hairan sekiranya Ng mendapat jolokan sebagai ‘P.Ramlee Rembau’ dalam kalangan penduduk setempat.
"Mana-mana pelanggan yang baharu berkunjung ke kedai saya, mereka akan menganggap saya sebagai orang Melayu kerana suara saya tidak seperti orang Cina termasuk ketika menyanyikan lagu P. Ramlee," katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Menjadikan P. Ramlee sebagai ikonnya, Ng mengakui dia mula minat untuk belajar menyanyi mengikut alunan lontaran suara seakan-akan seniman agung itu sejak berusia 16 tahun, di samping kehidupan bersama masyarakat Melayu, menjadikan lagu Melayu tidak asing baginya.

“Ketika itu, saya mengikut semua bait-bait lirik yang dinyanyikan P.Ramlee hanya berbekalkan piring hitam ketika era 60an,” katanya.

Dek kerana sentiasa ‘dahagakan’ lagu dendangan P.Ramlee, beliau juga terpaksa mengikuti perubahan zaman dan mula beralih kepada kaset, kemudian diikuti cakera padat (CD) dan video cakera padat (VCD).

"Zaman dahulu memang susah untuk belajar (kelas) menyanyi, dan saya bermula dari piring hitam, kemudian kaset yang saya pasang ketika menggunting rambut pelanggan dan dalam masa yang sama saya belajar menyanyi.

“Selepas itu beralih pula ke zaman lebih moden, dan saya mula mencari CD dan VCD selain meminjam daripada penduduk kampung untuk saya belajar lagu-lagu P. Ramlee yang masih belum saya dengar dan hafal,” katanya.

Tetapi kini menurut Ng, beliau boleh menikmati lagu dendangan seniman agung itu menerusi carian di internet.

“Ketika ini mudah untuk dicari kerana semua perkara kita boleh dapat dihujung jari. Tekan sahaja P. Ramlee semua keluar di internet," katanya.

Mengimbau kenangan manis, bapa kepada lima orang anak itu berkata beliau pernah menerima undangan untuk menyertai pertandingan menyanyi di Singapura suatu ketika dahulu, namun akibat kesempitan hidup, beliau terpaksa membatalkan hasrat tersebut.

"Saya juga pernah diundang untuk menyanyikan lagu P. Ramlee ketika (Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10) Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman masih hidup dan saya amat berbangga kerana dapat menyanyikannya.

“Itu merupakan satu penghargaan tertinggi bagi diri saya," katanya.

Menurutnya lagi, antara lagu kegemarannya ketika mengunting rambut pelanggan adalah 'Jangan Tinggal Daku' dan 'Getaran Jiwa' kerana ia juga merupakan lagu yang sering diminta oleh pelanggan. -- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/kim-soi-nyanyi-lagu-pramlee-sambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Kecil Cacat Penglihatan Nyanyi Lagu Atasi Takut Jadi Perhatian Dunia

Anak Kecil Cacat Penglihatan Nyanyi Lagu Atasi Takut Jadi Perhatian Dunia

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 345 hits
Bagi sesetengah orang mendapatkan rawatan di hospital merupakan satu ketakutan yang ingin dielakkan Begitulah yang dialami oleh gadis berumur lapan tahun yang mengalami ketakutan ketika diberikan rawatan oleh pegawai perubatan Dilahirkan da...
Lucunya Gempi Saat Nyanyi Lagu Dance Monkey Yang Lagi Viral Pakai Gerakan Tiktok Segala

Lucunya Gempi Saat Nyanyi Lagu Dance Monkey Yang Lagi Viral Pakai Gerakan Tiktok Segala

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 618 hits
Semakin hari bakat Gempi semakin terlihat ya Padahal liriknya bahasa Inggris lo Gampang banget hafalnya sih
Hiburan Jom Jalan Jalan Sambil Tengok Bunga Sakura Di 10 Lokasi Menarik Di Okinawa

Hiburan Jom Jalan Jalan Sambil Tengok Bunga Sakura Di 10 Lokasi Menarik Di Okinawa

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 394 hits
Untuk yang nak jalan jalan di Jepun tahun depan mesti tengah cari lokasi yang best dekat sana kan Mungkin ada yang tak tahu Jepun ada banyak lokasi menarik yang anda boleh explore terutamanya pada awal tahun depan Kalau anda nak tahu Okinaw...
Tiru Gaya Hijab Sambil Bebel Nadia Brian Nampak Seiras Datin Shahida

Tiru Gaya Hijab Sambil Bebel Nadia Brian Nampak Seiras Datin Shahida

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 315 hits
Baru baru ini pelakon Nadia Brian telah menjadi tumpuan warga netizen apabila wajahnya dikatakan sama seperti isteri kepada jutawan kosmetik Dato Aliff Syukri iaitu Datin Shahida apabila memakai hijab Pelakon drama Akulah Balqis itu telah m...
Tajul Akui Tiada Masalah Berjaga Malam Jaga Anak Sambil Main Pubg Mobile

Tajul Akui Tiada Masalah Berjaga Malam Jaga Anak Sambil Main Pubg Mobile

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 708 hits
Jika korang salah seorang peminat penyanyi Tajul sudah pasti korang tahu yang dia baru sahaja bergelar bapa beberapa minggu lalu selepas siterinya melahirkan anak pertama mereka yang diberi nama Adriana Carissa BACA Baru baru ini Tajul berk...
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Cikbunga Menunaikan Umrah

Your Next Airbnb May Include Room Service And Tamale Making

Pasu Kosong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tragedi Fru Coretan Isteri Koperal Syed Isfan Kongsi Keadaan Terkini Suami Undang Sebak

Cerita Tahun Lepas Ulang Menginap Ke 1o1 Hotel Ulu Tiram

Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Ets Generasi Ketiga Kelas 94

Cendol Jam Besar

Masjid Al Alami Mitc