Kiblat Ke Barat Ph Buka Pintu Mafia Masuk M Sia



Membuka Pintu Mafia
MAFIA dinamakan La Cosa Nostra dalam bahasa Itali atau makna urusan kami adalah pertubuhan haram yang menjalankan kegiatan jenayah dan keganasan di Sicily dan Amerika. 

Mafia pada awalnya merupakan nama sebuah organisasi orang-orang di Sicily pada zaman pertengahan untuk tujuan perlindungan dan perlaksanaan undang-undangnya sendiri. Pengaruh kumpulan-kumpulan Mafia melebarkan sayap ke benua Amerika selepas berlakunya penghijrahan beramai-ramai rakyat Itali pada abad ke-20.


Saya ingin menarik perhatian masyarakat yang cintakan keamanan dan keselamatan di Malaysia supaya melakukan muhasabah terhadap beberapa undang-undang Malaysia Baharu yang dibawa oleh Kerajaan PH yang dikatakan melakukan reformasi yang menjadi slogan yang dilaungkan oleh pemimpin utama mereka, di atas nama konsep kebebasan hak asasi manusia dan demokrasi.

Namun kelihatan sangat nyata berkiblat ke arah Barat, sehingga menghakiskan sifat kemanusiaan kepada kebinatangan dan meletakkan simpati kepada penjenayah melebihi daripada mangsa yang menyebabkan tanda-tanda kerosakan makin melarat.

Sebelum ini pernah dibincangkan undang-undang guru disiplin tidak boleh merotan murid, kerana dipengaruhi dengan konsep dan takrif merotan mengikut undang-undang Barat yang menyeksa, tanpa membaca dan terus melupakan hukum merotan secara Islam yang mendidik dan tidak mencederakan.

Ini disebabkan hati mereka sangat berkiblat ke arah Barat. Hasilnya ialah murid atau ibu bapa membelasah guru, dan anak menumbuk ibu bapa di rumah. Apakah akhirnya kita meruntuhkan institusi keluarga? Apa yang sedang berlaku di negara Barat, sehingga adanya kes jenayah membunuh kanak-kanak di sekolah dan hartawan menulis surat wasiat harta pusaka kepada anjing. 

Ini petanda makin merudumnya institusi keluarga dan masyarakat, kerana anak tidak lagi menghormati ibu bapa, dan jiran tidak mempedulikan sesama jirannya.Kini, berlaku perbincangan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 yang berkait dengan disiplin polis.

Apakah Akta Polis yang sedia ada dan Suruhanjaya Pasukan Polis yang bertanggungjawab menjaga disiplin selama ini tidak berguna dan tidak mampu ditambah baik lagi?Maka apakah perlunya undang-undang membuka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja pihak awam yang jahil ilmu kepolisian boleh mendisiplinkan polis tanpa mengira kelayakan iman, ilmu dan budiman, kerana terpengaruh dengan ideologi tidak beriman yang sedang merudum di negara penciptanya.Percayalah bahawa akibatnya lebih parah daripada membatalkan tindakan merotan murid secara mutlak.Bukanlah bermakna kita mahu polis itu bebas melakukan apa sahaja, tetapi kita tidak boleh menerima cara, pendekatan dan undang-undang yang melemahkan kehebatan pihak penguatkuasa undang-undang seperti polis yang memerlukan kehebatannya tersendiri mengikut disiplin mereka dengan batas undang-undang menentang kezaliman, bukannya undang-undang yang bersimpati dengan mereka yang melanggar undang-undang.Sudahlah kini undang-undang tidak ada roh dan tidak ada kehebatan pada undang-undang itu sendiri, tiba-tiba pihak yang mengawasi masyarakat yang melakukan pencegahan pula dikepung dengan cara yang mengundang campur tangan oleh pihak yang tidak berkenaan.Apakah ini laksana tikus membaiki labu?Adakah ini juga ada kaitan dengan wujudnya makhluk perosak yang mempertikaikan tindakan polis membanteras pengaruh Tamil Eelam yang diisytiharkan haram kerana keganasannya oleh seluruh dunia, termasuk negara India tempat wujudnya kaum Tamil?Bahkan saya percaya masyarakat Tamil di Malaysia juga menganggapnya sebagai pengacau di negara ini, maka wajib dibunuh pengaruhnya. Tiba-tiba ada yang menunjukkan simpati, mungkin apa yang ada di dalam hatinya lebih parah lagi.Tegasnya Islam tetap berlaku adil sehingga mengharamkan penganut Islam yang melampau menyalahgunakan hukum jihad yang mulia di sisi Allah, kerana kejahilan terhadap agama sendiri boleh merosakkan wajah Islam.Islam turut mengharamkan amalan melampau ke atas semua termasuk musuh yang nyata, dengan hukum dosa bukan hanya tindakan undang-undang oleh pihak kerajaan.Apa yang perlu diberi perhatian ialah jangan menyalahgunakan demokrasi, laksana senjata yang diserahkan kepada penjenayah dan penyamun, bukan senjata untuk menegakkan keadilan yang sebenar, tetapi merosakkan keamanan dan keharmonian masyarakat dan negara.Bagi umat Islam pula diberi amaran oleh Allah dengan firmanNya:وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ٢٠٤ وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِي ٱلۡأَرۡضِ لِيُفۡسِدَ فِيهَا وَيُهۡلِكَ ٱلۡحَرۡثَ وَٱلنَّسۡلَۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡفَسَادَ٢٠٥“Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). (204); Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah dia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan zuriat keturunan; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan”. (205) (Surah Al-Baqarah: 204-205)Maka jangan terpengaruh dengan kalangan yang hendak memuaskan diri dan kumpulannya tanpa pandangan yang jauh dan bertindak laksana memberi jalan ke arah kumpulan Mafia mengadakan undang-undang sendiri yang bersifat pengacau masyarakat. Amat malang kalau kerajaan sendiri diresapi oleh pengaruh yang sangat melampau terhadap rakyat dan negara.“Islam Memimpin Perpaduan”
ABDUL HADI AWANGPresiden PASBertarikh: 16 Safar 1441 / 16 Oktober 2019 – HARAKAHDAILY 16/10/2019 Kumpulan Mafia Sicily: La Cosa Nostra Kumpulan  18th Street Gang
Lihat Sebelum Ini..Jom Lawat Kampung Janda Indo... Penyelesaian.Intip Lagi, Kampung Janda, Kini Di Bogor Pula..Sekitar Artis Menjanda Di Indonesia, Masuk Air?K/Janda: (1)Bunuh Ragol &Politik IndoK/Janda: (2) Bunuh Ragol &Politik IndoK/Janda Aceh: Kampung Tanpa Lelaki.Pasukan Janda Aceh, Berperang Di Jalan Al...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/10/kiblat-ke-barat-ph-buka-pintu-mafia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pintu Masuk Stasiun Mrt Bendungan Hilir Depan Intiland Tower Ditutup Sementara

Pintu Masuk Stasiun Mrt Bendungan Hilir Depan Intiland Tower Ditutup Sementara

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 184 hits
PT MRT Jakarta melakukan penutupan pintu masuk stasiun MRT Bendungan Hilir yang berada di depan Intiland Tower Hal tersebut diberlakukan mulai saat ini hingga pemberitahuan selanjutnya Untuk pintu masuk stasiun MRT Bendungan Hilir lainnya d...
23 Kementerian 101 Agensi Di Putrajaya Buka Pintu Hari Sabtu

23 Kementerian 101 Agensi Di Putrajaya Buka Pintu Hari Sabtu

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 267 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Memalukan Kini Pintu Masuk Negara Klia Bocor Pula

Memalukan Kini Pintu Masuk Negara Klia Bocor Pula

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 256 hits
Nampaknya kegagalan rangkaian di KLIA pada Ogos lalu belum cukup memalukan negara lagi Kali ini paip pula bocor hingga membasahi ruang laluan perniagaan runcit Flying Emporium MEMALUKAN Kegagalan rangkaian di KLIA pada Ogos lalu baru sangat...
Membuka Pintu Mafia

Membuka Pintu Mafia

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 204 hits
Abdul Hadi Awang FMT Mafia dinamakan La Cosa Nostra dalam bahasa Itali atau makna urusan kami adalah pertubuhan haram yang menjalankan kegiatan jenayah dan keganasan di Sicily dan Amerika Syarikat Mafia pada awalnya merupakan nama sebuah or...
Usai Penusukan Wiranto Pintu Masuk Dan Keluar Bali Diperketat

Usai Penusukan Wiranto Pintu Masuk Dan Keluar Bali Diperketat

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 202 hits
Hal tersebut untuk mengantisipasi masuknya pelaku jaringan teroris ke wilayah Bali termasuk yang hendak ke Jawa melalui jalur darat
Ahli Umno Masuk Ppbm Mula Rasa Pengorbanan Maruah Sia Sia Shahrir Samad

Ahli Umno Masuk Ppbm Mula Rasa Pengorbanan Maruah Sia Sia Shahrir Samad

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 293 hits
Ahli UMNO yang melompat parti untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah mula merasakan pengorbanan mereka akan menjadi sia sia jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata sungguhpun k...
Dipilih Jokowi Masuk Kabinet Bahlil Lahadalia Saya Dari Fakfak Papua Barat

Dipilih Jokowi Masuk Kabinet Bahlil Lahadalia Saya Dari Fakfak Papua Barat

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 203 hits
Seperti diketahui total ada 4 menteri koordinator 30 menteri teknis dan empat pejabat setingkat menteri yang dilantik Jokowi
Kiblat Superman Ke M Sia Atau Komunis China

Kiblat Superman Ke M Sia Atau Komunis China

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 528 hits
Exco Pendidikan Pemuda Bersatu Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir menempelak sekumpulan akar umbi DAP termasuklah lima Adun parti itu yang mengkritik keputusan Menteri Pendidikan Maszlee Malik untuk melarang buku komik Inisiatif Jalur dan La...
Cak Imin Sampai Detik Ini Saya Belum Dengar Pak Prabowo Mau Masuk Koalisi

Cak Imin Sampai Detik Ini Saya Belum Dengar Pak Prabowo Mau Masuk Koalisi

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 244 hits
Ketua Umum PKB Muhaimin Iskandar alias Cak Imin ingin mendengar langsung pernyataan Ketua Umum Gerindra Prabowo Subianto bersedia bergabung dengan koalisi pengusung Presiden Joko Widodo
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

We Buy Small To Medium Sized Companies

Rm12 8bil In Unclaimed Money Awaiting Owners


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Pemandu Wanita Dihempap Kontena Sempat Telefon Ibu 4 Minit Sebelum Meninggal