Khutbah Jumaat Pastikan Makanan Halal Hindari Makanan Haram Subhah
Asalamualaikum & Salam SejahteraHari Jumaat, memang seluruh umat Islam di pelusuk Dunia menantikan hari penghulu segala hari dalam seminggu ini. Hari ini lah detik adanya Jemaah Solat Jumaat di Masjid atau Surau. Juteru, saat ini sangat dinanti-nantikan. Antara yang akan terjadi andai lelaki Islam tiga kali berturut-turut tidak ke Masjid tunaikan Solat Jumaat ( Solat Wajib ) maka jatuh berdosa dan kena bertaubat.
Tajuk Khutbah : Makanan Halal dan Makanan Haram di sampaikan Oleh Imam Masjid Al Mahabbah Ustaz Ardzy Salimin
Jemaah memenuhi ruang Masjid Al Mahabbahkhyusuk mendengar Khutbah
Dapatan Etuza tentang Intisari Khutbah Jumaat hari ini.Dalam Khutbah Jumaat hari ini, Khabtib ada menyatakan tentang makanan halal dan makanan haram. Di mana sebagai orang Islam hendaklah benar-benar memastikan makanan yang diperolehi adalah dari sumber halal. Apatah lagi makanan itu dimakan bersama seisi keluarga. Sangat penting demi menjadikan sebuah keluarga terhindar dari makanan dari sumber haram dan adanya unsur Subhah
Makanan haram yang dimakan secara berterusan, akan mengakibatkan keluarga itu mendapat kemurkaan Allah dan menjadikan keluarga tersebut tidak tenang selain sering mendapat masalah. Juteru itu, carilah makanan halal dari sumber yang pasti, makanan suci dan dari rezeki yang halal. Makanan yang halal akan menjadikan kehidupan diberkati Allah dan dilindungi dari bala bencana selain menjadikan keluarga tersebut sentiasa terpelihara, genarasi selamat dari segala kejahatan
Khatib ada menyatakan, agar Umat Islam Muslim Muslimat, agar benar-benar mempastikan sesebuah restoran yang didatang untuk menikmati juadahnya hendaklah sebuah restoran yang pemiliknya Islam dan tiada unsur Subhah. Kerana pada masa sekarang terdapat banyak restoran yang melakukan unsur Subhah.
Selain dari itu, pastikan makanan dalam restoran tersebut adalah hidangan yang halal dan suci. Hindari permis makanan yang kita nampak menjadikan kita keliru dan merasa tidak yakin terhadap kehalalan makanan tersebut. Jangan terpedaya atau terpengaruh dengan makanan yang hanya lazat sahaja tanpa memikirkan kehalalan makanan tersebut.
Ustaz Ardzy Salimin, bahawa memakan makanan halal adalah antara Sunnah Nabi Muhammad SAW yang harus umat Islam ikuti. Khatib menegaskan agar semua jemaah haruslah benar-benar mengambil berat tentang sumber makanan yang diambil itu dari rezeki yang halal dan bukan dari sumber haram dan subhah.
Dalam pembacaan Admin blog ini mendapati ada beberapa kesan buruk akibat memakan makanan haram iaitu:-
* Hati tertutup daripada menerima hidayah Allah*Susah mendapat ilmu pengetahuan*Ibadat yang dilakukan hanyalah sia-sia
*Memudaratkan kewarasan akal dan kesihatan badan
*Dilaknat oleh Allah dan azab diakhirat* Mudah dihasut oleh syaitan
Fadilat memakan makanan dari sumber rezeki halal dan suci dari subhah:-
*Menjadikan jiwa kita tenteram sesuai dengan fitrah sebagai manusia
*Sentiasa berkeupayaan mendekatkan diri dengan Allah
* Makanan halal tersebut mampu menyelamatkan sesorang daripada seksa api neraka
* Seseorang terhindar dari pelbagai penyakit
* Makanan halal membentuk darah daging yang baik pada tubuh dan melahirkan insan yang sahsiahnya terpuji
Mari kita sama-sama fikirkan. Ambil iktibar dan jadikan panduan, kita ikuti Sunnah Nabi akhir zaman agar kekal mengambil makanan yang halal toyibbah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2021/11/khutbah-jumaat-pastikan-makanan-halal.html