Khasiat Di Sebalik Donut Peach Yang Tengah Viral Sekarang
Khasiat Di Sebalik Donut Peach Yang Tengah Viral Sekarang
Assalamualaikum, Hi korang. Beberapa hari ni duk viral kat sosial media mengenai Donut Peach. Mula mula dengar tanpa tengok ingatkan kuih donut perisa buah peach. Terus dalam hati cakap lepas Donut Pandan ada Donut Red Velvet, sekarang muncul pulak Donut Peach. Masa ni memang tak tengok lagi rupa bentuk Donut Peach. Tapi dalam kepala ni memang duk terbayang bayang dah la Donut Peach ni sejenis kuih donut perisa buah peach.
Tekaan KakYa salah la weyhh. Donut Peach yang sebenarnya ialah buah peach yang berbentuk seakan akan donut. Sebijik la macam donut bentuk dia. Patutlah di panggil Donut Peach. Aduhai mati idup KakYa ingatkan kuih donut rupa rupanya Donut Peach ni buah peach berbentuk donut. Tertipu kat situ hehehe. Ingatkan donut tapi buah buahan rupanya. Donut Peach ni berbentuk gemuk, lebih leper dan ianya lebih besar berbanding buah peach 🍑 yang biasa kita jumpa.
Sedap Sangat Ke Donut Peach?
KakYa ada tengok beberapa video orang duk makan buah Donut Peach ni. KakYa duk tertanya tanya jugak la apa rasa dia dan sedap sangat ke Donut Peach hingga boleh jadi viral kat Malaysia sekarang ni?
Majoriti yang duk makan Donut Peach ni cakap sedap, lebih manis, lembut kat bahagian dalam, crunchy kat luar dan juicy serta lebih rendah acidity berbanding dengan buah peach biasa. Jadi korang boleh lah makan banyak banyak. Eh silap janganlah makan banyak banyak tapi makanlah berpada pada okey!
Khasiat Donut Peach
KakYa yang tengok gambar Donut Peach ni tetiba pulak nak rasa. Ya lah hari hari duk tengok Donut Peach lalu lalang mahu tak terasa nak merasa. Opkos la nak jugak merasa. Pastu bila dengar orang duk cakap Donut Peach ni manis, lembut dan crunchy. Lagilah semangat nak merasa.
Adakah rasa dia sama macam buah peach biasa atau berlainan sama sekali. Nak tahu rasa dia cam mana korang kenalah try sendiri barulah boleh citer camne rasa dia.
Oh ya! Korang tahu ke tidak buah viral Donut Peach yang hanya muncul pada akhir musim panas ni banyak khasiat dia tau. KakYa dapat tahu mengenai khasiat Donut Peach melalui perkongsian dr otak, Dr Rizal Abu Bakar kat laman facebook page beliau.
Dr Rizal Abu Bakar dalam penulisannya berkata, antara khasiat Donut Peach yang kaya dengan vitamin A, C dan potassium dan fiber adalah;
- Mengelakkan risiko kanser payudara dan kolorektal- Memperbaiki tekstur kulit- Mencantikkan kulit - Mengurangkan keguguran rambut- Seimbangkan tekanan darah- Boleh kempiskan perut- Boost kesihatan jantung- Baik pulih penglihatan- Untuk ibu hamil bagus amalkan pengambilan Donut Peach untuk kuatkan tulang, melindungi pembentukan janin normal di samping melegakan sembelit dan mencegah kontraksi pramatang.
Wah banyak betul khasiat Donut Peach ni ya. Kena try cari jugak la nanti. Yang bagus bagus kita kena try la kan. Bila umur makin meningkat ni kena jaga semua bab makan minum. Kena beringat kita ni hidup tak lama. KakYa paling suka khasiat Donut Peach yang dapat boost kesihatan jantung tu. Menarik sangat ni. Tak sabar nak cari Donut Peach.
Tapi dengar citer ramai juga yang kongsi, Donut Peach makin susah nak dapat sekarang ni sebab dah viral jadi banyak stok habis. Belum belum sampai lagi, dah fully booked. Tapi takpe KakYa cuba cari dulu kot kot kat Kuantan ni mudah jumpa. Manalah tahu ada rezeki KakYa.
TAPI korang tahu ke tidak camne nak pilih buah Donut Peach yang manis dan berjuicy. Kan silap pilih dapat yang tak sedap pulak. Ok kalau korang nak beli Donut Peach dan tak tahu tips nak pilih Donut Peach yang manis dan berjuicy, korang baca apa yang KakYa tulis kat bawah.
Cara Pilih Donut Peach Manis Dan Berjuicy
Sebelum korang beli Donut Peach ni, korang kenalah tahu tips dan petua nak dapatkan Donut Peach yang sudah masak, manis dan berjuicy. Al maklumlah harga buah ni boleh tahan mahal la jugak. Ok KakYa kongsi tips yamg korang boleh jkut bagi mendapatkan buah Donut Peach yang manis berjuicy
Tekstur- Tekstur buah Donut Peach yang telah masak lebih lembut dan licin apabila disentuh. Jika terlalu pejal, buah belum masak sepenuhnya dan jika terlalu lembut bermakna buah terlebih masak atau berkemungkinan buah sudah lebam
Warna- Kalau korang nak tahu buah Donut Peach ni dah masak atau belum, korang perhatikan warnanya. Buah yang sudah masak berwarna kuning bercampur sedikit warna merah. Kuning kemerah merahan gitu. Korang perlu pilih buah yang berwarna terang sebab buah yang berwarna terang, rasanya lebih manis
Bau- Buah Donut Peach yang sudah masak ranum mempunyai aroma bau masam manis buah peach, madu dan juga karamel. Sebelum beli korang cium dulu kalau nak tahu buah tu sedap ke tidak
Itulah saja perkongsian mengenai buah Donut Peach, khasiat dan cara pilih Donut Peach yang dapat KakYa kongsikan pada pagi ini. Semoga bermanfaat. InsyaAllah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2023/07/khasiat-donut-peach.html