Khalifah Al Wathiq Bapa Sejarawan Abbasiyyah


Abu Ja’far Harun ibn Muhammad atau dikenali sebagai Al-Wathiq Billah dilahirkan di  Baghdad pada 18 April 812. Baginda adalah anak kepada Khalifah Al-Mu’tasim (833-842) dan ibunya bersusur galur dari keturunan Byzantin Yunani yang bernama Qaratis. Baginda diberi nama Harun sempena nama atuknya, Khalifah Harun Ar-Rasyid (786-809).
Tidak banyak diketahui tentang latar belakang sejarah baginda kerana kisah kehidupan baginda tidak banyak direkodkan dan ada yang berpendapat, baginda tidak mahu mana-mana sejarahwan pada zaman baginda merekodkan sebarang kehidupan peribadi baginda sebelum dan selepas menjadi khalifah.
Namun ada berberapa rekod menyatakan pada tahun 842, berberapa bulan selepas baginda dijadikan Khalifah, ibunya, Qaratis membawa adik baginda, Jaafar untuk menunaikan haji namun ibunya mangkat di Al-Hirah, pada 18 Ogos 842 dan dimakamkan di Kufah. Iraq.
Baginda diangkat menjadi Khalifah ke-9 Abbasiyyah pada hari kemangkatan ayahandanya pada 5 Januari 842. Perlantikan baginda tiada bantahan oleh mana-mana pihak. Pemerintahan baginda boleh dikatakan keadaan Empayar Abbasiyyah dalam keadaan aman damai  dengan baginda meneruskan semua rancangan dan pelan masa depan Empayar Abbasiyyah yang ditinggalkan oleh khalifah-khalifah sebelumnya.
Dalam Kitab Al- Tabari menyatakan baginda buta di mata kirinya atas sebab yang tidak pastikan. Baginda digambarkan sebagai sasa dan agak tampan rupanya. Mengikut Hugh Kennedy, Al-Wathiq adalah pemimpin yang amat sukakan sastera dan puisi. Dikatakan baginda mencipta sebuah lagu yang dikenali sebagai Mukhariq dan disahkan oleh  al-Dahhak Al-Bahili, salah seorang menteri Abbasiyyah pada ketika itu ketika sidang “parlimen”. Petikan lirik Mukhariq akan di puisikan pada setiap permulaan sidang menteri.
Baginda juga seorang yang sangat mencintai sejarah. Baginda mengarahkan cendekiawan Islam pada ketika itu untuk mengkaji sejarah Tamadun Islam dahulu dari zaman nabi-Nabi, zaman Rasulullah, Khulafa- Ar-Rasyidin dan Umayyah. Dikatakan juga pemerintahan baginda adalah bermulanya pembukuan Sejarah Umayyah secara besar-besaran. Baginda juga mengkaji sejarah-sejarah lampau yang sehingga kini masih belum dapat jawapan yang dipastikan iaitu sejarah tembok besi Zulkarnain dan juga sejarah Ashabul-Kahfi.
Beberapa sumber menyatakan baginda termimpi tembok besi Zulkarnain diruntuhkan dan munculnya kaum-kaum (yang dikenali sebagai Ya’juj dan Ma’juj) keluar dan menawan dunia dalam masa berberapa minggu sahaja. Mimpi ini memberi impak besar terhadap baginda dan baginda mengarahkan tentera-tentera berpangkat tinggi salah satunya ialah Sallam Al- Tarjman dan cedekiawan untuk mengkaji dan mencari tembok besi itu.
Arahan baginda ini telah menyebabkan bangsa Turki khusunya Kirgic Turks, penduduk nomad Turki berpindah ke kawasan yang dikatakan Tembok Besi untuk tinggal di sana bertujuan untuk mempertahankan tembok besi tersebut. Perpindahan besar-besaran ini berkemungkinan terbentuknya wilayah Azerbaijan, Armenia dan Georgia kini serta wujudnya perghijrahan bangsa Turki di pelbagai wilayah di seluruh tanah Asia dan Eropah.
Baginda juga mengarahkan tokoh astronomi terkenal, Al-Khwaharizmi untuk pergi ke Byzantin untuk membuat kajian tentang Ashabul-Kahfi di Ephesus. Sifat ingin tahu baginda ini bermulanya kajian sejarah-sejarah Islam oleh semua sejarahwan seluruh dunia.
Baginda masih mengamalkan ordinan Mihna namun penangkapan cendekiawan Islam berkurangan pada zaman pemerintahan baginda dan baginda lebih fokus kepada pendidikan Islam. Zaman baginda juga menaikkan bangsa Turki dalam majlis tertinggi sama seperti pemerintahan bapanya, (Al-Mu’tasim) iaitu melantik komander seperti Itakh, Wasif dan Ashians dan berberapa bangsa Turki lain dalam jawatan tertinggi Abbasiyyah.
Baginda juga membuat satu perubahan dengan melantik Wazir yang berbangsa Parsi iaitu Muhammad bin Al-Zayyat dan ketua Qadi berbangsa Arab Ahmad bin Abi Duwad. Kedua-dua tokoh ini pernah berkhidmat di bawah akhir pemerintahan Khalifah Al-Mu’tasim dan baginda (Al-Wathiq) meneruskan jawatan mereka.
Baginda juga mengarahkan Wazir, Muhammad bin Al-Zayyat untuk membayar cukai yang agak tinggi dan gaji menteri-menteri dan jawatan tertinggi Abbasiyyah dipotong untuk membayarkan gaji-gaji tentera Turki. Sejak zaman Al-Mu’tasim, Abbasiyah keseluruhan tentera Abbasiyah adalah dari bangsa Turki itu sendiri. Tujuan baginda melakukan sedemikian untuk mengelakkan berlakunya peristiwa bangsa Barmakids pada zaman Khalifah Harun Ar-Rasysid dimana bangsa ini menjadi besar kepala dengan melanggar arahan Khalifah dan kurang ajar dengan sistem pentadbiran Abbasiyyah.

Pada pertengahan tahun 845, berlaku satu pergaduhan antara suku kaum Bani Sulaym, Bani Kinanah dan Bani Bahilah mengakibatkan satu perang saudara di mana ramai orang terbunuh. Gabenor tempatan, Muhammad bin Salih Al-Abbas, mengarahkan ketua tenteranya Hammad bin Jarir al-Tabari menyelesaikan masalah ini. Beliau mengetuai bersama tentera dari pelbagai suku dan sebahagiannya dari suku Ansar dan Quraisy untuk melawan bani Sulaym ini.
Hammad menyerang namun dikalahkan dan terbunuh dalam perang tersebut. Lebih menakjubkan, tentera Bani Sulaym hanya 650 orang mengalahkan hampir 2,000 tentera Hammad. Setelah kekalahan ini, Bani Sulaym menawan Mekah dan Madinah dan merampas semua harta-harta penduduk tempatan di sana, menyebabkan baginda mengarahkan salah seorang komander Abbasiyyah yang berbangsa Turki, Bugha Al-Kabir untuk mengetuai tentera mengalahkan Bani Sulaym ini.
Bugha bersama rejimen tentera dari Maghribi, Turki dan Shakiriyyah pergi ke Madinah dan berjaya mengalahkan Bani Sulaym dan menangkap dan memenjarakan hampir 1,000 orang. Kontroversi ini masih belum selesai apabila bani-bani lain melawan Bani Sulaym dengan menyerang penjara di Madinah yang penghhuninya merupakan Bani Sulaym menyebabkan hampir semua banduan terbunuh.
Bugha mengambil peluang ini menyerang bani-bani yang menyerang penjara itu dan mengakibatkan perang besar di sana dan ramai orang terbunuh dan ditangkap dalam perang itu seperti bani Hilal, Bani Fazara dan Bani Murra. Bugha juga berjaya menangkap bani Kilab yang melarikan diri ke Al-Baqa, berdekatan dengan Amman, Jordan dan menangkap 1,300 orang dan memenjarakan mereka di Madinah. Konflik ini selesai dengan anggaran 5,000 orang terbunuh dan 3,000 ditangkap dan dipenjarakan.
Zaman baginda juga tidak terlepas dengan perebutan kuasa dimana salah seorang dari keluarga Ababsiyyah yang bernama Ahmad ibn Nasr bin Maliq Al-Khuzai berpendapat Khalifah Al-Wathiq tidak layak menjadi Khalifah kerana meneruskan ordinan Mihna yang menyusahkan cendekiawan dan ulama Islam untuk menentang doktrin Mu’tazilah. Ahmad bersama berberapa penyokongnya berkomplot secara senyap untuk menjatuhkan Al-Wathiq dan menteri-menterinya.
Namun rancangan mereka gagal apabila salah seorang pengikutnya terbongkarkan rahsia komplot ini apabila menghembus semboyan satu hari lebih awal dari rancangan sepatutnya. Rancangannya membunuh Al-Wathiq dan menterinya pada malam esok. Salah faham ini mengakibatkan Ahmad dan pengikutnya ditangkap dan dibawa menghadap Al-Wathiq. Tujuan Ahmad untuk menjatuhkan Al-Wathiq kerana tidak mengamalkan sistem Syura (iaitu pemilihan kuasa melalui mesyuarat) selain bertegas bahawa Abbasiyyah dan Umayyah tidak ada banyak perbezaan kerana mengamalkan monarki keturunan.
Baginda amat marah dengan jawapan ini dan menghukum bunuh Ahmad dan pengikutnya. Sebahagian kecil dari pengikutnya dipenjarakan. Mayat Ahmad digantung untuk tontonan umum dalam berberapa hari di pertengahan kota Samarra. Baginda memberi amaran keras kepada sesiapa yang cuba menjatuhkan pemimpin Abbasiyyah, mereka akan menerima nasib seperti Ahmad. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 846.
Pada tahun yang sama juga, berlaku satu rompakan besar-besaran di Baitul-Mal (iaitu pusat kewangan Abbasiyyah) dan dianggarkan hampir 42,000 dirham dan berberapa ratus Dinar hilang. Baginda mengarahkan salah seorang tentera iaitu Yazid bin Huwani, timbalan komender Itakh untuk menangkap perompak itu. Tidak dipastikan sama ada perompak ini ditangkap kerana ia tidak direkodkan dalam sejarah. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa perompak ini ditangkap dan bunuh namun wang yang hilang itu tidak dijumpai.
Pemerintahan baginda juga melibatkan peningkatan pertahanan Abbasiyyah untuk mengawal serangan balas Byzantin pada tahun 843 selepas tentera-tentera yang mengawal sempadan diserang Byzantin selepas kemangkatan Al-Mu’tasim pada 842. Kemangkatan Al-Mu’tasim menyebabkan Byzantin menyerang untuk menawan semula Amorium. Malah tentera Byzantin membunuh ramai tentera Abbasiyyah yang berkubu berdekatan dengan Constantinople ketika pemerintahan Al-Mu’tasim.
Kemaraan tentera Byzantin ini menyebabkan baginda mengarahkan berberapa tentera Abbasiyyah yang mengawal sempadan, khusunya yang berkubu di Tarsus dan kawasan lain untuk menyerang Byzantin. Serangan ini diketuai oleh Abu Said dengan kerjasama Emir Crete, Malatya Umar Al-Aqta. Dikatakan bahawa serangan ini sangatlah dasyat apabila tentera Abbasiyah mampu mara sehingga ke Selat Bosphorus manakala Byzantin mengalami kekalahan yang sangat dasyat.
Disebabkan itu, pada tahun 845, Duta Byzantin datang ke Samarra untuk berunding dengan kerajaan Abbasiyyah untuk gencatan senjata. Kerajaan Abbasiyyah setuju dengan rundingan ini dengan syarat, Byzantin membebaskan banduan Islam yang ditangkap oleh Byzantin perang yang lalu. Persetujuan dibuat menyebabkan hampir 5,000 orang Islam yang dipenjarakan di Constantinople dibebaskan dan dihantar pulang ke wilayah Abbasiyyah.
Baginda mangkat pada tahun 847 di Istananya di Samarra. Sebab kemangkatannya tidak dipastikan. Ada pendapat baginda mengidap penyakit kekurangan air akibat musim panas pada tahun itu dan ada juga pendapat baginda dibunuh. Baginda berusia 35 tahun ketika kemangkatan baginda dengan memerintah Abbasiyah selama 5 tahun.
Rujukan
When Baghdad ruled by Muslim: The Rise and Fall of  Islam’s greatest dynasty by Kennedy, Hughes
History of Al-Tabari,  Volume:34, The Incipient Decline: The Caliphate of Al-Wathiq, Al-Mutawakkil and Al-Muntasir by Yarshater, Ehsan
ReInterpreting Islamic Historiography, Harun Ar-Rashid  and the narrative of the Abbasid Caliphate by  El-Hibri Tayyeb.

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2018/10/khalifah-al-wathiq-bapa-sejarawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Yang Hendak Kahwin Dengan Dia Bukan Dengan Bapa Dia Sharnaaz Ahmad

Saya Yang Hendak Kahwin Dengan Dia Bukan Dengan Bapa Dia Sharnaaz Ahmad

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 321 hits
Dek kerana kenyataan ND lala dalam Harian Metro dan menegur Sharnaaz Ahmad supaya menghormati dia sebagai bapa Shila Amzah Semuanya berpunca dari kenyataan Sharnaaz Ahmad yang bakal meminang Shila Amzah pada Mac ini Difahamkan tahun 2013 me...
Anak Dibuli Di Sekolah Ini Tindakan Yang Sepatutnya Ibu Bapa Ambil

Anak Dibuli Di Sekolah Ini Tindakan Yang Sepatutnya Ibu Bapa Ambil

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 624 hits
Apabila anak anda melangkah ke alam persekolahan antara perkara yang kita takuti adalah masalah buli Ibu bapa harus peka dengan perubahan yang berlaku terhadap anak kita Mangsa buli biasanya akan menunjukkan beberapa tanda antaranya tidak m...
Apa Yang Ibu Bapa Perlu Buat Sebagai Persediaan Untuk Anak Melangkah Ke Darjah 1

Apa Yang Ibu Bapa Perlu Buat Sebagai Persediaan Untuk Anak Melangkah Ke Darjah 1

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 346 hits
Penggal persekolahan tahun 2018 semakin sampai ke penghujungnya Ini bermaksud kanak kanak yang sedang bersekolah di tadika kini dalam fasa akhir menyiapkan mereka untuk melangkah ke alam persekolahan yang sebenar Pasti ramai ibu bapa yang t...
Antivaksin Sembang Kencang Salahkan Mak Bapa Lambat Dapatkan Rawatan Kalau Divaksin Mati Juga Katanya

Antivaksin Sembang Kencang Salahkan Mak Bapa Lambat Dapatkan Rawatan Kalau Divaksin Mati Juga Katanya

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 435 hits
Oleh ANTIVAKSIN MENYALAHKAN IBUBAPA LAMBAT DAPATKAN RAWATAN DALAM KES KEMATIAN TERKINIApabila Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan bahawa terdapat satu kes kematian difteria melibatkan antivaksin sudah tentulah geng geng antivaksin ini akan...
Saya Tak Romantik Tapi Bapa Penyayang Suami Setia

Saya Tak Romantik Tapi Bapa Penyayang Suami Setia

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 681 hits
Boleh dikatakan ramai peminat diluar sana menjadikan selebriti sebagai idola lebih lebih lagi dalam kisah cinta dan keluarga Sebagai contoh ramai yang menjadikan The post appeared first on
Teknik Menulis Content Di Media Sosial Gaya Bapa Viral Kebangsaan Khairul Hakimin Muhammad

Teknik Menulis Content Di Media Sosial Gaya Bapa Viral Kebangsaan Khairul Hakimin Muhammad

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 368 hits
Teknik menulis content di media sosial E Book The Content Game Khas buat mereka yang ingin bangunkan content di media sosial tak kiralah untuk platform mana pun Ianya sesuai untuk mereka yang nak bina profile nak naikkan follower sampai 100...
Dia Bukan Seorang Pencuri Bapa Farah Af

Dia Bukan Seorang Pencuri Bapa Farah Af

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 1157 hits
ANAK saya bukan pencuri Itulah antara luahan yang dikeluarkan bapa kepada penyanyi dan pengacara Farah Diana Anuar berhubung tuduhan mencuri yang dilemparkan kepada anaknya Kesal dengan tindakan segelintir pihak yang cuba memburukkan anak p...
Bapa Tarik Sendiri Jasad Anak Keluar Dari Tanah

Bapa Tarik Sendiri Jasad Anak Keluar Dari Tanah

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 449 hits
Asman Hamid 62 menarik mayat anak ketiganya Samsul 19 daripada timbunan tanah
Video Pengajaran Akibat Kenakan Bapa Sendiri

Video Pengajaran Akibat Kenakan Bapa Sendiri

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 291 hits
Video Pengajaran Lain Kali Jangan Tipu Ayah Lagi Siapa tak marah apabila mengetahui anak sendiri menjadi mangsa buli pelajar lain di sekolah Satu video yang dirakam ketika situasi yang mana seorang bapa kononnya ingin membalas dendam dan be...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game