Khalid Lantik Bekas Pembantu Ke Lembaga Penasihat Dbkl Kerana Pengalamannya



Khalid lantik bekas pembantu ke lembaga penasihat DBKL kerana pengalamannyaPETALING JAYA: Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, beliau melantik bekas setiausaha politiknya menganggotai lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana pengalaman Azli Yusuf sebagai ahli Majlis Bandaraya Shah Alam selama 2 penggal.

“Ianya jawatan bukan eksekutif dan hanya berfungsi menasihati datuk bandar dalam isu-isu dasar. Lembaga tersebut tidak memberi kelulusan untuk apa-apa permohonan,” katanya kepada FMT hari ini.

Azli kini ditahan polis dalam siasatan berhubung dakwaan rasuah dan penipuan.

Khalid berkata demikian sebagai menjawab soalan bekas perdana menteri, Najib Razak yang mahu beliau mengesahkan jika Azli ialah ahli lembaga penasihat DBKL dan jika beliau yang melantiknya.

“Adakah dia juga ketua Amanah Bahagian Shah Alam?

“Lid ahli Parlimen kawasan mana?” soalnya merujuk Khalid.

Khalid ialah ahli Parlimen Shah Alam dan pengarah komunikasi Amanah.

Beliau mengesahkan Azli ialah ketua Amanah Bahagian Shah Alam, jawatan yang dipegang Azli sejak 2015 dan merupakan pimpinan pelapis yang akan menggantikannya kelak.

Katanya, Azli ialah lulusan kejuruteraan sebuah universiti di Amerika Syarikat dan beliau percaya bekas pembantunya itu boleh menasihatkan datuk bandar dalam pelbagai isu, berdasarkan pengalaman serta pengetahuannya.

Najib dalam catatan di Facebooknya turut bertanya: “Apa maksud broker?”

Beliau merujuk kenyataan Khalid semalam yang Azli menjadi mangsa seorang broker yang menjual nama bekas pembantunya ketika berurusan dengan sebuah syarikat arkitek.

Khalid dilaporkan berkata, syarikat itu diberikan perintah pembangunan (DO) palsu oleh broker terbabit yang menerima bayaran selepas menjaja nama Azli.

Ketika menjawab soalan Najib, Khalid mengkritik pembabitan Najib dalam skandal 1MDB dan ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

Jho Low diburu pihak berkuasa atas peranannya dalam skandal 1MDB, di mana Najib dibicarakan atas pertuduhan jenayah.

“Maksud broker adalah orang seperti Jho Low,” kata Khalid.

“Hanya dalam kes ini, broker itu dakwa dia wakili Hj Azli. Tetapi ianya tak benar, bukan seperti kes Jho Low dan Jibby.

“Takkan Jib tak tahu. Jib dikatakan banyak gunakan khidmat beliau untuk bantu orang Melayu, khususnya di Parlimen Pekan.”

Khalid berkata, beliau mewakili Shah Alam, sebuah kawasan dengan 80% pengundi Melayu yang memilihnya dengan majoriti lebih 30,000 undi.

“Shah Alam ialah kawasan Melayu terpelajar dan mereka inginkan wakil dan kepimpinan yang bebas rasuah.”

-- Free Malaysia Today
rePublish Berita Terkini MalaysiaKhalid lantik bekas pembantu ke lembaga penasihat DBKL kerana pengalamannya Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://malaysiaismalaysia.blogspot.com/2020/05/khalid-lantik-bekas-pembantu-ke-lembaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khalid Akui Lantik Bekas Su Politik Dikait Rasuah Jadi Ahli Lembaga Penasihat Dbkl

Khalid Akui Lantik Bekas Su Politik Dikait Rasuah Jadi Ahli Lembaga Penasihat Dbkl

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 342 hits
BEKAS Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad mengakui melantik bekas setiausaha politiknya Azli Yusuf yang kini disiasat kes rasuah sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL Khalid juga mengakui Azli merupakan Ketua Amanah Kawasan Shah Al...
Bekas Menteri Akan Dipanggil Selepas Pembantu Ditahan Dalam Kes Babit Pemaju Kl

Bekas Menteri Akan Dipanggil Selepas Pembantu Ditahan Dalam Kes Babit Pemaju Kl

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 404 hits
May 17 2020 5 41 PMPolis dijangka menyoal siasat pegawai DBKL dan seorang bekas menteri di bawah kerajaan PH KUALA LUMPUR Bukit Aman memulakan siasatan ke atas dakwaan rasuah membabitkan seorang bekas menteri di bawah kerajaan Pakatan Harap...
Dun Perak Lantik Bekas Adun Umno Speaker Baru

Dun Perak Lantik Bekas Adun Umno Speaker Baru

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 435 hits
Dewan Undangan Negeri Perak hari ini melantik Mohammad Zahir Abdul Khalid dari Umno sebagai speaker dan Khalil Yahaya dari PAS sebagai timbalan PETALING JAYA Dewan Undangan Negeri Perak hari ini melantik seorang bekas wakil rakyat Umno seba...
Siasatan Rasuah Khalid Dakwa Broker Perguna Nama Bekas Setiausaha Politiknya

Siasatan Rasuah Khalid Dakwa Broker Perguna Nama Bekas Setiausaha Politiknya

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 377 hits
BEKAS Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Saman mendakwa nama setiausaha politiknya telah digunakan oleh seorang broker sehingga menyebabkan beliau ditahan polis bagi siasatan rasuah semalam Khalid dalam ciapannya di Twitter berkata be...
Khalid Samad Sahkan Bekas Pembantunya Ditahan Polis

Khalid Samad Sahkan Bekas Pembantunya Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 440 hits
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad mengesahkan bekas setiausaha politiknya Azli Yusuf ditahan polis semalam dan kini sedang direman Khalid berkata penahanan itu berdasarkan aduan daripada sebuah syarikat arkitek yang menda...
Polis Sahkan Tahan Bekas Pegawai Khalid Samad Suami Isteri

Polis Sahkan Tahan Bekas Pegawai Khalid Samad Suami Isteri

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 430 hits
Polis hari ini mengesahkan menahan bekas setiausaha politik bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad serta sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung aduan sebuah firma arkitek mengenai arahan pembangunan palsu Pengarah Ja...
Khalid Why I Appointed Aide To Dbkl Advisory Board

Khalid Why I Appointed Aide To Dbkl Advisory Board

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 240 hits
Former FT minister Khalid Samad and former prime minister Najib Razak took swipes at each other over the arrest of Khalid s former aide PETALING JAYA Former federal territories minister Khalid Samad has explained the appointment of his form...
Broker Terima Ganjaran Jutaan Ringgit Jual Nama Bekas Setpol Khalid

Broker Terima Ganjaran Jutaan Ringgit Jual Nama Bekas Setpol Khalid

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 422 hits
ARIF ATAN Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad memberitahu seorang broker telah menggunakan nama bekas setiausaha politiknya Azli Yusuf Pengarah Komunikasi AMANAH itu malam tadi berkata penahanan Azli ekoran aduan sebuah sya...
Pemain Badminton Indonesia Mengaku Rasuah Bekas Menteri Sukan

Pemain Badminton Indonesia Mengaku Rasuah Bekas Menteri Sukan

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 509 hits
Seorang pemain badminton Indonesia yang pernah bergelar juara dunia 2005 dan juara Olimpik 2004 itu mengaku sebagai perantara dalam kes rasuah bekas Menteri Belia dan Sukan Indonesia Imam Nahrawi yang memegang jawatan tersebut dari tahun 20...
A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Domain Portfolio Generating Income

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tidak Dedah Aib Pasangan

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Rahma Rahmi Bagaikan Hanya Mimpi Chord

Resipi Gulai Ikan Masin Tumis Darat Masak Cara Orang Lama Memang Sedap

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Boxed Burgundy A Custom Bmw R12 Ninet From Poland