Khairy Jawab Semua Persoalan Anwar Ibrahim Tentang Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan





Penjelasan Khairy ini sekali gus menjawab persoalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penglibatan penyelidik tempatan dalam pembangunan vaksin.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson sebelum ini membangkitkan persoalan berkenaan penglibatan penyelidik tempatan dalam pembangunan vaksin.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah membiayai penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin tempatan bagi penyakit COVID-19.

MOSTI juga, kata Khairy, membiayai kos R&D kepada dua kumpulan penyelidik iaitu dari Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi MOSTI Combating COVID-19 Fund (MCCOF).
Meskipun Malaysia tidak mempunyai fasiliti lengkap pembuatan vaksin, namun kata Khairy, kerajaan telah memasukkan elemen nilai tambah bagi tujuan itu.
"Justeru, dalam rundingan pembelian vaksin COVID-19 dengan beberapa pembekal, kerajaan telah memasukkan elemen nilai tambah bagi membolehkan Malaysia membangunkan kapasiti pembangunan vaksin dalam negara pada masa hadapan," kata Khairy yang juga Menteri MOSTI dalam kenyataan media pada Selasa.
Pendaftaran vaksinasi
Sementara itu, menjawab mengenai pendaftaran vaksinasi tidak lengkap melibatkan 1.4 juta orang pengguna pula, Khairy berkata, setiap pengguna akan dimaklumkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk melengkapkan penilaian vaksinasi mereka.

"Perkara ini telah saya nyatakan dalam sidang media semalam yang mana saya telah turut memaklumkan bahawa SMS akan dihantar kepada pengguna-pengguna ini untuk meminta agar melengkapkan penilaian vaksinasi bagi membolehkan maklumat temu janji diberikan kepada mereka.
"Berkenaan pendaftaran berkali-kali pula, seperti mana yang saya telah nyatakan, MySejahtera sememangnya mempunyai rekod ketika pendaftaran vaksinasi ketika kali pertama dibuat, justeru pengguna sebenarnya tidak perlu membuat pendaftaran berulang," kata beliau.
Kumpulan antivaksin
Dalam pada itu, mengulas mengenai kumpulan antivaksin pula, Khairy berkata, pihaknya bersama beberapa kementerian dan agensi akan menjalankan program kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan pengambilan vaksin COVID-19.
Katanya, bagi program-program kesedaran melawan kumpulan antivaksin serta memberi keyakinan kepada orang ramai telah banyak kali dilakukan bukan sahaja oleh pihaknya bahkan turut melibatkan kerjasama pihak lain seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
"Siri-siri penerangan telah dilaksanakan di pelbagai platform sama ada di media massa, media cetak mahupun media sosial,"jelasnya.
Malah program bantuan outreach juga, ujar Khairy, sedang berjalan di seluruh negara dalam memberi kesedaran kepada orang ramai berkenaan kepentingan vaksin.
Perolehan vaksin

Menjawab mengenai perolahan vaksin pula, Khairy menjelaskan, kerajaan masih terikat dengan 'non-disclosure agreement' yang dimeterai bersama syarikat pengeluar vaksin.
Bagaimanapun, beliau bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah membentangkan maklumat perincian perolehan vaksin itu kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia pada 5 Januari lalu.
"Butiran serta kertas perjanjian juga telah ditunjukkan kepada PAC.
"PAC menerusi kenyataan Pengerusinya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor dari parti DAP telah menyatakan bahawa PAC berpuas hati dengan pembentangan dan tatacara perolehahan vaksin COVID-19. Terdapat juga wakil PKR dalam PAC,"katanya lagi.
Vaksin Sputnik V
Khairy turut menegaskan bahawa vaksin Sputnik V dari Rusia terdapat dalam portfolio pembelian vaksin COVID-19 negara, tidak seperti andaian Ketua Pembangkang sebelum ini.
"Ketua Pembangkang juga turut membuat andaian bahawa kerajaan tidak memberi perhatian terhadap vaksin daripada negara Rusia iaitu Sputnik V.
"Ini adalah tidak benar memandangkan vaksin Sputnik V sememangnya terdapat di dalam portfolio pembelian vaksin COVID-19 negara dan ketika ini sedang dalam penilaian Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi tujuan kelulusan dan pendaftaran," jelas beliau.
Dalam kenyataan itu, Khairy turut menjelaskan, maklumat lanjut berkenaan PICK akan dibentangkan dalam sesi taklimat kepada Ahli Parlimen tidak lama lagi.
"Surat jemputan kepada Ahli Parlimen juga telahpun dihantar dan saya berharap Ketua Pembangkang serta Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang lain dapat hadir ketika sesi taklimat itu nanti," kata Khairy lapor AstroAwani
Yayasan Shekar
Mengenai sumbangan yang ingin diberikan Yayasan Shekar kepada kerajaan negeri Selangor, Khairy dilaporkan oleh Sinar Harian berkata, hasil daripada semakan yang dilakukan tiada sebarang urusan yang diadakan bersama syarikat Sinovac.

Jelasnya, dakwaan berkaitan Yayasan Shekar sudah menunggu sejak Mac lalu adalah palsu apabila tiada sebarang rekod menunjukkan wujudnya urusan sedemikian.
“Namun demikian saya telah menghubungi yayasan tersebut dan sekali lagi memberi peluang kepada mereka untuk membuktikan bahawa mereka sebenarnya adalah sahih dan mereka dapat memberi sumbangan tersebut.
“Malangnya, setakat ini belum ada apa-apa bukti lagi daripada pihak Sinovac bahawa Shekar Foundation telah membuat tempahan untuk vaksin yang nak diderma,’ katanya dalam satu video yang dikongsikan di Facebooknya pada Khamis.
Selain itu, beliau memaklumkan bahawa pembelian vaksin oleh syarikat industri akan dibenarkan apabila fasa ketiga PICK bermula dengan tujuan mempercepatkan kadar pemberian.
Jelasnya, perkara tersebut telah dibincangkan oleh sektor swasta bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi melaksanakan perkara tersebut.
“Cuma sekarang kita nak selesaikan warga emas dahulu dan senarai di dalam fasa dua. Saya yakin bila bulan Jun nanti kadar vaksin akan meningkat dan akan dipercepatkan lagi di Malaysia,”

Mengulas mengenai kerajaan mengawal pembelian vaksin, Khairy berkata, segala perolehan vaksin perlu mendahulukan kerajaan Persekutuan.
Jelasnya, sebahagian besar negara di dunia termasuk negara maju mengutamakan program imunisasi kebangsaan.
“Kita bagi keutamaan pembelian kepada PICK. Segala perolehan kerajaan Persekutuan mesti didahulukan. Selepas itu sesiapa yang nak beli dari mana-mana syarikat vaksin yang telah menerima kelulusan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bebas untuk melakukannya,” ujarnya.
Monopoli
Menjawab tuduhan berkaitan satu syarikat sahaja memonopoli pembelian vaksin, Khairy menjelaskan bahawa setiap vaksin mesti memiliki label pemilik pendaftaran produk tempatan atau syarikat tempatan membuat permohonan kepada NPRA bagi mendapat kelulusan itu.
Katanya, vaksin Sinovac Registration Holder adalah syarikat Pharmaniaga iaitu syarikat kerajaan yang dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
“Maka dengan ini jelas setiap vaksin perlu melalui satu pemilik pendaftaran produk, China ada juga vaksin lain contohnya Sinofarm dan ada beberapa pihak tempatan ingin mendaftarkan vaksin ini.
“Kita terbuka kepada mana-mana pihak yang mempunyai keupayaan dan maklumat data klinikal untuk mendaftarkan dengan NPRA, itu tak perlu melalui syarikat Pharmaniaga,” ujarnya lapor Sinar Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/05/khairy-jawab-semua-persoalan-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Sunway Percepat Program Imunisasi Kebangsaan Spcc Bakal Jadi Tumpuan 1 8 Juta Penerima Vaksin Daerah Petaling

Kerjasama Sunway Percepat Program Imunisasi Kebangsaan Spcc Bakal Jadi Tumpuan 1 8 Juta Penerima Vaksin Daerah Petaling

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 279 hits
Kita belum menang Ayat ni seringkali kita ungkapkan hampir setiap hari sebagai semangat untuk mengingatkan diri dan orang sekeliling tentang perjuangan melawan pandemik yang belum selesai var currentUrlTwo window location hostname window lo...
Semua Rakyat Disuntik Vaksin Covid 19 Menjelang Akhir Tahun Pm

Semua Rakyat Disuntik Vaksin Covid 19 Menjelang Akhir Tahun Pm

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 236 hits
Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR Muhyiddin ketika menerima suntikan vaksin Covid 19 PETALING JAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya semua rakyat Malaysia akan menerima suntikan vaksin Covid 19 pada akhir tahun ini Menurutnya b...
Pastikan Ibu Ayah Kita Di Kampung Dapatkan Info Terkini Tentang Covid 19 Lindungi Mereka

Pastikan Ibu Ayah Kita Di Kampung Dapatkan Info Terkini Tentang Covid 19 Lindungi Mereka

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 346 hits
Assalamulaikum Kes harian Covid 19 menunjukkan peningkatan dan ianya amat membimbangkan Kalau kita dapat dilihat bahawa covid 19 dapat disebarkan dengan cepat terutama kepada mereka yang mempunyai penyakit kronik atau penyakit 3 serangkai i...
Tak Sedar Tak Tahulah Liputan Khas Tentang Covid 19 Oleh Majalah 3 Buat Ramai Sebak

Tak Sedar Tak Tahulah Liputan Khas Tentang Covid 19 Oleh Majalah 3 Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 230 hits
Baru baru ini kru Majalah3 telah berpeluang membuat liputan eksklusif di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang dan Hospital Sungai Buloh Difahamkan Majalah 3 membuat rakaman tersebut seminggu sebelum
Pandangan Seorang Rakyat Malaysia Tentang Hala Tuju Negara Kita Ketika Covid 19 Ini

Pandangan Seorang Rakyat Malaysia Tentang Hala Tuju Negara Kita Ketika Covid 19 Ini

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 244 hits
Penulisan kecil ini tiada sangkutan dengan mana mana parti politik tetapi sekadar pandangan dari penulis yang bukan ahli politik bukan ahli ekonomi atau sebarang pakar Ini ialah pandangan sebagai rakyat jelata yang melihat satu keadaan yang...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris