Khairuddin At Takiri Buat Pendedahan Mengejutkan



Khairuddin At Takiri Buat Pendedahan Mengejutkan | Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali mendedahkan perjanjian antara PAS dengan Perikatan Nasional (PN) pada September 2019 dibuat tanpa meminta pandangan daripada kepimpinan parti itu

Malah, kata Khairuddin, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjalinkan kerjasama dengan PN tanpa mengikut lunas perlembagaan parti.

"PN ditubuhkan tidak mengikut lunas perlembagaan parti, hanya dengan tandatangan surat oleh presiden parti dan dengan nasihat dua tiga orang saja

"Ditandatangani, bersetuju untuk tubuhkan PN tanpa dibawa kepada jawatankuasa harian pusat, tanpa ada kertas kepada AJK PAS Pusat, tanpa dibawa ke Majlis Syura Ulama dan dibahaskan untuk dilihat siasah syarie, maqasid syariahnya, belum dipersetujui tetapi sudah diluluskan.
Khairuddin At Takiri Buat Pendedahan Mengejutkan"Ini contoh kesilapan tetapi apa yang berlaku kita diamkan, kita betulkan dalaman saja," katanya dalam satu temu bual di BernamaTV, malam tadi.
Mengulas lanjut, Khairuddin berkata perkara itu berbeza dengan apa yang berlaku ketika Muafakat Nasional (MN) ditubuhkan.
"Dasar parti adalah MN, dasar parti yang dibuat melalui proses yang sangat hebat, bermula dengan kertas kerja di peringkat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, dibawa ke Majlis Syura Ulama dan ini peraturan, Fasa 26 (9)(K).
"Maka ini berlaku, Majlis Syura meluluskan dan dua kali dibawa ke muktamar iaitu pada tahun 2018, 2019 dan akhirnya kita bersetuju untuk tubuhkan MN.
"Draf MN dibawa ke dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat, Majlis Syura dan diturunkan ke pusat, dibetulkan draf dan dibawa semula ke bawah barulah ditandatangani di hadapan ahli dan kepimpinan PAS dan Umno di PWTC pada 14 September 2019.
"Ini contoh proses mengikut proses dalam parti tetapi apa jadi pada PN?” soalnya.
PN ditubuhkan secara mengejut bagi mengambil alih pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang runtuh pada 24 Februari tahun lalu.
Khairuddin At Takiri Buat Pendedahan MengejutkanProses pengambilalihan kerajaan oleh bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin itu mendapat sokongan ahli Parlimen daripada Bersatu, Umno, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa parti lain.
Bagaimanapun, Umno pada 30 Julai 2020 melalui presidennya Ahmad Zahid Hamidi memutuskan parti itu tidak menyertai PN secara rasmi.
Zahid berkata Umno sebaliknya akan terus memperkasakan MN bersama-sama dengan PAS dan parti komponen BN yang lain.
Menurutnya, sokongan kepada kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan anggota parlimen Umno dan BN di Dewan Rakyat dan Adun di peringkat negeri.
Kesal aduan dibocorkan
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Khairuddin menyatakan rasa kesalnya tindakan pihak tertentu merakam perbualannya dengan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin dan membocorkannya.
Menurut Khairuddin, ia telah menjadi fitnah kepada dirinya sendiri dan memaksa parti membuat keputusan mengeluarkannya daripada barisan kepimpinan.
"Saya mengadu kepada musyidul am, aduan seorang setiausaha kepada ketuanya musyidul am tetapi aduannya (tentang segala perkara yang perlu saya bawa menerusi saluran parti) dibocorkan sehingga menjadi fitnah kepada diri saya sendiri.
"Tetapi itu sudah berlalu, yang penting sebagai ahli parti saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin parti menggunakan saluran yang ada dan kemuncaknya saya terkeluar daripada barisan kepimpinan.
"Maka telah berakhirlah tugasan saya sebagai pimpinan parti yang menegur secara dalaman," katanya.
Terdahulu, Khairuddin mengumumkan permohonan berhenti daripada menjadi ahli PAS.
Menurutnya, surat telah dikemukakan kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, mengikut perlembagaan PAS.
Sebagai rekod Khairuddin sejak kebelakangan ini tampil mengkritik pendekatan PAS termasuk langkah pemimpin yang menyerang Umno ketika berkempen dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor.
Khairuddin At Takiri Buat Pendedahan MengejutkanDia juga sebelum ini digugurkan daripada anggota jawatankuasa (AJK) PAS.
Jawatankuasa pusat PAS juga menarik balik pencalonannya sebagai anggota Majlis Syura, menyebabkan kelayakannya sebagai setiausaha badan itu terbatal. - mk






BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan TeksPeluang Menjana Pendapatan Pasif 5-20% Sebulan Tanpa Perlu Buat Apa2 atau Menaja Sesiapa Yang Terbukti Sejak Tahun 2019 Hingga Hari Ini (KLIK SINI)
Anda Nak Income Dari Trading? Tetapi Tak Mahir Trade Sendiri? Tak Pandai Analisis? Tak Ada Masa? Sibuk Dengan Kerja? Ini Solusinya Trade ANDA Jalan Secara Automatik 24 Jam Sehari, 5 Hari Seminggu! (KLIK SINI)
Hak Penjagaan Harta Anak Bawah Umur Bukannya Isteri Tersayang (KLIK SINI)

                                                                                Iklan

 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2022/03/khairuddin-at-takiri-buat-pendedahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Benar Susu Farm Fresh Sebenarnya Bukan Susu Segar Lelaki Ini Buat Pendedahan Yang Mengejutkan

Adakah Benar Susu Farm Fresh Sebenarnya Bukan Susu Segar Lelaki Ini Buat Pendedahan Yang Mengejutkan

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 231 hits
March 6 2022 ADAKAH BENAR SUSU FARM FRESH SEBENARNYA BUKAN SUSU SEGAR FRESH Tok rasa Tok dah tertipu Kita semua dah tertipu Selama ni Tok percaya dan bermati matian ingat susu keluaran Farm Fresh adalah susu segar dari ladang tempatan konon...
Khairuddin At Takiri Dan Nik Abduh Kena Dedahkan Watikah Hj Hadi Khianati Arwah Tok Guru Nik Aziz

Khairuddin At Takiri Dan Nik Abduh Kena Dedahkan Watikah Hj Hadi Khianati Arwah Tok Guru Nik Aziz

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 121 hits
Baca dan fahami KHAIRUDDIN AT TAKIRI DAN NIK ABDUH KENA DEDAHKAN WATIKAH HJ HADI KHIANATI ARWAH TOK GURU NIK AZIZ1 Kenapa Hj Hadi buat Surat Watikah lantik Ahmad Yaakob menjadi Menteri Besar lepas PRU13 lalu Tahun 2013 Kempen PRU13 PAS kemp...
Khairuddin Pas Throws Mature Political Policy Into South China Sea

Khairuddin Pas Throws Mature Political Policy Into South China Sea

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 115 hits
Kuala Nerus MP Khairuddin Aman Razali has renewed his criticism for his party following PAS performance in the Johor state election He asserted that PAS mature and prosperous political culture has now been thrown deep into the South China S...
Khairuddin Umum Keluar Pas

Khairuddin Umum Keluar Pas

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 126 hits
agendaily com14 3 2022Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali keluar daripada PAS hari ini 14 Mac 2022 Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini mengumumkan pendiriannya keluar daripada PAS ...
Listen To Grassroots Views Khairuddin Tells Pas Leaders

Listen To Grassroots Views Khairuddin Tells Pas Leaders

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 121 hits
Khairuddin Aman Razali said the PAS leadership should listen to the views of its rank and file members and the local party machinery that interact with ordinary people PETALING JAYA PAS leaders need to listen more to its grassroot members a...
Tu La Takiri Hang Pun Dapat Habuan Juga Dulu Dok Kutuk Orang La Ni Hang Kena Dengan Kawan Kawan Dalam Parti Agama Ni

Tu La Takiri Hang Pun Dapat Habuan Juga Dulu Dok Kutuk Orang La Ni Hang Kena Dengan Kawan Kawan Dalam Parti Agama Ni

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 132 hits
Samsuri kata Pas tak akan pujuk Khairuddin kerana keluar partiMarch 17 2022 PAS menganggap tindakan Khairuddin Aman Razali meninggalkan parti itu mulai kelmarin sebagai hak peribadi ahli parlimen Kuala Nerus berkenaan Naib Presiden PAS Ahma...
Sengaja Jual Tangmo Pada Vvip Pengurus Akhinrya Buat Satu Pengakuan Mengejutkan Ramai

Sengaja Jual Tangmo Pada Vvip Pengurus Akhinrya Buat Satu Pengakuan Mengejutkan Ramai

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 428 hits
Selepas dua hari mayat pelakon cantik Thailand Tangmo Nida 38 akhirnya dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada Sabtu
Akhirnya Khairuddin Mungkir Janji

Akhirnya Khairuddin Mungkir Janji

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 106 hits
Dia janji dengan saya apa pun yang jadi dia tak akan keluar dari PAS Ini menggemparkanlah apabila dia ambil tindakan begitu Tapi ikut janji dia dia tak akan keluar daripada PAS Jadi saya akan dapatkan penjelasan daripada dia sendiri kata Mu...
Khairuddin Attakiri Menasihatkan Pemimpin Pas

Khairuddin Attakiri Menasihatkan Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 150 hits
PAS perlu dengar pandangan ahli bawah kata Khairuddin selepas kecundang di JohorFMT ReportersPETALING JAYA Kalah itu biasa menang itu luar biasa kata bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Khairuddin Aman Razali susulan prestasi teruk parti...
Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Spring Harbor House By Johnsen Schmaling Architects In Madison Wisconsin

Pengukus Lubang Tepi

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

New Environment