Khabar Hari Ini Sabtu 29 02 2020 9818



Saturday, February 29, 2020
GAMBAR - GAMBAR INI MENUNJUKKAN CERIAKAH WAJAH MEREKA?




Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Saturday, February 29, 2020WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: GAMBAR - GAMBAR INI MENUNJUKKAN CERIAKAH WAJAH MEREKA?
Alhamdulillah, Kerajaan PH Baharu tanpa pengkhianatMALAYSIADATELINE
Kerajaan Pakatan Harapan Baharu yang bakal dibentuk sehari dua ini bakal bersih dari pengkhianat dan musang berbulu ayam. Ketika kerajaan PH diserang kiri dan kanan, rupa-rupanya ia dimusnahkan oleh orang dalam sendiri. Ekonomi negara yang tidak pernah sembuh, kestabilan politik yang tidak pernah ada, semuanya kerana ada musang berbulu ayam.
Kes Adib, LTTE dan sebagai sentiasa menggoncang kerajaan. Semoga Kerajaan PH Baharu lebih stabil dan dapat memberikan khidmat terbaik untuk rakyat.
BORHAN AHMADJuga rakyat Malaysiaat 2/29/2020 12:09:00 PTG
Dr M kini kata ada sokongan majoriti lepas PH kembali sokong
Dr M kini kata ada sokongan majoriti lepas PH kembali sokong Malaysiakini Perdana Menteri Interim, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau kini mempunyai angka mencukupi untuk membentuk kerajaan baru. Ini selepas beliau bertemu dengan pemimpin Pakatan Harapan pagi ini. "Saya yakin bahawa saya mempunyai bilangan yang diperlukan untuk mendapatkan sokongan majoriti di Dewan Rakyat. "Oleh itu, saya bersedia untuk menjadi calon perdana menteri."
Keputusan ini akan disampaikan kepada Yang Di-Pertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan. Pakatan Harapan, dalam kenyataan yang berasingan, mengesahkan bahawa gabungan itu akan menyokong Mahathir. Perjanjian antara Mahathir dan PH masih tidak jelas memandangkan tidak dapat dipastikan sama ada perdana menteri interim itu bersetuju menubuhkan kembali kerajaan PH yang lama, atau PH akhirnya akan akur dengan rancangan Mahathir untuk menubuhkan kerajaan perpaduan tanpa berasaskan parti. 
Bagaimanapun, PH dalam satu kenyataan hari menegaskan yang ia akan terus mengotakan janji dalam manifestonya pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu. “PH berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuangkan manifesto PH dalam kerajaan,” katanya. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, ketika ditanya apakah Mahathir akan mengembalikan kerajaan PH, hanya menjawab “Ya”, tanpa mengulas lanjut. Sementara itu, Mahathir dalam kenyataannya pula, berkata beliau tidak pernah mengisytiharkan sokongannya kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri. “Seperti yang saya nyatakan berulang kali, saya menentang apa jua bentuk kerjasama dengan individu yang dikenali sebagai perasuah, dan merupakan sebahagian daripada pentadbiran kleptokrasi yang kerajaan PH telah singkirkan dengan begitu susah payahnya. 
“Atas dasar prinsip, saya telah sampaikan (pendirian) ini kepada anggota Parlimen Bersatu dalam mesyuarat semalam. “Saya tidak menandatangani apa-apa akuan bersumpah (SD) bagi menyokong mana-mana individu,” katanya. Jelasnya lagi, beliau keluar awal daripada mesyuarat itu bagi memberi ruang anggota parlimen Bersatu berdebat secara bebas bagi memilih siapakah yang dirasakan sesuai untuk jawatan perdana menteri. “Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, meskipun saya tak bersedia untuk bekerja dengan mereka yang korup dari Umno, saya boleh menerima mereka secara individu, asalkan mereka terbukti bersih (dari rasuah). “Mungkin Muhyiddin lebih bersikap tidak kisah dalam pendekatan ini,” katanya. 
Sokongan PH kepada Mahathir berlaku di tengah-tengah cubaan Muhyiddin untuk kembali merealisasikan Perikatan Nasional yang pada asalnya digagaskan untuk mengganti kerajaan PH pada Ahad lalu. Gerakan itu mahu Mahathir menjadi perdana menteri di bawah gabungan baru yang terdiri daripada Bersatu, bekas PKR yang diketuai anggota Parlimen Gombak Azmin Ali, BN, PAS, GPS, dan Warisan. Gerakan itu terbantut apabila Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri. Tindakan Mahathir itu turut meruntuhkan kerajaan PH. Pemimpin PH melobi Mahathir untuk mengembalikan kerajaan PH tetapi mereka kemudiannya menamakan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri setelah mendapat tahu niat Mahathir yang mahu menubuhkan kerajaan perpaduan yang tidak berasaskan parti. BN dan PAS, yang sebelum ini menyokong Mahathir dan percaya beliau akan mengetuai Perikatan Nasional, kemudiannya menuntut agar Parlimen dibubarkan setelah mendapat tahu rancangan Mahathir itu. Semalam pula, mereka memutuskan untuk menyokong Muhyiddin selepas kelihatan ada harapan untuk Perikatan Nasional kembali direalisasikan. Semalam, Anwar dan Muhyiddin dilihat seperti pesaing utama untuk jawatan perdana menteri. Hari ini, nampaknya, Mahathir kembali mendahului. 
at 2/29/2020 11:30:00 KERENGGA: Dr M kini kata ada sokongan majoriti lepas PH kembali sokong
PERCATURAN SELESAI, KERAJAAN PH KEMBALIOleh: RedzuanFebruary 29, 2020Kerajaan Pakatan Harapan dijangka kembali memerintah apabila gabungan parti PKR, DAP dan Amanah bersetuju untuk mencalonkan Tun Mahathir sebagai perdana menteri. Hal itu diumumkan oleh komunikasi PH sebentar tadi yang menyebut gabungan itu telah diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum ke 14 dan akan meneruskan mandat dengan mencalonkan Tun Mahathir sebagai perdana menteri baharu. “Pakatan Harapan bertegas menentang sebarang usaha ‘kerajaan pintu belakang’ terutama yang melibatkan kleptokrat dan pengkhianat perjuangan, yang akan merosakkan segala usaha reformasi yang telah dilaksana hingga kini. “Oleh itu, demi mempertahan perjuangan, Pakatan Harapan menyatakan sokongan penuh terhadap YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri. 
“Pakatan Harapan berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuang manifesto Pakatan Harapan dalam kerajaan,” kenyataan itu menyebut. Serentak dengan itu, satu lagi kenyataan di keluarkan oleh Tun Mahathir bahawa beliau mempunyai angka mencukupi untuk membentuk kerajaan baru. Ini selepas beliau bertemu dengan pemimpin Pakatan Harapan pagi tadi. “Saya yakin bahawa saya mempunyai bilangan yang diperlukan untuk mendapatkan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.“Oleh itu, saya bersedia untuk menjadi calon perdana menteri. “Keputusan ini akan disampaikan kepada Yang Di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan. 
Formula tersebut pernah dicadangkan pada malam Selasa lalu dengan Tun Mahathir perdana menteri dan Anwar sebagai timbalan atau menteri kanan. Namun Tun belum bersetuju kerana mahu mendengar dahulu daripada parti Bersatu dan kumpulan Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun apabila Bersatu melanggar arahan Tun mencadangkan beliau sebagai PM sebaliknya mengubah kepada Muhyiddin maka Tun menerima formula beberapa hari lalu untuk bergabung semula dalam PH.WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: February 2020
Sabtu 29/02/2020Elok bubar Parlimen, pemimpin politik sudah perlekeh Agong.Mereka jadikan pertemuan peribadi Baginda dengan setiap MP sia-sia ainulillia Send an email29/02/2020BANGI, 5 Rejab 1441H, Sabtu – Pemimpin elit parti politik bukan sahaja mempermainkan undi rakyat, malah mereka kini seolah-olah memperlekeh Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (Berjasa), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, Agong telah mengambil langkah untuk menyelesaikan kemelut politik susulan perletakan jawatan Tun Dr Mahahir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan penarikan diri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata, ‘pemimpin-pemipin ini’ beberapa kali mengubah pendirian selepas selesai perjumpaan secara peribadi antara Baginda dan setiap Ahli parlimen yang mengambil masa dua hari. Malangnya, pemimpin elit parti politik tidak menghormati proses itu dengan membuat beberapa perisytiharan yang berolak-alik, sekali gus menjadikan seolah-olah usaha pertemuan peribadi Baginda dengan setiap Ahli Parlimen sebagai sia-sia. “Mereka seperti memperlekeh SPB YDP Agong, apabila beberapa kali mengubah pendirian, justeru, eloklah dibubarkan Parlimen. Rakyat tidak bodoh dan tidak mahu diperbodohkan,” katanya. 
Pagi ini, PH membuat perubahan dengan mencalonkan semula Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri kelapan. Sebelum ini, PH memutuskan menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. Bagaimanapun, Majlis Presiden Pakatan Harapan menerusi kenyataan media hari ini, memaklumkan PH menyokong penuh Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri demi mempertahankan perjuangan. Dalam perkembangan sama, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut yakin mempunyai angka mencukupi untuk memperoleh sokongan majoriti di Dewan Rakyat bagi dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan PH – yang hanya bertahan satu tahun lapan bulan – akhirnya tumbang selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Isnin lalu.Elok bubar Parlimen, pemimpin politik sudah perlekeh Agong - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
Dari Minda Najah Asri (Anak Perempuan Arwah Datuk Asri Muda bekas MB Kelantan/ YDP PAS Pusat)
Minda kita dibasuh dan dihidangkan dengan;
DAP = KOMUNIS DAP = MUSUH ISLAM

Bagaimana pula dengan MCA? Oh.. MCA okay.. tidak memusuhi Islam..

Kenapa MCA okay? Sebab.. MCA adalah kawan UMNO. Duduk dalam satu pakatan Barisan Nasional.

Sekarang mari kita lihat dari sudut politik kaum cina 

Dulu, ramai cina duduk diam-diam sahaja. Bagi mereka, wang adalah raja. Tapi tak sama makna 'CASH IS KING' Najib tu.Politik, mereka serahkan kpd MCA sbg wakil kaum cina.

Kemudian, lahir DAP. DAP ditubuhkan pada bulan oktober 1965.. 16 tahun selepas wujudnya MCA. Ketika itu sudah mula ramai aktivis cina memperjuangkan hak2 mereka.
Tambah2 bila dengar berita Singapura keluar daripada Malaysia di bulan ogos, tahun yang sama.

MCA? Mana mereka? Tidak berjuang utk rakyat cina ke?
MCA kan kawan UMNO. Haah.. kawan yang sama2 dapat bahagian - satu untuk aku, satu untuk kau! Sama2 dapat lesen utk merompak. Tapi dalam diam la..

Dalam pada bergegar pemimpin UMNO kutuk cina, kaum cina @ MCA rilek jer.. Sekolah cina ada. Sekolah cina kerajaan ada. Sekolah cina swata ada. Makin besar. Makin bertambah. Tak cukup cikgu? Kerajaan hantar. Tak cukup belanja? Kerajaan bagi. Kaum cina tak pandai cakap melayu.. ada kerajaan BN bising? Kaum cina buat syarat nak ambil pekerja di syarikat mereka.. 'mesti pandai berbahasa Mandarin', ada kerajaan BN ambil pusing? Ada pemberita berani tulis? DAP pun tak bising. Buat apa nak bising sb untungnya untuk kaum depa juga. 

Tapi semakin hari, perangai rasuah dan menindas pemimpin MCA semakin buruk. Sama buruknya dengan UMNO. Seperti yg saya sebutkan awal tadi, bagi cina wang adalah raja. Majoriti drp mereka berniaga. Mereka tak begitu berminat hendak ambil tahu pasal politik. Mereka lebih suka berniaga. Cukup tahun, mereka bayar cukai. Pemimpin melayu nak rompak wang rakyat melayu, rompak lah.

Tetapi.. Bila ekonomi negara semakin teruk.. rompakan bukan hanya melibatkan wang melayu tetapi juga melibatkan wang semua rakyat.. duit pembayar cukai.. mata mereka yang sepet, mula terbuka luas. Mereka juga melihat kaum mereka sama buruknya dengan perangai orang melayu.

Maka, kaum cina beralih menyokong DAP. MCA sudah tidak laku. DAP semakin kuat dan bersatu. Mereka dibantu oleh kaum mereka, baik secara terang2an mahupun secara sembunyi (sebab masih memerlukan tender kerajaan BN)

Maka.. tanya diri kita yang bijak.. siapa yang menyebabkan DAP kuat? Siapa yang melindungi dan membuatkan kumpulan ngo cina menjadi begitu kuat dan lantang bersuara selama ini?

Bukankah kerajaan BN yang UMNO sebagai PM dan majoriti menteri dulunya? Bila mereka kalah, mereka mula menjerit dan laungkan: MELAYU TERANCAM! DAP KOMUNIS MAHU MEMERINTAH MELAYU!

Kaum cina yang melayu benci sangat tu, adalah rakyat Malaysia. Suka atau tidak, mereka ada hak sebagai warganegara. Sama macam orang melayu. Sama-sama dapat satu keping kertas undi untuk parlimen dan dewan undangan negeri, bila tiba hari mengundi.

Cuma kelebihan melayu, kita ada hak-hak istimewa.
Contohnya dalam pendidikan dan milikan tanah. Itu pun tanah reserve melayu dah makin susut.. banyak dijual kepada cina. Siapa yang jual tanah reserve  melayu ni? Cina atau melayu?

Mentera MELAYU TERANCAM ini lah membuat ramai jiwa melayu kacau sekarang. Mentera yang dizikirkan (dari bahasa arab yg bermaksud ingat dan sebut) oleh UMNO dan rakan baiknya PAS, di setiap ceramah. Baik dalam ceramah agama mahupun ceramah politik.

Dahulu, cina pilih MCA. Sekarang, cina pilih DAP. Dahulu, DAP adalah musuh UMNO. Sekarang, DAP juga musuh PAS. UMNO dan PAS berjaya 'brain washed' sebilangan besar melayu. Tapi cuba kita fikir.. kalaulah gabungan PERIKATAN NASIONAL ini menjadi kerajaan,
1) Adakah menteri drp kaum cina TIDAK akan dilantik? 
MCA, sahabat baik UMNO ini sudah pasti tidak akan dilupakan.
2) Adakah budak cina jahat Jho Low akan dibawa balik?
Mungkin.. tetapi balik bukan sebagai penjenayah.

Ini baru cerita pasal politik kaum cina. Politik melayu lagi la dahsyat. Bersimpang siur. Dah jadi mcm cerita Keluarga 69 Tan Sri P. Ramlee.Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Saturday, February 29, 2020
KELUAR PAS KONONNYA BENCI UMNO, AKHIRNYA BERSAMA UMNO UNTUK JATUHKAN KERAJAAN PH
YB Amiruddin Hamzah, MP Kubang Pasu.  Beliau asalnya dari Pas, pegang AJK Pas Negeri Kedah. Beliau keluar Pas kononnya tidak lagi meyakini perjuangan Pas yang mesra kepada Umno.  Beliau pun menyertai Bersatu dan bertanding di dalam PRU14 di bawah PH dan menang.

Sekarang, beliau di antara beberapa MP dari Bersatu yang mengikut Muhyiddin Yassin untuk menjadi pengkhianat kepada PH, bersama Umno untuk merampas kerajaan PH.

Sia-sia beliau keluar dari Pas kerana akhirnya bersama Umno juga.

Itulah orang politik yg mahu jaga perut tidak kira halal dan haram.

WFAUZDIN NSPosted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Saturday, February 29, 2020
MUHYIDDIN JADI KETUA KEPADA BARISAN PENYAMUN?1. Kenyataan ringkas Bersatu mengatakan ahli Dewan Rakyat parti itu bersama feksyen Azmin Ali telah menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.2. Sebagai penjelasan, ini bukan keputusan Bersatu. Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu tidak dibawa berunding atau dimaklumkan mengenai hal ini.3. Pendirian terakhir MPT yang dibuat dalam mesyuarat malam Isnin lalu ialah Tun Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri.4. Dalam perkembangan berkaitan, Umno dan Pas menyatakan sokongan kepada Muhyiddin. Ini tidak menghairankan.5. Tidak seperti Dr Mahathir yang hanya bersedia menerima pemimpin Umno sebagai individu, Muhyuddin sanggup menerima mereka sebagai parti.6. Prinsip Tun adalah beliau menghormati keputusan rakyat jelata yang menolak penjenayah kleptokrasi dalam PRU 2018.7. Perlu diingatkan semula bahawa Bersatu adalah cetusan daripada kempen Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat tahun 2016.8. Dr Mahathir berulang kali mengingatkan MPT bahawa Umno “desperate” untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan Bersatu kerana hari penentuan bagi para pemimpinnya yang sedang dibicarakan semakin hampir.9. Sementara itu jenayah baru telah ditemui termasuk jenayah berat.10. Jadi tidak hairanlah kalau mereka menggunakan slogan agama, bangsa, negara, maruah dan seumpamanya sebagainya perisai.Wallahuaklam. Terima kasih.A Kadir JasinAhli MPT Bersatu28 Februari 2020.Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Saturday, February 29, 2020
HA..HA..HA..BERGASAK LAH....
Bagi aku bila Muhyiddin mengenepikan Tun Mahathir, sudah satu berita baik.. Bila Blok BN,UMNO dan PAS kembali sokong Muhyiddin juga satu berita baik.. Bila Azmin sertai Bersatu juga satu berita baik.. 

Sebabnya dalam Bersatu..UMNO itu sendiri bukan semua sokong Muhyiddin..Sokongan berdasarkan Blok parti tidak akan kemana..ia hanya menggambarkan kerakusan nak jadi PM.. tidak kekal lama.. nak tengok reaksi bagaimana orang seperti Dr Maszlee, Syed Saddiq nak bersama dengan UMNO..

Hari ini salah satu gabungan yang paling Solid adalah Pakatan Harapan.. Walaupun Azmin membawa keluar 11 Kerusi parlimen.. Pakatan masih ada 92 Kerusi.. Hanya Perlukan 20 Kerusi lagi gabungan..Jika MP PKR tidak tinggal Parti..Hanya perlukan 10 lagi kerusi... Hakikatnya hari ini apapun terjadi Pakatan Harapan yg Solid..

Cuba lihat Parti Bersatu.. Asalnya depa hanya menang 13 Kerusi masa PRU 14.. Sekarang ada hanya 26 Kerusi dari sokongan MP UMNO yang lompat bukan sebab prinsip.. tapi sebab PH berkuasa...

Bersatu 26 Kerusi.. Untuk bentuk Kerajaan, Perlukan sokongan dari Blok UMNO, blok Warisan, Blok GPS, Blok ,Blok PAS, BLOK Azmin.. Bersatu perlukan 5 Blok lagi.. untuk bentuk Kerajaan..

mereka Bersatu..akan dibentuk dengan pelbagai Idealogi Politik dan pelbagai haluan yang tidak jelas.. Sedangkan PH matlamatnya jelas..Sebuah Malaysia baru.. dan aku yakin... ada MP Bersatu , Warisan dan GPS sendiri suatu masa nanti akan melompat kepada PH..

Bersatu terlalu bercita cita tinggi untuk jadi PM berterusan.. jadi teruskan lah... Jika Muhyiddin berjaya jadi PM pun.. Muhyiddin boleh jatuh pada bila bila masa dalam dewan rakyat...Bila bila masa PH akan boleh buat undi tidak percaya..

Gabungan dan Kerajaan begini tidak akan menyakinkan Pelabur dan Ekonomi...Jadi berfikirlah.. masih ada ruang semua ahli parlimen berfikir demi masa depan Ekonomi Negara....  :)

IpohmaliPosted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, February 28, 2020
*GERAKAN RAKYAT MENDESAK MP JANGAN MENGKHIANATI RAKYAT**GERAKAN RAKYAT MENDESAK MP JANGAN MENGKHIANATI RAKYAT*

Ayuh Rakyat Malaysia, ramai2 panggil Ahli Parlimen masing-masing dan mendesak mereka supaya jangan mengkhianati pengundi!!

*Pengkhianat*
1. Gombak - *Azmin Ali* 012-4303512
2. Ampang - *Zuraida Kamaruddin* 019-3854238
3. Indera Mahkota - *Saifuddin Abdullah* 019-3374171
4. Selangau - *Baru Bian* 013-8014664
5. Bandar Tun Razak - *Kamaruddin Jaffar* 019-3839938
6. Nibong Tebal - *Mansor Othman* 012-4303512
7. Batu Pahat - *Rashid Hasnon* 019-4579077 / 019-4560077
8. Segamat - *Santhara Kumar* 012-2880304
9. Saratok - *Ali Biju* 019-8727261 
10. Puncak Borneo - *Willie Mongin* 012-3701988
11. Ranau - *Jonathan Yasin* 017-8195808

*Atas Pagar*
12. Petaling Jaya - *Maria Chin* 013-3422931
13. Sungai Buloh - *Sivarasah Rasiah* 012-2138613
14. Ayer Hitam - *Wee Ka Siong* 012-7197777
15. Tanjung Piai - *Wee Jack Seng* 012-7129168

*PPBM*
16. Langkawi - *Mahathir Mohamad* 
17. Jerlun - *Mukhriz Dr. Mahathir* 012-2024433
18. Pagoh - *Muhyiddin Mohd. Yassin* 012-2624312
19. Titiwangsa - *Rina Mohd. Harun* 013-8301880
20. Kubang Pasu - *Amiruddin Hamzah* 019-4540044
21. Simpang Renggam - *Maszlee Malik* 019-3431974 017-2360435
22. Alor Gajah - *Mohd. Redzuan Md. Yusof* 019-3316953
23. Muar - *Syed Saddiq Syed Abdul Rahman* 019-3714673
24. Tambun - *Ahmad Faizal Azumu* 019-5726777
25. Sungai Besar - *Muslimin Yahya* 011-32332419
26. Kuala Pilah - *Eddin Syazlee Shith* 019-6622174
27. Sri Gading - *Shahruddin Mohd. Salleh* 013-3558055
28. Tanah Merah - *Ikmal Hisham Abd Aziz* 019-3335272 
29. Jeli - *Mustapa bin Mohamed* 019-3891155
30. Hulu Terengganu - *Rosol Wahid* 012-9838307
31. Tasik Gelugor - *Shabudin Yahaya* 012-4213334
32. Sepanggar - *Azis Jamman* 017-8581174
33. Larut - *Hamzah Zainuddin* 012-2004208
34. Bagan Serai - *Noor Azmi Ghazali* 012-5037007
35. Sabak Bernam - *Mohd Fasiah* 012-6705674
36. Masjid Tanah - *Mas Ermieyati* 016-2570667
37. Mersing - *Abdul Latiff Ahmad* 012-2221999
38. Kudat - *Abdul Rahim Bakri* 019-3232767
39. Beaufort - *Azizah Mohd Dun* 019-6196264
40. Sipitang - *Yamani Hafez* 
41. Beluran - *Ronald Kiandee* 019-5313337
42. Libaran - *Zakaria Mohd Edris* 010-9555320

*Warisan*
43. Semporna - *Shafie Apdal* 017-2323225
44. Batu Sapi - *Liew Vui Keong* 010-2142338 / 012-9692872
45. Penampang - *Darell Leiking* 013-8369888 / 016-8326969
46. Silam - *Mohamaddin Ketapi* 019-8691669
47. Labuan - *Rozman Isli* 016-8138000
48. Kota Belud - *Isnaraissah Munirah Majilis* 013-8759929
49. Sipitang - *Yamani Hafez* 013-8501777
50. Papar - *Ahmad Hassan* 012-2024489
51. Kalabakan - *Ma’mun Sulaiman* 019-8339806Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, February 28, 2020
Saturday, February 29, 2020Penglaman Zaman BN: Pengalaman Hadapi ‘Sekatan’ Solat Jumaat. "..dan rakan non-Muslim amat saya hargai."‘Sekatan’ Solat Jumaat: Pengalaman bekas pekerja Sony
"HANYA mati sahaja yang akan menidakkan saya tidak boleh lagi Solat Jumaat!” demikian tegas Nor Zamri Latiff berkongsi imbasan pengalamannya menghadapi ‘sekatan’ untuk pergi mengerjakan Solat Jumaat kira-kira 20 tahun dahulu. Ketika itu beliau bekerja di sektor perkilangan, antara syarikat terkemuka dunia iaitu Sony EMCS di Perai, Pulau Pinang dan telah berkhidmat selama 18 tahun, sebelum berhenti 12 tahun lepas.
Cerita beliau, jadual kerja ketika itu disusun ‘Bos Melayu’, tetapi dipantau ‘Bos bukan-Melayu’ yang dibidasnya membuat undang-undang bodoh dan kerana keingkarannya untuk tetap solat, beliau dipanggil pihak atasan. Akibat dari hal tersebut katanya, berlaku peristiwa beliau menumbuk rakan sejawatan bukan-Muslim hingga membuka mata mereka yang lain dan mendesak peraturan membenarkan Solat Jumaat.
“Saya tetap keluar (pergi Solat Jumaat). Tahun 1995 direzekikan oleh Allah S.W.T (saya dapat) kenaikan pangkat untuk bersama membina department baru iaitu Sony ODD. Alhamdulillah. Jasa Bos dan rakan non-Muslim amat saya hargai. “Semua (pekerja Sony ODD) keluar (pergi) Solat Jumaat hingga ‘mencemburukan’ (pekerja) department lain. Director ODD, Mr TK Ong begitu rapat dengan saya. Sentiasa support dan cover berkaitan solat dan kebajikan. “Tahun 2000 alhamdulillah semua pekerja keluar Solat Jumaat dan dimestikan menaiki bas kilang sahaja. Selepas itu bertambah baik dengan 2 jam stop operasi. Pekerja wanita Muslim (pula) boleh mendengar Kuliah Muslimat di surau dengan jemputan Ustazah. “Allahuakbar! Apabila kita meletakkan Islam dalam pekerjaan, insya-Allah, Allah permudahkan. (Malah) Sony ODD terlalu banyak (dapat) award Juara sejak penubuhannya 1995,” ujarnya merujuk anugerah produktiviti, kualiti, IPS Kaizen dan 5S setiap tahun.
Katanya, walaupun sudah bersara, beliau masih mendapat jemputan dari sahabat Sony dalam masyarakat kerja itu seperti Jejak Ramadhan, Kembali Ke Sekolah, Akikah dan Korban Perdana, serta aktiviti sukan. Semua itu jelasnya, kerana erat hubungan persaudaraan yang terjalin atas semangat Islam, bahkan mengharmonikan hubungan dengan rakan-rakan bukan-Islam, termasuk hal ehwal kebajikan sesama mereka. Kini Zamri selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Nibong tebal menjelaskan bahawa beliau mengimplementasi segala usaha seperti tersebut dari roh perjuangan PAS yang membawa dakwah, tarbiyah dan siyasah.
Bahkan beliau berbangga, terdapat empat pekerja dari Sony Perai pernah menjadi Calon PAS dalam PRU dan mereka terus berjuang meletakkan Islam di hadapan, setidak-tidaknya solat pada waktu. Tetapi kesali beliau, di zaman PH memerintah ini sebagaimana dapat dilihat pada perbahasan Parlimen beberapa minggu lalu, Menteri gagal memberi jawapan mengenai garis panduan berkenaan Solat Jumaat untuk pekerja. Bidasnya, sikap tanpa pendirian jelas tersebut seolah-olah meminggirkan Islam sebagai Agama Persekutuan Malaysia. – HARAKAHDAILY 20/12/2019Ibnu Hasyim: Penglaman Hadapi ‘Sekatan’ Solat Jumaat. "..dan rakan non-Muslim amat saya hargai."
LANGSUNG: Muhyiddin dan kumpulannya tiba di Istana NegaraMALAYSIAKINILANGSUNG | Malaysiakini melaporkan perkembangan terkini keadaan politik semasa berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berusia 20 bulan. Jika anda suka laporan kami, sokong media bebas dengan melanggan Malaysiakini dengan harga serendah RM0.55 sehari. Maklumat lanjut di sini.
LANGSUNG10.45 pagi: Sekumpulan pemimpin masyarakat sivil mencadangkan pemimpin dari Malaysia Timur diberi peluang untuk mengetuai kerajaan baru. Mereka berkata ini kerana pemimpin politik dari Semenanjung berterusan bertelagah demi kepentingan mereka sendiri. "Sudah sampai masanya kita rakyat Malaysia memberi peluang kepada pemimpin di Malaysia Timur yang telah menunjukkan toleransi agama dan kaum sejak pembentukan Malaysia, dan yang telah menunjukkan contoh perpaduan dalam kepelbagaian untuk memimpin negara keluar dari kebuntuan semasa. "Jika Malaysia mahu kerajaan perpaduan, mari kita mulakan dari Malaysia Timur. Apabila kita menandatangani perjanjian Malaysia, kami berharap untuk masyarakat yang adil dan saksama dan pemimpin yang prihatin yang meletakkan negara berbanding diri sendiri.
"Ia kini mengesahkan bahawa pemimpin parti semenanjung hanya berfikir tentang diri mereka. "Sudah sampai masanya pemimpin Malaysia Timur diberi peluang untuk menerajui negara sebagai perdana menteri," kata mereka. Antara yang menandatangani kenyataan itu termasuk Lim Teck Ghee, Tajuddin Rasdi, Peter John Jaban dan Faridah Mohd Fuad Stephens.
DAP sedia berbincang dengan GPS10.15 pagi: DAP Sarawak bersedia berbincang dengan GPS berhubung pilihan raya negeri yang akan datang, atas nama kepentingan negara. "Atas nama kepentingan negara, apa pun boleh," kata ketua DAP Sarawak Chong Chien Jen kepada Malaysiakini. Ditanya sama ada mereka bersedia bekerjasama dengan GPS, beliau menjawab mereka terbuka untuk bekerja dengan pihak lain selain daripada Umno dan PAS. Chong berkata negara ini berada di persimpangan jalan sekarang dan GPS harus memilih antara bekerja dengan "perkauman" dan "pelampau agama" dalam Umno dan PAS, atau dengan Pakatan Harapan.
Muhyiddin dan kumpulannya mula tiba di Istana Negara10:10: Istana Negara - Pemimpin politik mula tiba di Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan  Agong. Antara mereka ialah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali, Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, dan pemimpin GPS, Fadilah Yusoff.
Dr M umum ada majoriti lepas disokong PH9.30 pagi: Perdana Menteri Interim, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau kini mempunyai angka mencukupi untuk membentuk kerajaan baru. Ini selepas beliau bertemu dengan pemimpin Pakatan Harapan pagi ini. "Saya yakin bahawa saya mempunyai bilangan yang diperlukan untuk mendapatkan sokongan majoriti di Dewan Rakyat. "Oleh itu, saya bersedia untuk menjadi calon perdana menteri," katanya. Pakatan Harapan, dalam kenyataan yang berasingan, mengesahkan bahawa gabungan itu akan menyokong Mahathir.
Syed Saddiq nafi sokong Muhyiddin jadi PM9.12 pagi: Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan pernah menandatangani apa-apa sokongan terhadap presiden parti, Muhyiddin Yassin untuk menjadi perdana menteri. “Saya tak pernah tandatangan,” katanya apabila ditanya tentang sokongan Bersatu terhadap Muhyiddin sebagai calon perdana menteri kelapan. Ini ekoran kenyataan Setiausaha Agung Bersatu semalam, Marzuki Yahya yang menyatakan Mesyuarat Ahli-ahli Dewan Rakyat Bersatu (termasuk sekumpulan blok Azmin dari PKR) memutuskan untuk mencalonkan Muhyiddin. Katanya, “mesyuarat itu dihadiri oleh seramai 36 ahli Dewan Rakyat Bersatu”.
MP luah perasaan melalui puisi8.30 pagi: Bekas timbalan menteri Belia dan Sukan, Steven Sim menghantar puisinya kepada Malaysiakini untuk mengingatkan tentang perpaduan dan kepelbagaian kaum di negara ini. Demikian puisi itu berbunyi:
Watan ini ada warisan,
Dari azali tersohor namanya,
Angin yang merentas lautan,
Membawa siasah dan budaya.
Dari kerajaan purba Tanah Merah,
Sang pelayar Buddhagupta
Menjelajah dunia Nusantara,
Dibawa angin yang sama.
Dari Gunung Valavati sana,
Dinaung Raja Dewa Cudamani,
Dharmakirti mengarang kitabnya,
Mencerah minda menyuluh rohani.
Dari Rom, angin membahtera,
Merong Mahawangsa dilanggar Garuda,
Lalu mendiri tahkta Langkasuka,
Kerajaan adil kebaikan bertambah-tambah.
Angin yang sama membawa,
Dari benua jauh Sang Pencerah,
Agama Dewata Mulia Raya,
Memahat syariah mentadbir ummah.
Dari Seguntang Mahameru,
Termaktub bai'ah pusaka,
Menjunjung daulat ke anak cucu,
Zuriat Yamtuan Tiga Dunia.
Watan ini hebat
Bukan sebab kudrat semata,
Hebat kita kerana muafakat
Kerana angin takdir mengikat kita.
Bagai ditempa kursani dan baja
Dibakar bahang api bara
Disepuh air tiga kuala
Menjadi keris Laksamana.
Ku sambut tangan-mu sahabatku,
Oleh takdir dikimpal kita,
Oleh angin ketemu kita,
Sejak bahari kita bersama,
Dalam Bahasa, Budaya, Cara dan Warna

Sebenarnya, kita berjumpa. 

Menurut Steven, puisi itu ditulis untuk mengingatkan rakyat Rakyat Malaysia asal usul, sejarah yang panjang dan silaturahim yang bagaikan "besi pelbagai ditempa menjadi keris sakti". "Kita kuat bukan sebab kebolehan sesorang atau sesuatu kaum tapi kerana perpaduan pemimpin dan rakyat pelbagai kaum negara ini," katanya.
Agong panggil pemimpin parti politik8 pagi: Istana Negara - Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka memanggil semua pemimpin parti politik ke Istana Negara pada jam 10.30 pagi. Agong pada Selasa dan Rabu lalu mewawancarai semua anggota parlimen bagi mengetahui calon perdana menteri pilihan mereka, namun mendapati tiada mana-mana pihak memiliki majoriti yang jelas.Anggota Parlimen BN dan PAS memaklumkan kepada Yang Di-Pertuan Agong bahawa mereka mahukan Dewan Rakyat dibubarkan manakala pemimpin Pakatan Harapan memutuskan untuk mencalonkan Anggota Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri selepas bekas pemimpin mereka, Dr Mahathir Mohamad enggan memulihkan kerajaan PH. GPS, Warisan dan Bersatu dipercayai menamakan Mahathir, yang merupakan pengerusi Bersatu, sebagai perdana menteri. Bagaimanapun, pendirian parti-parti politik ini berubah lagi dalam masa beberapa hari. Sehingga malam tadi, BN, PAS dan Bersatu kini menyokong Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri. Pendirian PH tetap tidak berubah buat masa sekarang dan siapa yang akan disokong GPS dan Warisan masih samar. Peralihan sokongan kepada Muhyiddin adalah kerana Mahathir berkeras untuk tidak akan bekerjasama dengan Umno.
Ini bermakna Muhyiddin mendapat sokongan daripada 96 anggota Parlimen sementara Presiden PKR Anwar Ibrahim memperoleh 93 sokongan. Tidak jelas sama ada Agong boleh menentukan siapa yang paling mendapat sokongan dengan menemui ketua-ketua parti hari ini kerana tidak semua anggota parlimen menyokong keputusan parti masing-masing. Sebagai contoh, sokongan anggota parlimen Bersatu kelihatan terpecah dua antara Muhyiddin dan Mahathir. Anwar menyatakan bahawa beliau berharap anggota parlimen menyebelahi PH, dengan mendakwa gabungan itu mempunyai bilangan mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Ini merupakan usaha berterusan untuk membuktikan sokongan majoriti bagi menentukan perdana menteri selepas beberapa siri temuduga dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong terhadap anggota parlimen.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 2/29/2020 11:06:00 PGDIALOG RAKYAT: LANGSUNG: Muhyiddin dan kumpulannya tiba di Istana Negara
Dr M umum ada sokongan majoriti lepas PH kembali sokongMALAYSIAKINIPerdana Menteri Interim, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau kini mempunyai angka mencukupi untuk membentuk kerajaan baru. Ini selepas beliau bertemu dengan pemimpin Pakatan Harapan pagi ini. "Saya yakin bahawa saya mempunyai bilangan yang diperlukan untuk mendapatkan sokongan majoriti di Dewan Rakyat. "Oleh itu, saya bersedia untuk menjadi calon perdana menteri. "Keputusan ini akan disampaikan kepada Yang Di-Pertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan. Pakatan Harapan, dalam kenyataan yang berasingan, mengesahkan bahawa gabungan itu akan menyokong Mahathir.
Perjanjian antara Mahathir dan PH masih tidak jelas memandangkan tidak dapat dipastikan sama ada perdana menteri interim itu bersetuju menubuhkan kembali kerajaan PH yang lama, atau PH akhirnya akan akur dengan rancangan Mahathir untuk menubuhkan kerajaan perpaduan tanpa berasaskan parti. Bagaimanapun, PH dalam satu kenyataan hari menegaskan yang ia akan terus mengotakan janji dalam manifestonya pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu. “PH berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuangkan manifesto PH dalam kerajaan,” katanya. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, ketika ditanya apakah Mahathir akan mengembalikan kerajaan PH, hanya menjawab “Ya”, tanpa mengulas lanjut. Sementara itu, Mahathir dalam kenyataannya pula, berkata beliau tidak pernah mengisytiharkan sokongannya kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri. “Seperti yang saya nyatakan berulang kali, saya menentang apa jua bentuk kerjasama dengan individu yang dikenali sebagai perasuah, dan merupakan sebahagian daripada pentadbiran kleptokrasi yang kerajaan PH telah singkirkan dengan begitu susah payahnya.
“Atas dasar prinsip, saya telah sampaikan (pendirian) ini kepada anggota Parlimen Bersatu dalam mesyuarat semalam. “Saya tidak menandatangani apa-apa akuan bersumpah (SD) bagi menyokong mana-mana individu,” katanya. Jelasnya lagi, beliau keluar awal daripada mesyuarat itu bagi memberi ruang anggota parlimen Bersatu berdebat secara bebas bagi memilih siapakah yang dirasakan sesuai untuk jawatan perdana menteri. “Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, meskipun saya tak bersedia untuk bekerja dengan mereka yang korup dari Umno, saya boleh menerima mereka secara individu, asalkan mereka terbukti bersih (dari rasuah). “Mungkin Muhyiddin lebih bersikap tidak kisah dalam pendekatan ini,” katanya. Sokongan PH kepada Mahathir berlaku di tengah-tengah cubaan Muhyiddin untuk kembali merealisasikan Perikatan Nasional yang pada asalnya digagaskan untuk mengganti kerajaan PH pada Ahad lalu. Gerakan itu mahu Mahathir menjadi perdana menteri di bawah gabungan baru yang terdiri daripada Bersatu, bekas PKR yang diketuai anggota Parlimen Gombak Azmin Ali, BN, PAS, GPS, dan Warisan.
Gerakan itu terbantut apabila Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri. Tindakan Mahathir itu turut meruntuhkan kerajaan PH. Pemimpin PH melobi Mahathir untuk mengembalikan kerajaan PH tetapi mereka kemudiannya menamakan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri setelah mendapat tahu niat Mahathir yang mahu menubuhkan kerajaan perpaduan yang tidak berasaskan parti. BN dan PAS, yang sebelum ini menyokong Mahathir dan percaya beliau akan mengetuai Perikatan Nasional, kemudiannya menuntut agar Parlimen dibubarkan setelah mendapat tahu rancangan Mahathir itu. Semalam pula, mereka memutuskan untuk menyokong Muhyiddin selepas kelihatan ada harapan untuk Perikatan Nasional kembali direalisasikan.
Semalam, Anwar dan Muhyiddin dilihat seperti pesaing utama untuk jawatan perdana menteri. Hari ini, nampaknya, Mahathir kembali mendahului.Dicatat oleh ELBI RISALAH di 2/29/2020 11:13:00 PGDIALOG RAKYAT: Dr M umum ada sokongan majoriti lepas PH kembali sokong


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/khabar-hari-ini-sabtu-29022020-9818.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Jun 2020 Tarikh Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong Xvi

8 Jun 2020 Tarikh Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong Xvi

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 760 hits
8 Jun 2020 Tarikh Hari Keputeraan Yang di Pertuan Agong XVI Dapat maklumat dari whatsapp tadi tentang kenyataan media pindaan tarikh hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XVI bagi tahun 2020 Maksudnya pada tarikh ulang t...
Dapatkan Paket Umroh Terbaik 10 Hari Dengan Biaya Umroh Jakarta 2020 Yang Murah

Dapatkan Paket Umroh Terbaik 10 Hari Dengan Biaya Umroh Jakarta 2020 Yang Murah

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 209 hits
Dapatkan Paket Umroh Terbaik 10 Hari Dengan Biaya Umroh Jakarta 2020 yang Murah Umroh menjadi pilihan bagi setiap muslim yang ingin mengunjungi Tanah Suci dalam waktu dekat Seperti yang sudah diketahui bahwa jika ingin beribadah haji harus ...
Analisis Urusniaga Harian Eur Usd Bagi Tahap Tinggi Dan Rendah Hari Ini Untuk 19 Februari 2020

Analisis Urusniaga Harian Eur Usd Bagi Tahap Tinggi Dan Rendah Hari Ini Untuk 19 Februari 2020

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 324 hits
Tahap Tinggi Harian dan Tahap Rendah Harian dari Flout Range hari ini biasanya terbentuk di STDV 2 STDV 4 di bawah keadaan pasaran biasa Walau bagaimanapun kadangkala pasangan itu boleh mencapai STDV 5 STDV 6 Berikut ialah tahap untuk hari ...
Perutusan Khas Tun Dr Mahathir Mohamad 26 Februari 2020

Perutusan Khas Tun Dr Mahathir Mohamad 26 Februari 2020

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 318 hits
Perutusan Khas Tun Dr Mahathir Mohamad 26 Februari 2020Sumber video RTMTranskrip ucapan 1 Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik Negara yang agak kucar kacir dan mungkin menimbulkan ker...
Honda Accord Generasi Baharu Dan Civic 2020 Dilancarkan Secara Rasmi

Honda Accord Generasi Baharu Dan Civic 2020 Dilancarkan Secara Rasmi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 355 hits
Mulai dinantikan peminat tempatan sejak pada tahun selepas negara lain mula menerima model terbaharu ini lebih awal akhirnya Honda Malaysia pada hari ini telah melancarkan dua model serentak iaitu Honda Accord dan Civic facelift 2020 secara...
Coronavirus Buat Jepun Cuak Cadang Batal Penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020

Coronavirus Buat Jepun Cuak Cadang Batal Penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 255 hits
Wabak Coronavirus telah merebak ke seluruh dunia beberapa acara utama yang dijadualkan berlangsung di beberapa tempat utama dunia mungkin akan dibatalkan The Associated Press dalam satu laporannya menyatakan bahawa senarai acara yang bakal ...
Plafon Kur 2020 Naik Ojk Imbau Perbankan Lebih Selektif Beri Kredit

Plafon Kur 2020 Naik Ojk Imbau Perbankan Lebih Selektif Beri Kredit

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 176 hits
Ketua Dewan Komisioner OJK Wimboh Santoso mengatakan penyaluran KUR dapat meningkatkan dan memperluas akses wirausaha seluruh sektor usaha produktif kepada pembiayaan perbankan mendorong pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing UMKM
Lipi Khawatir Dampak Virus Corona Buat Harga Makanan Mahal Jelang Lebaran 2020

Lipi Khawatir Dampak Virus Corona Buat Harga Makanan Mahal Jelang Lebaran 2020

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 254 hits
Kepala Pusat Penelitian Ekonomi LIPI Agus Eko Nugroho memaparkan lebih dari 495 jenis komoditas dengan tujuan ekspor China akan terimbas Sementara sekitar 499 jenis barang impor dari China diperkirakan akan menyusut atau bahkan menghilang d...
Jawatan Kosong 2020 Swasta Dan Kerajaan Di Kerjakosong Co

Jawatan Kosong 2020 Swasta Dan Kerajaan Di Kerjakosong Co

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 805 hits
Jawatan Kosong 2020 Swasta dan Kerajaan di Kerjakosong co Cari jawatan kosong kerajaan dan Swasta hanya di satu portal dengan mudah The post appeared first on
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah