Kg Bharu Jangan Hentam Projek Menara 90 Tingkat Hanya Cadangan



Kritikan bertali arus terhadap projek memajukan Kampung Bharu di Kuala Lumpur oleh pembangkang tidak sepatutnya dilakukan secara keterlaluan.
Apatah lagi menghentam pembinaan menara 90 tingkat yang dianggap projek membazir kerajaan Pakatan Harapan (PH), sedangkan hal itu masih belum muktamad.
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad, rancangan berkenaan masih di peringkat konsep arkitek dan pembinaan menara itu sekiranya menjadi kenyataan, hanya akan dibina pihak swasta dan bukan oleh kerajaan.
“(Pembinaan menara) itu pun cadangan, hanya idea arkitek yang kata kita kena ada menara ikonik. Kalau hendak bina pun bukan dibina oleh kerajaan.
“Bangunan komersial akan dibina oleh syarikat, contohnya macam Petronas, CIMB atau Felda untuk buat menara,” katanya dipetik The Malaysian Insight.
Tambahnya, konsep berkenaan masih boleh dibincangkan lagi manakala pembangunan komersial hanya akan dibuat berdasarkan permintaan semasa.
“Pembangunan bukan akan berlaku serta merta, ia berlaku dalam tempoh 10 hingga 20 tahun perancangan. KLCC pun bukan dibina dalam tempoh lima ke enam tahun.
“Sekarang pun KLCC pun ada fasa belum habis di bina, pembinaan akan makan masa. Kalau pasaran tiada permintaan takkan dibina lagi,” soalnya kembali.
Beliau berkata keutamaan pada masa ini adalah mendapatkan tanah tersebut terlebih dahulu, yang kini masih berdepan tentangan pemilik.
“Butiran pembangunan kita akan dapatkan persetujuan penduduk dahulu, bila semua dah setuju baru kita mulakan proses jual beli, kita kena muktamadkan juga.
“Apabila sudah muktamad baru kita buat lebih terperinci, Ini baru permulaan,” kata ahli Parlimen Shah Alam itu lagi.
Khalid juga memberi jaminan keutamaan akan diberikan kepada pembinaan kawasan kediaman yang akan dijalankan dalam tempoh 10 tahun.
Seorang pegawai Perbadanan Kemajuan Kampong Bharu juga berkata perolehan tanah itu perlu diutamakan kerana pembangunan tak akan dapat dilakukan sekiranya ia tidak diambil alih.
“Kerajaan fokus untuk ambil tanah dahulu, kemudian baru fikirkan rancangan pembangunan yang muktamad, sebab kita sudah banyak kali buat pelan konsep tapi tak jadi,” katanya.
Pelan konsep pembangunan yang dicadangkan itu melibatkan 10 komponen pembangunan yang antara lain merangkumi taman warisan dan kebudayaan seluas 28 ekar.
Lokasi berhadapan taman warisan pula dicadangkan untuk pembangunan kediaman eksklusif Residensi Park View.
Pelan konsep berkenaan turut merangkumi kawasan perumahan mampu milik Residensi Wilayah serta perumahan kepadatan tinggi.
Sebanyak 50% daripadanya, atau 45,000 kediaman yang dirancang adalah rumah mampu milik, berbanding 4,500 kediaman sedia ada sekarang.
Ia bagi menempatkan penduduk yang dijangka meningkat seramai 160,000 orang dengan pembangunan tersebut, dengan keluasan pembangunan ruang lantai 85 juta kaki persegi
Pelan itu juga memuatkan kawasan pembangunan bercampur dan perdagangan merangkumi menara, pejabat dan hotel serta institusi dengan keluasan ruang lantai 9 juta kaki persegi.
Sebanyak 10% daripada keseluruhan ruang lantai itu diperuntukkan kepada unit komersial mampu milik, menurut pelan terseut.
Rancangan pembangunan ini melibatkan kira-kira 825 lot tanah, melibatkan harta milik 5,359 penduduk.
Putrajaya menawarkan harga RM850 untuk sekaki persegi bagi lot tanah pemilik, yang dibantah pemilik kerana berpendapat ia terlalu rendah. – RF8 Media


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/25074

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pramono Soal Perppu Kpk Hanya Presiden Yang Tahu Jangan Dimultitafsirkan

Pramono Soal Perppu Kpk Hanya Presiden Yang Tahu Jangan Dimultitafsirkan

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 181 hits
Pramono tak ingin menanggapi terlalu jauh soal opsi lain dari Perppu yakni legislative review
Waktu Hamil Jangan Hentam Makan Sampai Berat Naik Mendadak Boleh Kemurungan Lepas Bersalin

Waktu Hamil Jangan Hentam Makan Sampai Berat Naik Mendadak Boleh Kemurungan Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 416 hits
Masalah kenaikan berat badan yang berlebihan pastinya akan menyebabkan para wanita hamil ditegur oleh kakitangan klinik atau hospital Pada waktu itu kita akan mengimbas kembali apakah yang kita makan semalam atau sepanjang minggu itu Kenaik...
Pengusaha Pemerintah Jangan Hanya Buat Kegiatan Seremonial Tapi Tak Ada Solusi

Pengusaha Pemerintah Jangan Hanya Buat Kegiatan Seremonial Tapi Tak Ada Solusi

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 213 hits
Ada beberapa faktor terjadinya pelambatan di bidang ekspor di Sulawesi Tengah khususnya pada produk pertanian Pertama karena kurangnya sinergitas yang terbangun antara GPEI dengan pengambil kebijakan dalam hal ini Pemerintah Provinsi Sulawe...
Isi Petrol Tanpa Perlu Ke Kaunter Ya Hanya Dengan Setel Sahaja

Isi Petrol Tanpa Perlu Ke Kaunter Ya Hanya Dengan Setel Sahaja

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 532 hits
Ini sebuah inovasi yang rasanya masih belum ada di negara luar dimana pelangan hanya perlu membuat pembayaran petrol dengan menggunakan telefon mudah alih sahaja menarik bukan Setel adalah sebuah Aplikasi mudah alih bekerja membantu anda me...
4296 Sspz Bantu Tingkat Ekonomi Islam Utusan 19 09 2019

4296 Sspz Bantu Tingkat Ekonomi Islam Utusan 19 09 2019

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 472 hits
KUALA LUMPUR 19 Sept Persatuan Pengguna Islam Malaysia melancarkan aplikasi Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat bagi memudahkan umat Islam membeli produk keluaran syarikat Muslim itu Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata pengenalan...
Malam Road To Hanya Cinta Kl River Of Live

Malam Road To Hanya Cinta Kl River Of Live

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 392 hits
Malaysian Cultural Society of Ar RumiCinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan perasaan kasih sayang tarikan asas kemesraan dan keserasian antara pesorangan perasaan tertarik dan hubungan kepada benda hidup ataupun...
Pas Terkejut Ekuiti Bumiputera Hanya 16 Desak Keluar Laporan Penuh

Pas Terkejut Ekuiti Bumiputera Hanya 16 Desak Keluar Laporan Penuh

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 245 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man PETALING JAYA PAS mendesak kerajaan menerbitkan laporan terperinci mengenai pegangan ekuiti sebenar orang Melayu dan Bumiputera susulan pendedahan ekuiti mereka hanya 16 sekarang Timbalan Presiden...
Tidak Ditutup Hanya Bayar Rm4 000 Untuk Ke Pulau Komodo Selepas Ini

Tidak Ditutup Hanya Bayar Rm4 000 Untuk Ke Pulau Komodo Selepas Ini

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 344 hits
Kecoh sebelum ini apabila Pulau Komodo dikatakan akan ditutup pada tahun hadapan selama setahun Penutupan tersebut adalah untuk memberi ruang kepada kerja kerja pemulihan dan memastikan keindahan semula jadi tempat tersebut terpelihara Namu...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

The Timeless Spell Of Rome S Oldest Churches

Nooohhhhh Punya Kawaq

Maksud Dia Boleh Fitnah Ok Ja Pas Halalkan Gitu La Gamoknye

Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki