Kg Bharu Cara Bn Sapu Duit
Kg Bharu: Cara BN sapu duitOleh: PentadbirSeptember 25, 2019ShareVia WhatsAppAda Penduduk Kampung Bharu kata nak harga setanding KLCC iaitu RM 3000 psf.. Meh aku cerita sejarah nilai Tanah Zaman Najib..Tanah TRX yang di beli Tabung Haji.. asalnya adalah kawasan warisan Negara seperti Penjara Pudu, dijual Kerajaan kepada 1MDB dengan nilai tak masuk akal dengan harga sekitar RM74.20 psf.. Lagi mahal Tanah Kampung di Ipoh..Dah lah Kerajaan Jual dengan harga Yang murah kepada 1MDB, Lepas tu depa paksa Tabung Haji beli dengan harga tak masuk akal iaitu pada harga RM2,779 psf.. dengan nilai keseluruhan RM 188 Juta.. Sedangkan 1MDB dapat dari Kerajaan hanya dengan nilai RM 6-7 Juta pada keluasan yang sama..Persoalannya Kenapa Najib yang kata nilai Kg Bharu sepatutnya lebih tinggi, masa Najib gadai pada 1MDB dia tidak jual terus kepada Tabung Haji dengan nilai dengan sama tawaran kepada penduduk Kampung Bharu iaitu dengan nilai RM 850 psf ?Sebab ini lah jahatnya Penyamun Najib.. Transaksi itu hanya untuk bantu 1MDB membayar Hutang dia.. Tabung Haji dipaksa beli dengan harga yang tinggi.. Bayangkan Duit Ummat Islam digunakan Untuk Bailout syarikat yang ada kena mengena dengan cina gemuk si Jho Low rakan baik Najib seperti didedahkan dalam Mahkamah..Bayangkan akhirnya Tanah warisan Penjara Pudu, Tanah TUDM Sg Besi habis tergadai kepada Syarikat China.. Bila satu masa Rafizi bising.. Tabung Haji kata dia yakin akan dapat jual balik.. Bayangkan Sehingga Najib kalah PRU Mei 2018.. Tanah tu tak dapat dijual, dan dibangunkan.. Sebab Tabung Haji takkan mampu jual balik pada harga yang lebih tinggi dari RM2700 psf.. akhirnya Tanah ini diletakkan dibawah SPV untuk dipulihkan..Cuba fikir.. Tanah TRX dengan nilai RM2700 psf, tidak ada sekatan Pemilikan, Siapa pun boleh beli.. Kawasan yang Strategik.. Apa gila Penduduk Kampung Bharu nak jual yang ada sekatan Pemilikan Melayu.. nak kekalkan sebahagian besar kawasan itu seluas 24 Ekar sebagai Warisan Melayu.. dan hartanah itu hanya boleh dibeli oleh orang melayu nanti dengan nilai RM 3 Ribu psf..Akhirnya Tabung Haji rugi beli tanah pada nilai yang tinggi.. Yang untung adalah syarikat 1MDB, apakah duit tu dapat pulangan kepada 1MDB dan Kerajaan.. Tak, hanya digunakan untuk bayar hutang depa lepas berbelanja mewah, lepas ada Pemimpin berkepala Botak terima RM 2.6 Billon dalam akaun peribadi dari kitaran duit yang dikaitkan dengan 1MDB..Susah kalau Bani Melayu masih dibodohkan oleh Penyamun dan Penyangak macam Najib Razak.. Depa dok Ingat Khalid Samad ni Broker Tanah lepas tu Duit hasil jualan tu akan masuk dalam akaun peribadi dia RM 2.6 Billion Macam Najib hat gadai tanah Penjara Pudu dan TUDM Sungai Besi pada 1MDB dan Syarikat China..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2019/09/kg-bharu-cara-bn-sapu-duit.html