Kfc Pizza Hut Bersama Rakyat Malaysia Berjuang Menentang Covid 19


Usaha Murni KFC, Pizza Hut Menghulurkan Bantuan Kepada Barisan Hadapan

Waktu seluruh dunia diserang COVID-19, adalah waktu yang boleh dikatakan genting dan sukar bagi sesebuah negara. Ketika inilah setiap rakyat dalam sesebuah negara perlu bekerjasama bagi memutuskan rantaian wabak ini daripada terus menular. Tidak terkecuali, KFC dan Pizza Hut Malaysia juga memberikan sokongan mereka kepada barisan hadapan Malaysia dan masyarakat dalam situasi Covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).




Tempoh PKP adalah tempoh yang sepatutnya semua rakyat Malaysia bersatu padu berusaha untuk mengekang wabak COVID-19 daripada terus menyerang. Ia bukan mudah dilaksanakan tetapi dengan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, kejayaan melawan wabak ini bakal dikecapi.


Sumber foto Facebook Malaysia

Sepanjang tempoh PKP, seperti yang diperkatakan oleh pemilik KFC dan Pizza Hut Malaysia, QSR Brands (M) Holdings Berhad, mereka berjanji untuk menyajikan makanan kepada masyarakat dan meringankan kesusahan negara sepanjang tempoh tersebut. Bagusnya usaha mereka dalam membantu negara memerangi COVID-19! Ini merupakan satu amal yang sangat murni daripada mereka, yang boleh kita contohi juga.


Sumber foto Facebook KFC

Daripada usaha ini, banyak pihak telah menerima makanan daripada KFC dan Pizza Hut Malaysia. Antaranya, pekerja kesihatan, anggota bomba, polis, media, dan pekerja perkhidmatan awam di barisan hadapan serta pelajar universiti dan komuniti yang kurang berkhidmat di lebih daripada 100 lokasi di 13 negeri di Malaysia. Syukur, dengan adanya usaha sebegini, mereka sama-sama dapat merasa nikmat yang tidak terhingga ini.

Usaha yang bagus ini bukan hanya untuk barisan hadapan tetapi ia juga untuk golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan serta kehilangan tempat tinggal di Kuala Lumpur. Untuk merealisasikannya, ia tidak hanya melibatkan penunggang mereka sendiri untuk menyampaikan makanan, KFC dan Pizza Hut Malaysia bekerjasama dengan Kechara Soup Kitchen untuk mengedarkan makanan kepada golongan yang memerlukan.

Di samping itu, QSR Brands juga membuat kerjasama strategik dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Melaka, Majlis Agama Islam Kedah, Penang Tithe, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Pusat Tithe Sabah, Jabatan Agama Islam Labuan, dan Lembaga Tithe Selangor telah melihat organisasi-organisasi ini berganding bahu untuk mengedarkan makanan kepada barisan hadapan dan golongan kurang berkemampuan sebagai tanggungjawab yang mereka pegang kuat kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.


Sumber foto Facebook KFC

Sepanjang tempoh PKP, ia mungkin menjadi waktu mencabar untuk sesetengah pihak. Sedikit sebanyak, ia mempengaruhi kehidupan seharian. Ada yang ke arah negatif, ada juga yang ke arah positif. Banyak juga berita yang menyiarkan tentang apa yang mereka alami. Ada yang kehilangan kerja kerana diberhentikan oleh majikan, ada yang tiada wang kerana gajinya kais pagi makan pagi. Kerana itu, bekalan makanan untuk keluarga tidak mencukupi pula. Dengan adanya bantuan seperti ini, ia pasti dapat meringankan beban penerima dan mengembalikan senyuman mereka.

Sumber foto Facebook Pizza Hut

Barisan hadapan yang bertungkus lumus menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, rela berkorban masa dan tenaga untuk memberi kemenangan kepada Malaysia dalam menentang COVID-19, wajar diberi penghormatan selayaknya. Jadi, pemberian makanan daripada KFC dan Pizza Hut ini adalah usaha daripada syarikat ini untuk berterima kasih kepada barisan hadapan seperti yang diperkatakan oleh Nehchal Khanna, Pengarah Urusan, QSR Brands (M) Holdings Bhd. Perkara mulia yang telah dilaksanakan ini sedikit sebanyak memberikan kegembiraan kepada penerima.

Syarikat tersebut juga sentiasa menyokong rakyat Malaysia melalui masa yang getir ini semampu mereka. Yang pasti, mereka sentiasa menitikberatkan aspek kesihatan dan keselematan rakyat Malaysia tidak terganggu dan standard kebersihan dipatuhi di semua restoran milik mereka.

Sesuai dengan garis panduan kesihatan, sosial, dan keselamatan pemerintah ketika tempoh PKP, KFC dan Pizza Hut Malaysia melancarkan ‘Contactless Delivery’ yang memastikan cara bebas hubungan antara penunggang makanan dan penerima. Kalau sebelum ini anda selalu membeli produk Pizza Hut di restoran, maka inilah masanya untuk kita memanfaatkan servis pizza delivery yang terus dihantar ke kediaman pelanggan. Nak buat tempahan juga mudah. Paling best boleh dibuat melalui aplikasi FoodPanda, apapun terpulanglah kepada pilihan masing-masing.


Sumber foto The Star

Syukur sangat apabila ada usaha sebegini untuk rakyat. Kita juga sepatutnya mencontohi apa yang mereka lakukan. Kalau kita tidak dapat beri banyak, sedikit yang ikhlas.. sudah memadai.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisarahsidi.com/2020/06/kfc-pizza-hut-bersama-rakyat-malaysia-berjuang-menentang-covid-19.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Pertama Kali Tiada Kes Baru Covid 19 Libatkan Rakyat Malaysia Hari Ini

Buat Pertama Kali Tiada Kes Baru Covid 19 Libatkan Rakyat Malaysia Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 402 hits
Putrajaya 9 Jun Tiada penularan COVID 19 dalam kalangan rakyat Malaysia setakat 12 tengah hari 9 Jun Bagaimanapun menurut Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak tujuh kes COVID 19 baru dicatatkan hari ini Menurut Ketua Pengarah Kesihatan D...
Covid 19 Malaysia Hampir Pulih Rakyat Seru Usah Lanjut Pkpb

Covid 19 Malaysia Hampir Pulih Rakyat Seru Usah Lanjut Pkpb

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 702 hits
Terdapat desas desus mendakwa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dilanjutkan selepas 9 Jun 2020 Bagaimanapun Kerajaan Perikatan Nasional telah menafikannya dan mengumumkan bahawa keputusan belum lagi Namun tinjuan ke atas rakyat bia...
Pkp Malaysia Negara Pertama Cepat Kawal Rakyat Putus Covid 19

Pkp Malaysia Negara Pertama Cepat Kawal Rakyat Putus Covid 19

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 391 hits
SHAH ALAM 4 JUN Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Mac lalu menjadikan Malaysia negara pertama dan paling cepat di rantau ini mengawal pergerakan rakyat bagi memutuskan rantaian Covid 19 kata ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hish...
Covid 19 Ujian Berat Rakyat Malaysia Tapi Banyak Hikmah Tersembunyi Rupanya Ini Yang Jadi

Covid 19 Ujian Berat Rakyat Malaysia Tapi Banyak Hikmah Tersembunyi Rupanya Ini Yang Jadi

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 323 hits
Sesungguhnya wabak COVID 19 satu ujian buat kita semua Banyak yang berubah sejak ia melanda Malaysia Ramai yang kehilangan sumber pendapatan tahap kesihatan yang terjejas malah sesi persekolahan juga terpaksa dihentikan seketika sehingga ma...
Lebih 2 Juta Rakyat Malaysia Dijangka Menganggur Ekoran Covid 19

Lebih 2 Juta Rakyat Malaysia Dijangka Menganggur Ekoran Covid 19

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 474 hits
JobStreet com mendedahkan lebih daripada 2 juta rakyat Malaysia dijangka menganggur berikutan impak penularan pandemik Covid 19 Pengurus Negaranya Gan Bock Herm berkata berdasarkan kajian JobStreet com pada Mei lalu satu daripada lima rakya...
Covid 19 Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Di Doha

Covid 19 Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Di Doha

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 475 hits
KUALA LUMPUR Seorang rakyat Malaysia disahkan meninggal dunia di Qatar hari ini dipercayai akibat COVID 19 Tengku Endut Tengku Jusoh berasal dari Besut Terengganu disahkan meninggal dunia di Hamad Medical Centre Doha pada jam 11 pagi waktu ...
Barisan Hadapan Covid 19 Luar Negara Sudah Putus Asa Rakyat Malaysia Tolong Ambil Ikhtibar

Barisan Hadapan Covid 19 Luar Negara Sudah Putus Asa Rakyat Malaysia Tolong Ambil Ikhtibar

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 374 hits
Foto FacebookMacam mana tidak putus asa apabila pengorbanan mereka seolah olah langsung tidak dihargai Luahan tersebut timbul apabila mereka melihat kebanyakan rakyat sudah mula melupakan penjarakan sosial dan bersikap tidak serius dalam me...
Covid 19 Jumlah Rakyat Malaysia Dijangkiti Dari Luar Negara Rendah

Covid 19 Jumlah Rakyat Malaysia Dijangkiti Dari Luar Negara Rendah

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR 17 Syawal 1441H Selasa Kadar jangkitan kes positif COVID 19 yang rendah di kalangan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk membenarkan mereka hanya menjalani kuarantin di ked...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord