Keyakinan Rakyat Kembali Jika Akta Anti Lompat Parti Lulus



Akta Anti-lompat Parti dijangka akan memulihkan semangat dan mengembalikan mood rakyat untuk keluar mengundi.
Hal itu ditegaskan oleh Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil dalam forum anjuran Studio Keadilan, malam tadi.
Katanya suasana suram dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) dialami Pakatan Harapan (PH) kebelakangan ini mungkin berpunca daripada hilangnya mood penyokong PH untuk mengundi akibat pengkhianatan dan politik caca marba yang dihadapi selepas itu.
“Kita sebenarnya hadapi satu malapetaka dalam demokrasi akibat siri pengkhianatan Langkah Sheraton. Sebabnya sekarang ini orang kata sebab apa nak keluar mengundi nanti orang yang diundi 6 bulan atau setahun, mereka belot. Apa jaminan mereka ada?” katanya.
Oleh itu, kata Fahmi, penyertaan PH dalam memorandum kerjasama dengan kerajaan BN dan akan meluluskan akta seseorang Ahli Parlimen tidak boleh melompat parti dijangka akan mengubah persepsi buruk rakyat terhadap pilihan raya.
Beliau bagaimanapun menyeru rakyat bersabar untuk MoU berkenaan diselesaikan bagi memperbaiki sistem dalam negara yang telah rosak parah.
“Ada orang tanya mengapa PH masih buat MoU ini? Dah tahu kerajaan gagal kenapa teruskan, kenapa tidak batalkan sekarang?
“Bagi kami, kita kena tengok balik dalam MoU ini, ada 18 perkara, bukan semua 18 boleh diselesaikan. Contohnya, kebebasan institusi kehakiman perlu berjalan sepanjang masa.
“Bagi saya sebagai demokrat dan reformis, benda paling penting Akta Anti-lompat Parti akan menjamin pengundi bahawa undi mereka ada nilai dan dihormati. Ini penting dan kalau dapat diselesaikan sebelum Julai ia baik.
“Dalam MoU 18 perkara hanya ada 5 yang belum selesai. Salah satu anti lompat parti. Kalau kita dapat selesaikan saya rasa itu akan menjadi langkah pertama memulihkan kepercayaan rakyat kepada sistem demokrasi,” katanya.
Selain itu, Fahmi juga mahu pemimpin politik muda dalam KEADILAN melakukan inisiatif memujuk rakyat keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 untuk sekali lagi membuat perubahan total.
“Di negara lain di dunia, seperti negara maju misalnya ramai yang berkata untuk apa keluar mengundi? Di situ pun mereka hadapi masalah. Masalah ini tugas yang perlu dilakukan pimpinan anak muda, meminta rakyat lihat perjuangan KEADILAN, usaha reformasi.
“Isu naratif, kalau dulu sebelum PRU 14 kita ada tukang cerita mencang isu 1MDB, GST, Najib dan sebagainya. Pergi dari bandar ke pekan, rumah ke rumah. Sekarang 2 tahun kita tidak boleh pergi ke mana mana. Oleh itu, (selepas tiada PKP) jangkaan saya waktu berkempen kita dari sekarang hingga ke penamaan calon.
“Kita perlu bercerita mulai sekarang kepada rakyat kenapa mereka perlu keluar mengundi. Kalau rakyat tak keluar maka kita tidak boleh ajar pemimpin yang durjana, khianat dan berdosa kepada rakyat,” katanya lagi.
Dalam forum itu juga Fahmi mengingatkan dasar perjuangan KEADILAN yang merakyat. Katanya ketika negara dilanda wabak Covid 19 Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua wakil rakyat parti untuk menyumbang apa sahaja termasuk dana peribadi bagi mengurnagkan sensara rakyat. Begitu juga ketika negara dilanda bah besar pada pertengahan Disember 2021 lalu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33859

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Ph Tarik Diri Mou Akta Anti Lompat Parti Tak Lulus

Jika Ph Tarik Diri Mou Akta Anti Lompat Parti Tak Lulus

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 168 hits
Persoalan rakyat bahawa Pakatan Harapan tidak lagi bertaring kerana masih meneruskan memorandum kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan walaupun BN dan PN terbelit pelbagai skandal mempunyai alasan di sebaliknya iaitu demi memastikan kesejaht...
Mou Penting Luluskan Undi 18 Ma63 Dan Ruu Anti Lompat Parti

Mou Penting Luluskan Undi 18 Ma63 Dan Ruu Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 163 hits
Serangan netizen ke atas Pakatan Harapan yang tidak cermat kononnya sejak memeterai memorandum kerjasama PH Kerajaan Persekutuan gabungan itu tidak lagi garang membangkitkan isu isu rakyat sebagaimana sebelumnya Pengerusi PH Datuk Seri Anwa...
Ruu Anti Lompat Parti Dibentang 28 Feb Ini

Ruu Anti Lompat Parti Dibentang 28 Feb Ini

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 146 hits
Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sebuah jawatankuasa teknikal akan ditubuhkan minggu depan untuk meneliti dasar berkaitan isu anti lompat parti PETALING JAYA Kerajaan akan memuktamad dan membentangkan Rang Undang undang Anti Lompat Parti p...
Khalid Samad Amalan Lompat Parti Dipertahanakan Oleh Perlembagaan This

Khalid Samad Amalan Lompat Parti Dipertahanakan Oleh Perlembagaan This

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 150 hits
12 01 2022 Ceramah Parti Amanah Negara PM Baru Lagi Video Credit Kepada Mohamad Sabu FB Media Oren Jom Channel
Hiburan Kes Varian Omicron Semakin Meningkat Rakyat Dah Pasrah Jika Pkp Dilaksanakan Kembali

Hiburan Kes Varian Omicron Semakin Meningkat Rakyat Dah Pasrah Jika Pkp Dilaksanakan Kembali

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 202 hits
Peningkatan kes varian Omicron sejak kebelakangan ini ternyata telah mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat berikutan bimbang jika Perintah Kawalan Pergerakan akan dilaksanakan semula 3 hari laluKanak Kanak 5 Hingga 11 Tahun Kini D...
Mangsa Banjir Di Johor Kembali Meningkat Kepada 4 346

Mangsa Banjir Di Johor Kembali Meningkat Kepada 4 346

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 217 hits
Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM Pasukan penyelamat dan penduduk kampung mengagihkan barang makanan di Kampung Bukit Bendar Bukit Kepong Muar yang terputus hubungan akibat banjir JOHOR BAHRU Terdapat pertambahan jumlah mangsa banjir di tiga daera...
Zahid Kembali Sokong Cikgunya Gesa Sidang Khas Parlimen Diadakan

Zahid Kembali Sokong Cikgunya Gesa Sidang Khas Parlimen Diadakan

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 162 hits
agendaily com6 1 2022Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersatu hati menggesa kerajaan mengdakan sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu bencana banjir yang berlaku baru baru ini Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Za...
Kemenag Pemberangkatan Jemaah Umrah Dibuka Kembali 8 Januari 2022

Kemenag Pemberangkatan Jemaah Umrah Dibuka Kembali 8 Januari 2022

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 262 hits
Kemenag telah menggelar rapat lintas Kementerian Lembaga terkait umrah tahun 1443 H pada 3 Januari 2022
Dua Beradik Tercicir Pelajaran Kembali Semula Ke Sekolah

Dua Beradik Tercicir Pelajaran Kembali Semula Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 248 hits
Dua Beradik Tercicir Pelajaran Kembali Semula Ke Sekolah SABAK BERNAM Nasib dua beradik di Taman Air Manis di sini yang tercicir dalam pelajaran akan dibela bagi memastikan mereka dapat meneruskan sesi persekolahan meskipun keluarganya dibe...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep