Google mengumumkan akan mengurangkan 12,000 tenaga kerjanya atau mengurangkan kira-kira enam peratus daripada kakitangannya.
Langkah rasionalisasi ini juga antara lain didorong oleh kematangan fungsi teknologi semasa iaitu AI yang memberikan impak langsung kepada tugasan manusia
Tindakan itu dipercayai didorong oleh pemberhentian sektor teknologi serta peralihan kepada teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang berterusan
				
			
		
		
			
			
			
			
			
				
				
				
				
Menerusi satu portal teknologi terkemuka melaporkan langkah sama turut diambil oleh Microsoft yang mahu mengurangkan 10,000 pekerja awam manakala Amazon akan melaksanakan pemberhentiaan sekitar 18,000 orang.
Cybernews melaporkan bahawa langkah Google itu diumumkan sendiri oleh ketua pegawai eksekutifnya, Sundar Pichai menerusi emel kepada pekerjanya.
Memetik laporan berkenaan, Pichai berkata, syarikat itu mengalami 'tempoh pertumbuhan dramatik' sejak dua tahun lalu tetapi menghadapi realiti ekonomi yang berbeza hari ini.
"Kekangan dalam beberapa kawasan membolehkan kami bertaruh besar pada orang lain," katanya
				
			
		
		
Awal minggu ini, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella juga berkata, AI akan menyokong gelombang pengkomputeran seterusnya dan syarikat itu perlu bersedia untuk kekal penting dalam industri.
Sebagai tanda peralihan keutamaan dalam industri teknologi, Microsoft berkata, ia sedang mempertimbangkan untuk
melabur kira-kira RM40 bilion (USD 10 bilion) ke dalam OpenAI, pemilik ChatGPT.
Ini adalah contoh impak awal terhadap keupayaan teknologi dan ia sudahpun menggantikan fungsi manusia untuk tugasan asas apabila semuanya mampu untuk diprogramkan mengikut keadaan serta kesesuaian
			
				
				
			
		
		
Malah, kewujudan ML atau 'Machine Learning' ini akan memperkukuhkan fungsi AI apabila teknologi ini akan melaksanakan pembacaan trend semasa dan melakukan respons mengikut pilihan yang paling relevan.
Kemajuan AI ini juga akan terus dibangunkan serta ia mampu untuk menganalisis pelanggan, kelakuan pengguna dan berinteraksi mengikut kesesuaian.
Untuk ML pula, ia adalah sebahagian daripada AI namun terarah kepada analisis sesuatu senario dan memberi solusi kepadanya menerusi kefungsian baharu.
Mengambil contoh fungsi pertanyaan umum membabitkan perkhidmatan pelanggan, semua syarikat pada hari ini sudah menggunakan 'ChatBot' dan untuk kes-kes tertentu saja akan diserahkan kepada operator manusia.
Ledakan teknologi ini memberi kesan langsung kepada tugasan manusia namun untuk sisi positif, ia memberikan tugasan lebih sistematik pada masa depan| 
		Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini  |