Kewajipan Zakat Fitrah Seorang Perempuan


Adakah menjadi satu kewajipan bagi seorang perempuan membayar zakat fitrah? Haaa.... satu persoalan yang tetiba sahaja singgah di kepala benak saya. Almaklumlah, di dalam bulan Ramadhan, sering perkara-perkara berkaitan akan muncul tanpa diduga. Setelah mendapat sumber, pencerahan dan pertambahan ilmu persoalan kewajipan zakat fitrah seorang perempuan, alhamdulillah, in Sha Allah terjawab dalam entri blog kali ini.

Atas izin dan ilham Allah S.W.T, saya ingin kongsikan sedikit ilmu dan pengetahuan berkaitan kewajipan zakat fitrah bagi seorang perempuan, samada dia sudah berkahwin, atau bujang; atau samada dia sudah bekerja atau masih lagi belajar. Tentu ramai nak tahu, memandangkan zakat fitrah itu adalah salah satu rukun bergelar seorang Islam, seorang Muslim.
Kewajipan Zakat Fitrah Seorang Perempuan
Zakat fitrah adalah wajib buat semua orang Islam, samada kecil, besar, tua, muda, miskin, kaya, kanak-kanak, lelaki, wanita, bayi, orang gila, merdeka mahupun hamba sahaya. Perkara ini sesuai dengan dalil daripada sebuah hadith Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

Abu Hurairah r.a menyatakan: “Rasulullah saw telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan kepada orang yang merdeka, hamba sahaya, lelaki dan perempuan, anak-anak, dewasa, fakir atau kaya – daripada kalangan kaum muslimin,” (H.R Ahmad, Bukhari dan Muslim)
Dari sudut sirah atau sejarah, zakat mula difardukan kepada umat Islam pada tahun kedua selepas hijrah Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah. Kewajipan berzakat telah dinyatakan dalam ayat-ayat atau surah Madaniyah. Surah-surah Madaniyah banyak menekan aspek hukum dan syariat Islam berbanding aspek akidah.

Banyak dalil naqli (dalil Al-Quran dan Al-Hadis) yang menyatakan kewajipan zakat, di antaranya firman Allah di dalam surah An-Nur, ayat 56 yang bermaksud:

“Dan dirikan oleh kamu akan sholat serta berikanlah zakat” (An-Nur, 56)
Sekarang, dah jelas akan kepentingan zakat fitrah ini buat seorang Islam? Ia adalah rukun Islam ketiga dan dalam Al Quran kepentingannya sangat jelas bila digandingkan bersama sholat sepertimana dalam ayat 56 surah An-Nur tadi.

[Dah Baca?] Cara Mudah Bayar Zakat Fitrah Secara Online - Guna JomPAY

Ok. Mari kita berbalik pada persoalan utama yang saya tulis terjojol di tajuk entri ini, iaitu kewajipan zakat fitrah seorang perempuan.
Perempuan Dalam Tanggungan Bapa
Jika perempuan itu tidak berkahwin, samada sudah akil baligh atau belum, tanggungjawab menunaikan zakat adalah terletak pada bapanya; jika tiada bapa atau sudah kematian bapa, tanggungjawab tersebut jatuh pada siapa yang menanggungnya atau yang memberinya makan, boleh dipertanggungjawabkan kepada si ibu (jika ibu tunggal); atau kepada abang jika ada atau adik lelaki jika dia yang menanggung keluarga termasuklah ibunya.

Bagi perempuan yang sudah berkahwin, tanggungjawab lunaskan zakat fitrah adalah terletak pada suaminya. Jika suami meninggal dunia, maka wajib keluarkan zakat atas dirinya sendiri.



Ibu TunggalPerempuan dalam kategori ibu tunggal adalah juga wajib membayar zakat; selagi ia tidak memberikan kebebanan buatnya.

Zakat fitrah adalah zakat tubuh, ia untuk menyucikan diri, maka sangat perlu bagi perempuan yang tidak ditanggung oleh sesiapa, membayar zakat buat dirinya dan jika ada tanggungan, membayar zakat di bawah tanggungannya. Dan ini terpakai buat si ibu tunggal.
Perempuan Bekerja
Zakat fitrah bagi anak yang sudah bekerja sendiri, sama ada lelaki dan perempuan, maka mereka lebih berhak mengeluarkan sendiri zakat fitrahnya. Bahkan, jika mereka mahu mengeluarkan zakat fitrah ibu bapa juga boleh, dan mereka perlu memaklumkannya kepada ibu bapa.

Namun, jika perempuan bekerja membayar zakat dirinya, dan pada masa sama bapa juga membayar zakat buat dirinya, tiada menjadi kesalahan. Zakat yang dikeluarkan itu boleh dianggap sebagai sedekah maka ganjaran pahala in Sha Allah akan dapat pada si anak perempuan bekerja.

[Dah Baca?] Tips Mencari Malam Lailatul Qadar dari Ulama Tersohor
Suami Tidak Bekerja, Isteri Bekerja dan Gaji LumayanSelalunya berlaku bila si suami terpaksa ikut isterinya bertugas di luar negara, dan si suami terpaksa bercuti tanpa gaji, iaitu tanpa pendapatan; maka boleh si isteri keluarkan zakat untuk dirinya dan tanggungan yang lain, termasuk juga suaminya. Apabila si isteri bayar zakat untuk diri sendiri, maka gugurlah tanggungjawab suami membayar zakat buat isterinya kerana ketiadaan kemampuan diri untuk melakukannya.

Adakala ayah (jika perempuan belum bernikah) atau suami liat nak bayar zakat, atau bertangguh membayarnya, boleh juga bayar zakat untuk diri sendiri supaya tidak terbeban hutang zakat atas diri sendiri.


Ia Kewajipan Individu
Saya rasa perkongsian di atas cukup jelas untuk menjawab persoalan-persoalan berkaitan kewajipan zakat fitrah bagi seorang perempuan. Zakat fitrah adalah tanggungjawab individu itu sendiri apabila dia sendiri mampu untuk membayarnya atau tidak berada di dalam tanggungan.

Nilai bayaran zakat fitrah terlalu kecil iaitu bersamaan dengan segantang beras dan tidak salah jika seorang perempuan ingin membayar zakat dirinya walaupun suami atau ayah juga melakukan perkara yang sama.

Anggap sahaja bayaran yang dibuat selepas bayaran pertama sebagai sedekah kerana balasan Allah berikan kepada muslimin dan muslimat yang bersedekah pada Ramadhan sangat berlipat ganda, apatah lagi jika dibuat bagi meringankan beban mereka yang sedang berpuasa.

Bagi saya, lebih afdal jika sesiapa jua, tak kiralah kecil besar, tua muda, miskin kaya, perempuan lelaki, OKU atau cukup sifat bayar zakat untuk diri sendiri jika sudah ada pendapatan sendiri dan boleh tanggung diri sendiri, selagi tidak merasa terbeban olehnya.

[Dah Baca?] Terlupa Bayar Zakat Fitrah? Apa Perlu Dilakukan ..?
Pengalaman Lihat Remaja Bayar Zakat Untuk Keluarganya


Saya pernah melihat seorang remaja lelaki dalam belasan tahun yang bayar zakat fitrah untuk diri sendiri dan adik beradiknya yang lain, walaupun ada ibu dan ayah. Ini kerana ibu dan ayah sudah tidak berkeupayaan bekerja dan tanggung, malah dia juga bayarkan zakat fitrah untuk ibu dan ayahnya sendiri.

Tiada larangan pun dari ustaz tu, malah ustaz tu menepuk-nepuk bahu remaja lelaki itu kerana tahu akan kewajipan bersihkan diri dan jiwa dengan zakat fitrah.

Zakat fitrah juga menepati kehendak puasa yang bermaksud mengembalikan manusia kepada fitrah. Apabila zakat fitrah ditunaikan, maka akan terhakislah rasa tamak dan haloba dalam diri dan diganti dengan rasa rendah diri dan saling berkongsi.

Seperti saya katakan di atas, nilai zakat fitrah bukanlah berat sangat, lebih kurang dalam RM7-RM8.00 buat masa sekarang. Andai jumlah RM7 itu masih dipertikaikan atau macam liat je nak bayar, hatta walau tahu diri sendiri sudah dibayar, maka bagaimana pula seseorang itu mampu berkongsi sesuatu yang lebih besar dalam hidupnya dengan orang lain.

Semoga bermanfaat.

p.s: Segala sumber saya dapatkan daripa Q.A atau jawab tanya yang ada di laman-laman web bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri, dan juga JAKIM.
p.s.s: Gambar adalah sekadar hiasan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hasrulhassan.com/2014/07/kewajipan-zakat-fitrah-seorang-perempuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadar Zakat Fitrah 2023 Seluruh Negeri Malaysia Cara Bayar Zakat Online

Kadar Zakat Fitrah 2023 Seluruh Negeri Malaysia Cara Bayar Zakat Online

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 407 hits
Kadar Zakat Fitrah 2023 Seluruh Negeri Malaysia Cara Bayar Zakat Online Berikut adalah kadar Bayaran Zakat Fitrah untuk tahun 2023 1444H di seluruh negeri di Malaysia sempena bulan Ramadhan yang mulia Kami juga ingin berkongsi panduan lengk...
Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor Bagi Tahun 2023m 1444h

Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor Bagi Tahun 2023m 1444h

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 277 hits
Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor Bagi Tahun 2023M 1444H adalah RM7 dan RM13 Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan setelah selesainya Ramadan Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan...
Hukum Memberi Lebihan Zakat Fitrah Kepada Amil

Hukum Memberi Lebihan Zakat Fitrah Kepada Amil

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 533 hits
HUKUM BERI LEBIHAN ZAKAT FITRAH KEPADA AMIL Dalam bulan ramadhan kita dah kena sedia nak bayar zakat fitrah samada secara tunai kepada amil atau transfer online kepada badan zakat melalui akaun yang disediakan Kalau bayar secara online mema...
Agong Perkenan Bagi Mengekalkan Zakat Fitrah Di Pahang Sebanyak Rm7 Tahun Ini

Agong Perkenan Bagi Mengekalkan Zakat Fitrah Di Pahang Sebanyak Rm7 Tahun Ini

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 170 hits
PEKAN Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah perkenan untuk mengekalkan kadar zakat fitrah di Pahang sebanyak RM7 Negeri itu juga akan melaksanakan kadar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan i...
Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri 2023

Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri 2023

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 222 hits
Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri 20231 Perlis RM72 Kedah RM6 50 RM7 RM14 RM213 Penang RM7 RM13 RM204 Perak RM7 RM14 RM215 Selangor RM7 RM14 RM216 N Sembilan RM7 RM10 RM217 Melaka RM7 RM14 RM218 Johor RM7 RM139 Pahang RM7 RM14 RM2110 Terengg...
Panggil Budak Tahfiz Quran Hidangkan Perempuan Berjoget Joget Netizen Kritik Penganjur Majlis Berbuka Puasa

Panggil Budak Tahfiz Quran Hidangkan Perempuan Berjoget Joget Netizen Kritik Penganjur Majlis Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 252 hits
Baru baru ini pihak Universal Music Malaysia menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pelajar Tahfiz Darul Syabab di Hotel Royal Kuala Lumpur nbsp Dalam majlis itu penganjur turut menjemput beberapa penyanyi yang bernaung di bawahnya seper...
Ikhtiar Dapatkan Anak Perempuan Doktor Ini Kongsikan Cara Boleh Buat Ada 2 Syarat Penting

Ikhtiar Dapatkan Anak Perempuan Doktor Ini Kongsikan Cara Boleh Buat Ada 2 Syarat Penting

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 203 hits
Anak adalah anugerah yang terindah untuk kita Asalkan sihat sebagai ibu ayah kita sudah mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita Namun mungkin ada sesetengah pasangan yang mencuba untuk mendapatkan anak perempuan Sumber foto www...
Warga Asing Bayar Rm50 Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Perempuan

Warga Asing Bayar Rm50 Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Perempuan

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 353 hits
Nor Azizah Mokhtarbhnews bh com myKUALA LUMPUR Seorang lelaki warga asing ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun di sebuah rumah di Jalan Kampung Fajar Ampang di sini akhir Disember lalu Su...
Baby Lato Lato Isteri Selamat Bersalin Harris Annuar Timang Bayi Perempuan

Baby Lato Lato Isteri Selamat Bersalin Harris Annuar Timang Bayi Perempuan

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 209 hits
Sembilan bulan melalui pelbagai keinginan ketika hamil akhirnya isteri kesayangan pelakon Harris Annuar selamat menimang cahaya sulung mereka pada malam semalam Menerusi Instagramnya Harris berkongsi khabar gembira itu kepada pengikutnya ya...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord