Keutamaan Berwudhu Di Rumah Sebelum Ke Masjid Untuk Solat Berjemaah



Soalan:
Saya pernah mendengar seorang ustaz mengajar bahawa mengambil wudhu di rumah untuk solat jemaah di masjid adalah lebih afdhal berbanding mengambil wudhu di masjid. Adakah ada hadith Nabi SAW yang menyatakan perkara demikian?

Jawapan:
Terdapat beberapa hadith dengan lafaz yang berbeza yang mengisyaratkan bahawa berwudhu di rumah lebih utama berbanding di masjid.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً
“Barangsiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian berjalan ke masjid untuk mendirikan solat fardhu yang diwajibkan oleh Allah SWT, maka langkahan pertama menghapuskan dosanya, dan langkahan kedua mengangkat darjatnya.” [Riwayat Muslim (666)]

Ini juga dikuatkan dengan hadith riwayat Abu Umamah RA yang menyatakan bahawa Baginda SAW bersabda:

مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ مُتَطَهِّرًا إِلَى صَلاَةٍ مَكْتُوبَةٍ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْحَاجِّ الْمُحْرِمِ
“Sesiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk mendirikan solat fardhu, maka pahalanya menyamai pahala seorang yang mengerjakan haji yang telah mengenakan ihram.” [Riwayat Abu Daud (558)]

Selain itu, Sahl ibn Hunaif RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءٍ فَصَلَّى فِيهِ صَلاَةً كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ
“Sesiapa yang bersuci di rumahnya, dan datang ke masjid Quba’ kemudian solat, maka pahalanya seumpama pahala mengerjakan umrah.” [Riwayat Ibn Majah (1412)]

Utman bin ‘Affan RA pula meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلاَةِ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلاَةِ الْمَكْتُوبَةِ فَصَلاَّهَا مَعَ النَّاسِ أَوْ مَعَ الْجَمَاعَةِ أَوْ فِي الْمَسْجِدِ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ
“Barangsiapa yang berwudhu untuk solat secara sempurna, kemudian berjalan untuk mengerjakan solat fardhu bersama orang ramai, atau secara berjemaah atau di masjid, Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosanya.” [Riwayat Muslim (232) dan al-Nasa’ie (856)]


Menurut Syeikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti, hadith-hadith seumpama ini tidak hanya khusus kepada mereka yang berwudhu di rumah sahaja, bahkan ia meliputi kesemua mereka yang mengambil wudhu sejurus azan berkumandang dan bersegara ke masjid, sama ada mereka berada di rumah, di tempat kerja atau di mana-mana sahaja.

Menulis Syeikh Syams al-Haq al-Abadi, hadith ini merujuk kepada mereka yang keluar dari rumah, atau kedainya, atau meninggalkan apa jua kesibukan dunia untuk solat. Oleh kerana itu, mereka yang menuju solat dalam keadaan berwudhu, pahala mereka adalah lebih besar dan afdhal.

Adapun mereka yang terbatal wudhunya sewaktu dalam perjalanan ke masjid, maka mereka tetap memperoleh keutamaan ini, kerana mereka yang berniat untuk melakukan satu kebaikan namun ditimpa sesuatu yang membuatkan mereka tidak mampu menyempurnakannya, maka dia tetap diberi pahala seperti yang berjaya menyempurnakannya. [Rujuk ‘Aun al-Ma’bud, 2/185]

Kesimpulan

Tuntasnya, hadith-hadith yang menyebut keutamaan berwudhu di rumah berbanding di masjid untuk solat jemaah adalah tsabit daripada Nabi SAW. Hal ini kerana berada dalam keadaan suci dan berwudhu adalah lebih utama berbanding dalam keadaan tanpa wudhu.

Begitu juga dengan berwudhu’, seseorang itu telah mengikut arahan dan sunnah Rasulullah SAW di samping berada dalam taharah semenjak niat hatinya melangkah ke masjid lagi. Sudah tentu akan memberikan dirinya kebaikan yang banyak.

Hadith ini juga menunjukkan keutamaan sikap kesegeraan untuk menuju solat, dengan meninggalkan apa jua kesibukan dunia untuk menyahut seruan Ilahi.

Selain itu, berwudhu di rumah juga boleh menjimatkan dana pengurusan masjid yang perlu menanggung bil air yang tinggi setiap bulan. Ini boleh menjimatkan dana masjid dan boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain seperti memberi makan kepada fakir miskin dan lain-lain.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/keutamaan-berwudhu-di-rumah-sebelum-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dijemput Ajal Ketika Tunggu Solat Asar Di Masjid

Dijemput Ajal Ketika Tunggu Solat Asar Di Masjid

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 331 hits
TUKANG urut tradisional meninggal dunia ketika sedang menunggu untuk menunaikan solat Asar di Masjid Muhammadi Kota Bharu semalam Dalam kejadian 4 30 petang Razali Muhamad 50 berasal dari Kampung Berangan Tumpat ditemui tidak sedarkan diri ...
Tahun Ni Beraya Di Rumah Mertua Golongan Menantu Kena Tahu 17 Adab Ini Sebelum Kena Sembur

Tahun Ni Beraya Di Rumah Mertua Golongan Menantu Kena Tahu 17 Adab Ini Sebelum Kena Sembur

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 534 hits
Setiap tahun pasti banyak keluarga yang akan beraya di kampung Sama ada di kampung suami atau isteri sudah semestinya salah seorang akan menjadi menantu Perkara ini nampak mudah Takkan beraya pun nak kena ada garis panduan Untuk orang yang ...
Pesan 7 Nasihat Bermanfaat Ini Kepada Anak Anak Sebelum Pergi Beraya Di Rumah Orang

Pesan 7 Nasihat Bermanfaat Ini Kepada Anak Anak Sebelum Pergi Beraya Di Rumah Orang

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 413 hits
Sambutan perayaan Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi setelah sebulan seluruh umat Islam menahan lapar dan dahaga Sempena sambutan yang akan berlangsung dalam masa beberapa hari sahaja lagi pasti anda semua telah melakukan segala pers...
Tips Sebelum Bawa Anak Ke Masjid

Tips Sebelum Bawa Anak Ke Masjid

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 362 hits
Ramadan bulan yang ingin diambil kesempatan oleh banyak pihak termasuk ibu dan bapa pergi ke masjid menunaikan solat sunat terawih Tindakan itu juga sekaligus akan melatih anak anak menjadi lebih dekat dengan ibadah dan lebih rajin pergi ke...
Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Solat Sunat Tahiyatul Masjid

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 948 hits
Bagaimana melakukan solat sunat tahiyatul masjid Solat tahiyatul masjid adalah solat sunat memuliakan masjid dan sangat digalakkan Islam Oleh itu artikel ini akan membimbing anda melaksanakan solat sunat ini secara mudah langkah demi langka...
Video Hujan Lebat Dan Angin Kencang Jemaah Tetap Khusyuk Solat Tarawih Di Luar Masjid

Video Hujan Lebat Dan Angin Kencang Jemaah Tetap Khusyuk Solat Tarawih Di Luar Masjid

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 372 hits
Video Hujan Lebat Dan Angin Kencang Jemaah Tetap Khusyuk Solat Tarawih Di Luar Masjid Ramadhan bulan yang termulia yang di dalamnya diturunkan rahmat dibuka pintu pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka Ia merupakan bulan yang dinantika...
Agong Solat Sunat Raya Di Masjid Negara

Agong Solat Sunat Raya Di Masjid Negara

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 390 hits
Agong solat sunat raya di Masjid Negara Dikemas kini 39 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 Jun 2019 10 23AM
Bibik Baru Kerja 8 Hari Dah Rembat Rm6 500 Sebelum Lari Dari Rumah

Bibik Baru Kerja 8 Hari Dah Rembat Rm6 500 Sebelum Lari Dari Rumah

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 790 hits
The ReporterSeorang pembantu rumah warga asing dilaporkan telah melarikan diri dari rumah majikannya di Setia Alam malam tadi Majikannya Aisyah Basirah berkata pembantu rumah bernama Marlinawati 43 berasal dari Medan Indonesia itu baru saja...
Gadis Maut Kemalangan Masjid Dipenuhi Jemaah Ketika Solat Jenazah

Gadis Maut Kemalangan Masjid Dipenuhi Jemaah Ketika Solat Jenazah

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 476 hits
BOLEH dikatakan hampir setiap hari kita menerima laporan atau membaca di dada dada akhbar mengenai kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa Semalam seorang penuntut Universiti Utara Malaysia Insyirah Az Zahra Mohd Jasni maut selepas k...
Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights

Building An Online Marketing Plan

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perempuan Melawan Lara

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

How To Make Japanese Mayonnaise

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Akui Penat Dengan Running Man Sebelum Ini Ji Yeeun Dedah Banyak Terima Mesej Cacian