Keupayaan Teknologi 5g Di Malaysia Dan Peranan Celcom Dalam Menawarkan Rangkaian Internet Yang Baik


Sejak beberapa tahun lalu kita telah dihebahkan dengan persediaan negara Malaysia untuk menerima teknologi 5G. Akhirnya tahun 2020 ini merupakan tahun dimana pelaksanaan teknologi ini dijalankan secara meluas di seluruh negara. Bukan sekadar pihak kerajaan, malah syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia juga turut membuat persediaan rangkaian teknologi 5G ini untuk ditawarkan kepada para pelanggan mereka, dan Celcom adalah salah satunya.

Namun, tahukah anda apakah perbezaan teknologi 5G ini dengan 4G yang kita ada sekarang? Jika rangkaian 4G sekarang menggunakan Long Term Evolution (LTE) sebagai standard rangkaian, 5G pula menggunakan New Radio, atau dikenali sebagai NR sebagai standard rangkaiannya.
Dengan pelaksanaan rangkaian 5G ini di Malaysia, kadar pendam (latency) akan menjadi lebih rendah sekaligus membolehkan proses muat naik fail menjadi lebih laju terutamanya proses yang melibatkan fail yang besar. Kadar lengah masa juga akan menjadi sangat kurang semasa melayari internet dan juga bermain permua. Ini sekaligus memberi peluang kepada anda untuk menonton kandungan HDR dalam format berdefinisi tinggi dengan lancar walaupun ditonton secara penstriman. Hal ini adalah kerana teknologi 5G menyokong untuk menerima bantuan teknologi lain seperti realiti maya, kecerdasan buatan, realiti terimbuh dan banyak lagi.

Dengan pelaksanaan teknologi 5G ini di Malaysia, kadar internet dikatakan menjadi 10 kali lebih laju sekaligus memberikan negara Malaysia kelebihan untuk mengaplikasikan Internet of Things (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI) dengan lebih baik. Hal ini seterusnya membuka peluang untuk negara Malaysia mempertingkatkan lagi industri-industri baru seperti kereta swapandu dan dron yang dikuasakan oleh teknologi 5G.
Celcom, sebagai salah satu syarikat telekomunikasi utama Malaysia telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memulakan inisiatif dalam penyediaan infrastruktur teknologi 5G selepas pihak mereka bersetuju dengan Ericsson untuk menaik taraf infrastruktur rangkaian yang sedia ada. Dengan naik taraf rangkaian internet mereka di seluruh Malaysia, ini memberi peluang kepada pengguna untuk mengubah cara kerja mereka menjadi lebih efisyen serta dapat meningkatkan produktiviti harian mereka. Ini termasuklah dapat mewujudkan peluang kerja baru daripada pelbagai industri, seperti pengangkutan, pertanian, pendidikan, keselamatan dan banyak lagi.

Pihak kerajaan menyasarkan teknologi 5G ini mampu untuk menawarkan sistem pengurusan yang lebih cekap dan dalam masa yang sama mendorong tempat-tempat pelancongan di Malaysia untuk dilengkapi dengan infrastruktur pelancongan yang pintar. Sejajar dengan sasaran kerajaan, Celcom telah membangunkan projek demonstrasi 5G yang dilengkapi dengan sistem kamera pengawasan. Sistem ini berkebolehan untuk membuat rakaman video panorama masa nyata beresolusi 3600 4K UHD di beberapa kawasan di Pulau Langkawi. Ia juga disokong oleh teknologi Kecerdasan Buatan dan Analisis Video bagi membolehkan pemantauan masa nyata dilakukan dengan rakaman beresolusi tinggi.
Celcom turut memperkenalkan sistem pengurusan Smart Port yang berkebolehan untuk memantau proses pelabuhan logistik dalam usaha menjadikan Langkawi sebuah pelabuhan pintar pada masa hadapan. Antara ciri Smart Port ini adalah ia mempunyai fungsi logistik pengesanan pintar keluar dan masuk, pengiktirafan lesen, dan pengesanan haba. Kemajuan dalam sistem pengurusan keselamatan di pelabuhan ini seterusnya akan membantu penduduk dan pelancong Langkawi untuk menikmati infrastruktur pelancongan pintar yang lebih selamat dan aman.

Selain itu, Petaling Jaya akan digunakan sebagai 5G Live Cluster Field Trial untuk mengkaji keberkesanan liputan 5G ini dalam dunia sebenar. Dengan pelaksanaan 5G ini di Petaling Jaya, ia akan menunjukkan bagaimana 5G berkebolehan dalam memajukan masyarakat dan mengubah cara kerja masyarakat disana dari segi keselamatan, pengangkutan, membeli belah dan aktiviti harian yang lain.
Beberapa kawasan di sekitar Petaling Jaya akan diawasi oleh kamera pengawasan 5G yang mampu untuk membuat rakaman dengan teknologi pengecaman wajah untuk menawarkan sistem keselamatan masa nyata yang berdefinisi tinggi, termasuklah stesen LRT Taman Jaya. Oleh itu, Celcom mengaplikasikan sistem Traffic Violation Detection yang akan membuat pemantauan trafik sekaligus dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.

Bukan itu sahaja, dengan kerjasama Ericsson, Celcom juga turut bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menyediakan platform bagi memudahkan proses penyelidikan dan pembangunan 5G di Malaysia. Ini menjadikan UTM sebagai universiti pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan teknologi 5G ini. Hasil kerjasama ini telah mewujudkan pusat inovasi 5G, makmal penyelidikan 5G, dan ruang pembelajaran yang menawarkan program pembelajaran 5G untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang.
Secara keseluruhannya, projek demonstrasi rangkaian 5G ini masih lagi dalam peringkat penyelidikan dan sedang diuji secara berperingkat di Langkawi. Syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan kebanyakkannya telah mempunyai projek tersendiri, termasuklah Celcom. Malah dengan projek-projek yang dijalankan oleh Celcom ini, ia sedikit sebanyak dilihat dapat membantu kerajaan untuk merealisasikan sasaran mereka. Kelak, mungkin kita dapat lihat cara kerja sesuatu sektor industri akan berubah menjadi lebih cepat dan dapat meningkatkan produktiviti mereka dengan bantuan teknologi 5G serta pengaplikasian peranti-peranti berhubung (IoT) di seluruh Malaysia.
Layari : Laman Rasmi Celcom Untuk Maklumat Lanjut 5G
Penafian: Advertorial daripada Celcom





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2020/02/keupayaan-teknologi-5g-di-malaysia-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ekspo Teknologi Malaysia Unisel Raih Dua Emas Satu Anugerah Khas

Ekspo Teknologi Malaysia Unisel Raih Dua Emas Satu Anugerah Khas

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 280 hits
SHAH ALAM 23 FEB Skuad Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik Universiti Selangor menggondol dua pingat emas melalui kategori Anugerah Inovasi Pemuda Asia sempena Ekspo Teknologi Malaysia 2020 Ekspo yang berlangsung di Pusat Dagangan Du...
Fasih Digital Dipilih Tema Sambutan Hari Keselamatan Internet 2020 Edisi Malaysia Yang Disambut Hari Ini

Fasih Digital Dipilih Tema Sambutan Hari Keselamatan Internet 2020 Edisi Malaysia Yang Disambut Hari Ini

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 549 hits
PUTRAJAYA 11 Feb Konsep 5K diperkenal menerusi tema Fasih Digital yang dipilih sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2020 edisi Malaysia yang disambut hari ini Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Eddin Syazlee Shith berkat...
Vivo Malaysia Together With Celcom Bring You Great Deals

Vivo Malaysia Together With Celcom Bring You Great Deals

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 328 hits
Hi Everyone Effective from today onwards vivo Malaysia together with Celcom Axiata Berhad will be offering some exciting deals for all Celcom users With this collaboration users who sign up for the Celcom MEGA plan with Lightning XL Pass an...
Orang Malaysia Ni Terlalu Baik

Orang Malaysia Ni Terlalu Baik

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 277 hits
Bila orang Malaysia ke Indonesia orang Malaysia tak kisah guide boleh cakap BM ke tak Tapi pelancong Indonesia datang Malaysia kita pula kena cakap Bahasa Indonesia Orang asing expect kita panggil Mr Adams kalau nama dia Peter Adams dan buk...
Malaysia Menaik Taraf Kepada 5g Adakah Ia Boleh Menjanjikan Kelajuan Internet Kepada Pengguna

Malaysia Menaik Taraf Kepada 5g Adakah Ia Boleh Menjanjikan Kelajuan Internet Kepada Pengguna

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 417 hits
Naik taraf rangkaian telekomunikasi memang keputusan yang baik tapi tahukah kita sebagai rakyat Malaysia bahawa kelajuan Internet dan keluasan rangkaian di seluruh negara pun masih belum sempurna harap pantau adakah syarikat telekomunikasi ...
Celcom Mega 2020 Unlimited Internet

Celcom Mega 2020 Unlimited Internet

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 1698 hits
CELCOM MEGA 2020 UNLIMITED INTERNETAssalamualaikum Finally celcom keluar juga pakej unlimited data Selama ini selalu ternampak soalan Celcom takda unlimited internet ke Ha kabar baik untuk semua celcom keluarkan pakej terbaru untuk 2020 ini...
Malaysia Lebih Teruk Di Bawah Ph Berbanding Zaman Gelap Kata Pemimpin Pas

Malaysia Lebih Teruk Di Bawah Ph Berbanding Zaman Gelap Kata Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 300 hits
Isnin lalu Lim Guan Eng memberi amaran Malaysia akan berada di zaman gelap jika kerajaan didominasi orang Melayu termasuk PAS Seorang pemimpin Sarawak PAS membidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mendakwa Malaysia akan berada di zama...
Huawei Y7p Dengan Bateri 4000mah Kamera 48mp Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia

Huawei Y7p Dengan Bateri 4000mah Kamera 48mp Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 282 hits
Huawei telah mula menawarkan beberapa peranti baru untuk pasaran tempatan Selain daripada Huawei Nova 7i kini pihak Huawei Malaysia turut telah mula mengacah kehadiran satu lagi telefon pintar baru untuk pasaran tempatan iaitu Huawei Y7p Hu...
Raja Salman Hadiahkan 20 Ribu Naskhah Al Quran Dan Terjemahan Di Malaysia

Raja Salman Hadiahkan 20 Ribu Naskhah Al Quran Dan Terjemahan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 355 hits
KUALA LUMPUR Pejabat Penasihat Islam Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur bakal mengagihkan sejumlah 20 000 naskhah Al Quran dan terjemahan hasil sumbangan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud pada tahun ini di seluruh Malaysia ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord