Ketum Hukuman Mati Atau Penjara Seumur Hidup Di Thailand


Kuala Lumpur: “Di sana (Thailand) mereka memang sudah nampak dengan jelas bahawa ketum akan merosakkan rakyat. Sebab itu undang-undang di sana sangat tegas hingga memperuntukkan hukuman mati dan dipenjara seumur hidup jika sabit kesalahan,” kata Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Sattar.

Beliau melahirkan rasa bimbang kemungkinan penduduk kawasan kampung di negeri utara Semenanjung Malaysia, khususnya bersempadan dengan Thailand tidak mengetahui atau peka mengenai undang-undang ketat berkaitan ketum di negara jiran.

Sikap tidak peduli mengenai undang-undang negara jiran itu katanya, menyebabkan ada yang berani terbabit secara aktif dalam aktiviti penyeludupan ketum ke Thailand.

“Jangan main-main nanti menyesal. Di sini khususnya negeri di utara memang ketum hanya dianggap biasa tetapi di Thailand diletakkan di bawah dadah berbahaya.


“Orang kampung yang jadi penyeludup ketum kecil-kecilan ini lupakan saja nak urus niaga ketum di Thailand. Risiko hukuman mati, penjara seumur hidup dan denda menanti sekiranya sabit kesalahan,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad, semalam bertajuk Transporter Kratom yang memetik permintaan tinggi daun ketum hingga mencecah RM150 satu kilogram (kg) di negara jiran membuatkan penyeludup Malaysia sanggup menanggung risiko kerana mahu cepat kaya.

Jadi tidak hairan, penyeludup sanggup ke hutan atau kampung di pedalaman bagi mendapatkan bekalan pada harga hanya RM20 sekilogram sebelum menyeludup ketum ke sempadan menggunakan pelbagai cara termasuk melalui pintu sempadan yang sah, khidmat tentera semut atau menyelusup menerusi lorong tikus.


Skuad Khas Harian Metro difahamkan, sindiket mampu memperoleh laba mencecah lebih RM100,000 sebulan hasil kegiatan penyeludupan ketum yang dikatakan lebih menguntungkan berbanding barangan lain.

Mengulas lanjut, Akhbar berkata, risiko lebih tinggi sekiranya penduduk terbabit dalam membantu sindiket besar yang melakukan kegiatan penyeludupan ketum ke negara jiran itu.

“Memiliki daun ketum pun sudah menjadi kesalahan, inikan pula terbabit dengan sindiket penyeludupan bahan terlarang itu di Thailand,” katanya.

Di Thailand pokok ketum dipanggil kakuam, ithang, kratom atau thom. Satu undang-undang yang dinamakan Akta Kratom 2486 digubal pada 1943.

Akta ini mengharamkan sebarang aktiviti penanaman pokok ketum dan mana-mana pokok ketum yang masih ada hendaklah ditebang atau dimusnahkan.

Pada masa ini, undang-undang Thailand mengkelaskan daun ketum di bawah kelas sama dengan kokain dan heroin yang mengakibatkan sabit kesalahan mengikut Akta Narkotik Thailand iaitu penyalahgunaan daun ketum boleh dikenakan hukuman yang sama seperti pengguna kokain dan heroin.

Mengikut Akta Mengenai Langkah-Langkah Menyekat Pesalah Berhubung Dadah 1991 dan Akta Narkotik 1979, memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup.-HARIAN METROSelamat datang, semuga bermenfaat, yang elok jangan ditolak, yang buruk tinggalkan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediashahalam.blogspot.com/2019/07/ketum-hukuman-mati-atau-penjara-seumur.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SuaraBiru+%28SUARA+BIRU%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sembunyi Mayat Isteri 100 Hari Dalam Peti Sejuk Suami Menerima Hukuman Mati

Sembunyi Mayat Isteri 100 Hari Dalam Peti Sejuk Suami Menerima Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 706 hits
BEIJING Sebuah mahkamah di Shanghai mengesahkan hukuman mati seorang lelaki kerana membunuh dan menyembunyikan mayat isteri di dalam peti sejuk selama 100 hari lapor media tempatan Hindustan Times yang memetik laporan China Daily mendedahka...
Divonis Seumur Hidup Mindo Tampubolon Siapkan Novum Ajukan Pk

Divonis Seumur Hidup Mindo Tampubolon Siapkan Novum Ajukan Pk

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 148 hits
Suami korban yang menjabat sebagai Kasat Krimsus Polda kepulauan Riau AKBP Mindo Tampubolon resmi ditetapkan sebagai tersangka atas dugaan pembunuhan istrinya Putri Mega Umbo Polisi hingga kini masih mendalami motif pembunuhan korban
Norman Kru Kini Ahli Seumur Hidup Bersatu Sahut Seruan Tun M

Norman Kru Kini Ahli Seumur Hidup Bersatu Sahut Seruan Tun M

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 247 hits
Seruan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar orang Melayu bersatu disambut oleh selebriti tanah air Datuk Norman Abdul Halim atau Norman KRU yang membuat keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai ahli seumur hidup Pe...
Bakal Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun Kerana Menjilat Aiskrim

Bakal Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun Kerana Menjilat Aiskrim

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 306 hits
Adakah sikap bermoral ini sudah mula menjadi ikutan dan trend Kami maksudkan dengan sikap merosakkan makanan yang terdapat di pasaraya atau kedai kedai tanpa membeli dan membayarnya Selepas tersebar dengan 1 video menunjukkan sekumpulan rem...
Wartakan Bersatu Ini Hak Milik Kekal Seumur Hidup Hingga Kiamat Kepada Mahathir Mukhriz Muhyiddin

Wartakan Bersatu Ini Hak Milik Kekal Seumur Hidup Hingga Kiamat Kepada Mahathir Mukhriz Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 334 hits
Itu pun satu cadangan yang BAIK Dan ini pun satu cadangan yang bermutu Perhimpunan agung juga perlu diwartakan SEBAGAI majlis ANGGUK Dan yes man Pinda Dan tambahan Diwariskan kepada anak menantu cucu Sekian terima kasih
Penggodam Dijatuhkan Hukuman Penjara 27 Bulan Kerana Serangan Ddos Ke Atas Steam Dan Playstation Network

Penggodam Dijatuhkan Hukuman Penjara 27 Bulan Kerana Serangan Ddos Ke Atas Steam Dan Playstation Network

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 253 hits
Permainan video sekarang boleh dinikmati bersama rakan walaupun mereka tidak duduk di sebelah anda Dengan perkhidmatan seperti PlayStation Network dan Xbox anda masih boleh melakukan misi bersama teman baik di dalam permainan Striking Viper...
Banduan Minta Diberikan Hukuman Mati Alasan Yang Diberikan Sungguh Tak Disangka

Banduan Minta Diberikan Hukuman Mati Alasan Yang Diberikan Sungguh Tak Disangka

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 310 hits
Seorang tahanan di penjara Orlando meminta supaya dia dikenakan hukuman bunuh setelah dilayan seperti binatang selama 25 tahun di dalam penjara berkenaan Scott Edward Nelson 55 menyatakan keinginannya untuk membunuh diri di hadapan juri di ...
Jaksa Tuntut Joko Driyono Hukuman 2 Tahun 6 Bulan Penjara

Jaksa Tuntut Joko Driyono Hukuman 2 Tahun 6 Bulan Penjara

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 236 hits
Dalam menyusun tuntutan itu Jaksa mempertimbangkan hal yang meringankan antara lain terdakwa mengakui perbuatannya dan bersikap sopan Sementara hal yang memperberat yakni mempersulit penyidikan yang ditangani Satgas Anti Mafia Bola
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang