Banduan Minta Diberikan Hukuman Mati Alasan Yang Diberikan Sungguh Tak Disangka
Seorang tahanan di penjara Orlando meminta supaya dia dikenakan hukuman bunuh setelah dilayan seperti binatang selama 25 tahun di dalam penjara berkenaan.
Scott Edward Nelson, 55 menyatakan keinginannya untuk membunuh diri di hadapan juri di Orange Circuit Court, Orlando.
Nelson telah disabitkan atas kesalahan membunuh Jennifer Fulford, 56 setelah menculik dan merompak mangsa di Altamonte Springs pada 2017.
Setelah mengambil wang di bank wanita tersebut, Nelson membawa wanita itu ke padang terbiar di South West Orang Country sebelum melilit seluruh kepalanya dengan pita lekat sebelum menikam mangsa berkali-kali sehingga mati.
Sebelum itu, Nelson pernah dipenjarakan pada 1994 dan 2010 atas dua rompakan di mana dia mendakwa telah didera ketika dalam tahanan.
“Saya dikasari. Tiada apa yang anda mampu bayangkan yang belum dilakukan ke atas saya ketika dalam tahanan,” kata Nelson.
Nelson menceritakan tahanan lain telah secara sengaja mengaktifkan pemercik penggera kebakaran sehingga membuatkan sel didudukinya dipenuhi air sehingga ke buku lali dan dikotori najis dari tandas.
Dia juga menceritakan bahawa dia telah diikat seperti anjing pada pagi Krismas ketika mana salah seorang pegawai berpakaian seperti Santa Claus menjadikannya bahan lawak untuk tontonan pelawat penjara.
Nelson turut mendakwa pernah dipukul sehingga pengsan dan diliwat oleh seorang tahanan sehingga mengakibatkannya menghidap Hepatitis C.
Berikutan itu, ahli psikologi, Valerie McClain berkata Nelson mempunyai tanda-tanda Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) akibat tekanan yang diberikan.
Valerie turut mendakwa penderaan fizikal dan emosi yang pernah dilalui Nelson ketika kecil turut menyumbang kepada masalah berkenaan.
Ketika di penjara, Nelson dilaporkan mempunyai risiko tinggi untuk membunuh diri di samping mengalami paranoia dan kerisauan melampau (anxiety).
Nelson turut disahkan mengalami depresi dan gangguan jiwa.
Sumber: Daily Mail
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/07/09/banduan-minta-diberikan-hukuman-mati-alasan-yang-diberikan-sungguh-tak-disangka/