Ketua Pengarah Yapeim Digantung Tugas



KETUA Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Abibullah Samsudin digantung tugas sementara bermula hari ini sementara siasatan menyeluruh dibuat ke atas dakwaan salah laku dan penyelewengan dalam badan itu.

Penggantungan beliau diumumkan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yapeim Dr Mohd Daud Bakar dalam satu kenyataan media hari ini.

“Sepanjang penggantungan tersebut, jawatankuasa siasatan akan meminta beliau (Abibullah) untuk hadir bagi memberikan keterangan dan membantu siasatan berkenaan dakwaan tersebut,” katanya.

Tugas Abibullah kini dipangku Pengarah Kanan (Bahagian Pengurusan Strategik) Yapeim, Parihah Hasan.

Minggu lalu, Daud mengesahkan wujud salah laku dan kecuaian dalam pengurusan yayasan itu, yang dikenal pasti hasil audit firma terkemuka PricewaterhouseCoopers.

Katanya, kesan salah laku itu sedang ditangani sebaik mungkin dan setiap individu yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan.

The Malaysian Insight difahamkan sidang media minggu lalu diadakan selepas Daud memberi taklimat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof mengenai kedudukan Yapeim.

Abibullah sebelum ini didakwa mengugut kakitangan Yapeim untuk tidak mengundi Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum ke-14, seperti dalam rakaman video yang muncul baru-baru ini selepas pendedahan skandal yayasan itu.

The Malaysian Insight sebelum ini mendedahkan dakwaan penyelewengan dalam Yapeim yang terkandung dalam pelan tindakan dan penstrukturan semula yayasan itu.

Ia termasuk kes Yapeim menggunakan dana yayasan untuk membayar saman pengarahnya yang juga bekas pegawai Najib Razak, tanpa kelulusan ahli lembaga pemegang amanah.

Pelan tindakan dan penstrukturan semula Yapeim, yang dilihat The Malaysian Insight, turut mendedahkan ketua pengarah dan pegawai kanan yayasan dibayar bonus dan gaji yang tinggi, mencurigakan dan tidak munasabah.

Mereka juga didakwa menerima elaun daripada anak-anak syarikat yang didakwa melantik diri mereka sendiri sebagai ahli lembaga pengarah.

Pengarah Bahagian Perundangan Yapeim Adawiyah Abdul Samad bagaimanapun dalam sidang medianya Ahad lalu mempertahankan pembayaran ganjaran tinggi tersebut.

Yapeim juga dilaporkan rugi RM12 juta dalam skim gadai Ar-Rahnu setelah gagal melelong gadaian yang tidak ditebus semula.

Yapeim juga didakwa membuat keputusan bisnes tidak wajar seperti membeli bangunan di Putrajaya dengan pinjaman bank lebih tinggi daripada harga belian dan melabur tanpa perakuan jawatankuasa risiko dan pelaburannya.

Yapeim adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan pada 1976 melalui Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 yang ditabdir oleh lembaga pemegang amanah yang dilantik oleh menteri

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/05/ketua-pengarah-yapeim-digantung-tugas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Pengarah Yapeim Digantung Tugas Berkuatkuasa Hari Ini

Ketua Pengarah Yapeim Digantung Tugas Berkuatkuasa Hari Ini

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 444 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia Datuk Abibullah Samsudin digantung tugas buat sementara berkuat kuasa hari ini Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Datuk Dr Mohd Daud Bakar dalam satu kenyataan har...
Ketua Pengarah Yapeim Tunggu Hari Untuk Terima Hukuman

Ketua Pengarah Yapeim Tunggu Hari Untuk Terima Hukuman

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 861 hits
ULASANFuziah SallehBUKAN mudah untuk orang menerima kerencaman politik dan segala macam tektik dan strateginya untuk memenangkan sesebuah parti Penyokong dan simpatisnya akan melakukan apa sahaja tindakan hatta dilarang agama demi mengharap...
Pkr Minta Polis Siasat Video Tular Didakwa Pengarah Yapeim

Pkr Minta Polis Siasat Video Tular Didakwa Pengarah Yapeim

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 751 hits
M Fakhrull Halim Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil membuat laporan polis terhadap video individu dipercayai pegawai kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia mengugut kakitangannya supaya tidak mengundi Pakatan Harapan Kata Fahmi ...
Hakim Kritik Trump Digantung Tugas

Hakim Kritik Trump Digantung Tugas

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 423 hits
Hakim kritik Trump digantung tugas Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 May 2019 9 29AM
4929 Perjumpaan Ppim Bersama Ketua Pengarah Ikim Ppim 13 5 19

4929 Perjumpaan Ppim Bersama Ketua Pengarah Ikim Ppim 13 5 19

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 371 hits
Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM toqqi dan beberapa wakil PPIM bersama Ketua Pengarah IKIM Datuk Prof Dr Azizan Baharudin bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi umat Islam khususnya di negara ini
Ahli Lembaga Pengarah Yapeim Putuskan Kedudukan Abibullah

Ahli Lembaga Pengarah Yapeim Putuskan Kedudukan Abibullah

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 500 hits
KUANTAN Sebarang tindakan terhadap Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia Datuk Abibullah Samsudin akan diputuskan oleh anggota lembaga pengarah yayasan berkenaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh ...
Fuziah Lembaga Pengarah Tentukan Nasib Kp Yapeim

Fuziah Lembaga Pengarah Tentukan Nasib Kp Yapeim

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 432 hits
Sebarang tindakan terhadap Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia Abibullah Samsudin akan diputuskan oleh anggota lembaga pengarah yayasan berkenaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata perkar...
Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Tidak Mudah Tapi Alhamdulillah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


2025 Bukan Tahun Sempurna Tetapi Cukup Bermakna

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Doorgift Kenduri Dapat Kek Coklat Moist

Tabir Jendela 2026 Bermula Selamat Tahun Baru Buat Semua

Hari Bonus 2025 30 12 25

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025