Ketua Penerangan Pemuda Pas Maran Dakwa Jangan Jadi Seperti Lembu Yang Angkat Betina Sebagai Ketua




KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Maran, Muhammad Salman Al Farisi mencetuskan kontroversi apabila dilihat menggunakan analogi kawanan lembu untuk menyentuh tentang isu wanita sebagai ketua atau pemimpin.
Menurutnya,  berdasarkan pengalaman beliau menternak lembu lebih setahun,  lembu betina lebih bersifat ketua apabila dia yang akan memimpin kumpulan ternakan, termasuk menentukan lokasi meragut, masa berehat dan waktu pulang.
Manakala, lembu jantan pula lebih kepada memainkan peranan menjaga keselamatan.
“Sebab itulah kalau boleh kita jangan jadi seperti lembu yang mengangkat ‘betina’ sebagai ketua. Lelaki sepatutnya menjadi ketua dan seiringan dengan ayat al-Quran dalam surah an Nisa ayat 34.
“Bila lembu betina diangkat ketua, dia menentukan segalanya, yang jantan-jantan sekitar lembu betina ini hanya tahu meragut hasil.
“Paling teruk pun lembu jantan ini diminta menanduk musuh. Kesianlah jika kehidupan kita itu disamakan seperti kehidupan lembu,” katanya menerusi hantaran di Facebook baru-baru ini.


Hantaran itu dilapor mendapat respon Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang menegaskan bahawa kenyataan Muhammad Salman tersebut, menyamakan wanita dalam kepimpinan dengan “lembu betina” dalam kawanan ternakan, merupakan pandangan peribadinya dan tidak mencerminkan pendirian rasmi parti PAS.
Ahli Parlimen Masjid Tanah itu turut menyifatkan kenyataan Muhammad Salman sebagai terpencil dan tidak melambangkan sikap keseluruhan kepimpinan PAS, terutama dalam soal penglibatan wanita dalam arena politik.
Bagaimanapun, Mas Ermieyati mengakui kenyataan Muhammad Salman boleh dianggap sebagai tidak wajar dan berunsur seksis.
“Saya tak nafikan kenyataan itu boleh dilihat sebagai seksis.
“Walaupun ia datang daripada seorang pimpinan peringkat kawasan, pada saya beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu,” katanya dipetik Malaysiakini semalam.
Sementara itu, Mas Ermieyati yang juga pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), menekankan PAS kini lebih inklusif terhadap penyertaan wanita dalam politik, termasuk pelantikan sebagai Ahli Parlimen dan Senator.
“Kalau kita lihat PAS hari ini lebih terbuka. Malah, bilangan Ahli Parlimen wanita PAS semakin bertambah, belum lagi termasuk Senator. Ini menunjukkan parti tidak meminggirkan penyertaan wanita,” katanya. #TheMerdekaTimes
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/08/ketua-penerangan-pemuda-pas-maran-dakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Aktivis Wanita Kecam Perumpamaan Lembu Betina Oleh Ketua Penerangan Pemuda Pas Maran

Pemimpin Aktivis Wanita Kecam Perumpamaan Lembu Betina Oleh Ketua Penerangan Pemuda Pas Maran

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 204 hits
KUALA LUMPUR Beberapa pemimpin dan aktivis wanita tampil mengecam kenyataan Ketua Penerangan Pemuda PAS Maran Muhammad Salman Al Farisi yang menggunakan perumpamaan lembu betina dalam mengulas isu kepimpinan wanita Kenyataan Muhammad Salman...
Wanita Umno Pahang Bidas Kenyataan Analogi Lembu Betina Oleh Ketua Pemuda Pas Maran Salman Al Farisi

Wanita Umno Pahang Bidas Kenyataan Analogi Lembu Betina Oleh Ketua Pemuda Pas Maran Salman Al Farisi

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 309 hits
KUANTAN Wanita UMNO Pahang menyelar kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Pas Maran Muhammad Salman Al Farisi yang didakwa menghina kepimpinan wanita dengan menyamakan mereka dengan haiwan Ketuanya Norhasmimi Abdul Ghani berkata kenyataan seump...
Tuan Ibrahim Pertahan Ketua Penerangan Pemuda Pas Martan Analogi Lembu Betina Bukan Hina Wanita

Tuan Ibrahim Pertahan Ketua Penerangan Pemuda Pas Martan Analogi Lembu Betina Bukan Hina Wanita

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mempertahankan kenyataan Ketua Penerangan Pemuda PAS Maran Muhammad Salman Al Farisi yang dikecam selepas menyamakan wanita yang memegang jawatan kepimpinan dengan lembu be...
Karikatur Biadab Ketua Penerangan Pas Pusat Dibuat Laporan Polis

Karikatur Biadab Ketua Penerangan Pas Pusat Dibuat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 282 hits
Ketua Penerangan Pas dah kena petik dalam laporan polisHarapandailySeorang lelaki telah membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan Pas Pusat Ahmad Fadhli Shaari di IPD Kajang awal pagi tadiTindakan itu berkaitan isu karikatur biadab de...
Gelaran Lembu Betina Apa Kata Mp Adun Muslimat Pas

Gelaran Lembu Betina Apa Kata Mp Adun Muslimat Pas

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 201 hits
HarapandailyAugust 7 2025Oleh AHMAD FANSURI MOHD NASIRPas menyamakan wanita yang menjadi pemimpin seperti lembu Kenyataan biadab Ketua Penerangan Pemuda Pas Maran Muhammad Salman Al Farisi yang menyamakan wanita sebagai lembu kerana menjadi...
Pemuda Pas Perak Tubuh Pasukan Khas Pantau Bendera Terbalik

Pemuda Pas Perak Tubuh Pasukan Khas Pantau Bendera Terbalik

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 270 hits
IPOH Pemuda Pas Perak menubuhkan pasukan khas bagi memantau sebarang tindakan menghina Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di seluruh negeri sempena sambutan Bulan Kebangsaan Ketuanya Hafez Sabri berkata Pasukan Peninjau Sayangi Ma...
Program Air Percuma Pemuda Pas Sambut Baik Langkah Kerajaan Negeri Pahang Ikut Jejak Terengganu

Program Air Percuma Pemuda Pas Sambut Baik Langkah Kerajaan Negeri Pahang Ikut Jejak Terengganu

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 431 hits
KUANTAN Dewan Pemuda PAS Pahang menyambut baik langkah Kerajaan Negeri Pahang menjenamakan semula Rebat Air Makmur kepada Program Air Percuma Pahang 1st yang menawarkan 20 meter padu air percuma kepada pengguna yang layak Ketua Pemuda PAS P...
To Debate Satanic Us Trade Deal

Trade Deal Why Are We Surrendering Rm1 Trillion To Us Ask Hassan Mca Leader

Nothing To Shout About Trump S Kl Stopover Is A Matter Of Calendar Not Diplomatic Calibre

China Trade Deal Shows We Re Not Intimidated By Us Says Anwar

Peniaga Kedai Makan Disamun Rm10 000 Tiga Lelaki Berparang

Klgcc Mall Milik Sime Darby Property Kini Dibuka

Quantum Sensing Transforming Measurement For Industry Innovation

Welcome Embrace No No But Rape Is Fine Pas Trolled Over Hypocrisy In Criticising Pmx


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Padang On Wheels Shah Alam Masakan Padang Asli Gurame Fresh Padu

Minyak Tak Meletup Dah 6 Bahan Rahsia Elak Minyak Merecik Ketika Goreng Ikan

Keropok Ikan Dari Masjid

Kerajaan Pahang Memperuntukkan Sebanyak Rm10 Juta Bagi Persediaan Untuk Menghadapi Monsun Timur Laut 2025 2026

Mywira Cara Mohon Pengeluaran Ltat 2025

Begini Cara Mengisi Arrival Card Taiwan Siapkan Passport Kamu