Ketua Pemuda Pas Bercakap Tiada Otak Pmx Sebut 10 Tahun Seorang Pm Berk



Kumpulan pendesak pembaharuan pilihan raya, Bersih, hari ini menyatakan rasa hairan mereka terhadap sikap yang ditunjukkan oleh Pemuda PN berhubung cadangan kerajaan mengehadkan tempoh seseorang menjadi perdana menteri. Menurut Bersih, NGO itu berasa lebih terkejut apabila yang menyuarakan pandangan berkenaan merupakan ahli parlimen sendiri. Menurut pengerusinya, Faisal Abdul Aziz, berkata sekurang-kurangnya cadangan berkenaan merupakan usaha kerajaan mengelakkan risiko pemusatan kuasa apabila ada tokoh tertentu cenderung berkuasa terlalu lama. “Maka ia mendedahkan berlakunya pelbagai salah guna kuasa oleh kerajaan khususnya perdana menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini. Semalam Pemuda PN menzahirkan rasa tidak senang mereka dengan usaha Putrajaya mengehadkan tempoh seseorang menjadi perdana menteri kepada 10 tahun saja. Cadangan itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, semasa berucap di Kongres Tahunan DAP di Shah Alam, Selangor. Bagaimanapun untuk membolehkan langkah mengehadkan tempoh itu dilaksanakan, perlembagaan perlu dipindan dan mendapat sokongan daripada dua per tiga ahli Dewan Rakyat. Ketua Dewan Pemuda PN, Afnan Hamimi Taib Azamudden, berkata kerajaan kini gigih mahu meminda perlembagaan agar ia dapat “mengikut selera nafsu” Putrajaya. “Inilah keadaan negara kita sekarang. Nasib kita yang majoriti ditentukan oleh mereka yang asalnya minoriti,” tulisnya di Facebook. Mengiringi kenyataan Ahli Parlimen Alor Setar merangkap Ketua Pemuda PAS Malaysia itu ialah laporan berita menyatakan gesaan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, agar cadangan Anwar berkenaan disokong oleh ahli parlimen. Untuk membolehkan perlembagaan dipinda, usul berkenaan perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 148 daripada 222 ahli Dewan Rakyat. Faisal berkata apabila tempoh untuk menjadi perdana menteri dihadkan, seseorang yang dilantik ke jawatan itu akan berusaha melaksanakan program dan dasar dengan lebih cekap dan baik. Langkah itu, katanya, akan menguntungkan rakyat secara menyeluruh. “Sebagai ahli politik dan ahli parlimen, dasar baik ini harus didukung bersama terutama apabila ada kesediaan dan keberanian yang dizahirkan oleh pemerintah untuk dibawa ke parlimen,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/ketua-pemuda-pas-bercakap-tiada-otak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mp Pas Terkejut Pmx Sebut Gaji Ahli Parlimen Boleh Cecah Rm40 000

Mp Pas Terkejut Pmx Sebut Gaji Ahli Parlimen Boleh Cecah Rm40 000

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 170 hits
HarapandailySeorang pemimpin Pas mengakui terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri yang menyebut bahawa gaji yang diterima ahli Parlimen termasuk pelbagai elaun boleh mencecah sehingga antara RM30 000 hingga RM40 000 Ahli Parlimen Kuala Te...
Pemuda Pas Pulau Pinang Siwalaun Pengecut

Pemuda Pas Pulau Pinang Siwalaun Pengecut

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 148 hits
Pemuda Pas nyahaktif akaun FB selepas kongsi dakyah grand plan DAP HarapandailyKetua Penerangan Pemuda Pas Pulau Pinang Ibrahim Ani dikatakan telah bertindak menyahaktifkan akaun Facebook selepas berkongsikan imej bertajuk Dakyah grand plan...
Pemuda Pas Pahang Salur Sumbangan Rm134 000 Kepada Kakitangan Sektor Pendidikan Sempena Aidilfitri

Pemuda Pas Pahang Salur Sumbangan Rm134 000 Kepada Kakitangan Sektor Pendidikan Sempena Aidilfitri

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 167 hits
KUANTAN Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM134 000 kepada kakitangan di bawah Sektor Pendidikannya sebagai tanda penghargaan menjelang Aidilfitri Menurut kenyataan jumlah sumbangan tahun ini telah meningka...
Pukul Murid Perempuan Berusia 10 Tahun Guna Buku Seorang Guru Lelaki Ditahan

Pukul Murid Perempuan Berusia 10 Tahun Guna Buku Seorang Guru Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 203 hits
BernamaMELAKA Polis menahan seorang guru selepas disyaki memukul seorang murid perempuan menggunakan buku dan menarik rambut di tepi telinganya ketika berada di dalam kelas sehingga mendatangkan trauma kepada mangsa Menurut sumber keadaan i...
Netizens Mock Pas Lawmaker For Sarcastic Jibe Over Pmx S Claim That Mps Can Earn Rm40k Month

Netizens Mock Pas Lawmaker For Sarcastic Jibe Over Pmx S Claim That Mps Can Earn Rm40k Month

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 212 hits
IN a social media post dripping with sarcasm Bachok MP Syahir Sulaiman penned that he cannot help but only smile upon reading Datuk Seri Anwar Ibrahim s claim that monthly wages of MPs could exceed RM40 000 The political secretary to PAS su...
Zurich Liga 7x7 All Stars Returns With Big Names

Tips Masak Sambal Tumis Udang Yang Mudah Dan Cepat

Mesyuarat Agung Pibg Sekolah Anak

Your Ultimate Travel Guide Kuala Lumpur Jakarta In One Easy Flight

Guru Tendang Murid Siapa Yang Salah Sudut Pandang Guru Yang Pernah Hadapi Murid Keras Kepala

Zontes 368g Motosikal Paling Diminati

Tiktok Brand Select Is Coming Ovios Launches Two Must Have Bean Bag Chairs At Up To 50 Off

Jerantut Square Pusat Komersial Bandar Baru Moden Utc Jerantut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikhlas Itu Betul Tapi Bila Melibatkan Kerja

Pengerusi Keadilan Kelantan Perlu Tokoh Luar

French Toast

How Pre Owned Harleys In La Are Finding New Life At Lifestyle Cycles

Hp Omen Transcend 14 Laptop Gaming Dengan Bateri Tahan Lama

Dia Baik Dengan Ibu Rugi Kalau Lepaskan Giliran Ibu Fattah Amin Pula Melawat Amira Othman Di Hospital