Ketua Ajaran Pmyt Seru Pengikutnya Bertaubat


HARAKAH DAILY

SHAH ALAM: Ketua ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Masitah Ab Jalar yang membuat pengisytiharan taubatnya (Istitabah) hari ini meminta pengikutnya untuk sama-sama bertaubat serta kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Pada majlis berkenaan, Masitah, 39, juga dikenali sebagai Sittah An Nur ketika mengumumkan pengisytiharan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkata bahawa pengakuan taubat itu dibuat dengan rela hati dan tanpa paksaan mana-mana pihak.
“Saya bertaubat kembali ke pangkal jalan dan akan mengamalkan ajaran Islam berdasarkan sumber pengetahuan dan ilmu yang benar.
“Justeru, saya menyeru kepada semua pihak atau mana-mana individu yang mendengar, mengikuti, mempercayai tentang mimpi saya agar segera menghentikan apa-apa bentuk kepercayaan atau keyakinan yang terbina berdasarkan kenyataan saya dan kembali kepada Islam yang sebenar,” katanya pada Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) hari ini.
Selesai pengisytiharan tersebut Masitah menandatangani dokumen pengisytiharan taubat.
Manakala dokumen penyaksian pengisytiharan taubat Masitah telah ditandatangani oleh Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad; Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor Dr Ahmad Shahir Makhtar dan Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan Pendakwaan Syariah, Jabatan Kemajian Islam Malaysia Mohd Ansor Rullah Mohd Hassim.
Dalam pada itu, Mohd Shahzihan berkata pihaknya terus memantau Masitah dan sekiranya beliau melakukan perkara yang bertentangan ajaran Islam, tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan ke atasnya.
“Ini adalah agama Islam, iaitu apa jua penguatkuasaan yang dilakukan adalah untuk menyelamatkan seperti keadaan sekarang contohnya jika Masitah tidak akur maka Seksyen 7 dan Seksyen 8(b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995 akan dikuatkuasakan jadi dia apabila akur, kita isytihar (taubat),” katanya.
Beliau berkata pihaknya tidak mahu mengambil tindakan yang menjadikan individu menjadi semakin jauh dari tuhan dan menjadi umat lebih rosak dan teruk.
Katanya, majlis hari ini diatur atas persetujuan Masitah dengan rela tanpa paksaan demi memberitahu kepada umum, khususnya kepada individu atau pihak yang percaya dan berpegang kepada pernyataan mimpi beliau untuk turut bersama-sama mengakui kekhilafan dilakukan, bertaubat serta kembali kepada prinsip-prinsip Islam yang benar.
Beliau berkata pada 20 Sept, Masitah dipanggil menghadiri sesi penjelasan bersama tiga orang panel pakar akidah yang dilantik oleh JAIS dan hasil daripada sesi itu Masitah telah akur, insaf dan menyesal tentang perbuatannya membuat pernyataan bercanggah dengan hukum syarak serta menyeleweng, menyimpang dari akidah Ahli Sunah Waljamaah.
Sebelum ini, tular di media sosial seorang wanita dengan gelaran Sittah Annur dikaitkan dengan ajaran sesat PMYT mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.
Wanita terbabit juga mendakwa dirinya mempunyai keistimewaan dan berupaya membuat ramalan berkaitan apa-apa yang akan berlaku pada masa depan. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/ketua-ajaran-pmyt-seru-pengikutnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sittah Annur Pmyt Bertaubat Akhirnya

Sittah Annur Pmyt Bertaubat Akhirnya

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 510 hits
Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya Masitah Ab Jalar atau dikenali sebagai Sittah Annur yang juga ketua ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir akhirnya bertaubat hari ini Dia yang berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam Selangor memb...
Ia Menyeronokkan Yoo Ahin Kongsi Perasaan Jadi Ketua Ajaran Sesat Dalam Siri Netflix Hellbound

Ia Menyeronokkan Yoo Ahin Kongsi Perasaan Jadi Ketua Ajaran Sesat Dalam Siri Netflix Hellbound

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 350 hits
Yoo Ah in sememangnya terkenal dengan bakat lakonan yang tiada tandingan dalam kalangan rakan pelakon yang sebaya dengannya Bukan sahaja filem malah drama lakonannya juga sering mendapat perhatian ramai Bakal menunjukkan sisi yang baru dala...
Ketua Mpr Gangguan Keselamatan Nakes Alarm Tanda Bahaya Terhadap Kemanusiaan

Ketua Mpr Gangguan Keselamatan Nakes Alarm Tanda Bahaya Terhadap Kemanusiaan

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 414 hits
Bamsoet meminta kepada pemerintah pusat dengan dukungan TNI Polri bisa menjamin keselamatan dan keamanan Nakes yang bertugas di berbagai fasilitas kesehatan di berbagai wilayah Papua
Ruu355 Permulaan Kepada Negara Taliban Kata Bekas Ketua Badan Pemikir Sabah

Ruu355 Permulaan Kepada Negara Taliban Kata Bekas Ketua Badan Pemikir Sabah

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 417 hits
Johan Ariffin Samad mengatakan tidak ada rasional memperkenalkan RUU355 tetapi Darell Leiking berpandangan ia boleh diterima sekiranya hanya berkaitan dengan mahkamah syariah KOTA KINABALU Bekas ketua pegawai eksekutif badan pemikir Sabah b...
76 000 Kes Penceraian Sejak Pandemik Covid 19 Kerajaan Perlu Bertindak Ketua Wanita Umno Kota Melaka

76 000 Kes Penceraian Sejak Pandemik Covid 19 Kerajaan Perlu Bertindak Ketua Wanita Umno Kota Melaka

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 342 hits
Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Haryaty Hamdzah mencadangkan kepada Kerajaan Keluarga Malaysia untuk mengadakan satu kajian menyeluruh mengenai punca terhadap masalah kes cerai yang tinggi direkodkan sejak pandemik Covid 19 Ini...
Awg G20 Tahun 2022 Indonesia Siap Menjadi Ketua

Awg G20 Tahun 2022 Indonesia Siap Menjadi Ketua

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 352 hits
Menteri Pertanian RI Syahrul Yasin Limpo menyampaikan kesiapan Indonesia menjadi ketua Kelompok Kerja Pertanian G20 di tahun 2022 Hal tersebut disampaikan Mentan pada pertemuan Menteri Pertanian negara G20 pada tanggal 17 18 September 2021 ...
Ok Ketua Meio Dulu Memang Tak Ada Telor Habis Ketua Meio Sekarang Garu Telor Kah

Ok Ketua Meio Dulu Memang Tak Ada Telor Habis Ketua Meio Sekarang Garu Telor Kah

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 294 hits
MEIO itu maksudnya Malaysian External Intelligence Organisation Jabatan James Bond Malaysia Saya tak tahulah jika benar jabatan ini wujud Yang saya tahu dulu bahagian Research adalah jabatan spy James Bond kita yang duduki Bloc D di komplek...
Wakil Ketua Lpsk Minta Sel Muhammad Kece Harus Dipisah Dari Tahanan Lain

Wakil Ketua Lpsk Minta Sel Muhammad Kece Harus Dipisah Dari Tahanan Lain

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 305 hits
Kace mengalami penganiayaan di Rutan Bareskrim Polri Edwin berpandangan bahwa pemisahan sel Kace dari tahanan lain dapat mencegah terulangnya aksi penganiayaan terhadap tersangka penistaan agama tersebut
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara

Emas Sasarkan Rekod Tertinggi

Rindu Yang Diam Diam Berdoa