Ketidaktentuan Politik Perlahankan Ekonomi Malaysia



Politik Malaysia dijangka memperlahankan pertumbuhan ekonomi untuk dekad akan datang, menurut Firma penyelidikan perniagaan Fitch Solution.
Ditambah pula dengan pertambahan populasi yang lebih perlahan dan pengurangan ruang fiskal untuk mengurangkan impak kejutan ekonomi negatif di masa depan, Fitch meramalkan pertumbuhan KDNK sebenar untuk 10 tahun seterusnya pada kadar 3.4 peratus, berbanding 6.4 peratus sepanjang dekad lalu.
Dalam laporan yang diedarkan hari ini, Fitch berkata antara isu politik yang akan memberi kesan terhadap ekonomi negara adalah perubahan kuasa dengan Malaysia keluar dari era pemerintahan satu parti.
“Kami menjangka kuasa akan sering bertukar tangan, membawa kepada kesinambungan dasar yang boleh dipersoalkan dan terhentinya memontum pembaharuan,” katanya sambil membangkitkan peralihan kuasa Februari lalu sebagai bukti bahawa pergolakan boleh berlaku.
“Walaupun peralihan yang berjaya ke arah sistem dua parti atau pelbagai parti yang lebih berjaya membawa bersama demokrasi yang lebih matang pasti akan tetap menguntungkan Malaysia, ketidaktentuan sementara mungkin menjadi faktor negatif yang diambil kira pelabur berpotensi,” katanya dipetik.
Katanya, ia akan meletakkan Malaysia dalam keadaan kurang baik dalam soal menarik pelaburan langsung asing dari kalangan negara yang ingin beralih dari China.
Sementara itu, Fitch meramalkan ahli politik akan menggunakan pendekatan-pendekatan populis demi meraih sokongan.
“(Ini) boleh memburukkan persekitaran niaga kerana lebih banyak pendekatan perlindungan (protectionist) akan dilaksanakan,” katanya.
Firma itu memetik dasar PH untuk menaikkan gaji minimum, denda untuk pengambilan pekerja asing, dan subsidi untuk pengambilan tenaga kerja tempatan sebagai contoh.
Ia berkata peralihan sokongan ahli politik boleh menyebabkan peningkatan semula amalan rasuah dan korupsi selain naungan politik.
“Dengan mengambil kira latar ini, pembaharuan utama yang boleh membuka potensi pertumbuhan di Malaysia mungkin tertangguh.
“Contoh utama adalah dasar afirmatif yang berpihak kepada masyarakat Melayu, yang kemungkinan besar diteruskan, akan menyebabkan ‘brain drain’ di mana masyarakat bukan Melayu yang berbakat mencari peluang di luar negara,” katanya.
Firma itu turut membangkitkan apa yang disifatkan sebagai “padang tidak sama rata” dalam soal pemerolehan kerajaan sebagai turut menjadi masalah.
“Dasar berdasarkan kaum ini sukar dikendalikan dan akan memperlahankan pembangunan ekonomi untuk masa akan datang,” katanya lagi.
Sementara itu, Fitch juga meramalkan kadar purata untuk pertumbuhan penduduk bagi dekad seterusnya adalah satu peratus, berbanding 2.3 peratus pada 10 tahun terakhir.
Ia juga akan menyebabkan pertumbuhan KDNK sebenar yang lebih perlahan.
Selain itu, menurut firma itu, kerajaan juga mempunyai ruang fiskal yang lebih kecil untuk dikemudi jika berlakunya kejutan ekonomi negatif yang seterusnya.
Ia diburukkan lagi dengan peningkatan hutang negara, termasuk hutang dijamin kerajaan, katanya.
“Selain itu, langkah populis mungkin termasuk pemberian tunai secara kerap pada tahun-tahun mendatang, yang akan terus mengehadkan sumber untuk menyokong ekonomi di saat yang lebih mencabar,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29935

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Politik Melayu Tak Jaga Ekonomi Bangsa Sendiri Kaum Lain Ambil Peluang

Ahli Politik Melayu Tak Jaga Ekonomi Bangsa Sendiri Kaum Lain Ambil Peluang

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 208 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Lebih 60 tahun merdeka ekonomi Bumiputera masih di takuk sama BANGI Isu ketirisan dalam pengagihan dan penyaluran wang peruntukan kerajaan antara faktor pembangunan sosioekonomi Bumiputera tidak berkembang pesat Just...
Selepas Tamatnya Politik Baharu Di Malaysia Apakah Ada Harapan

Selepas Tamatnya Politik Baharu Di Malaysia Apakah Ada Harapan

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 268 hits
By 3 oktober 2020Photograph Eric ThooWalaupun arus di sebalik politik baharu nampak seperti bebayang sendiri yang pudar Johan Saravanamuttu teruja dengan kemunculan sebuah kumpulan idealistik Izinkan saya berkongsi beberapa pandangan jujur ...
Malang Bagi Rakyat Malaysia Kerajaan Utamakan Ekonomi Dari Keselamatan

Malang Bagi Rakyat Malaysia Kerajaan Utamakan Ekonomi Dari Keselamatan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 386 hits
MELAKA 6 OKT Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tidak akan menguatkuasakan semula perintah kawalan pergerakan seluruh negara kerana dikhuatiri boleh meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara Ini walaupun jumlah kes Covid 1...
Ekonomi Malaysia Berisiko Kuncup Perlu Meminjam Untuk Bertahan

Ekonomi Malaysia Berisiko Kuncup Perlu Meminjam Untuk Bertahan

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 133 hits
Ekonomi Malaysia perlu dipandu oleh seorang pemimpin yang mempunyai idea baru dalam kewangan memandangkan kesan pandemik Covid 19 yang membantutkan pertumbuhan dan mengakibatkan pengangguran dalam kalangan rakyat Menurut mantan Timbalan Pen...
Pergolakan Politik Menyebabkan Ekonomi Negara Kembali Menjunam

Pergolakan Politik Menyebabkan Ekonomi Negara Kembali Menjunam

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 311 hits
Ekonomi Malaysia kembali bergolak di sebabkan pengumuman oleh Presiden Parti Keadilan mengenai sokongan majoriti ahli parlimen bagi menumbangkan kerajaan di bawah Perikatan Nasional Walaupun PN belum jatuh disebabkan Anwar belum berjumpa de...
Uniqlo Thanks Malaysia For A Decade Of Support With Products Specially Created For Malaysian Customers

Uniqlo Thanks Malaysia For A Decade Of Support With Products Specially Created For Malaysian Customers

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 284 hits
UNIQLO Malaysia turns 10 this November and it wants to say a big thank you to customers here for showing their love and support for its LifeWear In the last decade UNIQLO Malaysia has grown from our first store at Fahrenheit 88 in Kuala Lum...
Huawei Malaysia And Serba Dinamik Join Hands As Partners In Digitalization

Huawei Malaysia And Serba Dinamik Join Hands As Partners In Digitalization

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 218 hits
Partnership to focus on developing innovative solutions to drive digital transformation in urban and rural Malaysia Datuk Haji Abdul Kadier bin Sahib Chairman of Serba Dinamik Dato Dr Ir Ts Mohd Abdul Karim Bin Abdullah Group Managing Direc...
Peristiwa Yang Amat Memalukan Rakyat Malaysia

Peristiwa Yang Amat Memalukan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 635 hits
Wanita itu didera dan diseksa dengan amat kejam sekali diperlakukan seperti binatang namun majikan yang mendera dan menyiksanya bebas dengan alasan kurang sihat Aku sebagai rakyat Malaysia berasa sangat malu cuba bayangkan jika mangsa adala...
Bursa Malaysia Named Best Stock Exchange For Islamic Listings

Bursa Malaysia Named Best Stock Exchange For Islamic Listings

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 257 hits
715 of the total 933 companies listed on Bursa Malaysia are shariah compliant KUALA LUMPUR Bursa Malaysia has been named the Best Stock Exchange for Islamic Listings by Islamic Finance News in its recent 14th annual IFN services providers p...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord