Ketidakjaminan Pengeluaran Makanan Di Perak


 
Ketidakjaminan pengeluaran makanan di PerakKerajaan harus mengubah sikapnya, dan membolehkan petani-petani ini mengusahakan kebun mereka secara aman demi membantu negara mencapai sara diri makanan
By Rani Rasiah- 14 Nov 2023Get ViewsFollow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.Kemusnahan 30 ekar lagi tanah kebun yang berkembang maju di kawasan kebun tananam makanan Kanthan bukan sekadar kerugian besar kepada enam orang petani yang mengusahakan tanah tersebut.
Semua orang di Malaysia, khususnya Perak, telah kehilangan 30 ekar tanah kebun yang telah biasa membekalkan pasar borong Menglembu dan tempat lain dengan sayur bayam, kangkung, daun bawang, jagung dan buah belimbing.
Namun, keterjaminan makanan seolah-olah menjadi perkara remeh bagi pihak berkuasa yang terlibat dalam pengusiran paksa terhadap enam orang petani itu pada 24 Oktober.
Disokong dengan notis tujuh hari di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara dan tidak mengendahkan semua rayuan kepada perdana menteri, menteri besar Perak, pengarah pejabat tanah dan galian, dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), kerajaan negeri Perak menggunakan kekuatannya yang sepenuh untuk mengosongkan tanah tersebut.
Mereka membawa masuk jentera berat, pasukan polis pencegah rusuhan, dan penguatkuasa daripada pejabat tanah. Pegawai bertindak keras dengan mengancam untuk memandu kenderaan mereka ke arah petani-petani dan aktivis-aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang membentuk halangan manusia untuk cuba melindungi kebun-kebun tersebut.
Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or bothMake a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarterBecome an Aliran memberTel: 04-658 5251 email: [email protected] telah digunakan terhadap dua orang aktivis wanita. Salah seorang daripadanya mengalami kecederaan gigi hampir tercabut dan hidung berdarah akibat patah tulang muka, selepas jatuh dengan muka terhentam di atas tanah.
Jentolak telah melanggar pecah paip pengairan dan perenjis, lalu merosakkan sepenuhnya.
Empat orang – seorang petani dan tiga orang aktivis PSM – telah ditangkap dan diheret ke dalam kenderaan polis yang diletakkan berhampiran.
Dan selepas itu, petugas-petugas perobohan bertindak untuk menebas sayur-sayuran dan kebun jagung yang sedia untuk dituai dalam masa dua minggu.
Kawasan pertanian Kanthan tersebut berada di dalam kawasan parlimen Tambun dengan ahli parlimennya juga merupakan perdana menteri. Adalah baik bahawa pegawai-pegawai  dari pusat khidmatnya yang prihatin telah hadir sejak awal lagi dan cuba sedaya upaya untuk berunding dengan wakil pejabat tanah dan galian dan PKNP supaya menghenti kemusnahan tanaman.
Tetapi selepas beberapa pusingan rundingan dengan agensi yang berbeza, mereka gagal memujuk pejabat tanah dan galian yang tetap bertegas dan mengatakan bahawa mereka hanya akan berundur jika diarahkan oleh menteri besar Perak, dan perdana menteri pun tidak dapat menghentikan perobohan kebun tersebut.
READ MORE:  PSM activist roughed up by Perak land enforcersIni ialah satu pengajaran jelas tentang pembahagian kuasa antara pihak berkuasa persekutuan dan negeri berkenaan urusan tanah. Namun begitu, ia amat sukar dipercayai bahawa perdana menteri sendiri tidak dapat berbuat apa-apa.
Siapakah petani ini? Menurut kerajaan dan PKNP, mereka adalah penceroboh atau “petani haram” yang bercucuk tanah di atas tanah kerajaan secara haram.
Enam orang petani ini adalah antara kira-kira 500 orang petani yang bercucuk tanam di atas tanah seluas lebih 2,500 ekar yang merentasi lima buah “kampung baru” – di Rimba Panjang, Kanthan, Kuala Kuang, Tanah Hitam dan Changkat Kinding – terbentang dari Sungai Siput ke Chemor sehingga ke Tanjung Rambutan.
Petani-petani di kawasan Kanthan sahaja, mengeluarkan 60 tan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari. Para petani di kawasan ini merupakan pengeluar jagung terbesar di seluruh Malaysia. Namun, yang ironinya, mereka dilabelkan “penceroboh”.
Komuniti petani di sini, yang berasal dari kampung-kampung baru dan sedang memasuki generasi ketiganya, telah mula bercucuk tanah di atas tanah tersebut sejak tahun 1930-an untuk membekalkan makanan kepada penduduk pendatang yang semakin meningkat di kawasan lombong bijih timah, ladang dan pekan yang baharu didirikan.
Petani-petani awal menghadapi tugas yang sukar untuk menanam makanan – di mana pada zaman itu sebahagian besarnya ubi kayu – di kawasan lombong bijih timah yang terbiar.
Sepanjang dekad-dekad yang berikutnya, mereka telah memperbaiki tanah tersebut dan menukar banyak kolam perlombongan kepada sumber air yang mudah dan boleh diharap untuk pengairan.
Hasil sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkepelbagaian dan melimpah-limpah dari kebun-kebun ini adalah bukti kerja keras semata-mata, yang telah membawa kepada transformasi penggunaan tanah daripada perlombongan kepada pertanian.
Namun, penggubalan Kanun Tanah Negara pada tahun 1965 telah melucutkan hak petani-petani yang bekerja keras ini dan menjadikan mereka ‘penceroboh’ dan ‘setinggan’, tanpa hak ke atas tanah yang diteroka oleh mereka.
Walaupun begitu, petani-petani tersebut masih terus bekerja keras tanpa diganggu selama beberapa dekad lagi. Mereka pernah memohon pajakan dan lesen pendudukan sementara (TOL) sementara cuba mengadakan pertemuan dengan pejabat tanah untuk mengesahkan status mereka.
READ MORE:  Masalah saliran jejas kehidupan petaniPada tahun 1990-an, apabila tanah mula dijual untuk keuntungan besar, dengan sogokan kepada sesetengah pihak yang terlibat, semua tanah kebun telah menjadi perebutan. PKNP mula melupuskan tanah kepada syarikat kaya dan menjalin usaha sama.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tanah-tanah kebun tersebut menghadapi ancaman serangan yang berterusan.
Namun, petani-petani masih terus mengusahakan tanaman mereka di bawah bayang-bayang ancaman jentolak, notis pengusiran dan notis mahkamah.
Kerajaan negeri mula menghantar notis pengusiran kepada petani tersebut, atau syarikat yang diberikan hak milik tanah mengheret mereka ke mahkamah.
Masa depan untuk petani semakin suram kerana undang-undang lebih memihak kepada pemegang geran tanah berbanding mereka yang telah bercucuk tanam selama beberapa generasi.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, keterjaminan makanan telah menjadi kebimbangan yang mendesak bagi rakyat Malaysia yang kini menghadapi masalah kekurangan makanan dan kenaikan harga untuk keperluan yang paling asas ini.
Kedua-dua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah meletakkan keterjaminan makanan pada kedudukan yang tinggi dalam agenda mereka.
Akan tetapi, isu pengusiran terhadap petani Kanthan telah menjejaskan dengan seriusnya keikhlasan mereka dalam menegakkan keterjaminan makanan. Apa yang dilihat di Kanthan merupakan ketidakjaminan pengeluaran makanan.
Langkah-langkah sepatutnya telah diambil oleh kerajaan untuk menyokong dan menggalakkan pengeluaran sayur-sayuran dan tanaman atau penternakan makanan lain – akar teratai, kangkong, bayam, labu, timun, cili, salad, kacang tanah, jagung, ikan dan buah-buahan – di atas tanah pertanian ini. Ini adalah kawasan yang sesuai dan masih boleh diwartakan sebagai kawasan pengeluaran makanan.
Salah satu rungutan daripada kerajaan negeri Perak adalah petani-petani Kanthan enggan menerima tawaran tapak alternatif di Changkat Kinding.
Beberapa orang petani memang telah ditawarkan tanah alternatif, tetapi apabila mereka melawat kawasan itu, mereka mendapati mereka ditawarkan kawasan cerun bukit, dengan tanah berbatu, dan terdapat kolam-kolam di kaki bukit yang sudah menjadi sumber air untuk aktiviti ekonomi yang sedang wujud seperti penternakan ikan dan penternakan lembu. Tambahan pula, mereka hanya ditawarkan dua ekar tanah, kurang berbanding dengan purata empat ekar yang sedang diusahakan mereka sekarang.
READ MORE:  Food security vital for nation’s wellbeingSikap kerajaan negeri mencerminkan keengganan untuk mengiktiraf sumbangan masyarakat petani kepada keterjaminan makanan. Sebaliknya, mereka hanya dianggap sebagai penceroboh haram yang menghalang pembangunan.
Penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan, penternakan ikan dan penternakan haiwan adalah pekerjaan yang tidak glamor. Ia adalah kerja yang amat keras dan susah. Daun bawang perlu ditanam satu persatu, kata seorang petani, merujuk kepada ladang daun bawang tersebut yang kerap digunakan untuk menghiasi makanan.
Kebanyakan petani adalah lelaki dan wanita yang lebih tua, dan kebanyakan generasi muda telah berpindah ke pekerjaan lain. Oleh kerana ini, komuniti petani telah mengecil kepada kurang daripada separuh saiz sebelumnya. Sesetengah petani juga berputus asa sendiri daripada menentang pengusiran.
Di banyak negara, petani-petani sekurang-kurangnya ditawarkan subsidi untuk menyokong dan memudahkan pengeluaran makanan untuk kegunaan domestik. Tetapi di sini, di mana inisiatif dan input kebanyakannya adalah daripada petani sendiri, bertani merupakan pekerjaan yang tidak dihargai.
Malaysia harus mengiktiraf dan menentang dasar yang memudaratkan keterjaminan makanan, bukannya membenarkan prasangka perkauman yang tebal itu mengaburkan pemikiran rasional kita.
Dalam isu ini, mungkin wujudnya prasangka perkauman kerana petani-petani yang diusir itu adalah etnik Cina. Terdapat contoh kawasan pertanian etnik Melayu yang juga diancam dengan kepupusan apabila tiada tanah pertanian alternatif diperuntukkan untuk menggantikan tanah yang telah dilupuskan kepada pihak lain. Penternak-penternak lembu etnik India juga diancam kerana padang ragut lembu mereka berada di atas tanah yang bukan milik mereka.
Kesemua mereka mempunyai suatu persamaan: mereka semuanya petani yang tidak memiliki tanah dengan sah, dan oleh itu adalah ‘haram’, walaupun apa yang mereka semua keluarkan itu adalah halal, dijual di pasaran kita dan penting untuk penggunaan tempatan.
Semua petani ini menghadapi cabaran yang besar kerana tidak memiliki tanah dengan sah.
Tidak masuk akal untuk menolak mereka sebagai haram. Kerajaan sebaliknya harus mengubah sikapnya, dan membolehkan petani-petani ini mengusahakan kebun mereka secara aman demi membantu negara kita untuk mencapai tahap sara diri makanan yang mencukupi.
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/ketidakjaminan-pengeluaran-makanan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Bercuti Setengah Hari Di Kuala Kangsar Perak

Aktiviti Bercuti Setengah Hari Di Kuala Kangsar Perak

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 188 hits
Setengah Hari Di Kuala Kangsar Perak Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Seminggu cuti persekolahan kali ini Sha dan suami tidak mengambil cuti rehat pun Mulai minggu lepas anak anak Sha sudah mula menjaga diri masing masing di rumah ...
Buah Anggur Dari Gerai Pokok Anggur Tanjung Piandang Perak

Buah Anggur Dari Gerai Pokok Anggur Tanjung Piandang Perak

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 264 hits
Assalamualaikum semua Hari ini masih lagi cuti Kilang shutdown bermula Deepavali hingga 19 November 2023 Terpaksa tolak cuti 4 hari atau tolak gaji untuk 4 hari jika sudah tiada cuti tahunan Dugaan dan kena banyakkan bersabar Bagi kerja off...
Jumlah Mangsa Banjir Di Perak Menurun Kepada 227 Orang

Jumlah Mangsa Banjir Di Perak Menurun Kepada 227 Orang

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 162 hits
JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Hilir Perak dan Kerian berkurangan kepada 227 orang daripada 66 keluarga malam ini berbanding 347 orang daripada 101 keluarga pagi tadi Sekretariat Jawatankuasa Pengurus...
Viral Nestapa Jemaah Umrah Travel Zamzam Terlantar Di Tanah Suci Diberi Makanan Tak Layak

Viral Nestapa Jemaah Umrah Travel Zamzam Terlantar Di Tanah Suci Diberi Makanan Tak Layak

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 264 hits
Selama di 2 hari 3 malam menunggu di Malaysia para jemaah umrah PT Zam Zam itu harus menginap di hotel kelas murah dengan nasi kotak seadanya
Senarai Produk Makanan Dan Barangan Israel Untuk Diboikot

Senarai Produk Makanan Dan Barangan Israel Untuk Diboikot

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 428 hits
Masuk je kereta suami kata beli makanan kat McD pun rasa berdosa macam bawak balik plastik hitam time bulan puasa Hahaha Sebenarnya kami dalam kempen memboikot McDonalds sebab kes McDonalds kasi makanan free pada tentera IDF yang sekarang t...
Polis Siasat Video Gaduh Penghantar Makanan Pengawal Keselamatan

Polis Siasat Video Gaduh Penghantar Makanan Pengawal Keselamatan

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 162 hits
Tangkap layar video menunjukkan pengawal keselamatan berjaket merah bergelut dengan penghantar makanan PETALING JAYA Polis membuka kertas siasatan berhubung pergaduhan antara penghantar makanan dan pengawal keselamatan di sebuah bangunan di...
Darah Peluru Keganasan Israel Menu Restoran Makanan Segera Digodam

Darah Peluru Keganasan Israel Menu Restoran Makanan Segera Digodam

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 147 hits
MalaysiakiniPengurus sebuah restoran makanan segera di Kuala Langat Selangor membuat laporan polis berkenaan papan menu digital restoran digodam Dalam kenyataan hari ini Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata dua suspek yang merupak...
Number Of Flood Evacuees Continues To Rise In Perak Selangor

Number Of Flood Evacuees Continues To Rise In Perak Selangor

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 142 hits
An aerial view showing firemen evacuating Batu 31 Kampung Sri Tanjung residents following heavy rain in Dengkil on Nov 6 Pic courtesy of Fire and Rescue Dept KUALA LUMPUR The flood situation in Selangor and Perak shows no sign of improvemen...
Dinner Di Kuey Teow Abang Botak Meru Raya Ipoh Perak

Dinner Di Kuey Teow Abang Botak Meru Raya Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 368 hits
Bila ke Meru Ipoh mama memang suka makan di Twin char kuey teow Tapi tu laa bila mama ke sana selalu tutup Akhirnya mama Dinner di Kuey Teow Abang Botak Meru Raya Ipoh Perak Mungkin juga nama dia Kuey teow Abangbotak sebab tengok nama di ba...
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian